Empat lelaki warga Pakistan yang cuba melarikan diri selepas mencuri sejumlah wang milik seorang wanita di mesin deposit wang (CDM) bank di Taman Maluri, Cheras di sini berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai, 5.30 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa berusia 53 tahun bersama anaknya pergi ke mesin CDM di bank itu untuk mendeposit wang sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, katanya mesin berkenaan tidak menerima satu wang RM50 dan mangsa mengambil wang itu dan cuba memasukkannya semula.
"Namun, tiba-tiba empat lelaki warga Pakistan tidak dikenali merampas wang yang dipegang mangsa. Wanita terbabit merampas semula wang itu dan seorang suspek membatalkan arahan deposit wang, sekali gus menyebabkan transaksi terbatal.
"Suspek terus cuba merampas wang RM50 dari mangsa dan situasi itu mendapat perhatian orang ramai di lokasi kejadian. Pada masa sama, seorang daripada suspek mengambil sejumlah wang milik mangsa dan terus melarikan diri," katanya.
Chong berkata, orang ramai yang nampak kejadian itu terus mengejar keempat-empat suspek.
SUMBER
No comments:
Post a Comment