Pages - Menu

Thursday, 3 December 2015

Bila TIAN CHUA Kata Keluarga Kiram Bukan Pengganas, Masihkah Tiada Sebarang Tindakan?


Hari ini Wan Azizah mengamuk apabila usulnya kepada Parlimen untuk membentangkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri diletakkan pada peringkat ke-42, manakala usul menghadapkan Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berada di tempat teratas.

Sekaligus menjadikan usul Wan Azizah itu tidak akan diperdebatkan kerana kesuntukan waktu.

Dua minggu lepas, Nurul Izzah menimbulkan kemarahan luar biasa rakyat Malaysia, khususnya di Sabah apabila dia bergambar dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram, ketua lanun yang menyerang Sabah dan membunuh 10 orang rakyat Malaysia termasuk anggota keselamatan pada tahun 2013. Gambar-gambar tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook peribadi Jacel Kiram.

Jacel Kiram adalah jurucakap dan jurukempen untuk kumpulan militan tersebut.

Apabila gambar-gambar tersebut terdedah, Tian Chua adalah orang pertama yang membela Nurul Izzah diikuti dengan Darrel Leiking, Ahli Parlimen Penampang dari PKR, Teresa Kok, Latheefa Koya dan Wan Azizah. Dalam kongres PKR baru-baru ini, Azmin Ali, Nik Nazmi dan beberapa orang pemimpin PKR cuba membela Nurul Izzah dengan menyatakan gambar-gambar tersebut tidak mendatangkan sebarang ancaman keselamatan kepada Malaysia, sebaliknya telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk mengalihkan isu.

Terdapat juga usaha memuliakan gambar-gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram dengan membandingkan gambar-gambar tersebut dengan sekeping gambar Najib Abdul Razak terserempak dan kemudian bersalaman dengan Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu di tangga bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Najib Abdul Razak telah menghadiri perhimpunan PBB dan dalam ucapannya, Najib telah 'mengajar' kumpulan Zionis Israel tentang ayat-ayat dalam kitab suci mereka sendiri agar tidak melakukan kezaliman kepada golongan bukan Yahudi.

Berbanding Nurul Izzah, Najib tidak makan malam, tidak berkempen bersama, tidak berbincang bersama, atau berposing untuk bergambar dengan plakad di tangan.

Ada perbezaan antara 'BERTEMU' dan 'TERSEREMPAK'. Apatah lagi berada di dalam majlis bersama-sama dengan matlamatnya adalah perbincangan dan mencari kesepakatan.

Hari ini, keputusan undi belah bahagi di Parlimen menyaksikan 105 undi menyokong Nurul Izzah dibawa menghadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berbanding 77 undi yang menentang.

Nurul Izzah ke Filipina dan bertemu dengan Jacel Kiram, tidak bersendirian. Bersama-samanya juga adalah Tian Chua, Ahli Parlimen Batu yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

Sama ada gambar-gambar dan pertemuan dengan orang yang mahu memerangi serta merampas Sabah dari Malaysia itu tidak mengancam keselamatan Malaysia sepertimana yang didakwa oleh Tian Chua atau sebaliknya, Tian Chua juga sebenarnya perlu dibawa ke muka pengadilan selain Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Kenyataan-kenyataannya jelas menunjukkan dia adalah seorang pengkhianat. Kalau sudah Keluarga Kiram dianggap bukan pengganas, dan keselamatan bahagian-bahagian Malaysia dianggap sebagai satu perkara remeh, orang sepertinya perlu dikenakan tindakan yang paling keras.

Sama ada hukuman itu berbentuk jenayah atau pun kewarganegaraannya dilucutkan. Antara faktor penting seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya adalah apabila dia sudah tidak setia lagi dengan Malaysia.

Kalau menyokong pihak musuh dan beria-ia menyatakan bahawa musuh yang menyerang negara ini sebagai 'BUKAN MUSUH', bermakna kesetiaan Tian Chua boleh dipersoalkan. Dia juga mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi pengkhianat, yang tidak segan-segan untuk memburuk-burukkan negara ini dengan apa cara sekalipun.

Tian Chua perlu dikenakan tindakan yang sangat keras. Selama ini, dia berlindung sebagai ahli politik dan Ahli Parlimen, seringkali membuatkan dia banyak terlepas cakap tanpa dia menzahirkan kekesalan, bahkan sangat berbangga dengan kata-kata khianatnya!




No comments:

Post a Comment