Pages - Menu

Wednesday, 3 May 2017

SELANGOR MAKIN KECOH!!! Elizabeth Wong Pula Tampil Nafi 4 ADUN PKR Selangor Akan Lompat Parti



Tidak betul Selangor akan mengadakan pilihanraya negeri!

Itu yang dikatakan oleh salah seorang Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu sidang media yang diadakan hari ini. 

Menurut Elizabeth Wong, khabar-khabar angin tentang pilihanraya negeri yang lebih awal diadakan, tertolak walaupun berkemungkinan besar PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

"Kemungkinan itu tidak akan berlaku. Selangor adalah negeri yang paling stabil di Malaysia," kata Elizabeth Wong lagi. 

ADUN Bukit Lanjan itu juga berkata, PKR dan komponen Pakatan Harapan sudah bersiap sedia untuk sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura PAS berhubung kerjasama politik parti itu dengan PKR. 

"Kami sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan keadaan. Perkara paling penting sekali ialah, kami sentiasa membuka pintu untuk sebarang pakatan. Ini adalah untuk semua parti. Kami sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti menyertai Pakatan Harapan," katanya sambil menambah, mereka tidak seharusnya lari daripada matlamat asal iaitu menjatuhkan Barisan Nasional daripada Putrajaya.

Elizabeth turut menolak dakwaan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang beberapa orang ADUN PKR yang sedang merancang untuk lompat parti di Selangor. 

"Perkara seperti itu tidak akan berlaku. Kami semua sedang bekerja seperti biasa. Tidak benar, 4 orang ADUN dari PKR akan lompat parti," tegasnya.


No comments:

Post a Comment