'NAK TAKUT APA, LIM KIT SIANG BUKAN PERDANA MENTERI, BUKAN MENTERI KEWANGAN, BUKAN KETUA POLIS NEGARA'... PEMIKIRAN YANG SEMAKIN BERCAMBAH HARI INI KERANA KEBODOHAN!

Saturday, 12 March 2016

Semenjak kejatuhan Cordova, Sepanyol pada tahun 1429 sehinggalah kini, Islam dan umatnya sentiasa digambarkan sebagai TERRORIST, pengganas, gasar dan haus darah serta tidak bertamadun walaupun hakikatnya, Islam jugalah yang telah mentamadunkan Eropah dan menyumbang lebih banyak kebaikan untuk kemanusiaan berbanding Gereja Katholik yang menggunakan agama untuk memastikan kuasa pembesar-pembesar gereja dan istana.

Kerana permusuhan dan kefahaman itulah, kaum Evangelist yang mahu membalas dendam, disokong oleh kerajaan masing-masing, bergerak ke segala ceruk rantau, menghapuskan semua rekod dan fakta, memutarbelitkan data dan meletakkan nama mereka menggantikan nama-nama Islam, selain melakukan penjajahan ke atas tanah-tanah dan kawasan orang Islam.

Malaysia mula dijajah 'secara rasmi' oleh Portugis pada September 1511 walaupun negeri-negeri lain terutama Kedah pernah dijajah oleh raja dari India Selatan pada zaman Hindunya. Kemudian, Belanda pula datang menjarah dan menjajah Melaka sebelum diambilalih oleh Inggeris yang menjajah keseluruhan Malaysia sehinggalah Malaysia dimerdekakan pada tahun 1957 dan 1963.

Namun polisi penjajah yang berasaskan Evangelist meninggalkan saki-baki usaha doktrin dan dogma mereka. Warisan permusuhan dan usaha menghitamkan Islam dan penganutnya terus dilakukan dari semasa ke semasa. Kalaupun tidak dapat menjarah dan menjajah, cukup dengan hanya melakukan kekacauan. Kalau tidak dengan kekacauan bersenjata dan menumpahkan darah, cukup dengan hanya melakukan kekacauan sosial, menghuru-harakan perpaduan dan menggalakkan perpecahan.

Itulah yang sedang berlaku sekarang. Sekumpulan manusia yang berada di dalam sebuah parti politik, yang hierarki teratas mereka adalah golongan yang sama agama dan sama kaum walaupun berlainan suku, sedang giat menjalankan kerja-kerja tersebut, terutama sekali di kalangan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pertumbuhan serta percambahan perbezaan agama, diperbesar-besarkan bagi memudahkan mereka mendapatkan kuasa.

Di Semenanjung lain pula ceritanya. Kelompok terbesar umat Islam berada dalam UMNO, PAS dan sebuah NGO, PERKASA selain kelompok-kelompok kecil lain.

Untuk menguasai Malaysia, UMNO dan PAS perlu dipecahkan dan dihuru-harakan. Isu-isu membabitkan materialistik serta isu-isu retorik seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dijadikan modal untuk tujuan tersebut.

Hari ini, kita melihat bagaimana UMNO sedang berpecah apabila segelintir pemimpin UMNO itu sendiri termakan dengan hasutan puak berkenaan. Mereka sedang menggempur sesama sendiri dengan penyokong masing-masing menambah api dan tidak bersikap menenangkan. Kuasa UMNO pula semakin dijuzuk-juzukkan kerana pertentangan antara satu sama lain.

Manakala PAS pula sudah pun berpecah dengan Parti Amanah Negara pimpinan Mat Sabu secara terang-terang berada di bawah lutut DAP dan Keluarga Lim. PAN telah menyatakan bahawa mereka akan melawan PAS di mana-mana terutama sekali di Kelantan.

Dan sekali lagi kuasa politik Melayu-Islam dan Bumiputera dikecilkan.

NGO seperti PERKASA juga telah dipecahkan.

Puak berkenaan tahu apa yang perlu dilakukan. Memecahbelahkan perpaduan kuasa majoriti adalah cara terbaik untuk menguasai negara ini. Apatah lagi corak pemikiran sebahagian orang yang tidak lagi menganggap musuh sebagai musuh sebaliknya, asalkan bersama-sama menentang musuh yang sama, yang terhasil daripada sakit hati, dengki, kecewa kerana kehilangan jawatan dan berasakan dilayan secara tidak adil, lebih memudahkan mereka.

Kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar nampaknya sudah semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat majoriti negara ini. Mereka tidak peduli lagi dengan kesan dan natijah yang bakal menimpa generasi seterusnya walaupun mereka sedang melihat, puak sebelah sana pula semakin hari semakin bersatu walaupun terdapat perbezaan fahaman politik dan latarbelakang budaya agama dan suku.

Berapa lama lagikah masyarakat majoriti Melayu-Islam-Bumiputera akan terus diperbodoh-bodohkan dengan permainan sentimen bagi penguasaan oleh pihak-pihak berkenaan?

0 comments:

Post a Comment

'NAK TAKUT APA, LIM KIT SIANG BUKAN PERDANA MENTERI, BUKAN MENTERI KEWANGAN, BUKAN KETUA POLIS NEGARA'... PEMIKIRAN YANG SEMAKIN BERCAMBAH HARI INI KERANA KEBODOHAN!

Saturday, 12 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks