Pages - Menu

Tuesday, 10 February 2015

5-0... ITU KEPUTUSAN PANEL HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN YANG PUTUSKAN ANWAR BERSALAH!

Keputusan kes liwatII telah diumumkan dimana hakim sebulat suara memutuskan AI didapati bersalah meliwat saiful bukhari azlan 5-0.

Keputusan 5-0 bermakna semua bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adalah sahih dan benar dan benar-benar membuktikan bahawa kejadian liwat memang berlaku.

Dalam hujah pihak peguam bela sebelum ini pun tidak meragui akan berlakunya kejadian liwat itu cuma yang dipertikaikan ialah perkara-perkara teknikal sahaja.

Keputusan kes Liwat ini menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa AI memang melakukan liwat terhadap saiful dan rakyat Malaysia yang majoritinya Islam sewajibnya menolak pemimpin yang sedemikian kerana beliau seorang pemimpin yang tidak bermoral.

Keputusan yang tidak memihak kepada AI itu sememangnya diketahui akan mencetuskan ketidakpuasan hati terhadap penyokong beliau yang menuduh keputusan mahkamah telah dipengaruhi oleh kerajaan dan mahkamah tidak adil.

Bagaimana pula dalam keputusan sebelum ini apabila mahkamah membebaskan AI sebelum saiful membuat rayuan. Ketika itu AI mencanangkan mahkamah adil. Adakah mahkamah adil apabila beliau bebas dan sebaliknya apabila beliau didapati bersalah.
Bagaimana pula dengan nasib saiful yang menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah songsang si tertuduh.

Hampir tujuh tahun rakyat Malaysia ditarik ke dalam isu peribadi AI. Cukuplah rakyat dimomok dengan perkara-perkara yang menjelikkan. Rakyat tidak bodoh.

Ada yang berpendapat sekiranya AI dipenjarakan PR akan menguasai Putrajaya pada PRU 14. Adakah takut kalah maka kebenaran terpaksa dikaburi. Keadilan mesti dituntut agar rakyat sedar siapa sebenar AI.

Kita berharap Allah akan membuka pintu hati penyokong PR untuk melihat keputusan mahkamah hari ini sebagai satu petunjuk oleh Allah agar umat Islam bersatu untuk menentang musuh Islam.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Selama mana ingin menongkat langit kerana janji Allah itu pasti.

Mohd Zafpri Daud
Pengerusi Unit Media & Publisiti UMNO Bahagian Marang.
Bendahari Pemuda UMNO bahagian Marang.

3 comments:

  1. Lapan orang hakim peringkat tertinggi bersependapat Anwar adalah peliwat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kira pulak bilangan hakim yang bersetuju anwar tu PELIWAT sejak dari kes liwat pertama dulu. Bukan setakat lapan, dah berbelas-belas dah.

      Yang macai PELIWAT je otak penuh dengan taik babi, tak boleh terima kenyataan dengan hati terbuka. sembahyang hajat dah berapa kali, doa mintak petunjuk dah beribu-ribu diaminkan. Taoi mereka tetap kata ni semua knspirasi.

      BODOH...!!!!!!!!!!! patut macai-macai PELIWAT tu campak dalam kandang buaya je. Satu sen pun tak berguna..

      Delete
  2. Argh.nyamannya udara di m'sia ni.baru hari ini terasa ringan kepala ckit selepas hampir 15 tahun dibelengu politik tampa berhenti oleh pembangang.

    ReplyDelete