Tidak berpuas hati dengan itu, siri kedua pada 4 Disember dibuat di Yan Kedah, juga tidak mendapat sambutan, ada dua tiga orang sahaja warga emas menyertai. Itupun forum yang sepatutnya dimulakan pada jam 4.30 petang, dilewatkan sehingga hampir jam 7 malam.
Pada hari sama, di Sungai Petani juga gagal diadakan. Peniaga di tapak forum memfitnah itu tidak membenarkannya.
Cubaan dibuat di negeri Akmal sendiri, malangnya di Hotel Traders Muar itu tidak mendapat sambutan. Di Johor Bharu khabarnya terpaksa dibuat secara tertutup, hanya melibatkan ahli-ahli PKR sahaja.
Kegagalan demi kegagalan itu memaksa Rafizi campur tangan, dengan mengadakan program di Kemaman, bersama-samanya. Itupun mengharapkan sokongan akar umni cabang Keadilan Kemaman.
Fitnah yang kejahatannya sebesar membunuh itu, akhirnya orang ramai mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment