Pages - Menu

Wednesday, 18 November 2015

PEMANDU TEKSI PALING TERUK DI DUNIA, Buat Demonstrasi Supaya Saingan Mereka Dihapuskan



500 orang pemandu teksi membuat demonstrasi di jalan masuk Parlimen menuntut agar Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar meletak jawatan atau dipecat selain pembubaran Uber dan Grabcar yang dilihat mengancam mereka.

Syed Hamid Albar sememangnya perlu meletakkan jawatan kerana SPAD tidak banyak membantu industri pengangkutan awam di Malaysia. Malah SPAD sendiri seharusnya dibubarkan kerana kewujudan SPAD adalah satu pembaziran yang dilihat hanya untuk menyediakan kerja kosong buat veteran UMNO seperti Syed Hamid Albar.


Namun apabila pemandu teksi membuat demonstrasi dan marahkan pesaing mereka, sekaligus mahu mewujudkan suasana monopoli, ia adalah satu langkah yang sama sekali tidak lebih baik jikalau Syed Hamid terus berada di dalam SPAD dan SPAD terus wujud di Malaysia.

Rata-rata rungutan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu teksi, khususnya di Lembah Kelang sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Walaupun untuk menyedapkan hati, dikatakan hanya segelintir pemandu teksi sahaja yang berkelakuan mencekik darah, tetapi hakikatnya, kes-kes perkhidmatan tidak memuaskan, keadaan teksi yang amat teruk serta harga tambang tidak mengikut meter adalah isu besar yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkuasa.


Teksi di Malaysia, khususnya Lembah Kelang sudah terkenal seantero dunia sebagai perkhidmatan yang paling teruk selain mencekik darah. (RUJUK SINI).

Perkhidmatan teksi di Lembah Kelang terutama sekali yang berbadan putih merah, perlu ditamatkan serta-merta. Kajian serta tindakan pembersihan perlu dilakukan memandangkan terdapat terlalu banyak kes membabitkan teksi jenis ini.

Inilah golongan yang paling ke hadapan membabitkan imej negara, dan mereka inilah yang terlebih awal mengotorkan imej negara di mata pelancong asing.


No comments:

Post a Comment