Pages - Menu

Tuesday, 1 March 2016

MAJLIS PEGUAM ARAH SKMM TARIK BALIK PENGHARAMAN KE ATAS THE MALAYSIAN INSIDER


Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Majlis Peguam, adalah berkenaan dengan menentang kerajaan dan mewujudkan satu kuasa baru di kalangan pengamal undang-undang yang hidup dalam kelompok mereka tersendiri sambil berasakan mereka lebih hebat berbanding orang lain kerana mereka menguasai bidang perundangan.

Dan mereka inilah juga yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan sepertimana yang telah kelompok mereka berjaya lakukan di Pakistan beberapa tahun lepas!

Majlis Peguam Malaysia juga tiada bezanya. Sebahagian besar daripada ahli-ahli Majlis Peguam yang aktif dan nama mereka seringkali disebut-sebut merupakan para pemimpin DAP dan PKR yang sangat lantang. Kalaupun mereka tidak menyertai parti politik, mereka akan menyertai NGO yang menentang kerajaan dan sentiasa berusaha memastikan negara ini tidak akan aman selagi perlaksanaan undang-undang tidak mengikuti kehendak ahli-ahli Majlis Peguam yang bermain politik.

Sudah terlalu banyak kali desakan dibuat agar Majlis Peguam dibubarkan dan ia digantikan dengan sebuah majlis peguam lain yang lebih kepada perundangan berbanding politik, namun golongan yang menguasai Majlis Peguam tidak pernah pedulikan desakan tersebut.

Kini Majlis Peguam menunjukkan lagi taring mereka sebagai sebuah entiti politik yang cenderung kepada pihak pembangkang dan berselindung di sebalik keprofesionalan mereka selaku pengamal undang-undang bagi memastikan negara ini terus dikuasai oleh isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Majlis Peguam mendesak SKMM agar 'akur' dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan bersuara sekaligus menarik kembali undang-undang ke atas akses awam ke portal The Malaysian Insider.

Sama seperti DAP, Majlis Peguam juga kerap kali cuba memanipulasi atau menipu tentang undang-undang negara. Perlembagaan Negara Perkara 10 dan 11 memberikan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan serta boleh mengamalkan agama lain selain Islam di mana-mana bahagian Persekutuan Malaysia.

Namun undang-undang itu juga jelas memberikan beberapa sekatan dan juridiksi yang tidak boleh dilanggar termasuklah hak agama dan penganut Islam di Malaysia memandangkan agama Islam adalah agama Persekutuan.

Begitu juga dalam hal kebebasan bermaklumat seperti yang dikatakan Majlis Peguam. The Malaysian Insider (TMI) telah dilarang siarannya kerana kecenderungan portal tersebut melakukan fitnah dan menghasut serta memasukkan elemen-elemen subversif yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara ini dengan artikel-artikel yang mereka siarkan.

Presidan Majlis Peguam, Steven Thiru barangkali terlalu bangang untuk faham Perlembagaan Persekutuan yang dia sendiri cakapkan walaupun dia seorang peguam. Dalam pembelaannya ke atas TMI, Thiru berkata, "SKMM telah mengambil tindakan ke atas TMI kerana portal tersebut dituduh menyiarkan perkara-perkara yang mengelirukan. SKMM tidak dapat mengenalpasati kesalahan penerbitan oleh TMI yang menyebababkan kekeliruan itu tercetus." (RUJUK SINI)

Desakan agar SKMM bertindak lebih tegas terhadap elemen-elemen hasutan dan fitnah yang berleluasa menerusi media sosial, sudah terlalu banyak dan lama dibuat. Bagaimanapun, SKMM terlalu mengambil masa sehingga akhirnya masalah kecil yang boleh dibanteras dan dihapuskan kini, menjadi masalah besar yang bukan sahaja disokong oleh golongan yang gemarkan kekacauan dan kejatuhan negara ini, tetapi juga pihak asing yang mempunyai kepentingan sepertimana yang melibatkan 1MDB.

Siapakah sebenarnya yang berada di dalam SKMM yang membolehkan ini semua berlaku? Bagaimana begitu mudah, sebuah suruhanjaya seperti SKMM diperolok-olokkan jikalau tiada pengkhianat di dalam entiti tersebut menjadi talibarut yang kemudian berjaya membuat tanggapan atau imej buruk kepada kerajaan Malaysia?

Kita sudah tahu ke mana hala Majlis Peguam dan apa yang mereka mahu. Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam, kebanyakannya adalah politik DAP semata-mata.

Itu adalah sesuatu yang pasti!

1 comment:

  1. MAJLIS LOYAR BUROK BERKOKOK LAGI.PI MAMPUS LER

    ReplyDelete