Pages - Menu

Thursday, 21 January 2016

Mukhriz vs Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah... Antara Realiti dan Ilusi



Ketika Kedah berada di tangan PAS, pergerakan UMNO di Kedah terlalu amat perlahan. UMNO Kedah terumbang-ambing dan kehilangan hala tuju seolah-olah mereka meratapi kegagalan mempertahankan Kerajaan Negeri pada PRU-12.

Dan seperti biasa, apabila kalah, maka kalah jugalah dalam segala segi termasuklah moral. Bekas-bekas pemimpin kerajaan negeri, semuanya bertukar menjadi pasif. Selama hampir tiga tahun, tiada sebarang gerak kerja UMNO Negeri mahupun Barisan Nasional Negeri.

Tidak banyak harapan yang diberikan kepada UMNO dan Barisan Nasional Kedah pada PRU-13. Tambahan pula, PAS Kedah dengan Allahyarham Ustaz Azizan sebagai jurukemudinya dianggap terlalu ampuh dan kuat untuk ditumbangkan.

Bagaimanapun, perjalanan peristiwa di Kedah menunjukkan beberapa orang pemimpin PAS seperti Phahrolrazi Zawawi pula kemaruk hendak menjadi Menteri Besar Kedah selepas beberapa isu melibatkan pemberian projek Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan, terutama selepas Allahyarham Tan Sri Azizan dikatakan mengurniakan projek penyelenggaraan jalanraya kepada syarikat berkaitan UMNO dan bukannya kepada syarikat yang dinaungi oleh Phahrolrazi Zawawi yang telah mendapat projek sehingga ke Johor sebelum itu.

PAS Kedah berkecamuk ketika hampir PRU-13. Beberapa pendedahan tentang pembalakan, penerokaan tanah secara haram, pencurian pasir dan mineral, serta rampasan kegagalan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Pusat termasuklah MARIS dan untuk PBT bagi menyelenggara serta memperbaiki jalanraya, seperti garam dan air limau yang disimbah ke luka di badan.

PAS Kedah berpecah. Mat Sabu masuk menaburkan jarum di kawasan yang dirasakannya sebagai kubu kuat yang penuh penyokongnya iaitu di Pendang. Namun, rakyat Kedah telah membuat keputusan iaitu menukar kepimpinan negeri kembali kepada Barisan Nasional-UMNO pada PRU-13.

Usaha meyakinkan para pengundi Kedah untuk berkalih sebenarnya bukannya mudah. UMNO Kedah bergerak tanpa sebarang dana. Bendahari yang dijawat oleh Mukhriz ketika itu langsung tidak berfungsi. Ahmad Bashah yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersendirian dalam usaha untuk menghidupkan dan mendanakan kerja-kerja kempen di Kedah. Semua usaha mencari dana ditumpukkan ke kepala Ahmad Bashah seorang diri dengan bantuan daripada beberapa orang pemimpin lain termasuklah Mahdzir Khalid.

Ketika itulah, nama Mukhriz Mahathir sedang menjulang terutama apabila dia gagal dalam cubaannya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan seperti biasa, Mukhriz segera dijadikan sebagai 'IMAM MAHDI UMNO' untuk merampas Kedah dari PAS walaupun pada masa yang sama, rungutan tentang sikap pasif Mukhriz terutama dalam kerja-kerja kempen dan publisiti, turut kedengaran.

Berbekalkan nama bapanya, Mukhriz dihantar ke Kedah setelah sebelumnya dia menang di Parlimen Jerlun ketika banyak Parlimen yang dikuasai UMNO sebelum PRU-11, tertungging di tangan lawan. Mukhriz pada mulanya dikatakan akan bertanding di DUN Bakar Bata, DUN yang telah dikuasai oleh Ahmad Bashah selama beberapa penggal. Namun ada perubahan pada saat-saat akhir apabila big boss di Putrajaya melihat perlunya UMNO mengekalkan penguasaan di Parlimen Jerlun dan DUN Ayer Itam, yang telah dimenangi pada PRU-11.

DUN Ayer Itam merupakan kubu kuat Dato Othman Abdul Aziz, salah seorang arkitek UMNO Kedah yang tidak banyak cakap dan tidak banyak mempublisitikan dirinya. Untuk memastikan Mukhriz benar-benar dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, akhirnya anak Tun Dr. Mahathir itu diletakkan di DUN Ayer Itam pada PRU-12, dalam pertukaran 'suka sama suka' dengan Othman Aziz.

Kedua-duanya berjaya menang di kedua-dua kerusi yang kebetulan pula hasil daripada kemahuan rakyat Kedah yang mahu menukarkan corak pentadbiran pasif PAS kepada yang lebih agresif, kalau tidak pun menyamai zaman Mahdzir Khalid atau Osman Arof.

Mukhriz diberikan pelbagai jawatan di Kedah tanpa perlu bersusah payah. Hanya kerana dia anak Dr. Mahathir, segala-galanya disiapkan untuknya. Malang buat rakyat Kedah yang sebelum itu, terpesona dalam mimpi dan ilusi serta cerita-cerita indah tentang sosok tubuh Mukhriz. Mereka terpedaya kerana Mukhriz sebenarnya tidak kelihatan berminat dengan jawatan Menteri Besar Kedah memandangkan tumpuan dan fokusnya di Kedah terlalu kecil berbanding tempoh dia berada di luar Kedah terutama menerusi penerbangan-penerbangan domestiknya saban minggu yang mulai diperkatakan oleh segenap rakyat.

Semenjak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz langsung tidak melakukan apa-apa kecuali berjanji dan mengambil kredit atas usaha orang lain. Ada pihak yang menyatakan, Mukhriz berjaya menyatukan guru-guru pondok dan itu merupakan satu perkembangan yang sangat hebat di bawah pentadbirannya.

Malangnya, mereka terlupa bahawa segala bantuan kepada Sekolah-Sekolah Pondok malah menginstitusikan sekolah-sekolah pondok di bawah Kerajaan Negeri telah dimulakan pada zaman Mahdzir Khalid, dan diteruskan oleh Jamil Khir Baharom bermula dengan Pondok Pak Ya di Sungai Limau. Memandangkan pentadbiran agama dan institusi-institusi agama berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri, Mukhriz menjadi barisan hadapan untuk menjadi 'posmen'.

Perkara terbesar tentang Kedah adalah Kulim Hi-Tech Park yang sebelum pentadbiran PAS Kedah, merupakan kawasan pelaburan utama Kedah. Mukhriz telah menjanjikan bahawa Kulim Hi-Tech Park akan berubah apabila dia menjawat jawatan Menteri Besar. Begitu juga dengan bantuan untuk para penoreh getah dan pekebun kecil. Permasalahan banjir, pembalakan haram, pasir dan seribu satu masalah lain, akan diselesaikan di bawah pentadbirannya.

Lain pula yang berlaku. UMNO Kedah walaupun cuba menutup kegagalan Pengerusi Perhubungan mereka dengan memberi alasan, pendaftaran ahli berjalan dengan aktif, namun di beberapa kerusi DUN yang volatile yang dirampas daripada PAS pada PRU-13 lalu, usaha-usaha pengukuhan langsung tidak dilakukan. Pelbagai janji, hanya tinggal janji kerana Menteri Besar terlalu sibuk dengan masalah keluarganya.

