Kerana permusuhan dan kefahaman itulah, kaum Evangelist yang mahu membalas dendam, disokong oleh kerajaan masing-masing, bergerak ke segala ceruk rantau, menghapuskan semua rekod dan fakta, memutarbelitkan data dan meletakkan nama mereka menggantikan nama-nama Islam, selain melakukan penjajahan ke atas tanah-tanah dan kawasan orang Islam.
Malaysia mula dijajah 'secara rasmi' oleh Portugis pada September 1511 walaupun negeri-negeri lain terutama Kedah pernah dijajah oleh raja dari India Selatan pada zaman Hindunya. Kemudian, Belanda pula datang menjarah dan menjajah Melaka sebelum diambilalih oleh Inggeris yang menjajah keseluruhan Malaysia sehinggalah Malaysia dimerdekakan pada tahun 1957 dan 1963.
Untuk menguasai Malaysia, UMNO dan PAS perlu dipecahkan dan dihuru-harakan. Isu-isu membabitkan materialistik serta isu-isu retorik seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dijadikan modal untuk tujuan tersebut.
Hari ini, kita melihat bagaimana UMNO sedang berpecah apabila segelintir pemimpin UMNO itu sendiri termakan dengan hasutan puak berkenaan. Mereka sedang menggempur sesama sendiri dengan penyokong masing-masing menambah api dan tidak bersikap menenangkan. Kuasa UMNO pula semakin dijuzuk-juzukkan kerana pertentangan antara satu sama lain.
Manakala PAS pula sudah pun berpecah dengan Parti Amanah Negara pimpinan Mat Sabu secara terang-terang berada di bawah lutut DAP dan Keluarga Lim. PAN telah menyatakan bahawa mereka akan melawan PAS di mana-mana terutama sekali di Kelantan.
Dan sekali lagi kuasa politik Melayu-Islam dan Bumiputera dikecilkan.
NGO seperti PERKASA juga telah dipecahkan.
Kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar nampaknya sudah semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat majoriti negara ini. Mereka tidak peduli lagi dengan kesan dan natijah yang bakal menimpa generasi seterusnya walaupun mereka sedang melihat, puak sebelah sana pula semakin hari semakin bersatu walaupun terdapat perbezaan fahaman politik dan latarbelakang budaya agama dan suku.
Berapa lama lagikah masyarakat majoriti Melayu-Islam-Bumiputera akan terus diperbodoh-bodohkan dengan permainan sentimen bagi penguasaan oleh pihak-pihak berkenaan?
No comments:
Post a Comment