Permohonan mengenepikan saman tersebut telah dibuat oleh peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun. Mahathir, Khairuddin dan Ainina menyaman Najib atas alasan melakukan salahguna kuasanya sebagai penjawat awam.
Hakim menerima hujah peguam Najib bahawa Najib bukanlah penjawat awam dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Undang-undang di Malaysia sangat jelas iaitu Najib bukanlah penjawat awam di bawah definisi Akta Interpetasi dan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya Najib adalah ahli pentadbiran.
Hafarizam berkata plaintif keliru dan gagal membezakan konsep 'penjawat awam' dengan 'ahli pentadbiran'.
Pasukan pembela diketuai oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham berkata, Najib adalah ahli pentadbiran dan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan ahli pentadbiran sebagai penjawat awam.
Menurut Mohd Hafarizam, Artikel 132 (3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan perkhidmatan awam tidak seharusnya dilibatkan dengan mana-mana ahli pentadbiran di dalam Persekutuan atau negeri.
Katanya lagi, plantif turut gagal untuk membuktikan tindakan Najib yang dikatakan menyalahguna kuasa, selain menambah saman tersebut sangat tidak masuk akal dan menjarah proses mahkamah.
Ketua peguam yang mewakili Mahathir, Khairuddin dan Ainina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula memohon mahkamah untuk mendengar bukti dan keterangan daripada para saksi di dalam perbicaraan dan tidak mengenepikan saman tersebut tanpa membuat pendengaran merit.
Haniff berkata, anak-anak guamnya mempunyai kes yang boleh dibicarakan melibatkan beberapa isu yang boleh dikenalpasti oleh mahkamah sambil menambah, ianya sudah cukup untuk membuktikan kerugian yang dialami oleh rakyat kesan daripada tindakan Najib yang lebih mementingkan kepentingan peribadinya.
Dalam saman yang difailkan Mac tahun lalu, Dr. Mahathir dan kedua-dua orang penyokong tegarnya itu meminta Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Perdana Menteri membayar RM2.6 bilion sebagai gantirugi teladan kepada Kerajaan.
Mahathir, Khairuddin dan Anina Saadudin juga menuntuk Najib untuk membayar RM42 juta sebagai pampasan kepada Kerajaan.
Dalam tuntutan tersebut, plaintif mendakwa Najib telah bertindak untuk berkompromi dengan pelbagai institusi yang terbabit dalam isu-isu yang sedang disiasat membabitkan 1MDB, bagi memastikan semua hasil siasatan ke atas kesemua tuduan tersebut, tidak akan didedahkan kepada umum.
Antara lain, mereka juga menuntut untuk mengisytiharkan Najib sebagai penyalahguna kuasa dan telah melanggar kuasanya selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.
No comments:
Post a Comment