Pages - Menu

Monday, 12 January 2015

ERIC PAULSEN GUNA TAKTIK MURAHAN DAP, DIUGUT BUNUH DAN DIA PUN BUAT LAPORAN POLIS!


Taktik kononnya menerima ugutan bunuh dan kemudian buat laporan polis sambil mendesak polis segera menyiasat orang yang membuat ugutan yang sebenarnya tidak wujud, bukanlah perkara baru. Taktik lapuk ini seringkali digunakan oleh para pemimpin DAP termasuklah oleh Lim Guan Eng, Teresa Kok dalam kes paling popular baling cat merah tetapi cat tidak terpercik sebaliknya kelihatan seperti dituang dari tangga atas serta bangkai ayam yang berada di sebalik jeriji yang terkunci rapat serta Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan yang cuba melarikan diri daripada mengaku bersalah telah mencederakan dan hampir membunuh seorang pelajar Melayu ketika memandu dalam keadaan mabuk sekitar tahun 2010 dahulu.

Kini, dengan berkat nasihat LATHEEFA KOYA yang merupakan seorang peguam PKR yang juga pengarah bersama dalam Lawyers for Liberty yang diasaskan oleh si mata sepet bernama orang putih, Eric Paulsen, satu laporan polis telah telah dibuat petang tadi.

Kononnya, kerana tersalah faham dan menganggap dia telah menghina Islam, seseorang atau beberapa individu telah menghantar nota ugutan membunuh ke atas dirinya.

Menurut Eric Paulsen, dia tidak pernah menghina Islam, malah TIDAK PERNAH SEKALI-KALI menghina Islam sebaliknya hanya mempersoalkan JAKIM. Dia sekadar mengkritik JAKIM yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dia mendakwa lagi, kenyataan yang dikeluarkannya di Twitter pada Jumaat lepas hanyalah bersifat umum.

Latheefa Koya yang sudah diketahui sebagai BETINA LORAT segera menanggapi perkara berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan memerlukan siasatan segera oleh pihak polis.

Sepatutnya Latheefa Koya yang berperanan sebagai peguam, perlu juga diheret kerana bukan sahaja berbohong dengan menggunakan jawatannya.

Semua ini berlaku apabila Ketua Polis Negara mengeluarkan arahan agar Eric Paulsen dan kenyataan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Menarik juga memandangkan Eric Paulsen membela dirinya konon kenyataan yang dibuatnya hanyalah bersifat umum. Mengapa pula dia tidak menanggapi ugutan bunuh ke atasnya sebagai BERSIFAT UMUM juga kerana belum ada lagi peguam mahupun ahli-ahli politik yang kononnya diugut bunuh, telah benar-benar dibunuh.


Bukti yang mudah dilihat adalah Lim Guan Eng... sudah beberapa kali Lim Guan Eng mengadu yang dia diugut bunuh tetapi sampai ke hari ini, Lim Guan Eng masih hidup senang-lenang, bahkan boleh pula bercuti mewah di Eropah tanpa sebarang kecederaan mahupun kudis melekat di badan?

Malah Latheefa Koya sendiri boleh terus berbohong dan terus berbohong walaupun dia menyatakan ugutan bunuh ke atas anak-anak guamnya sebagai sesuatu yang serius.

Taktik lapuk UGUTAN BUNUH dan BUAT LAPORAN POLIS untuk mengalihkan isu, sebenarnya lebih banyak digelakkan sekaligus memperlihatkan kekantoian dan ketakutan luar biasa ke atas undang-undang yang bakal dikuatkuasakan ke atas dirinya.

Bukankah sepatutnya Eric Paulsen didakwa kerana MENYERANG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN terutama sekali Artikel 3 Perlembagaan sekaligus membolehkan dia tertakluk kepada Artikel 16A dan 17 yang membolehkan perlucutan kewarganegaraannya?



No comments:

Post a Comment