Malangnya, Mahathir bukannya tok nujum yang terus mata. Dia sekadar mendapat maklumat daripada orang sekeliling yang mahu mempergunakannya dan pengaruhnya bagi kepentingan mereka.
Sekaligus kedudukan Najib turut mengukuh walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan pembangkang yang lain berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai cara termasuklah fitnah terbaru menggunakan cover majalah Time yang telah dipalsukan.
Deklarasi Rakyat semakin suram dan semakin tidak mendapat sambutan. Mukhriz dan Muhyiddin ternyata gagal mengumpulkan dan mewujudkan gelombang massa seperti yang dikehendaki dengan kegagalan teruk kepada Mukhriz menerusi ceramah terakhirnya di Johor yang hanya dihadiri oleh beberapa kerat penyokong sendiri.
Begitulah juga dengan usaha terbaru menggulingkan Najib dengan menggunakan mahkamah. Bunyinya gempar kerana kononnya, Najib disaman atas alasan 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi yang dimasukkan ke akaun peribadinya - satu budaya yang dilakukan dari zaman berzaman, malah oleh Mahathir sendiri berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video.
Bagaimanapun, saman tersebut sekadar mengenai campurtangan Najib dalam siasatan, langsung tidak melibatkan tentang RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan!
Selama ini, Mahathir cuba menggulingkan Najib, dia gagal. Mahathir cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen agar mengadakan undi tidak percaya kepada Najib, pun dia masih gagal. Kini Mahathir cuba menggunakan mahkamah untuk menyaman dengan tuduhan yang langsung tidak ada locus standi dan nampak gayanya dia akan gagal lagi.
Mahathir sudah kehilangan semua opsyen. Prestasi ekonomi dan kewangan negara pula, jauh mengatasi jampi serapah dan nujum pak belalangnya.
article spesis dedak
ReplyDeleteMahadir dan kuncu2nya boleh tutup kedai kerana hari dah petang.
ReplyDeleteOrang lain pula nak memulakan perniagaan agar pembeli dapat membeli barangan dengan murah dan mudah.
By:Cikgu"S"
Mahkamah belum membuat keputusan macamana admin kata "dia akan gagal lagi" ...
ReplyDeleteHari ini TMJ bongkar cerita zaman mahathir dulu, lagi teruk. TMJ baham mahathir hidup2, nak bagi.mahathir ingat balik zaman dia jd pm dulu adalah zaman kuku besi...
ReplyDeleteMukhriz dtg jb pun duduk hotel yg ditaja oleh cina..kalu kt jb org jb panggil hotel tu hotel urut + ayam..dan kebanyakkan penyokong beliau adalah penyokong yg menentang beliau dlm perebutan jawatan ketua pemuda UMNO dahulu melawan KJ..penyokong tersebutlah yang mengagalkan beliau menjadi KP UMNO
ReplyDelete