"Ia masih di dalam proses siasatan. Kita akan minta Jais untuk menolong wanita India
 terbabit untuk membuat pertukaran yang diperlukannya supaya tidak 
dikatakan menganut agama Islam," katanya di sidang media selepas 
merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015 Negeri Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam, tengahari tadi.
 Beliau berkata demikian mengulas status perkembangan terkini kes wanita
 beragama Islam menurut kad pengenalan tetapi dijadualkan mengahwini 
lelaki mengikut adat dan agama Hindu.
 Bagaimanapun menurut Zarina dia telah dibesar dan di didik mengikut 
agama Hindu setelah bapanya, seorang mualaf bertindak menghilangkan 
diri.
 Awal bulan ini, Jais menahan Zarina yang juga seorang kerani ketika dia sedang melangsungkan perkahwinannya di sebuah kuil di Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi.
 Wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan 
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam 
(Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
 Meskipun begitu kerajaan negeri menyifatkan tindakan Jais sebagai 
sesuatu yang memalukan dengan alasan agensi itu perlu merujuk kepada 
kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan 
pemeriksaan jika melibatkan agama dan kaum selain Islam.
 Zarina seterusnya merayu agar JAIS membantu mengubah status nama dan 
agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak
 disebabkan memerlukan pengesahan daripada bapanya. 
 Sementara itu Khalid turut diajukan status perlantikan semula 42 calon 
ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih disekat oleh 
Pejabat Menteri Besar.
 Ujarnya, perkara berkenaan hanya akan diselesaikan sebaik sahaja pemilihan semula PKR selesai.
 "Status ia masih lagi dibekukan atas dasar proses pemilihan semula 
(belum selesai). Nanti timbul pula dakwaan terdapat salah guna sebab 
ramai pemimpin bertanding.
 "Nanti ada (kata) tujuan untuk mendapaykan undi. Oleh itu ia dibekukan 
sementara. Bila sudah selesai kita akan fikirkan semula," katanya.
 Sebelum ini pelantikan semula 42 calon ahli majlis disekat oleh Pejabat
 Menteri Besar kerana mereka dikatakan kroni Timbalan Presiden PKR, 
Mohamed Azmin Ali. 
 Khalid berbuat demikian sebagai serangan balas terhadap Azmin kerana sering mengkritik cara urus tadbir beliau termasuk pelbagai isu negeri dan parti.
 Menteri besar itu terdahulu dituduh mendalangi pengguguran Azmin dari 
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akibat 
perbalahan berpanjangan antara mereka berdua. 
 Lebih mengejutkan, kelewatan melantik semula 42 ahli majlis dari PKR 
yang hampir setengah tahun ini didakwa didalangi pegawai kanan menteri 
besar itu sendiri yang dikenali sebagai Mustapha Mohd Taib.
 Ia didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam setelah 
menerima ugutan daripada Mustapha untuk menarik diri daripada bertanding
 mencabar Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. (ANTARA POS)








Apa perlu Jais merujuk kepada kerajaan negeri?!
ReplyDelete