UMNO Kedah sendiri terbahagi kepada beberapa fraksi dengan Ahmad Lebai Sudin, ADUN senior Bukit Lada yang bermasalah semenjak dari zaman Sanusi Junid sebagai Menteri Besar, memulakan langkah mengkritik keras kepimpinan Mukhriz.

Mukhriz sendiri gagal menyatukan dan meletakkan dirinya sebagai APEX kuasa UMNO Kedah. Beberapa kes di mana panggilannya untuk mesyuarat UMNO Negeri, menemui kegagalan. Malahan mesyuarat UMNO yang dipengerusikan oleh Mukhriz terpaksa diadakan di Kuala Lumpur, lokasi yang terletak hampir dengan rumah sebenarnya di Bukit Tunku.

Dalam keadaan apa pun, pentadbiran baru seharusnya menambah baik dan mengubah sesuatu yang tidak disukai oleh para pengundi sebelum itu. Bukannya meneruskannya. Malah perlu bekerja lebih kuat untuk bukan sahaja mengekalkan kuasa, tetapi juga menambahkan kuasa.

Berbeza dengan Mukhriz. Pendekatannya terlalu lembut dan lembik. Malah boleh dikatakan tiada langsung usaha-usaha ke arah itu sehingga memudahkan pula puak-puak PAN yang merupakan fraksi PAS meneroka banyak kawasan UMNO untuk dijadikan pangkalan.

Pertentangan antara Mukhriz dan Najib sebenarnya hanyalah satu alasan dan bahagian luaran. Hakikatnya, kaedah pentadbiran Mukhriz yang terlalu bertentangan daripada gambaran-gambaran indah sebelum dia menjadi Menteri Besar itulah, yang menimbulkan masalah besar kepadanya sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah itu sebenarnya hanyalah satu amaran keras kepada Mukhriz agar segera berubah bagi mengharungi baki tidak sampai 24 bulan untuk PRU-14 yang akan menjadi lebih sukar berbanding PRU-PRU sebelum ini. Walaupun ada kedengaran desakan agar Mukhriz berundur dan meletakkan jawatan, hakikatnya, kalau benar Ketua-Ketua UMNO Bahagian tersebut mahu merealisasikan perletakan jawatan dan pengunduran Mukhriz, mereka akan mula berkempen senyap-senyap ke atas ADUN-ADUN Kedah yang berjumlah 36 orang itu, bukannya membuat sidang media.

Apatah lagi, dengan Mukhriz sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya kerana terlalu bergantung maklumat kepada para pegawainya yang tidak akan berkesanggupan untuk menceritakan perkara sebenar.

Itulah yang berlaku apabila Mukhriz langsung tidak tahu tentang rancangan 15 orang Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah yang berkumpul untuk membuat sidang media sehingga memaksa dia meninggalkan majlis secara terburu-buru selepas mendapat tahu pada saat-saat akhir.

Proses mengundurkan Mukhriz tidaklah semudah seperti yang tertera di atas kertas. Mukhriz sebenarnya masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan dan dirinya. Tiada gunanya sekarang ini para pegawainya melolong mengajak rakyat bersama-samanya dengan alasan Mukhriz dilantik oleh rakyat sebagai Menteri Besar kerana hakikat sebenarnya adalah berbeza sama sekali. Mukhriz perlu memperbetulkan semula jadualnya, terutama sekali keberadaannya di Kedah termasuklah menyelesaikan banyak perkara berbangkit melibatkan rakyat dan UMNO Kedah sendiri.

Selagi Mukhriz beranggapan, dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana terdapat pegawai-pegawai yang akan melaksanakan kerja-kerjanya, maka selagi itulah Mukhriz tidak akan berjaya. Malah akan menambahsulitkan lagi kerjaya politiknya walaupun ada juga yang cuba menyedapkan hati sendiri kononnya, Mukhriz tidak disenangi kerana 'kedekut' dan tidak suka membazir.


Thursday, 7 January 2016

RM25 JUTA BERBANDING RM760 JUTA Daripada Mahathir Kepada Vincent Tan, Kenapa Tidak Pernah Didedahkan?



Salah seorang 4 NAGA BESAR yang mendapat pelbagai keistimewaan dan kekayaan berganda dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir adalah Vincent Tan, dari Berjaya Group.

Bagaimanapun, disebabkan 'kejayaan-kejayaan' pada zaman Mahathir telah digembar-gemburkan, malahan sampai ke tahap dimitos-mitoskan, kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Mahathir pada zamannya, kurang diperkatakan. Malahan ketika Anwar Ibrahim dalam sesi pemberontakannya selepas kehilangan jawatan dan kedudukan dalam Kabinet serta UMNO, isu Kronisme, Korupsi dan Nepotisme (KKN) hanya dianggap sebagai helah Anwar untuk menaikkan sentimen semata-mata. Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim sendiri mengamalkan dengan bebasnya skandal PINK-FORM untuk kumpulan-kumpulan proksinya termasuklah Tong Koii Ong yang membina bank Philleo Allied.

Isu Najib kononnya telah menjual Malaysia kepada China menjadi kecoh dan seolah-olah ianya lebih mula berbanding menjual negara ini kepada Cina Malaysia, sekalipun ianya dilakukan 'di bawah meja' dan tidak terbuka sepertimana yang dilakukan oleh 1MDB.

Elok juga kita kembali kepada sejarah untuk mengulas isu ini...

Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.

Sebagai isyarat kepada Najib, Dr. Mahathir berkata, "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah."(RUJUK SINI)

Najib bagaimanapun, tidak mempedulikan mesej tersebut dan ini langsung tidak menyenangkan orang tua itu. Sebaliknya, Najib menggantung lesen judi sukan dan enggan membenarkannya beroperasi, sekaligus memberi isyarat, Najib sengaja mencari fasal dengan Dr. Mahathir. Sehingga ke hari ini, Najib enggan membenarkan lesen tersebut beroperasi.

Pada bulan yang sama, Vincent Tan telah menjual 70% lesen judinya dalam Ascort Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam penuh miliknya, hanya pada harga RM525 juta, yang dianggap jauh lebih rendah berbanding jangkaan nilai industri judi berlesen dan haram di Malaysia yang bernilai RM25 bilion setahun. Dia menjual 70% pemilikan tersebut pada harga RM525 juta sedangkan dia hanya membayar RM25 juta untuk 100%. (RUJUK SINI)

Sekarang, mereka mendakwa 1MDB memperolehi aset-asetnya pada harga murah daripada kerajaan dan menjualnya dengan keuntungan yang sangat besar. Sedangkan, Vincent Tan juga hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta dan meningkat menjadi berbilion-bilion ringgit sebelum Abdullah dan Najib membekukan lesen tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, sekiranya dia adalah Perdana Menteri, dia akan meluluskan lesen tersebut sekaligus membantu Vincent Tan mengaut berbilion Ringgit untuk 20 tahun lagi, seperti mana yang dibuat oleh YTL selama 30 juta dan sekarang mahukan konsesi IPP diluluskan selama 30 tahun lagi bagi membolehkan dia mengaut berbilion-bilion lagi wang rakyat Malaysia.

Kini mereka bercakap seolah-olah 1MDB adalah satu dosa besar, malah lebih menarik lagi ialah apabila Muhyiddin Yassin memberikan bayangan untuk membatalkan pembekuan lesen tersebut sekiranya dia berjaya mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)

Dan itu sahaja sudah cukup untuk menerangkan mengapa mereka mahu Najib digulingkan.

Leslie Lopez, wartawan tetap The Wall Street Journal memberikan perincian yang lebih jelas. (RUJUK SINI)

Menurutnya pemberian atau lebih tepat lagi penganugerahan konsesi mewah perjudian di Malaysia oleh Dr. Mahathir kepada Vincent Tan Chee Yioun telah mencetuskan kontroversi dalam kerajaan.

Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi telah mengkaji semula sama ada mahu membenarkan Vincent Tan meneruskan konsesi tersebut yang mana membolehkan syarikat tersebut mengendalikan pertaruhan dalam acara-acara sukan dalam dan luar negeri atau sebaliknya kerana pelbagai faktor.

Menurutnya, Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Vincent Tan telah dianugerahkan konsesi perjudian selama 20 tahun bermula Jun 2003 oleh Kementerian Kewangan yang bermenterikan Mahathir. Dr. Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada September 2003, Ascot telah membayar RM25 juta sebagai bayaran untuk lesen yang membolehkan syarikat tersebut mengoperasikan perniagaan judi. Eksekutif-eksekutif industri judi Malaysia menganggarkan operasi judi sukan tersebut akan mendatangkan perolehan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Penganugerahan konsesi kepada Ascot tidak pernah diumumkan secara terbuka. Pentadbiran Abdullah hanya tahu awal tahun 2004 apabila Vincent Tan memaklumkan rancangannya untuk memulakan perniagaan judi barunya.

Selepas berjaya menangguhkan rancangan Vincent Tan selama beberapa bulan, akhirnya Abdullah yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membangkitkan isu konsesi perjudian tersebut dalam mesyuarat kabinet. Beberapa orang menteri telah memberi amaran kepada Abdullah bahawa lesen pertaruhan judi baru itu akan mengundang kritikan keras daripada masyarakat Islam di seluruh Malaysia.

Abdullah akhirnya menarik kembali lesen tersebut dari Ascot, sekaligus memulakan langkah kedua selepas sebelum itu dia menarik kembali kontrak atau konsesi yang dianugerahkan oleh Dr Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Pada November 2003, tidak lama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Abdullah telah menggantung kontrak landasan keretapi kontroversi yang dianugerahkan oleh Dr. Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhari, mencetuskan kemarahan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Vincent Tan kali pertama diberikan lesen perjudian adalah pada tahun 1987 oleh Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin. Vincent Tan dan rakan kongsinya dari United Kingdom pada waktu itu, Mecca Bookmakers memulakan operasi perjudian mereka pada tahun 1988 dengan tiga outlet di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perniagaan mereka berhadapan dengan masalah setahun kemudian selepas Kerajaan tidak membenarkan Vincent Tan membuka outlet-outlet baru bagi persediaan berhadapan dengan PRU.

Vincent Tan akur dan menyerahkan lesennya kepada kerajaan tetapi dengan syarat, operasi perjudiannya akan ditimbang semula oleh kerajaan pada kemudian hari.

Pada Jun 2003, Vincent Tan berjaya memperolehi kembali lesen judinya selepas berjaya meyakinkan Dr. Mahathir dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan yang Kuala Lumpur akan kehilangan ratusan juta ringgit dalam bentuk cukai kepada aktiviti-aktiviti judi haram.

HUAN CHEN GUAN


Wednesday, 6 January 2016

Cubaan Mahathir Laga-Lagakan Zahid Hamidi Dengan Najib Abdul Razak Tidak Akan Berjaya


Telah dikatakan, kalau Muhyiddin tidak termakan dengan hasutan serta mimpi-mimpi indah yang dijelmakan oleh para penghasut di sekeliling Tun Dr. Mahathir, besar kemungkinan dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri, bahkan mampu untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.

Walaupun dikatakan, Muhyiddin tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri, bahkan Muhyiddin sendiri suatu masa pernah mengakui bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri juga, tidak pernah hadir dalam angan-angannya tetapi ianya menjadi realiti, namun perkembangan akhir di penghujung kerjayanya selaku Timbalan Perdana Menteri menyaksikan Muhyiddin akhirnya 'kalah'.

Golongan penghasut yang terdiri daripada kalangan mereka yang kecewa kerana projek serta kertas kerja ditolak termasuklah yang membabitkan pengambilalihan IPP, terus mencipta pelbagai fitnah membabitkan angka dan nombor. Kejayaan terbesar mereka setelah bekerjasama dengan Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah menghalang 1MDB daripada penyenaraian IPO. Sekaligus menghalang 1MDB daripada memperolehi modal untuk membayar hutang.

Isu-isu yang diciptakan oleh golongan tersebut agak berjaya dan diterima rakyat seperti 'beli tanah murah, jual mahal'. 1MDB juga digambarkan sebagai sebuah entiti asing yang tidak bersangkut-paut dengan Kerajaan walaupun 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan.

Bermula dengan tanah TRX, kempen-kempen besar terutama menjelang beberapa jam sebelum pengundian Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan, cerita yang digembar-gemburkan adalah Tabung Haji telah 'bail-out' kerugian 1MDB dengan membeli tanah tersebut pada kadar harga yang sangat tinggi.

Menariknya, tanah yang diperkatakan itu, amat-amat dikehendaki oleh salah seorang veteran UMNO yang kemudian jadi antara penentang wahid Najib Abdul Razak.

Muhyiddin terperangkap pada waktu itu. Lenggok Muhyiddin beransur-ansur bernada 4 Naga Besar yang menguasai dan diberikan pelbagai konsesi mewah pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. Isu pengambilan dan penjualan IPP juga turut diperkatakan dengan alasan, TNB telah digunakan untuk 'bail-out' 1MDB menerusi pembelian IPP yang sebelum itu telah menjana keuntungan mudah kepada NAGA-NAGA BESAR tersebut sekaligus menyebabkan rakyat dan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar pampasan bernilai puluhan bilion ringgit kepada NAGA-NAGA BESAR itu selama hampir 3 dekad.

Iltizam Mahathir untuk menggulingkan Najib masih berterusan walaupun usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini, termasuklah menggunakan khidmat beberapa orang macai yang banyak diberikan publisiti oleh portal seperti Free Malaysia Today sekadar menimbulkan rasa jelak dan muak yang semakin menebal.

Terbaru ialah apabila Mahathir ketika memberi reaksi kepada kenyataan Zahid Hamidi, seolah-olah memberi isyarat agar Zahid mengikut cakapnya agar 'segala rahsia' yang disimpannya tidak akan terbongkar.

Barangkali kerana sudah terlalu kerap sangat taktik yang sama digunakan, lebih ramai yang mencebik berbanding menyokong. Kumpulan penyokong pula, tidak lagi teruja sepertimana peringkat pertama serangan Mahathir ke atas Najib menggunakan Muhyiddin dahulu. Malah lebih ramai yang percaya bahawa Zahid TELAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN MUHYIDDIN berbanding mengikut sahaja 'nasihat' Tun Mahathir dalam isu ini.

Tun yang bijaksana dengan bantuan daripada para penasihatnya yang geram kerana proposal dan kehendak mereka tidak dipenuhi, perlu mencari kaedah dan taktik lain bagi mencetuskan rasa 'bersalah' Zahid sepertimana yang berlaku kepada Muhyiddin sekaligus menyaksikan gelombang Zahid menentang Najib.

Kalau main ugut-ugut seperti sekarang, rasa-rasanya para pemain media sosial terutama sekali yang masih ingat dengan pelbagai projek gajah putih yang menyaksikan kekayaan negara sekadar berlegar di kalangan beberapa orang kenalan rapat Tun, akan terus membongkarkannya dengan penuh istiqomah sepertimana yang berlaku dalam projek ERL mahupun Empangan Bakun!


