Pages - Menu

Tuesday, 18 April 2017

Mahathir Semakin Marah Dengan PAS, Pemimpin PPBM Yang Lain Tak Setuju



Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir memperlihatkan sikap gelojoh dan tidak sabarnya dengan gelagat yang ditunjukkan oleh PAS. Ini adalah kerana PAS tetap enggan mengikut kehendaknya bahkan enggan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU-14 nanti.

Menurut Mahathir, gelagat PAS itu hanya akan memecah belahkan pembangkang dan rakyat. Keputusan PAS untuk bertanding sendirian, tidak hanya menyusahkan parti itu sendiri, bahkan akan mengheret parti-parti pembangkang yang lain.

Hasilnya menurut bekas Perdana Menteri itu, akan menyaksikan Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak mengekalkan kuasa.

PAS telah mengumumkan mereka akan bertanding di 80 kerusi Parlimen menyebabkan Mahathir mengamuk dan meluahkan kemarahan menerusi blognya.

"Kebanyakan 80 kerusi tersebut, PAS tahu mereka akan kalah Tetapi berdasarkan tradisi parti itu, mereka tetap akan bertanding walaupun di tempat yang mereka tiada harapan," katanya. (RUJUK SINI)


Setiausaha Agung PPBM, Kamaruddin Mohd Noor bagaimanapun jelas tidak bersetuju dengan sikap keras Mahathir terhadap PAS. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, partinya memang mengharapkan bantuan daripada PAS seratus peratus. Ini adalah kerana parti yang baru ditubuhkan September tahun lalu, sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang sangat teruk.

Perpecahan sedang berlaku di Perak, bahkan sudah ada ura-ura PPBM Perak akan dibubarkan ekoran kegagalan Pengerusi Penaja PPBM yang baru untuk mengendalikan parti berkenaan di Perak. Keadaan yang sama juga berlaku di Negeri Sembilan. Di Johor, PPBM turut berhadapan dengan masalah yang semakin meruncing. Manakala di Sabah, parti 'hibrid' PPBM, Parti Warisan, sedang berhadapan dengan ketidakpercayaan masyarakat setelah terdedah parti berkenaan sengaja ditubuhkan oleh proksi Mahathir iaitu Shafie Apdal dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat Sabah menerusi slogan 'Sabah for Sabahans'.

Mahathir amat sedar, masa semakin suntuk. Ketiadaan PAS dalam gerombolannya akan menyukarkan parti itu untuk mencapai objektifnya..






2 comments:

  1. midin pandai ke memimpin.. mukhriz anak manja.. boboi nak susu.. btl2 harap org tua kutuk nak mampus tu kehulu kehilir.. ini semua parti jahanam ni.. takda matlamat.. bila2 masa blh bubar..

    ReplyDelete
  2. Madey ni memang pelupa agaknya. Pemecah belah orang melayu islam adalah dirinya sendiri akibat ketidak puasan hatinya terhadap najib. Maklomlah dedak untuk kroni dan anak2 dah kena sekat. Bersekongkol pulak dengan musoh melayu yang dia caci sewaktu 22 tahun pemerintahanya. Apa lagi mahu dikata. Memang melayu mudah lupa kena kat batang hidung sendiri. Phuiiii....

    ReplyDelete