Pages - Menu

Wednesday, 8 April 2015

PENGHORMATAN DYMM SULTAN PAHANG KEPADA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZAKAN TIDAK DAPAT PERHATIAN MEDIA


Sebelum ini, media-media melaporkan bahawa jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang terlibat dalam tragedi helikopter terhempas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis dan SUSK Azlin Alias, menghadapi masalah kelambatan untuk dihantar pulang ke Sabah bagi urusan pengkebumian.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang membuat penjelasan mengapa penghantaran tersebut tertangguh. Malah berita-berita yang disiarkan pula, menunjukkan memang tiada penghormatan rasmi diberikan kepada Allahyarham Koperal Razakan meskipun dia terkorban ketika sedang menjalankan tugas.

Pun begitu, walaupun kurang penghormatan yang diberikan, sebenarnya tanpa pengetahuan ramai, Allahyarham telah menerima penghormatan daripada DYMM Sultan Pahang.



Kisahnya, baginda baru tiba dari Jakarta, Indonesia dan pesawat yang dinaiki baginda telah mendarat di TUDM Subang. Baginda kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Pahang tentang tragedi tersebut dan keranda yang mengandungi jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang dalam proses untuk dihantar pulang ke Sabah.

Baginda kemudiannya menitahkan agar menangguhkan penerbangan untuk seketika kerana baginda mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Di sebalik kemarau dan keringnya penghormatan buat seorang anggota polis, masih ada DYMM Sultan Pahang yang sanggup turun dari pesawatnya semata-mata untuk memberikan penghormatan kepada seorang anggota polis berpangkat rendah yang terkorban semasa menjalankan tugasnya.

Terima kasih, Tuanku...

Dirgahayu tuanku!

1 comment:

  1. Nuar Juboq n family and Pakatan Haramjadah je yg kata Sultan2 tak bagus

    ReplyDelete