Kes Gadis 14 Tahun Dakwa Diculik, Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Atas Tuduhan Rogol



Remaja lelaki 16 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa diculik. 

Dia yang juga kenalan gadis itu, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. 

Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan esok untuk sebutan semula kes. Terdahulu di mahkamah yang sama, seorang lagi teman lelaki remaja perempuan itu, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa atas pertuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah. 

Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. 

Nor Asma menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali. 

Sementara itu, remaja perempuan terbabit yang mendakwa dirinya diculik Disember lalu mengaku bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu. 

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu. 

Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. 

Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar. (BERITA HARIAN ONLINE)

Kerana RM1.2 BILION, DAP Kelam-Kabut Timbulkan Pelbagai Isu, Termasuklah Membodohkan Diri Seperti MARA DIGITAL MALL!


Lim Guan Eng selalu melalak dan mendabik dada kononnya dialah pejuang dan penegak demokrasi. Demokrasi bagaikan tuhan kepadanya.

Tetapi itu hanyalah retoriknya semata-mata.

Hakikat sebenar ialah, Lim Guan Eng tidak akan mampu bertahan dengan kritikan atau apabila kehendaknya tidak dipenuhi dan dituruti.

Kita boleh melihat kepada tindakan yang diambil olehnya kepada PAS yang enggan akur agar menggugurkan usul Hudud dan Negara Islam sehingga akhirnya Lim Guan Eng sanggup menaja kumpulan pencari kuasa dalam PAS untuk menubuhkan Parti Amanah Negara yang dipimpin oleh Mat Sabu, salah seorang macai tegarnya yang hidup atas kebajikan Lim Guan Eng.


Namun sesuatu yang amat menarik ialah apabila Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP terlalu takut untuk mendedahkan tentang RM1.2 bilion wang derma yang didakwa diterima daripada Zionis Israel bagi tujuan Pilihanraya Umum Ke-13 dengan syarat, pembenaran kepada Zionis Israel menubuhkan pangkalan tentera di Port Dickson, sebagaimana yang didedahkan oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas pegawai khasnya sendiri.

Bapanya, Lim Kit Siang telah cuba membelanya dengan menafikan, Mohamed Razali pernah bertugas sebagai pegawai khas Lim Guan Eng. Namun Mohamed Razali dalam ceramah-ceramahnya, turut menampilkan bukti-bukti kukuh termasuklah dokumen-dokumen berkaitan bagi mengukuhkan dakwaannya.

DAP sebaliknya sekadar mengambil tindakan saman ke atas Pengarah Biro Penyelidik PAS, Dr. Zuhdi Marzuki dengan alasan, Dr. Zuhdi telah menfitnah DAP, sedangkan Dr. Zuhdi pula sekadar memanjangkan dakwaan yang dibuat oleh Mohamed Razali sepanjang empat tahun lalu.

Ketika DAP begitu kalut untuk tahu tentang derma RM2.6 bilion yang telah disahkan oleh SPRM sebagai derma dan bukannya daripada 1MDB, DAP sendiri terpalit dengan derma RM1.2 bilion yang sehingga sekarang, terus ditutup dan diselindungi dengan alasan 'fitnah UMNO'.

Walaupun beberapa cubaan daripada DAP untuk menunjukkan mereka memperolehi dana daripada kutipan derma orang ramai, jualan meja makan malam, malahan pemotongan elaun dan gaji ADUN serta Ahli Parlimen, namun beberapa tindakan Lim Guan Eng sendiri, terutama pembabitannya dengan seorang pengurus dana di Hong Kong yang telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepadanya dan isterinya, Betty Chew, terus menimbulkan persoalan.

Kekalutan DAP amat mudah dilihat terutama apabila kebanyakan pemimpin mereka mula menimbulkan pelbagai isu untuk menyibukkan para pembaca dan penyokong serta pihak lawan daripada memikirkan tentang isu sebenar yang terpalit kepada DAP.


Itulah juga yang menyaksikan bagaimana DAP menerusi Tony Pua sedang buat lawak besar membabitkan 1MDB dan penjualan sebanyak 24% kepentingan Bandar Malaysia kepada syarikat dari China, sehingga perlu memutarbelitkan dan menipu tentang perbezaan antara NET EQUITY VALUE dengan LAND VALUE.

Tony Pua yang dikatakan antara yang terbijak dalam DAP, cuba menimbulkan isu membabitkan perbezaan RM7.41 bilion dengan RM5.279 bilion. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa pembohongan telah berlaku kerana 1MDB mengumumkan penjualan kepentingan itu bernilai RM7.41 bilion sedangkan China Railway ketika membuat pengumuman di Bursa Saham Hong Kong menyatakan jumlahnya adalah RM5.278 bilion, sekaligus 'kehilangan' RM2.161 bilion. Mengapa Tony Pua langsung tidak menyentuh tentang pembelian kepentingan tersebut berserta dengan hutang 1MDB ke atas tanah Bandar Malaysia yang mereka juga perlu tanggung? Mengapa Tony Pua dan para penyokongnya cuba mengaburi otak, terutama sekali bagi mereka yang gemar membaca tajuk, bahawa jumlah RM7.41 bilion adalah Land Value, manakala RM5.279 bilion yang diumumkan oleh China Railway itu adalah Net Equity Value?

Salah satu bukti yang menyanggah pembohongan Tony Pua sekaligus menerangkan tentang Net Equity Value dan Land Value adalah deposit 10% yang dibayar oleh China Railway kepada 1MDB berjumlah RM741 juta.

Demi RM1.2 bilion yang mana DAP ada kaitan dengannya, para pemimpin mereka akan bersungguh-sungguh menimbulkan pelbagai isu, termasuklah isu yang paling remeh membabitkan MARA DIGITAL MALL...

Semuanya bagi membolehkan para penyokong DAP sendiri tidak memikirkan tentang RM1.2 bilion yang telah diterima oleh DAP sebagaimana dakwaan Mohamed Razali Abdul Rahman.


Tuesday, 5 January 2016

PEREBUTAN Kerusi Ahli Majlis PBT Di Selangor Antara PAS-DAP-PAN Semakin Mengusutkan


DAP telah mencadangkan agar PAS melepaskan semua kerusi Ahli Majlis PBT Selangor kerana menurut DAP, PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dimansuhkan oleh Lim Guan Eng.

Azmin Ali yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor dari PKR pula, main sembunyi-sembunyi kerana sedar, tanpa PAS, kerajaannya akan tumbang. PAN di Selangor hanya menduduki tiga Parlimen dan dua DUN yang sekarang kelihatan terancam apabila para pengundi mereka pula mendesak agar Ahli-Ahli Parlimen PAN yang menang kerusi-kerusi berkenaan atas tiket PAS, meletak jawatan.

Beria-ia DAP menyatakan bahawa PAS tidak lagi relevan di Selangor. Bagaimanapun, dalam hal kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT, DAP langsung tidak menyentuh atau menyebut, mereka sendiri akan menyedekahkan bahagian mereka kepada PAN yang dipimpin oleh Khalid Samad.

Daripada 288 Ahli Majlis PBT, PKR memperolehi paling banyak jawatan tersebut iaitu 120 orang, manakala DAP pula sebanyak 98 manakala PAS pula hanya mendapat 70.

