Menurut Mahathir, gelagat PAS itu hanya akan memecah belahkan pembangkang dan rakyat. Keputusan PAS untuk bertanding sendirian, tidak hanya menyusahkan parti itu sendiri, bahkan akan mengheret parti-parti pembangkang yang lain.
Hasilnya menurut bekas Perdana Menteri itu, akan menyaksikan Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak mengekalkan kuasa.
PAS telah mengumumkan mereka akan bertanding di 80 kerusi Parlimen menyebabkan Mahathir mengamuk dan meluahkan kemarahan menerusi blognya.
"Kebanyakan 80 kerusi tersebut, PAS tahu mereka akan kalah Tetapi berdasarkan tradisi parti itu, mereka tetap akan bertanding walaupun di tempat yang mereka tiada harapan," katanya. (RUJUK SINI)
Perpecahan sedang berlaku di Perak, bahkan sudah ada ura-ura PPBM Perak akan dibubarkan ekoran kegagalan Pengerusi Penaja PPBM yang baru untuk mengendalikan parti berkenaan di Perak. Keadaan yang sama juga berlaku di Negeri Sembilan. Di Johor, PPBM turut berhadapan dengan masalah yang semakin meruncing. Manakala di Sabah, parti 'hibrid' PPBM, Parti Warisan, sedang berhadapan dengan ketidakpercayaan masyarakat setelah terdedah parti berkenaan sengaja ditubuhkan oleh proksi Mahathir iaitu Shafie Apdal dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat Sabah menerusi slogan 'Sabah for Sabahans'.
Mahathir amat sedar, masa semakin suntuk. Ketiadaan PAS dalam gerombolannya akan menyukarkan parti itu untuk mencapai objektifnya..
midin pandai ke memimpin.. mukhriz anak manja.. boboi nak susu.. btl2 harap org tua kutuk nak mampus tu kehulu kehilir.. ini semua parti jahanam ni.. takda matlamat.. bila2 masa blh bubar..
ReplyDeleteMadey ni memang pelupa agaknya. Pemecah belah orang melayu islam adalah dirinya sendiri akibat ketidak puasan hatinya terhadap najib. Maklomlah dedak untuk kroni dan anak2 dah kena sekat. Bersekongkol pulak dengan musoh melayu yang dia caci sewaktu 22 tahun pemerintahanya. Apa lagi mahu dikata. Memang melayu mudah lupa kena kat batang hidung sendiri. Phuiiii....
ReplyDelete