Pages - Menu

Saturday, 17 January 2015

PATUTLAH GUAN ENG TAK MAHU ISTERINYA DISERANG, RUPA-RUPANYA BELI BEG TANGAN BERHARGA LEBIH RM20 RIBU


Dua hari sudah, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP 'merayu' di The Malaysian Insider agar isteri dan keluarganya tidak dijadikan bahan sesahan politik. Menurutnya, politik sesah ahli keluarga terutama sekali isterinya, merupakan sesuatu yang keji selain mengaitkannya dengan politik jijik UMNO.

Disember lepas, Lim Guan Eng dengan menggunakan wang rakyat Pulau Pinang dengan bercuti secara mewah di seluruh Eropah bersama-sama ahli keluarganya. Bapanya, Lim Kit Siang yang sudah tua terpaksa cover Lim Guan Eng yang seronok bermewah-mewah menggunakan wang pembayar cukai di seluruh Eropah selain acara membeli belah seolah-olah mereka adalah golongan super jutawan yang turut mendapat biaya daripada kroni-kroni yang memperolehi pelbagai projek di Pulau Pinang dan Selangor.

Gambar-gambar percutian mewah Lim Guan Eng tidak banyak disiarkan sebaliknya para pecacai DAP sibuk memainkan dan menviralkan gambar Najib sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat di Honolulu pada petang Krismas, yang sebenarnya turut membincangkan beberapa perkara membabitkan keselamatan negara ini. Sedangkan Guan Eng walaupun banyak bercuti ke luar negara, tetapi kesemuanya hanya cuti dan liburan semata-mata.

Isu isteri Lim Guan Eng telah dilantik sebagai salah seorang konsultan tanah yang menghubungkan antara sebuah badan yang ditubuhkan oleh seorang taikun hartanah untuk membolot kesemua tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang dengan mengorbankan Melayu dengan Pejabat Ketua Menteri yang diduduki oleh Lim Guan Eng, telah diperkatakan secara meluas, baik menerusi media sosial mahupun media cetak.


Lim Guan Eng cuba menafikan pembabitan isterinya tetapi maklumat yang diperolehi adalah sebaliknya. Walaupun Lim Guan Eng menyatakan, Betty Chew telah menolak tawaran yang membolehkan Dinasti Lim kaya raya menerusi penyelewengan dan skandal kewangan serta hartanah di Pulau Pinang, hakikatnya Betty Chew bahkan adik perempuannya turut diberikan peranan membolot dan menguasai tanah-tanah di Pulau Pinang, termasuklah tanah-tanah wakaf umat Islam.

Ada banyak isu yang melibatkan keluarga Lim Guan Eng. Justeru, tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng merayu agar isteri dan ahli keluarganya yang lain tidak diserang kerana dia sudah hilang akal untuk menjawab setiap serangan yang dilakukan ke atas kaum keluarganya.

Para pecacai dan RBA sudah mula kembali memperkatakan tentang beg tangan Rosmah Mansor yang bukanlah sesuatu yang rahsia apabila Rosmah Mansor merupakan antara pembeli beg-beg tangan 'mahal' di Korea Selatan yang sebenarnya kalau dibawa ke Paris, akan dicantas dan dipotong kerana kualitinya tidak sama seperti beg tangan yang dijual di negara-negara pengeluarnya.

Lagipun, membandingkan Betty Chew dengan Rosmah Mansor seperti membandingkan langit dengan bumi. Betty Chew adalah Cina Darat yang berkahwin dengan Cina Darat yang tidak ada apa-apa kecuali memperolehi harga menerusi kerja-kerja politik termasuklah memperolehi komisyen dari taukeh-taukeh besar yang mengejar projek menerusi permainan politik desak dan ugut. Sedangkan Rosmah Mansor pula merupakan Melayu dari keluarga bangsawan yang sudah tentu memiliki harta yang banyak turun-temurun termasuklah menerusi perkahwinannya dengan seorang anak bangsawan dari istana Pahang yang pastinya juga memiliki kekayaan yang jauh lebih besar berbanding ibu bapa Lim Kit Siang yang berhijrah sehelai sepinggang dari Negara China.

Mengapa kekayaan Melayu dipersoalkan tetapi kemewahan yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan ahli keluarganya termasuklah membeli barangan atau produk-produk mewah seperti yang dibuat oleh Betty Chew dalam percutian mewah mereka ke Eropah pada Disember lepas, langsung tidak menarik untuk diperkatakan?

Mengapa pecacai cepat-cepat bertaichi dan menghalakan serangan ke atas Rosmah Mansor terlebih dahulu, berbanding bertanya, dari mana Betty Chew dan Lim Guan Eng memperolehi kemewahan untuk berbelanja besar di Eropah dalam percutian kontroversi sehingga Lim Kit Siang yang sudah tua renta terpaksa meredah air banjir di Kelantan, untuk diviralkan oleh para pecacai mereka semata-mata untuk menutup kes pelarian anak dan menantunya ke luar negara?

Bayangkanlah, seorang Ketua Menteri yang bertugas selama dua penggal, boleh berbelanja besar di luar negara? Kalaulah Lim Guan Eng orang BN, pastinya dia akan diserang sampai akhirnya terpaksa berjalan tutup mata. Tetapi disebabkan dia Cina DAP, dia sebaliknya mengarahkan orang lain pula yang diserang semata-mata untuk menutup pekung dan taiknya sendiri!


4 comments:

  1. Biasa bila bab ni pyokong bn pun lembab nk counter balik.

    ReplyDelete
  2. Pastikan 2030 Penang tidak dimiliki EMPAYAR LGE.

    Jika orang kasta bawah begini memerintah jangan harapla anda tidak terkongkong.

    ya balance sheet boleh nampek elok, hakikatnya semua hidup terpaksa. mcm di Singapore.

    Muka yg tenang..jiwa terkONGKONG.

    ReplyDelete
  3. Akibat dari blogger pro UMNO tak bergaji di gelar bangang oleh PM so kami pun malas nak counter cepat-cepat sbb nya kami nie bangang duk membela UMNO dgn tak bergaji

    ReplyDelete
  4. siap warning lagi.. rosmah relek je kena mengata hari2 :)

    ReplyDelete