Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu ditahan oleh pegawai-pegawai Imigresen sebaik-baik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang 12:45 tengah hari tadi dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 2:00 petang.
Tony Pua yang dijadualkan merasmikan beberapa projek air Impian Sabah di beberapa daerah pedalaman dan menghadiri forum berkata, dia tidak diberikan sebarang alasan bagi larangan tersebut.
"Saya kecewa dengan Kerajaan Negeri Sabah kerana menyalahgunakan kuasa imigresen mereka hanya kerana kepentingan politik," katanya.
Tony Pua bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas larangan tersebut.
Dia merupakan pemimpin dan Ahli Parlimen DAP kedua yang dilarang memasuki Sabah selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Antara pemimpin-pemimpin yang turut dilarang memasuki Sabah termasuklah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menang PRU-13 lalu dengan menggunakan fitnah, Nurul Izzah Anwar dan peguam serta pemimpin BERSIH, Ambiga Sreenevasan.
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi berhubung Imigresen dan boleh melarang atau tidak membenarkan mana-mana individu di bawah kuasa-kuasa khas untuk melarang mereka daripada memasuki kedua-dua negeri tersebut berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Senarai orang dari Semenanjung yang disenaraihitam daripada memasuki Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa adalah rahsia negara, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
No comments:
Post a Comment