Seperti yang diduga, Anwar Ibrahim dan konco-konconya berpaling untuk mendapatkan perhatian daripada Amerika Syarikat bagi tujuan pembebasannya. Campurtangan Amerika Syarikat ditagih semata-mata bagi membolehkan Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman penjara.
Kedutaan Amerika Syarikat semalam telah pun mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh-lekehkan sistem perundangan di Malaysia yang menurut mereka, tidak telus dan tidak bersifat adil kepada Anwar Ibrahim, sedangkan fakta di negara itu sendiri telah terbukti, tiada keadilan bahkan negara itu sendiri melakukan tangkapan dan tahanan tanpa bicara.
Sepanjang 7 tahun perbicaraan, pembuktian yang dibuat oleh pendakwaraya dibuat berdasarkan nas undang-undang, secara saintifik yang telus dan terbuka. Menariknya, pembela Anwar Ibrahim langsung tidak mengemukakan apa-apa bukti konspirasi politik pun, sebaliknya sekadar penafian kosong sehinggakan 14 orang saksi yang dikatakan pun, tidak ditampil walau seorang pun untuk membantu Anwar Ibrahim.
Sedangkan Saiful Bukhari, pemuda yang dimangsakan oleh majikannya sendiri, tanpa berselindung, berhadapan dengan sesi pemeriksaan balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Anwar Ibrahim telah menyoalbalasnya. Berbanding Anwar Ibrahim yang memilih untuk berceramah dan enggan memberikan 'kerjasama' untuk disoalbalas oleh pasukan pendakwaraya, Saiful yang dituduh sebagai konspirator penfitnah Anwar Ibrahim, lebih telus dan jujur. Sedangkan Anwar Ibrahim sekadar mampu memaki hamun dan bercakap tentang konspirasi politik tanpa dia sendiri mampu menghasilkan bukti untuk menyokong teorinya.
Paling menarik ialah setiap penghakiman yang dibuat berdasarkan fakta, dan contohnya keterangan DNA, yang Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA iaitu pertama, memerlukan 16 bacaan yang sepadan, dan kedua tiada perundangan di negara ini yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA.
Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi. United Kingdom dan Amerika Syarikat membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 iaitu dalam erti kata lain ia padanan sempurna. Dan kesemua DNA adalah didapati daripada ‘semen’, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh curi, palsukan atau mencemarkannya.
Apabila Anwar mencabar sampel pihak pendakwaan di mahkamah, dia mempunyai peluang untuk menawarkan sampelnya sendiri sebagai suatu keterangan. Namun daripada menutup kes itu serta-merta, Anwar memilih untuk tidak berbuat apa-apa.
Selain itu notis alibi Anwar, yang pada mulanya merupakan suatu notis yang menyeluruh, dan telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah, dan ini telah dibuktikan lama dahulu. Anwar enggan bersumpah dengan al-Quran mengenai kejadian tersebut, sementara Mohd Saiful telah bersumpah dengan al-Quran mengenai butir kejadian itu di Malaysia dan juga di Mekah, yang merupakan tanah suci Islam.
Kini setelah enggan membela diri dengan bukti dan fakta, serta setelah didapati bersalah dengan rayuannya ditolak, Anwar Ibrahim cuba menggerakkan bantuan daripada Amerika Syarikat menerusi petisyen di atas talian pula.
Mengapa agaknya Anwar Ibrahim cukup berminat untuk 'mendapatkan bantuan' Amerika Syarikat? Apakah berita tentang janji Amerika Syarikat untuk membantu Ukraine yang telah menembak jatuh MH370 dan membunuh kesemua penumpang dan anak kapal pesawat penumpang Malaysia itu, berperang dengan Russia, begitu mengujakan Anwar Ibrahim?
Adakah kedatangan agen perisikan Britain yang telah menempah bilik hotel untuknya di Tuaran pada 28 Januari lalu, mempunyai kaitan dengan petisyen ini?
Kita pun mesti bersikap adil kepada keluarga Saiful. Kenapa kita nak tolong Anuar sedang dia tak mau bertaubat. Dulu dah lakukan liwat dah beri peluang lepaskan. Kehendak Allah swt
ReplyDeletejangan rasa apa2 dgn respon kedutaan amerika tu. mereka respon berdasarkan adab, budaya, dan kebiasaan di amerika. di amerika, liwat suka sama suka takde masalah. jadi bagi mereka, anwar meliwat saiful tak perlu dihukum. kita adalah kita, jangan ambil peduli respon sasiapapun. undang2 kita, negara kita, perlembagaan kita dan jati diri kita. pegi mampos dengan respon kedutaan amerika. merekapun bukan baik, lagi lahanat dari segala lahanat yang ada di dunia. apa yang berlaku di teluk guantanamo? bagaimana lahanat mereka di negara yang mereka ceroboh - iraq dan afghanistan? mereka bunuh, rogol dan seksa rakyat yang tidak bersalah? pegi mampos la amerika.
ReplyDeleteaku setuju sgt2..3/4 rakyat amerika adalah anak haram..beranak dulu baru kahwin.
Deletepercayalah apa yg berlaku skrg dlm dunia adalah berpunca dr amerika. kumpulan IS mereka yg taja..lepas tu dunia perang kumpulan ini. tujuan utama utk memecahkan umat islam..
anon 16.12
ReplyDeleteSetuju...Amerika lah yang membekal senjata untuk membunug rakyat Palestine.. Duta US di Malaysia tu Cina beng entah-entah dah bersengkokol dengan DAP .