Pages - Menu

Wednesday, 2 March 2016

NAZRI AZIZ DEDAH KONSPIRASI MUHYIDDIN YASSIN BERTOK DALANGKAN MAHATHIR-MUKHRIZ UNTUK JATUHKAN NAJIB ABDUL RAZAK


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disyaiki terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri hampir setahun lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang terkenal dengan mulut lancang, Nazri Aziz. 

Nazri berkata, pertemuan antara Muhyiddin yang pada waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan kemudian dengan bekas Peguam Negara Abdul Gani Patal, merupakan bukti, Ahli Parlimen Pagoh itu bersama-sama rakan konconya yang lain telah bekerja keras untuk menggulingkan Najib selepas isu kontroversi 1MDB. 

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disyaki terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri hampir setahun lalu, demikian sepertimana yang didedahkan oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, Nazri Aziz. 

Nazri berkata, pertemuan antara Muhyiddin yang pada waktu itu masih lagi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara waktu itu, Abdul Gani Patail, telah membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pagoh bersama-sama beberapa orang 'konco', telah bekerja keras untuk menggulingkan Najib dengan menggunakan isu kontroversi 1MDB.

"Saya hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri dapat berjumpa dengan Peguam Negara dengan mudah. Dia tidak boleh buat macam itu. Kalau seorang Timbalan Perdana Menteri hendak bertemu dengan Peguam Negara, dia mesti juga memanggil anggota-anggota Kabinet yang lain. Oleh itu, saya bersetuju dengan Azalina Othman bahawa memang terdapat tanda-tanda konspirasi.

Ekoran penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO semenjak minggu lepas, Muhyiddin berkata Gani telah menunjukkan bukti 'perbuatan jenayah membabitkan dana yang dipindahkan dari SRC International kemudian ke anak syarikat 1MDB dan kemudian ke akaun peribadi Perdana Menteri pada tahun 2013.

Azalina yang juga merupakan salah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, awal lagi berkata, pendedahan Muhyiddin tentang pertemuannya denganu Gani merupakan bukti kukuh konspirasi peringkat tertinggi untuk menggulingkan Najib menerusi kaedah-kaedah tidak demokratik.

Nazri juga berkata bahawa Gani telah memberitahu Muhyiddin dalam pertemuan mereka itu, ia tidak boleh dianggap sebagai bukti memandangkan ia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan hanyalah berdasarkan kepada siasatan yang sedang dijalankan.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga mendakwa, semua itu adalah perancangan oleh Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan untuk melakukannya, dia telah merekrut Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal sebagai Timbalannya. Menurutnya lagi, mereka disokong oleh bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin dan Shafie disingkirkan dari Kabinet pada Julai tahun lepas manakala Mukhriz tidak mampu bertahan lebih dari sebulan sebelum digantikan oleh Ahmad Bashah Abu Hanifah sebagai Menteri Besar Kedah bulan lepas. Mahathir, tiga hari lepas mengumumkan keluar dari UMNO.

Menurut Nazri, agendanya adalah untuk Muhyiddin menggantikan Najib dan Shafie pula menjadi Timbalannya dalam kerajaan. Dia berkata, Shafie begitu teringin menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi dia mempunyai peluang yang lebih luas seperti Ahmad Zahid Hamidi yang lebih senior dan lebih berpeluang.

Nazri berkata, Muhyiddin tidak gembira untuk membela Najib, malah menolak untuk membantu Najib berhubung isu 1MDB.

"Saya tidak peduli. Saya perlu memberitahu perkara ini. Suatu hari, pada pertengahan tahun lepas, Ahmad Shabery Cheek (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) mencadangkan agar seseorang yang lebih konsisten menjawab isu 1MDB yang rumit. Muhyiddin seharusnya dilantik sebagai jurucakap.

"Sebagai orang nombor dua, dia harusnya mengambil tanggungjawab tersebut tetapi kami semua amat terkejut apabila dia menjawab, 'Tidak'," kata Nazri.

Ditanya mengapa UMNO mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan ke atas Muhyiddin, dia berkata, parti tidak mempunyai sebarang bukti dan oleh kerana itu hanya mampu berharap, Muhyiddin tidak akan bercakap di luar saluran parti.

"Lagipun kami semua dalam mood Perhimpunan Agung UMNO dan mahu kekal bersatu. Najib pada waktu itu telah menawarkan perdamaian. Jadi kami semua bertenang. Jadi, apabila Peguam Negara baru mengumumkan bahawa memang tidak terdapat sebarang kes (ke atas Najib), kami semua berasa lega. Selepas ini seseorang yang mahu menimbulkan isu tersebut, bagi kami dia datang datang dari kalangan pembangkang."

"Malangnya, Muhyiddin bertemu dengan 13 orang Ketua Cawangan (di Port Dickson) dan dia bukannya cuba merungkaikan masalah tersebut, sebaliknya menghasut dan menggiatkan merka. Pada ketika itulah, kami memutuskan untuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah, jadi tidak perlu sebarang surat tunjuk sebab," kata Nazri. (SUMBER)

5 comments:

  1. hai gi jumpa peguam Negara pun satu konspirasi ke...ada apa2 bukti ke percakapan dia org masa tu...jgn nak pusinglah...cermin diri dulu....memang makin bangang menteri2 sekarang ni

    ReplyDelete
  2. JELAS, Muhyiddin digantung jawatan oleh MT kerana beliau enggan mengetuai acara menerangkan isu 1MDB bagi membela Najib. Dah memang 1MDB tu Najib buat tak betul, takkan Muhyiddin nak kena tanggung beban? Inilah UMNO, asal tk sokong pecat, tukar, turun pangkat, pindah dan macam2 lagi ikut suka hati mereka. Sepatutnya Najib yang didakwa Najiblah yang kena jawab. MAMPOS KAU PENGKHIANAT UMNO

    ReplyDelete
  3. Burrrppp,kenyang bro mkan dedak.

    ReplyDelete
  4. Kasian sama itu mat muka labam...
    Kampunan ba mau jd itu PM..
    Tapaksa ba malalut mcm itu gila punya org..

    ReplyDelete
  5. time dolah dulu pun kempunan nak jadi pm. cuba time najib..kempunan jugak. redha jer la....dah lebam muka tu...nanti hangus le pulak.

    ReplyDelete