Hasilnya, beberapa buah kereta terjangkit kebakaran dan ramai Netizen yang terperangkap dengan cerita-cerita dongeng, segera membuat dan menyebarkan cerita kononnya, letupan bom telah memusnahkan empat buah kenderaan di LRT Taman Jaya, Petaling Jaya.
Pihak berkuasa telah menafikan berita palsu tersebut, dan siasatan lanjut masih dijalankan.
OCPD Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, teman lelaki tersebut yang berusia 20 tahun, sedang berjalan ke arah kereta tersebut apabila si suami muncul dengan menunggang motosikal dan mendekatinya.
Pada ketika itulah, si teman lelaki menyedari suspek sedang cuba melemparkan botol ke arah kereta wanita berkenaan di mana pintunya terbuka dan wanita tersebut sedang membersihkan ruang dalam keretanya.
Suspek kemudian tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian, dan turut meninggalkan sepasang seliparnya dan topi keledar yang dipakainya.
Api itu merebak dengan pantas ke arah kereta-kereta berhampiran dan marak dalam tempoh yang singkat, walaupun orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian cuba memadamkannya. Tiga letupan turut kedengaran.
Kereta dan pasukan bomba dari Jalan Penchala telah bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai 6 orang anggota dan pegawai. Kebakaran tersebut melibatkan 6 buah kereta yang diletakkan di tempat meletak kereta melibatkan sebuah Toyota Vios dan Proton Wira yang musnah 100%, Suzuki Swift yang musnah 80%, Proton Gen2 yang musnah 20% dan Honda yang musnah 20%. Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1:32 tengah hari.
No comments:
Post a Comment