Pada PRU lalu, PKR mempunyai 13 orang ADUN tetapi memperolehi jawatan Menteri Besar dan 4 Exco, manakala DAP seramai 15 orang ADUN dan diberikan jawatan Speaker dan 3 Exco. PAS yang mempunyai 15 orang ADUN hanya mendapat 3 Exco dan 1 Timbalan Speaker.

Menurut ADUN Meru, Rani Osman, sepatutnya yang menyedekahkan kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT kepada PAN, memandangkan yang bersekongkol, malah membantu menubuhkan PAN adalah DAP. Malah kalau benar pun, Azmin Ali hendak berlaku adil sepertimana yang dimaksudkannya, daripada 120 orang Ahli Majlis PBT yang dimiliki oleh PKR, seharusnya sebahagian daripadanya diberikan kepada PAN.

Agak aneh juga, kerana Azmin Ali yang tahu masalah akan menjadi lebih besar sekiranya PAS benar-benar merajuk dan meninggalkan kerajaannya, masih lagi akur dengan desakan DAP yang sudah pun merancang untuk 'merampas kuasa' pada PRU akan datang.



BENARKAH ADUN PKR SEMAMBU Terlibat Dalam Perlombongan Bauksit Walaupun Dia Kelihatan Menentang?

 

Satu pendedahan telah dibuat berhubung penglibatan seorang ADUN dalam perlombongan bauksit di Kuantan. Menariknya, ADUN yang sama juga turut terlibat secara aktif menghantar memorandum atau tampil ke hadapan memperjuangkan rakyat yang terdedah kepada pencemaran di sepanjang laluan lori-lori bauksit tersebut ke Pelabuhan Kuantan.

Lebih menarik lagi ialah apabila sebilangan lori-lori berkenaan turut diletakkan, diperbaiki dan dicuci di kawasan perumahan ADUN tersebut di Taman Aneka Jaya, Kuantan sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk dan sekali lagi, ADUN tersebut, tampil ke hadapan 'memarahi' perbuatan pemandu-pemandu lori bauksit berkenaan.

Walaupun tidak disebutkan namanya, tetapi Netizen telah mendedahkan ADUN tersebut adalah Lee Chean Chung, ADUN PKR Semambu.



Difahamkan, keluarganya mempunyai perniagaan pengangkutan lori. Dan lori-lori syarikat keluarganya juga dikatakan terlibat dalam pengangkutan bauksit-bauksit tersebut yang telah mencemarkan dan mengotorkan sepanjang laluan dan kawasan kediaman penduduk.

Menariknya, Lee Chean Chung merupakan ADUN PKR yang paling lantang mengecam, bahkan merupakan Pengerusi GERAM yang menentang Lynas di Gebeng dan merupakan Ketua Biro Alam Sekitar PKR yang cukup aktif mendesak agar Kerajaan Negeri Pahang membekukan lesen-lesen perlombongan bauksit secara serta-merta selain tindakan pembersihan dilaksanakan di kawasan-kawasan terjejas di sekitar Kuantan.

Malah dia juga meminta agar Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu ini.



Kalaulah benar seperti yang didedahkan oleh Netizen berhubung pembabitan Lee Chean Chung dan syarikat pengangkutannya dalam perlombongan bauksit, semua penentangan yang dibuatnya sekarang, tidak lebih daripada sekadar satu lakonan murahan semata-mata.

Agak aneh juga, memandangkan dia tidak pula menggesa pihak berkuasa, terutama sekali JPJ melakukan operasi menyekat, menyita atau mendedahkan pemilik-pemilik lori yang bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk, bahkan mencemarkan alam sekitar.



Harap-harap pendedahan yang dibuat oleh Netizen itu hanyalah semata-mata 'fitnah' kepada ADUN PKR itu kerana takkanlah pejuang alam sekitar sepertinya boleh pula terlibat dalam merosakkan alam sekitar hanya kerana keuntungan besar.


BAS PERCUMA: Buang Duit Rakyat Selangor Untuk Kemudahan Rakyat Asing dan Pendatang Haram


Kalau bab retorik, PKR memang hebat. Kalau bab berlakon, memang PKR cukup hebat dan tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun.

Itulah sebabnya, mengecat pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan itu pun boleh berharga hampir RM10 juta.

Semalam, Presiden PKR, Wan Azizah dengan penuh bangga mengumumkan tentang 'kejayaan' Kerajaan Negeri Selangor menyediakan bas-bas percuma yang berhawa dingin serta dilengkapi wi-fi di laluan Bangi-Kajang. Sebelum itu, program yang sama telah dilancarkan di Petaling Jaya.

Kaum penyokong segera membandingkan kehebatan tersebut dengan Kerajaan Barisan Nasional. Ditunjukkan gambar-gambar tentang penggunaan bas-bas percuma tersebut yang kononnya dapat mengurangkan bebanan rakyat Selangor.

Nak temberang apa?


Sama ada berbayar apatah lagi percuma, majoriti pengguna bas di Lembah Kelang adalah warga asing dan pendatang tanpa izin.

Apatah lagi laluan antara Bangi-Kajang serta Petaling Jaya, sememangnya membolehkan kita untuk melihat sejumlah besar warga asing menggunakan pelbagai kemudahan malah bergerak bebas seolah-olah negara ini sudah ketiadaan penguatkuasa Imigresen.

Bangi-Kajang sendiri umpamanya, terutama di Jalan Reko, merupakan sarang pendatang asing. Dari dahulu, perkhidmatan bas berwarna merah yang kini sudah tiada, digunakan sepenuhnya oleh warga asing. Manakala warga tempatan pula lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri.


Mengapa Kerajaan Negeri Selangor menggunakan wang rakyat Selangor untuk kemudahan warga asing berbanding rakyat tempatan yang kurang menggunakan kemudahan tersebut? Bukankah lebih elok sekiranya wang rakyat digunakan untuk kemudahan rakyat, terutama sekali yang membabitkan cukai tanah dan cukai pintu yang cukup tinggi di Selangor?

Apatah lagi, hampir kesemua cukai tanah dan cukai pintu sememangnya dibayar oleh warga tempatan, berbanding warga asing?

Mengapa menimang beruk di hutan berbanding anak sendiri?

Polisi Kerajaan Negeri Selangor ini cukup menghairankan kita. Pada ketika, semua cukai tanah dan cukai pintu dinaikkan, warga asing yang tidak memberikan sebarang sumbangan pula ditimang-timang dan dimanja-manjakan!


Monday, 4 January 2016

Perlombongan Bauksit di Kuantan, Wakil Rakyat Pakatan Terlibat Sama Rupa-Rupanya!


Isu perlombongan bauksit di Kuantan nampaknya masih belum surut-surut. Malah pendedahan pelbagai pihak tentang pencemaran teruk yang terhasil daripada perlombongan tersebut, akhirnya membuka juga mulut salah satu daripada pihak berkuasa.

Menurut COO Konsortium Pelabuhan Kuantan Sdn. Bhd, Khasbullah A.Kadir, pencemaran bauksit di sekitar Kuantan adalah disebabkan tempat penyimpanan yang tidak mencukupi. (RUJUK DI SINI)

Hari ini, Tengku Puan Muda Pahang turut memperkatakan tentang pencemaran tersebut malah menggesa agar rakyat Pahang bangun menentang pencemaran tersebut.

Beberapa kemalangan melibatkan lori-lori pengangkut bauksit juga telah dilaporkan dan didedahkan. Namun sehinggalah Tengku Puan Muda Pahang sendiri yang bercakap, barulah kelihatan ada operasi dilakukan.

Agak aneh juga memandangkan pencemaran yang sebegitu teruk, langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak berkuasa sebelum ini. Lebih malang lagi ialah apabila keuntungan dalam bentuk wang, lebih diutamakan kononnya, sekiranya aktiviti perlombongan bauksit tersebut dihentikan, ramai yang akan mati punca pendapatan.

Paling aneh sekali ialah sikap ADUN serta Ahli Parlimen pembangkang yang dalam isu Lynas, mereka bukan main galak, bahkan turut mengancam akan membakar kilang Lynas dengan alasan, kegiatan kilang Lynas di Gebeng itu akan memberikan impak kesihatan yang teruk kepada penduduk sekitar.


Namun dalam isu bauksit pula, penentangan yang ditunjukkan amat lemah-lembut. Sekadar membuat memorandum tetapi tiada tunjuk perasaan atau kempen di Dataran Merdeka sepertimana yang dibuat ke atas Lynas. Tiada baju hijau yang mengarak panji-panji, bendera atau pemidang seperti dalam isu Lynas.

Difahamkan seorang ADUN terlibat dalam perlombongan tersebut menerusi lori-lori yang mengangkut bauksit-bauksit yang telah dilombong, walaupun dia berlakon kononnya menentang perlombongan bauksit.


Seorang Ahli Parlimen pembangkang pula, sekadar meminta Kerajaan menggantung lesen perlombongan bauksit di Kuantan walaupun dalam isu Lynas, dia boleh memberikan pelbagai hujah dan contoh tentang pencemaran dan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh industri tersebut.

Kumpulan NGO bernama PEKA pula memberi masa selama seminggu kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk menutup operasi perlombongan tersebut sehinggalah kaedah yang tidak mencemarkan alam telah dikenalpasti.

Adakah sebarang perubahan selepas ini?




ISU KAITAN DAP DENGAN ZIONIS ISRAEL, Lim Kit Siang Kata, Jangan Susahkan Pihak Polis



Berbanding UMNO, DAP jauh lebih agresif dan memandangkan mereka mempunyai barisan peguam yang menduduki hierarki tertinggi parti tersebut, mana-mana ancaman yang membolehkan mereka terkantoi, akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang yang dibuat, bukannya untuk melindungi atau membela diri, tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan pihak pendedah terutama apabila kita amat-amati, dalam kebanyakan kes saman fitnah melibatkan DAP, kemenangan mereka lebih kepada sudut teknikaliti semata-mata.

Apabila seorang pemimpin PAS mengulang semula cerita dan pendedahan yang dibuat oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng tentang persetujuan DAP untuk membenarkan kewujudan pangkalan tentera di Port Dickson demi memperolehi dana politik bernilai berbilion ringgit, DAP mula kelam-kabut mencari salah UMNO, malah menuduh UMNO yang menjadi dalang kepada pendedahan yang disifatkan sebagai fitnah.

DAP bagaimanapun, telah menyaman Zuhdi Marzuki, Pengarah Penyelidikan PAS kerana bertanyakan mengapa DAP tidak pernah mengheret bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu yang telah membuat pendedahan mengaitkan DAP dengan Zionis Israel dan dana berjumlah RM1.2 bilion.

Baik Lim Guan Eng mahupun Lim Kit Siang, tidak berani juga menyentuh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu.

Isu dan pendedahan berkenaan sebenarnya sudah berlangsung begitu lama. Tiada mana-mana pihak termasuklah Setiausaha Agung DAP dan Penasihat Seumur Hidupnya, yang mahu mengambil sebarang tindakan untuk membersihkan nama DAP, sebaliknya lebih sibuk dengan hal-ehwal membabitkan UMNO, bahkan terlalu gedik dengan isu-isu RM2.6 bilion dan RM42 bilion 1MDB.

Desakan Pemuda MCA agar PAS dan DAP membuktikan tuduhan masing-masing berhubung isu tersebut, turut mendapat reaksi negatif daripada Lim Kit Siang.

Menurut Lim Kit Siang, MCA tidak relevan untuk membangkitkan isu yang sudah berlangsung selama 4 tahun itu. Sebaliknya, desakan MCA itu hanya akan 'menambah' beban kerja polis. Paling menarik ialah apabila Lim Kit Siang menafikan jawatan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri yang didakwa, pernah dijawat oleh Mohamed Razali Abdul Rahman. (RUJUK SINI)

Tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang berubah menjadi makhluk yang enggan memberatkan tugas-tugas PDRM. Habis tu, yang dia punya tuduhan-tuduhan tersebut, macam mana pula?

Adakah kerana terkena ke batang hidung sendiri, maka terkeluarlah ayat-ayat retorik itu ya?


Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Provokasi Kristian Sudah Mula Dilakukan Di Semenanjung Untuk Timbulkan Kebencian Di Kalangan Pengundi Kristian Sarawak


Pada PRN-11, isu Kristian-Islam menjadi marak. DAP memanipulasikan isu tersebut sehingga ada pihak yang mewujudkan kempen anti-Christ yang merujuk kepada Putrajaya yang dikuasai oleh kelompok orang Islam. Malah beberapa orang calon ADUN DAP turut menggunakan sentimen agama di gereja di DUN yang ditandinginya dan akhirnya menang. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, DAP mensensasikan isu Bible berbahasa Melayu yang dirampas oleh pihak berkuasa di Semenanjung dengan mengapi-apikan masyarakat pengundi Kristian di Sarawak, kononnya Kerajaan Barisan Nasional tidak membenarkan kaum Kristian pribumi membaca Bible dalam Bahasa Melayu sedangkan peruntukan Perlembagaan amat jelas tentang 'keistimewaan' tersebut bagi penduduk dan rakyat Sabah serta Sarawak.

Akhirnya DAP 'menang besar' buat kali pertama dalam sejarah Pilihanraya Negeri Sarawak.

Kini, nampaknya isu tersebut kembali muncul.

Kalau dahulu, mubaligh-mubaligh Kristian dilaporkan berkeliaran di kawasan-kawasan perumahan di Selangor, bahkan dalam satu kes, turut berkempen di hadapan sekolah, taktik yang sama juga kini diulang. Cuma pada waktu itu, mubaligh-mubaligh tersebut datangnya dari Korea, Jepun dan Taiwan, kali ini dilaporkan, sudah ada mubaligh berkulit putih.

Menurut Perlembagaan Persekutuan terutama sekali dalam Artikel 11 Fasal 4 menyatakan:

Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang mengauti agama Islam. 



Netizen melaporkan satu kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di Selayang apabila dia didatangi dua orang wanita berkulit putih yang cuba mendakwahkan agama Kristian kepadanya.

Insiden ini sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya bertujuan untuk memancing publisiti dan mensensasikan emosi terutama sekali di kalangan umat Islam. Sebarang reaksi negatif yang ditunjukkan oleh umat Islam, mahupun pihak berkuasa, akan digunakan oleh pihak tertentu sebagai modal kempen di Sarawak terutama di DUN-DUN bermajoritikan umat Kristian.

Apa yang berlaku di Semenanjung membabitkan Kristian-Islam, akan diimport ke Sarawak sebagai modal politik. Disokong dan didokong pula oleh kumpulan-kumpulan seperti S4S dan SSKM, isu ini pastinya akan disensasikan untuk menunjukkan betapa perlunya umat Kristian Sarawak menolak parti pemerintah sekarang kerana amalan agama mereka sedang diancam.

