Menariknya, para pendokong Pakatan Rakyat itu tidak pula mempertikaikan mengapa hanya UMNO-BN yang terlebih dahulu menghantar bantuan, manakala parti-parti yang mereka dokong dan sokong ketinggalan jauh dalam pemberian bantuan kecemasan.
Antara alasan yang diberikan ialah mereka dihalang oleh UMNO-BN. Faktor keselamatan yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan banjir, telah digunakan untuk memperlekehkan UMNO-BN.
Penafian telah dibuat oleh Naib Presiden Briged Kesatria Muda, Mohd Eddy Casmady. Bahkan Eddy turut menyatakan akan mengambil tindakan ke atas Malaysiakini dan seorang blogger yang sebelum ini dikenali sebagai Pro-Kerajaan walaupun kebanyakan tulisannya menghentam Najib Abdul Razak dan Kerajaan.
Menurut Eddy, gambar berknaan telah dimanipulasikan bertujuan untuk mendatangkan fitnah.
"Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku Sukarelawan Briged Kesatrian Muda, bukan seorang pekerja seperti yang didakwa oleh portal berkenaan. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat."
Agak hairan kerana kecenderungan pihak berkenaan untuk mengecam logo-logo UMNO-BN, Perdana Menteri bahkan Menteri Pertanian yang dipertikaikan sedangkan itu adalah bantuan terawal dihantar kepada mangsa-mangsa banjir?
Bagaimana pula dengan bantuan-bantuan yang mempunyai logo ketiga-tiga parti dari Pakatan Rakyat yang dihantar lewat dan setelah banjir surut? Adakah mereka sebenarnya yang menunggu percetakan siap terlebih dahulu sebelum bantuan diagihkan memandangkan kelambatan mereka?
Ada persoalan yang sedang ditanyakan oleh rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment