Pages - Menu

Wednesday, 8 April 2015

NGA KOR MING PERLU DIJADIKAN ORANG PERTAMA DIKENAKAN TINDAKAN POTA KE ATASNYA KERANA NIATNYA MERANGSANG KEGANASAN!


Sebaik-baik sahaja POTA diluluskan pada jam 2.25 pagi dua hari sudah, kumpulan pemisah, SSKM dan Sarawak for Sarawakians terus berubah nada. Geng-geng yang kuat menghasut untuk pemisahan kedua-dua negeri tersebut daripada Persekutuan Malaysia, terus senyap sunyi dan menghilangkan diri. Ada pula yang cuba 'membetulkan' ayat masing-masing bagi mengelakkan menjadi orang pertama dikenakan tindakan di bawah POTA.

Tanpa SSKM dan Sarawak for Sarawakians, yang paling bermasalah nanti adalah DAP. Sebabnya, DAP menggunakan sentimen agama dan kaum di Sarawak serta Sabah untuk memastikan cita-cita mereka menawan kedua-dua negeri tersebut dalam PRN dan PRU-14 nanti tercapai.

DAP secara berani pada tahun 2011, menggunakan isu anti-Christ, anti-Jesus, anti-Christian untuk membolot beberapa kerusi yang bermajoritikan pengundi beragama Kristian. Bible bahasa Melayu telah dipolitikkan sekalipun pada masa yang sama, faktanya ialah, Bible berbahasa Melayu tidak dilarang penggunaannya di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia melibatkan kedua-dua negeri itu pada tahun 1963.

Bagaimanapun, dengan POTA dan POCA serta pindaan Akta Hasutan 1948 yang turut mengandungi elemen tindakan ke atas elemen kebencian kaum dan agama terutama Islam, telah mengerat sebahagian besar daripada operasi DAP yang galak menggunakan khidmat pastor-pastor dan gereja-gereja di seluruh Sabah dan Sarawak untuk niat jahat mereka.


Jadi, tidak hairanlah mengapa Nga Kor Ming berkokok kuat menyalahkan POTA dan Akta Hasutan 1948 Pindaan 2015 yang tidak lagi membenarkan ikat jamin dan ditahan untuk tempoh yang agak lama.

Seperti biasa, Nga Kor Ming yang kuat menghasut dan melakukan fitnah itu, cuba mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat, malah cuba menghasut untuk menimbulkan keganasan bagi membolehkan POTA dan Pindaan Akta Hasutan 1948 ditentang oleh orang ramai.

Ini bukanlah kali pertama Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan atau menggunakan info-grafik pada akaun peribadinya di Facebook untuk mewujudkan kebencian dan keganasan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan diambil dan siasatan berhubung motifnya dilakukan.


3 comments:

  1. Dah lulus dah pun. Dia bukan bodoh untuk memahami implikasi bila melanggar akta POTA & POCA. Kalau berani cubalah langgar....

    ReplyDelete
  2. Malaysia ikut singapore ............ Apa komen ngar pasal isa singapore? Dapigs macam tu la ........racists nya lebih......

    ReplyDelete
  3. tangkap ini babi ngar dulu , sebagai bukti POTA ini berkesan membendung anasir subversif menghasut . tugas pengahsut zmn skrg tiada beza dgn pengganas mcm IS atau Al Qaeeda . yg beza adalah modus operandi & tool mereka dalam melaksanakan kerja jahat masing2. pengganas secara terbuka , penghasut berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara & ruang tanpa sempadan media sosial. harap cawangan anti terrorism pdrm peka kaedah mereka2 yg jahat ini buat kerja .

    ReplyDelete