Demi Ego dan Air Muka Yang Besar, Mahathir Akhirnya Saman Najib Abdul Razak

Wednesday, 23 March 2016



Ringgit dibuka tinggi berbanding Dollar Amerika. Nilai tukarannya kini berada pada paras psikologi RM4.00. Sekaligus menunjukkan kebenaran tentang kaitan antara kadar tukaran Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat bergantung kepada harga minyak dunia sepertimana yang diteorikan oleh ahli-ahli ekonomi dan kewangan sebelum ini, sekaligus menyanggah dan menafikan teori ahli-ahli politik pembangkang, termasuklah Tun Dr. Mahathir yang masyhur dengan kata-katanya, ekonomi dan Ringgit Malaysia akan merudum selagi Najib tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Malangnya, Mahathir bukannya tok nujum yang terus mata. Dia sekadar mendapat maklumat daripada orang sekeliling yang mahu mempergunakannya dan pengaruhnya bagi kepentingan mereka.




Nilai Ringgit tidak jatuh lebih teruk, malah, terus mengukuh dan mulai kembali beransur-ansur ke kadar asal dengan para penganalisa yakin, nilai Ringgit berbanding US Dollar akan pulih dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi, kadar kemasukan pelaburan baru terutama sekali dari Dunia Arab, jauh lebih berkembang dan kewujudan kerja-kerja kosong yang lebih banyak, mengatasi permintaan kerja oleh penduduk tempatan.

Sekaligus kedudukan Najib turut mengukuh walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan pembangkang yang lain berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai cara termasuklah fitnah terbaru menggunakan cover majalah Time yang telah dipalsukan.

Deklarasi Rakyat semakin suram dan semakin tidak mendapat sambutan. Mukhriz dan Muhyiddin ternyata gagal mengumpulkan dan mewujudkan gelombang massa seperti yang dikehendaki dengan kegagalan teruk kepada Mukhriz menerusi ceramah terakhirnya di Johor yang hanya dihadiri oleh beberapa kerat penyokong sendiri.


Dua orang macai totok Mahathir, Ainina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO Langkawi dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hasan sekali lagi menjadikan Mahathir sebagai kenderaan mereka untuk melunaskan dendam kepada UMNO yang telah menyingkirkan mereka. Ketiadaan pengaruh selain mereka sendiri terpalit dengan cop bebal sombong, menyebabkan gelagat mereka sekadar ditertawakan.

Begitulah juga dengan usaha terbaru menggulingkan Najib dengan menggunakan mahkamah. Bunyinya gempar kerana kononnya, Najib disaman atas alasan 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi yang dimasukkan ke akaun peribadinya - satu budaya yang dilakukan dari zaman berzaman, malah oleh Mahathir sendiri berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video.

Bagaimanapun, saman tersebut sekadar mengenai campurtangan Najib dalam siasatan, langsung tidak melibatkan tentang RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan!


Ternyata Mahathir dan penyokongnya semakin tenggelam punca sehingga terpaksa melakukan stunt politic dan publisiti walaupun sedar, RM2.6 bilion yang dipertikaikan oleh Mahathir dan konco-konconya tiada kena-mengena dengan mereka, memandangkan ia adalah wang derma politik.

Selama ini, Mahathir cuba menggulingkan Najib, dia gagal. Mahathir cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen agar mengadakan undi tidak percaya kepada Najib, pun dia masih gagal. Kini Mahathir cuba menggunakan mahkamah untuk menyaman dengan tuduhan yang langsung tidak ada locus standi dan nampak gayanya dia akan gagal lagi.

Mahathir sudah kehilangan semua opsyen. Prestasi ekonomi dan kewangan negara pula, jauh mengatasi jampi serapah dan nujum pak belalangnya.


5 comments:

  1. article spesis dedak

    ReplyDelete
  2. Mahadir dan kuncu2nya boleh tutup kedai kerana hari dah petang.
    Orang lain pula nak memulakan perniagaan agar pembeli dapat membeli barangan dengan murah dan mudah.

    By:Cikgu"S"

    ReplyDelete
  3. Mahkamah belum membuat keputusan macamana admin kata "dia akan gagal lagi" ...

    ReplyDelete
  4. Hari ini TMJ bongkar cerita zaman mahathir dulu, lagi teruk. TMJ baham mahathir hidup2, nak bagi.mahathir ingat balik zaman dia jd pm dulu adalah zaman kuku besi...

