Pages - Menu

Saturday, 17 January 2015

BIMBANG MAKIN BESAR TEMBELANGNYA PECAH, NGA KOR MING ANCAM NAK SAMAN

Seperti biasa, Nga Kor Ming apabila sudah tidak mampu menjawab, apabila sudah terkantoi besar, apabila dia tidak lagi dapat spin dan dia terdesak kerana tembelangnya sudah pecah, dia akan menggunakan unsur-unsur sabotaj undang-undang bagi tujuan menutup mulut.

Banjir besar di Kelantan menyebabkan Nga Kor Ming menyalak-nyalak menyalahkan semua pihak terutama UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat.

Namun apabila kayu-kayu balak hanyut dan gambar-gambar dari udara menunjukkan kawasan yang telah dikonsesikan kepadanya oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan selama 50 tahun terdedah, Nga Kor Ming cuba membuat penafian.

Bagaimanapun, dia langsung tidak dapat menafikan penglibatannya dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. syarikat yang merupakan pemegang konsesi di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Mukim Chiku Daerah Gua Musang. Malah langsung tidak dapat menafikan bahawa syarikatnya itu telah menerima pinjaman mudah daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM16.2 juta yang kemudian Nga Kor Ming serta Ngeh Kor Ham mendesak dan menjadi penjamin untuk pinjaman mudah bernilai RM30 juta daripada Kerajaan Pusat.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menerusi media sosial, akhirnya membuatkan Nga Kor Ming tidak ubah seperti tikus basah yang terperangkap di penjuru bilik. Dia tidak dapat menafikan, malah banyak pihak yang mempersoalkan, mengapa Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang berjaya mengutip ratusan juta ringgit keuntungan daripada kayu balak di Gua Musang, enggan mengeluarkan walau satu sen pun untuk mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Pusat.

Tidak lama dahulu, Nga Kor Ming yang tidak dapat menjawab tentang skandal penyelewengan kontrak runding terus membabitkan Kerajan Pakatan Rakyat 11 bulan yang memberikan kontrak kepada syarikat isterinya, memilih untuk menutup mulut orang yang membuat pendedahan dengan menyaman. Dia sendiri sehingga ke hari ini langsung tidak dapat menjawab mengapa Kerajaan Negeri Perak yang pada waktu itu dikuasai oleh dia dan sepupunya (Kerajaan Nga-Ngeh) memilih syarikat isteri Nga Kor Ming yang memberikan sebut harga berganda mahalnya daripada syarikat-syarikat yang lebih berpengalaman dalam menjahit sut-sut rasmi anggota Kerajaan Negeri.

Nga Kor Ming juga memilih untuk menyaman sebuah blog dan blogger terbabit yang mendedahkan tentang pembabitan Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dalam isu pembalakan di Kelantan. Dia cuba menafikan tetapi bukti-bukti dokumen pula jelas menunjukkan pembabitannya dan Ngeh Kor Ham dalam pembalakan dan penggondolan bukit bukau di Hulu Kelantan. Lebih dahsyat lagi, tanah seluas 10,526 ekar telah diserahkan kepada syarikat yang diambilalih oleh Ngeh-Nga sebagai tukaran kepada jawatan Menteri Besar Perak yang akhirnya diserahkan kepada Nizar Jamaluddin.

Pembalakan dan penggondolan bukit-bukau di Hulu Kelantan itulah yang menjadi salah satu faktor banjir besar berlumpur dan menghanyutkan kayu-kayu balak yang memusnahkan rumah-rumah kediaman serta prasarana awam di Kuala Krai dan Gua Musang.

Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham cuba membuat penafian yang mereka terbabit dalam pembalakan di Hulu Kelantan. Malahan Ngeh Koo Ham cuba menggertak dengan menggunakan kepala surat dari pejabat guamannya. Kononnya untuk menunjukkan, sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan pembabitan Ngeh dan Nga dalam pembalakan di Kelantan, mereka akan berhadapan dengan saman di mahkamah.

Selepas Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk SPRM mengadakan siasatan dan Jabatan Alam Sekitar membuat tinjauan di kawasan pembalakan tersebut, Nga Kor Ming terus jadi meroyan tak tentu arah.

Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Nga Kor Ming sehinggakan dia jadi pengecut dan cuba berselindung di belakang undang-undang? Mengapa dia begitu berani menggertak 'ikan-ikan kecil yang dirasakannya boleh makan' tetapi memilih untuk mendiamkan diri apabila SPRM dikatakan akan melakukan siasatan?

6 comments:

  1. Betina Sundal tu pun join sekali.. asal Cine punye isu je Dyana tu mesti join support..
    terhutang budi benar dia dgn 'kasing sayang' Cina bertopeng Melayo--Cristopher Zairil..

    ReplyDelete
  2. Bagi dia but oh China lagi sedap agaknya

    ReplyDelete
  3. Nizar untung ke..nga nga untung.....yang paling rugi PASti dapat balak free..

    ReplyDelete
  4. Baik diSIASAT si PENGGANAS/PEROMPAK DAPBANGKAIBABI ni - disyaki RASUAH terlibat! Dasar jenis PENYAMUN -keturunan BANGKAI BABI ni ; yg. hanya MENJAHANAMkan NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ni! Bilalah puak jenis ni nak MAMPOS?

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  5. Suruh dia expose RBA Dapigs juga agar UBN boleh saman fitnah

    ReplyDelete
  6. Nga-Nga luas-luas, pastu TerseNgeh lebar-lebar, pastu telan banyak-banyak. Itulah hakikatnya.

    ReplyDelete