Maka, berhati-hatilah...


Sunday, 3 January 2016

PERLOMBONGAN PASIR DI PAHANG... Alam Sekitar Dimusnahkan Demi Kemewahan Wang Ringgit



SIAPA PEMAKAN "DUIT PASIR"???... Seperti juga hasil bumi yang lain termasuk bauksit, wang yang beredar dalam kitaran operasi pam pasir sangat besar jumlahnya kerana pasir diperlukan setiap hari, terutama dalam sektor pembinaan.

Selain tauke pam pasir, pemilik permit TOL pasir dan juga pemilik tanah yg terbabit dlm perniagaan ini, ada lagi beberapa pihak yg mendapat habuan drp operasi pam pasir.
Berkongsi cerita seorang bekas broker pasir (yg sudah insaf dan bertaubat kerana tidak mahu lagi bersubahat dgn rasuah), apa yg dikatakan pemakan "duit pasir" itu ialah pihak yg menerima habuan dlm pelbagai cara.
Antara yg paling "kasar" ialah habuan bulanan mengikut tan. Contoh paling minimum katanya, RM2 satu tan.
Cuba bayangkan kalau di Daerah Temerloh sahaja ada 20 pam pasir dan setiap pam pasir mengeluarkan 1,000 tan pasir sehari (cuma 10 buah lori tipper trailer), maka habuan utk "pemakan duit pasir" adalah RM2,000 X 20 pam pasir = RM40,000 sehari X 26 hari (tolak 4 hari cuti mingguan sebulan) = RM1.040 juta.
Aduhh!!!... banyak betul tu! Itu baru sebulan... Kalau setahun? Kalau dua tahun? Kalau tiga tahun?
Katanya, itu baru RM2 satu tan utk satu pihak! Sebab tu mereka sanggup buat apa sahaja utk memastikan operasi pam pasir berjalan lancar.
Dalam hati saya berkata, alangkah mewahnya kehidupan dunia mereka yg mendapat wang secara mudah itu tanpa mengira kesannya kepada alam sekitar, sungai dan kehidupan rakyat marhaen yg bergantung hidup kepada sumber akuatik sungai seperti nelayan sungai dan penternak ikan Patin sangkar yg menjadi ikonik Daerah Temerloh selama ini.
Siapakah "mereka" itu?... tanya hati saya dgn penuh perasaan ingin tahu.
Katanya, mereka yg terbabit tidak boleh didedahkan kerana beliau sendiri pernah terbabit. Namun, beliau yakin SPRM boleh menyiasat dan membongkar skandal itu selagi ada kemahuan dan kesungguhan.
Dalam hati saya mula terfikir, kalau begitu besar jumlah yg diterima oleh sesuatu pihak "pemakan duit pasir" patutlah hasil yg diterima oleh Kerajaan Negeri drp operasi pam pasir terlalu kecil. Rupa-rupanya terlalu banyak yg bocor dan tiris!
Saya harap dan saya doakan semoga suatu hari nanti SPRM akan berjaya membongkar skandal pam pasir ini.
Bab kata bidalan.... Langit tidak selalu cerah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Bagi yg makan duit haram, kalau terlepas hukuman di dunia sekalipun, di akhirat nanti balasan Allah itu pasti.
Mengikut kata Tok Guru saya, duit haram yg diberi makan kpd anak isteri akan menjadi darah dan daging busuk yg bakal membawa pelbagai penyakit. Wallahuallam Bissawab


(Nota kaki: Foto duit, pam pasir dan kesan runtuhan tebing akibat operasi pam pasir hanya foto hiasan dan tidak ada kena mengena dgn posting ini)


Saturday, 2 January 2016

ROADBLOCK Cari Kesalahan, Bukannya Benar-Benar Kenalpasti Punca Kemalangan dan Kematian di Lebuhraya dan Jalanraya, kata NETIZEN



Pada tarikh 29 Disember 2015, Jpj telah membuat operasi bersepadu dengan agensi2 lain di Rnr Gurun. Highway ditutup dan semua kenderaan wajib masuk Rnr untuk pemeriksaan.

Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tgh highway dipercayai sebahagian dahan pokok yg jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg. mcm mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?

Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah2 Beliau ingin menanganinya. Mcm tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yg Beliau ingin 10 716 org mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dlm youtube).

Yg paling lawak di sini, Operasi yg paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan

1. Nombor Plet
2. Ekzoz
3. Lampu2 Tambahan
4. Tinted
5. Visor Gelap
6. Footrest

Ya saya xpernah ke sekolah engineering, sy x bljr aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu sy yakin ianya bukan punca kemalangan. Adakah anda nak tahu punca2 sebenar?

Statistik dan org rmai juga menyatakan yg kemalangan selalunya melibatkan motosikal ( majoriti kes kemalangan). Inilah punca2 utama.

1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu bsr.

2. Tiada lampu jalan di kwsn2 kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol) Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yg langsung tiada lampu jalan.

3. Driver2 yg tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.

i - Tiada Signal
ii - Signal Terus Belok.Tidak tahu menggunakan cermin sisi dahulu.
iii - Sambil Belok Sambil Signal.
iv - Signal kanan belok kiri.

4. Kenderaan2 lain yg bygkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive xbuka lampu.

5. Kenderaan2 dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi2 yg sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.

6. Kenderaan2 dibenarkan "Overload" , atau membawa muatan yg tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai brg2 jatuh ke jalan mcm dlm gmbr diatas.

7. Lori dan bas yg mcm F1 di highway.

8. Pemandu2 kenderaan bsr kerja melebihi had jam yg dibenarkan. (lori/bas).

9. Pemandu2 mabuk.

(slalu buat roadblok siang2 memang xjumpa la org mcm tu kn. lol)

10. Pemandu/penunggang yg dirve/ride dengan cara tidak selamat.



Itu antara contoh punca2 kemalangan. Dan bukan seperri anda buat dlm Ops Tinted, Ops Ekzoz, Ops Nombor Plet.

Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.

1. Nombor Plet

Nombor plet kcil or shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, ragut dan sebagainya. Yes benar. Namun pada kepingan plet kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.

2. Ekzoz

Ekzoz disaman ats kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dgr Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jd adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sgt2 mampu mnyelamatkn nyawa? Kes ini yg saya fight habis habisan di mahkamah 2015.

3. Lampu2 Tambahan

Motosikal ada berapa lampu di belakang dan dpn? 1 je kn? Andai kata blow lampu tersebut, mcm mana?bygkn malam.. nk stop perjalanan tnggu smpai pagi? nk call plus tlg tkrkn lampu? nk repair sndri tgh highway malam2? tapi andai ada lampu extra, led extra, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?

4. Tinted

Tinted gelap kononnya bnyk jenayah berlaku dan lain2. yes ok, ada benarnya. tapi yg x gelap, dah brapa kes kna pecah di lampu isyarat? dah brapa kes handbag, laptop dan lain2 brjaya dilarikan, nk letak di bwh? xnampak ke letak di bwh? nk letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?

5. Visor Gelap

visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun xsmestinya sorg salahguna semua haramkn.

Yg kluarkn statement ni sememangnya mat kereta dan xpernah ride jauh. klau ride ke pasar tidak dikira ride k. ride jauh, silau, matahari terpacak dpn mata, xbahaya ke? x burn ke muka andai clear visor? depa mana tau, dduk dlm keta tinted ada aircond ada. kami x kaya.