    ReplyDelete
  5. Mukhriz dtg jb pun duduk hotel yg ditaja oleh cina..kalu kt jb org jb panggil hotel tu hotel urut + ayam..dan kebanyakkan penyokong beliau adalah penyokong yg menentang beliau dlm perebutan jawatan ketua pemuda UMNO dahulu melawan KJ..penyokong tersebutlah yang mengagalkan beliau menjadi KP UMNO

    ReplyDelete

Demi Ego dan Air Muka Yang Besar, Mahathir Akhirnya Saman Najib Abdul Razak

Wednesday, 23 March 2016 ·



Ringgit dibuka tinggi berbanding Dollar Amerika. Nilai tukarannya kini berada pada paras psikologi RM4.00. Sekaligus menunjukkan kebenaran tentang kaitan antara kadar tukaran Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat bergantung kepada harga minyak dunia sepertimana yang diteorikan oleh ahli-ahli ekonomi dan kewangan sebelum ini, sekaligus menyanggah dan menafikan teori ahli-ahli politik pembangkang, termasuklah Tun Dr. Mahathir yang masyhur dengan kata-katanya, ekonomi dan Ringgit Malaysia akan merudum selagi Najib tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Malangnya, Mahathir bukannya tok nujum yang terus mata. Dia sekadar mendapat maklumat daripada orang sekeliling yang mahu mempergunakannya dan pengaruhnya bagi kepentingan mereka.




Nilai Ringgit tidak jatuh lebih teruk, malah, terus mengukuh dan mulai kembali beransur-ansur ke kadar asal dengan para penganalisa yakin, nilai Ringgit berbanding US Dollar akan pulih dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi, kadar kemasukan pelaburan baru terutama sekali dari Dunia Arab, jauh lebih berkembang dan kewujudan kerja-kerja kosong yang lebih banyak, mengatasi permintaan kerja oleh penduduk tempatan.

Sekaligus kedudukan Najib turut mengukuh walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan pembangkang yang lain berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai cara termasuklah fitnah terbaru menggunakan cover majalah Time yang telah dipalsukan.

Deklarasi Rakyat semakin suram dan semakin tidak mendapat sambutan. Mukhriz dan Muhyiddin ternyata gagal mengumpulkan dan mewujudkan gelombang massa seperti yang dikehendaki dengan kegagalan teruk kepada Mukhriz menerusi ceramah terakhirnya di Johor yang hanya dihadiri oleh beberapa kerat penyokong sendiri.


Dua orang macai totok Mahathir, Ainina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO Langkawi dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hasan sekali lagi menjadikan Mahathir sebagai kenderaan mereka untuk melunaskan dendam kepada UMNO yang telah menyingkirkan mereka. Ketiadaan pengaruh selain mereka sendiri terpalit dengan cop bebal sombong, menyebabkan gelagat mereka sekadar ditertawakan.

Begitulah juga dengan usaha terbaru menggulingkan Najib dengan menggunakan mahkamah. Bunyinya gempar kerana kononnya, Najib disaman atas alasan 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi yang dimasukkan ke akaun peribadinya - satu budaya yang dilakukan dari zaman berzaman, malah oleh Mahathir sendiri berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video.

Bagaimanapun, saman tersebut sekadar mengenai campurtangan Najib dalam siasatan, langsung tidak melibatkan tentang RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan!


Ternyata Mahathir dan penyokongnya semakin tenggelam punca sehingga terpaksa melakukan stunt politic dan publisiti walaupun sedar, RM2.6 bilion yang dipertikaikan oleh Mahathir dan konco-konconya tiada kena-mengena dengan mereka, memandangkan ia adalah wang derma politik.

Selama ini, Mahathir cuba menggulingkan Najib, dia gagal. Mahathir cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen agar mengadakan undi tidak percaya kepada Najib, pun dia masih gagal. Kini Mahathir cuba menggunakan mahkamah untuk menyaman dengan tuduhan yang langsung tidak ada locus standi dan nampak gayanya dia akan gagal lagi.

Mahathir sudah kehilangan semua opsyen. Prestasi ekonomi dan kewangan negara pula, jauh mengatasi jampi serapah dan nujum pak belalangnya.


5 comments:

Anonymous said...
23 March 2016 at 17:30  

article spesis dedak

Anonymous said...
23 March 2016 at 17:36  

Mahadir dan kuncu2nya boleh tutup kedai kerana hari dah petang.
Orang lain pula nak memulakan perniagaan agar pembeli dapat membeli barangan dengan murah dan mudah.

By:Cikgu"S"

Anonymous said...
23 March 2016 at 19:01  

Mahkamah belum membuat keputusan macamana admin kata "dia akan gagal lagi" ...

Anonymous said...
23 March 2016 at 22:30  

Hari ini TMJ bongkar cerita zaman mahathir dulu, lagi teruk. TMJ baham mahathir hidup2, nak bagi.mahathir ingat balik zaman dia jd pm dulu adalah zaman kuku besi...

Gabenor johor said...
24 March 2016 at 02:32  

Mukhriz dtg jb pun duduk hotel yg ditaja oleh cina..kalu kt jb org jb panggil hotel tu hotel urut + ayam..dan kebanyakkan penyokong beliau adalah penyokong yg menentang beliau dlm perebutan jawatan ketua pemuda UMNO dahulu melawan KJ..penyokong tersebutlah yang mengagalkan beliau menjadi KP UMNO

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks