Pages - Menu

Tuesday, 2 May 2017

RESTORAN MAKANAN KOREA di Pavilion Salahkan Imigresen Sebab Buat Operasi Tahan Pekerja Asing Haram Mereka



Pada 28 April lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Sri Mustafar Ali sendiri mengetuai operasi penguatkuasaan dan menangani pekerja asing di sebuah restoran makanan Korea, Kyochon di Pavillion, Kuala Lumpur.

Hasilnya 28 orang pekerja warga asing dan seorang penyelia warga tempatan berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syaikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Warganegara Malaysia yang bekerja di premis tersebut ditahan kerana melindungi pekerja warga asing. Manakala kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 orang warga Bangladesh, 8 orang warga Filipina, 3 orang warga Myanmar, 2 orang warga Indonesia, 2 orang warga Nepal dan seoang warga Pakistan dengan pelbagai kesalahaan seperti gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tamat tempoh.

Pemilik restoran tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut di Malaysia dengan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana menahan pekerja-pekerja asing mereka. Antara tuduhan yang dilemparkan menerusi Facebook rasmi restoran berkenaan ialah, pihak berkuasa telah melayan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas para pekerja mereka. Turut didakwa ialah, kesemua pekerja tersebut adalah sah, mempunyai permit kerja dan tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah. (RUJUK SINI)


Pembohongan yang dilakukan oleh pemilik Restoran Kyochon itu dibidas oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Seri Mustafar Ali kerana gambaran situasi yang dipaparkan oleh pemilik restoran tersebut, langsung tidak berasas sebaliknya terlalu mementingkan diri sendiri tanpa sedikit pun hormat serta mematuhi undang-undang negara.

Pihak berkuasa tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan. Sebaliknya pemilik restoran tersebut harus bersikap lebih matang dan sedar, yang mereka telah melakukan kesalahan dan sedia menerima akibat.



Restoran Kyochon cuba menyalahkan pihak berkuasa atas kesalahan meeka sendiri yang mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan dengan kesukaran. Dalam operasi yang dijalankan di pusat beli belah Pavilion itu, pihak pengurusan dan keselamatan mereka sendiri telah memperingatkan penyewa-penyewa premis supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

1 comment:

  1. Batalkan je lesen berniaga kerana menyalahi undang2 kita dan menghina...

    ReplyDelete