6. Footrest

Bygkn dduk dgn keadaan kaki 90 darjah berjam jam. xlenguh ke? footrest dicipta dgn angle kedudukan kaki yg selesa untuk rider2. kalau 90 darjah je msti kurang selesa andai ride jauh. (xsemua org rsa mcm tu, lain org lain rasa).

mana datangnya bahaya item tersebut?


Saman kita boleh bayar. Andai ianya mampu bantu menambah keselamatan kita ats jalanraya, ekzoz, lampu, tinted, footrest, visor, semua kita guna je. Berani buat berani tanggung org kata. Tp saya kata "Saya buat bersebab, bnyk sgt sebabnya, andai rasa nk fight point jom. point2 saya antara hidup dan mati. kalau nk fight stakat guna akta pi balik ok".

Lupa nk mention. apabila sy upkn isu2 ni di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Mcm ni ke satu organisasi bsr hndle pertanyaan? ke memang dah kehabisan peluru. oops jpj mana ada peluru lupa pulak.

Jadi di sni sy nk bg cadangan pada organisasi2 terlibat, Tlglah, nk buat kerja tu buatlah tp fikir fikirkan dulu apa yg dikuatkuasakan, apa yg disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jgn dgr je kata2 org atas. Kita diberi akal untuk berfikir sndri dan untuk kita bndingkn baik buruk. Jgn pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kt org, esk mana tahu.

Andai ada yg berminat, saya ada lagi satu posting berkenaan saman ekzoz di wall saya. andai free boleh la tgk2kn. Tq.


Sekian

Jeremy Ng


ISU BUNUH DAN PERTAHANKAN DIRI: Sedap MENFITNAH KETUA POLIS NEGARA, Kerana Ramai Yang Mudah Percaya



Barangkali itulah yang sering bermain-main dalam fikiran sesetengah orang yang cukup aktif di media-media sosial seperti Facebook.

Menjadikan beberapa individu termasuklah Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Malaysia sebagai sasaran fitnah kerana kurang tindak balas, setiap kenyataan mereka pasti akan diputarbelit dan diberikan gambaran sebaliknya.

Lebih menarik ialah apabila kelompok pembaca dan pengguna media sosial terutama di Facebook begitu teruja untuk mengedarkan dan mewabakkan penipuan tersebut tanpa usul periksa. Malah ada pula yang begitu beria-ia berdebat dan memaki hamun di Facebook kerana percaya, mereka lebih berperikemanusiaan dan lebih faham berbanding individu yang dimaki.

Itulah yang berlaku kepada Ketua Polis Negara yang menjadi sasaran terbaru selepas dua hari sebelum itu, Timbalan Menteri Ahmad Maslan diperolok-olokkan kerana saranannya agar orang ramai terutama sekali kakitangan awam mencari kerja-kerja sampingan menggunakan kemudahan online untuk menambah pendapatan.

Ketua Polis Negara dilaporkan dan digambarkan sebagai berkata, perompak dan penjenayah yang cuba melakukan jenayah, perlu dibiarkan berleluasa. Mempertahankan diri sehingga membunuh mereka adalah satu kesalahan kepada mangsa jenayah.


Sedangkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara adalah berbeza bahkan bertentangan sama sekali. Ketua Polis dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai tentang batas-batas dan had mempertahankan diri kerana negara ini diuruskan dengan undang-undang.

Menurut Ketua Polis Negara, hak mempertahankan diri sepertimana yang termaktub dalam Seksen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had mempertahankan diri bukan hanya kepada orang awam tetapi juga kepada anggota polis. (RUJUK SINI)

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.

Fitnah yang dibuat terhadap Khalid Abu Bakar oleh portal-portal/blog tersebut, langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Ketidakpedulian itulah yang menyuburkan budaya fitnah. Ketidakpedulian pihak berkuasa itulah juga seolah-olah memberi isyarat bahawa FITNAH adalah sesuatu yang dibenarkan dan boleh diterima sebagai sub-budaya sosial di negara ini.

Sampai bila sebenarnya pihak berkenaan akan benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan negara ini bebas daripada elemen-elemen negatif seperti tohmahan, hasutan, fitnah dan pemomokan keterlaluan seperti yang kita dapat lihat di media-media sosial?


Friday, 1 January 2016

Penjelasan KETUA POLIS SELANGOR Berhubung BUDAK PEREMPUAN SETAN YANG LARI IKUT JANTAN Tetapi Buat Cerita Kononnya Diculik Dua Lelaki India Van Putih



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KES REMAJA PEREMPUAN BERUMUR 14 TAHUN YANG DIKATAKAN DICULIK DI KAWASĂ€N KLANG UTARA DAN DILARIKAN PENJENAYAH DENGAN SEBUAH VAN PUTIH.

1. Saya merujuk kepada penjelasan saya dalam FB Polis Selangor bertarikh 30.12.15 mengenai kes ini.

2. Hasil operasi dan siasatan yang telah dijalankan, Polis Selangor dengan ini mengesahkan bahawa remaja perempuan tersebut telah ditemui dalam keadaan selamat pada 31.12.15 jam 7.45 petang di Kanchong Darat, Banting.

3. Remaja perempuan tersebut telah ditemui oleh Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada 31.12.2015 jam lebih kurang 7.45 petang di hadapan Stesen Minyak Petronas Kanchong Darat, Banting. Ketika ditemui, remaja perempuan tersebut berada bersama dengan seorang pemuda Cina berumur 19 tahun dalam sebuah kereta yang dipandu pemuda cina tersebut disitu.

4. Siasatan pihak polis juga mendedahkan bahawa pemuda cina yang ditemui bersama remaja perempuan itu adalah teman lelaki remaja perempuan tersebut yang dikenalinya sejak lebih kurang sebulan yang lalu. Remaja perempuan tersebut mengenali pemuda cina itu disebuah restoran di Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang Utara, dimana remaja tersebut bekerja.Pihak Polis juga mengesahkan bahawa TIDAK BERLAKU SEBARANG KEJADIAN CULIK keatas remaja tersebut sepanjang tempoh sejak beliau keluar dari rumahnya pada 27.12.15 sehinggalah beliau ditemui semalam, seperti yang digembargemburkan sebelum ini. Sepanjang tempoh 'kehilanganya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya (pemuda cina tersebut) di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri.

5. Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh 2 lelaki india dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah TIDAK BENAR. Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya, pemuda cina tersebut.


6. Memandangkan usia remaja perempuan tersebut yang masih dibawah umur, pihak polis telah menahan seorang pemuda cina berumur 19 tahun yang ditemui bersama remaja perempuan tersebut semalam. Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki melayu berumur 45 tahun yang merupakan rakan kepada pemuda cina tersebut yang telah menumpangkan remaja perempuan itu tinggal dirumahnya sepanjang tempoh 'kehilanganya'. Lelaki melayu tersebut turut ditahan pada 31.12.15 jam 10.15 malam di rumahnya di Bandar Sungai Emas, Banting. Kedua-dua mereka ditahan dan akan direman mulai hari ini untuk siasatan dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah.

7. Manakala, remaja perempuan tersebut, yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bawah umur telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan yang bersesuaian selanjutnya. Namun, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap remaja perempuan tersebut atas kesalahan memberikan maklumat palsu mengenai kejadian yang berlaku keatasnya.


Sekian, terima kasih.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.

1 Januari 2016