Pages - Menu

Saturday, 29 November 2014

Sudah Tahu Kekuatan Cina Datangnya Dari Kongsi Gelap, Mengapa Kongsi Gelap dan Jenayah Mereka Tidak Dihapuskan?


Kewujudan kongsi gelap Cina di negara kita sebenarnya bukan lagi rahsia. Dalam masa yang sama kita juga agak kehairanan bagaimana mereka masih lagi boleh wujud dalam negara kita. Selain daripada itu juga mereka ini dikatakan mempunyai “kuasa” yang agak besar dalam banyak perkara sehingga boleh menjejaskan beberapa perkara penting yang melibatkan “maruah” orang Melayu.

Semasa Perhimpunan UMNO 2014 hari ini, perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said telah menyatakan bahawa kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran. Oleh itu tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa. (petikan Malaysian Insider)

“Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa.” “Saya pergi Permatang Pauh saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas,” katanya.

Negeri Pulau Pinang sekarang dalam pentadbiran DAP. Sebelum ini juga beberapa portal dan blog telah menyiarkan berita kegiatan kongsi gelap di sini yang dilihat semakin parah sehingga ianya membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah pihak kongsi gelap ini sebenarnya telah menguasai Polis Diraja Malaysia?

Sekiranya pihak PDRM bertindak pun, mereka dilihat seolah-olah cuba memberi “amaran” dengan menyiarkan gerakan operasi secara berleluasa dalam media arus perdana. Semua rakyat berbagai lapisan masyarakat dapat melihat kepincangan yang terlampau teruk dalam operasi pihak berkuasa ini. Dalam masa yang sama mereka memerlukan penjelasan yang munasabah dari pihak berkuasa bukannya jawapan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Malahan menurut sumber media sosial juga, kebanyakkan tangkapan yang dibuat hanya sekadar tangkapan terhadap “ikan bilis” sahaja manakala “jerung-jerung” pula masih terus dapat bermaharajalela dengan bebas.

Kenyataan-kenyataan yang sedang viral di media sosial ini sebenarnya merupakan satu “tuduhan” dan “cabaran” yang agak berat terhadap PDRM. Oleh itu kami seluruh rakyat Malaysia mahu PDRM buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak kongsi gelap ini tidak mempunyai sebarang pengaruh dan kuasa terhadap mereka dengan menangkap “jerung-jerung” kongsi gelap bukan sekadar “ikan bilis” sahaja.

Selain daripada itu juga, dengan penangkapan “jerung-jerung” kongsi gelap ini dengan sendirinya masyarakat Cina di negara kita akan mula menghormati kerajaan Barisan Nasional. Selama ini masyarakat Cina telah “pandang” kerajaan Barisan Nasional “sebelah mata” kononnya kerana “jerung-jerung” kongsi gelap ini lebih berkuasa daripada PDRM. Kami mahukan Malaysia yang aman dan tenteram di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Dari: MYKMU.NET

4 comments:

  1. Tugas polis hanya menangkap melayu yang pertahankan hak mereka dalam perlembagaan....kalau tangkap cina,Obama tak mau senyum kalau pm(dirahsiakan takut kalau bagi tahu nama,saya kena tangkap)selfie bersama!!!

    ReplyDelete
  2. suruh siapa yang yang menghapuskan akta I.s.a dan e.o tangkap penjenayah!!

    ReplyDelete
  3. Roboh kedai judi tak berani. Kedai judi PUNCA jenayah RAGUT.

    Ramai aso nyonya kena ragut psl kalah judi.


    Roboh gerai makan Melayu Punyalah JAGUH.

    Mcm sial.

    Tp jgn roboh Brickfields sudahlah, nanti ramai orang bangla ghersang & jenayah ROGOL meningkat.

    Teringat di Rawang bini orang kena raba Bangla di taman, lepastu kena belasah, reason Brickfields. & Chow kit tutup.

    ReplyDelete
  4. Lawat http://malaysian crime.blog

    ReplyDelete