Syed Hamid Albar sememangnya perlu meletakkan jawatan kerana SPAD tidak banyak membantu industri pengangkutan awam di Malaysia. Malah SPAD sendiri seharusnya dibubarkan kerana kewujudan SPAD adalah satu pembaziran yang dilihat hanya untuk menyediakan kerja kosong buat veteran UMNO seperti Syed Hamid Albar.
Rata-rata rungutan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu teksi, khususnya di Lembah Kelang sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Walaupun untuk menyedapkan hati, dikatakan hanya segelintir pemandu teksi sahaja yang berkelakuan mencekik darah, tetapi hakikatnya, kes-kes perkhidmatan tidak memuaskan, keadaan teksi yang amat teruk serta harga tambang tidak mengikut meter adalah isu besar yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkuasa.
Perkhidmatan teksi di Lembah Kelang terutama sekali yang berbadan putih merah, perlu ditamatkan serta-merta. Kajian serta tindakan pembersihan perlu dilakukan memandangkan terdapat terlalu banyak kes membabitkan teksi jenis ini.
Inilah golongan yang paling ke hadapan membabitkan imej negara, dan mereka inilah yang terlebih awal mengotorkan imej negara di mata pelancong asing.
0 comments:
Post a Comment