Pages - Menu

Monday, 12 January 2015

RUPA-RUPANYA PECACAI PAKATAN TAK DAPAT BEZA ANTARA MAHKAMAH SIVIL DENGAN MAHKAMAH TENTERA!


Rupa-rupanya para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang 'bergembira' dan mengiktiraf Mejar Zaidi yang telah dipecat daripada jawatannya dalam TUDM dan kehilangan segala keistimewaan serta imbuhannya, tidak dapat membezakan antara Mahkamah Tentera dan Mahkamah Awam.

Mahkamah yang menghukum dan memutuskan bahawa Mejar Zaidi dipecat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah MAHKAMAH TENTERA, bukannya mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah agung atau mahkamah persekutuan mahupun mahkamah syariah.

Itulah mengapa Mejar Zaidi tidak didenda dan dipenjarakan sebaliknya hanya dipecat. Hukuman tersebut telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tentera, Kolonel Saadon Hasnan.

"Kesalahan yang dilakukan oleh Zaidi merupakan kesalahan yang sangat serius kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," kata Kolonel Saadon Hasnan ketika hukuman dijatuhkan.  

Zaidi telah didakwa melanggar Perenggan 13, No. 12 Arahan Lembaga Angkatan Tentera dan juga melanggar Perenggan 3 kerana mendedahkan komunikasi rasmi kepada media tanpa keizinan daripada pihak atasannya - dalam kes ini, membabitkan perbualannya dengan media tentang dakwat kekal tanpa kelulusan pegawai tertingginya.

Sebagai seorang pegawai kanan, sekiranya dia membuat kenyataan di media tanpa kelulusan pegawai tertingginya seperti menceritakan bagaimana dia dimarahi oleh pegawainya atau betapa teruknya mutu makanan di kantin, dia juga boleh dikenakan tindakan termasuklah dipecat daripada perkhidmatan angkatan tentera.


TUDM merupakan unit yang menguatkuasakan undang-undang dan disiplin yang sangat ketat, selain pematuhan terhadap sebarang undang-undang dan peraturan yang telah dibuat. Tiada negara di dunia ini yang membenarkan pegawai yang telah ditauliahkan dalam angkatan tentera tetapi tidak diberikan kuasa untuk membuat kenyataan di media tanpa kelulusan pegawai tertingginya.

Pastinya angkatan seperti TUDM dan unit-unit ketenteraan mahupun polis mempunyai undang-undang tegas kepada penjawat-penjawatnya. Mereka adalah benteng utama pertahanan dan keselamatan negara. Sebarang tingkah laku para penjawatnya perlu diselia dan dikawal terutama sekali sekiranya kenyataan-kenyataan yang dibuat, akan menambahkan kucar-kacir dalam skop keselamatan negara biarpun sekadar hanya DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL.

Barangkali para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat tidak tahu kedudukan Mahkamah Tentera berbanding mahkamah-mahkamah awam lain sehinggakan mereka dengan BODOH dan TOLOLnya membuat tuduhan, Mahkamah Tentera membuat keputusan memecat Zaidi kerana bersekongkol dengan UMNO-BN dan di bawah arahan UMNO-BN!!!

2 comments:

  1. Sama laa dgn aku yg kerja dgn glc...

    Yg bleh buat kenyataan kat press cuma senior general manager komunikasi ...coo dan md sajaa...

    Kalo aku yg head ni kasi info kat press mmg laaa kene show course letter....

    Mmg bende ni dah ada polisi.... pasai apa pi langaq...

    X dak displin tuii....

    Aku org awam pon bleh ikut displain...

    ReplyDelete
  2. KITA GUNA BIOMETRIK PULAK. APASAL NAK MENGUNDUR KEBELAKANG. GUNA DAKWAT KEKAL. PERSETAN DAP. MESTI ADA SEBAB MEREKA MENENTANG. SEMASA KUMPULAN PENGUNDI DIKAWAL SORANG MACAI. KUMPULAN TU CAKAP MELAYU PUN TAK TAU. ITU SEBAB DAP BISING. PERSETAN DAP. BUAT BIOMETRIK. KALAU WARGANEGARA....BUAT APE TAKUT.

    ReplyDelete