Dan untuk menambah lagi rencah, dua parti komponen BN Sarawak, TERAS dan SPDP menerusi Sylvester Entri Muran dan Tiong Kim Sin turut berkonflik kerana mencalonkan Dr Penguang Manggil sebagai calon baru N.66 Marudi memandangkan Sylvester Entri sudah lama menjadi ADUN iaitu dari tahun 1996.
Barangkali disebabkan itulah, Ketua Menteri Sarawak masih belum menamakan calon untuk DUN Marudi bagi mengelakkan sabotaj, sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang dilihat lebih berkelebihan berbanding PKR yang menjadi penumpang dan pencuri kredit.
Sebaliknya, Adenan Satem meminta Entri dan Tiong serta para penyokong mereka saling bekerjasama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di kerusi tersebut.
"Saya mahu penyokong Entri dan King Sing yang mencalonkan Dr. Penguang Manggil bekerjasama. Jika penyokong berkenaan bergabung, saya pasti BN tiada masalah menawan semula kerusi DUN Marudi," katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Marudi.
Sesuatu yang menarik tentang kedatangan Adenan Satem ke Marudi ialah apabila KESEMUA 100 buah kedai di Marudi, Miri telah ditutup selama dua jam oleh para pemilik yang teruja untuk bertemu dengan Ketua Menteri itu dalam sesi turun padang.
Di Marudi, 80% perniagaan dimiliki oleh kaum Cina dan penutupan dari jam 10:00 pagi sehingga tengah hari oleh para pemilik yang mahu bertemu dengan Adenan dalam sesi yang dianjurkan oleh Penguang Manggil, calon pilihan Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) untuk Marudi.
Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Baram, Chua Sing Yong berkata, walaupun Dewan Perniagaan memutuskan untuk menangguhkan semua acara, tiada arahan dikeluarkan untuk para pekedai menutup kedai masing-masing.
Chua berkata, Dewan Perniagaan mahu menunjukkan sokongan kepada Adenan dan polisi mesra rakyat Adenan terutama yang membabitkan agama, pendidikan Cina dan pembangunan infrastruktur luar bandar.
Dia juga berkata, mereka mahu menunjukkan sokongan kepada calon SPDP (Penguang Manggil) dan menghantar mesej kepada Barisan Nasional bahawa pengundi Cina boleh menyokong parti pemerintah sekiranya calon-calon yang baik dipilih.
"Sekiranya calon BN berkredibel, kami akan memberikan sokongan 100%.
"Kami boleh bersatu untuk tujuan sebab yang baik," kata Chua.
Menurut Chua, kaum Cina di Marudi sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkan pada 2011 kerana mereka tidak gembira dengan calon BN, langkah yang mendorong kepada penurunan teruk jumlah yang membuang undi iaitu di bawah 60%.
Terdapat lebih kurang 2000 orang pengundi Cina di DUN yang telah menjadi kubu kuat Sylvester Entri Muran selama lima penggal.
Entri sebelumnya adalah ahli SPDP. Bagaimanapun, sekarang, Entri adalah ahli Parti Tenaga Sarawak (TERAS) sebuah parti mesra BN dan bersaing dengan Penguang sebagai calon untuk PRN akan datang.
Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, DUN N.66 Marudi mempunyai seramai 13,093 pengundi berdaftar dengan jumlah pengundi yang turun mengundi adalah seramai 7,598 orang atau 58.03%. Calon Barisan Nasional Sylvester Entri yang merupakan Pengerusi TERAS Marudi, berjaya mengalahkan calon-calon dari PKR dan dua calon Bebas dengan majoriti undi 3,898 selepas berjaya mengaut undi sebanyak 5,466 undi.
No comments:
Post a Comment