Pages - Menu
▼
Wednesday, 2 December 2015
Banjir di Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan UMNO Yang Salah, Kata Guan Eng... Samalah Dalam Isu Penjualan Tanah dan Penambakan Laut!
Menjadi seorang Cina kiasu bernama Lim Guan Eng, cukup mudah.
Kalau ada benda-benda baik, cepat-cepat mengaku kononnya kebaikan tu datang daripada otaknya yang bijaksana membuat perancangan dan pasukannya yang hebat menjalankan tugasan.
Kalau ada peruntukan daripada pihak lawan, jangan sama sekali mengaku, sebaliknya cepat-cepat mengaku bahawa peruntukan itu datang dari kantung sendiri. Nak lebih baik, kononnya datang daripada akaun peribadi. Sembunyikan peruntukan-peruntukan dari Persekutuan supaya tiada sesiapa pun tahu bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya hanya melaksanakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri, hilang ditelan kos pengurusan dan pentadbiran semata-mata.
Bila banjir melanda Pulau Pinang kerana peruntukan Persekutuan kepada PBT bagi pengairan dan saliran, hilang entah ke mana, segera salahkan Kerajaan Persekutuan kononnya tidak langsung membantu Kerajaan Pulau Pinang. Dan walaupun Empangan Mengkuang yang bukan sahaja sebagai kawasan simpanan air selain kawalan banjir yang 'diperbaharui' dengan peruntukan 100% Kerajaan Persekutuan berjumlah lebih RM1 bilion, Guan Eng dan DAP tetap ingin menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.
Hari ini, menyaksikan sekali lagi Lim Guan Eng bertaichi dan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu, apabila projek penambakan lautnya mendapat tentangan bukan sahaja daripada pembangkang, malahan daripada blok sendiri. Lim Guan Eng kata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajuinya sekarang, akan menjadi muflis jikalau 'tidak meneruskan projek-projek tebusguna tanah dan penambakan laut' yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu.
Kata Guan Eng lagi, daripada 1,311 hektar telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional untuk projek tersebut, seluas 301 hektar telah ditebusguna untuk Pelan Besar Pengangkutan Pulau Pinang.
"Kita boleh tunda tebus guna baki 1,010 hek itu tetapi kita perlu membayar pampasan berjumlah RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan negeri ini bangkrap," katanya dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang 2015.
"Kita telah diserang dan diperlekehkan walaupun pelan tersebut telah diluluskan oleh BN."
Dasar Kiasu, tidak akan malu-malu untuk menipu. Dan menipu sudah menjadi darah dagingnya terutama apabila sudah terkantoi. Apabila dia mula menyalahkan pihak lain, terutama sekali BN, itu bermakna dia sudah terkantoi besar dan dia mahu mematikan kekantoiannya dengan mengalihkan kepada Barisan Nasional.
Sekarang, Lim Guan Eng sedang berusaha sedaya mungkin untuk menipu dalam isu penjualan tanah dan tebusguna serta penambakan laut. Walaupun telah terbukti, bahkan Laporan Ketua Audit Negara sendiri telah mengantoikan Lim Guan Eng, dia masih tetap menyalahkan kepimpinan negeri terdahulu yang diterajui oleh Barisan Nasional.
2 tahun terakhir BN masih berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan Pulau Pinang menjual RM3.72 juta (2006) dan RM6.5 juta (2007) tanah negeri. Ini bukan perjanjian harga bawah pasaran - tetapi kerana mereka tidak menjual banyak tanah - dan kerajaan negeri itu masih dalam lebihan (surplus).
Jika anda mempunyai bukti bahawa ini harga bawah pasaran, sila beritahu tanah mana yang telah dijual bawah harga pasaran pada tahun 2006 dan 2007.
2 tahun terakhir akaun di bawah pemerintahan DAP untuk tahun 2013 dan 2014, jualan tanah kerajaan kini RM210.8 juta (56 kali ganda lebih banyak) dan RM300.18 juta (46 kali ganda lebih banyak).
Hakikat mudah adalah bahawa jika anda menarik keluar hasil daripada penjualan tanah negeri, maka Kerajaan Pulau Pinang akan berada dalam defisit yang meningkat sejak 5 tahun lalu - sehingga RM246 juta defisit pada 2014.
Ia mungkin kedengaran kecil tetapi hasil untuk cukai tanah dan penilaian, yang merupakan sumber utama hasil operasi Pulau Pinang adalah kira-kira RM120 juta setahun sahaja.
Ini adalah senarai jualan tanah yang diketahui yang diumumkan kepada pihak media. Terdapat juga yang mereka tidak umumkan. Dan seperti yang anda boleh lihat, kebanyakannya adalah bukan jualan tunai - melibatkan pembayaran tanah luar lembaran imbangan kepada syarikat-syarikat swasta dalam pertukaran untuk projek-projek yang lebih besar terutama yang bernilai berbilion.
2011 - 102 ekar tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties - RM1.07 bilion - http://bit.ly/1wR7nf2
2013 - 110 ekar tanah Gurney Drive kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang - RM6.3 bilion (tidak ada wang tunai yang terlibat) - http://bit.ly/1BWADRA
2013 - 40 ekar Batu Kawan penjualan tanah kepada PE Lang - RM65.34 juta - http://tinyurl.com/l4ywb5g
2014 - 245 ekar tanah Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) - RM484 juta - http://bit.ly/1p5zEqd
2014 - 30 ekar tanah Batu Kawan kepada Paramount Group - RM67 juta - http://bit.ly/1wznATj
2014 - 470 ekar tanah Batu Kawan kepada Eco World - RM1.02 bilion - http://bit.ly/1sU7hAA 2014 - 49% daripada 198 ekar tanah Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah Bayan Lepas kepada Singapore Temasek (tiada wang tunai terlibat) - http://tinyurl.com/kdhs6uk
No comments:
Post a Comment