SAMPAI BERKECAI BADAN KETUA POLIS NEGARA 'DIKERJAKAN' AYAHNDA RAJA PROVOKASI!!!

Wednesday, 24 December 2014 | 4 comments


Barangkali kerana tidak ada tindakan dan kesungguhan mempedulikan kewujudannya, seorang pengguna (atau lebih) Facebook, cuba bermain api. Seolah-olah mencabar pihak polis yang masih gagal memburu dan memberkasnya, AYAHNDA RAJA PROVOKASI mula menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai subjek caci makinya. 

Berdasarkan kepada m.o pemilik akaun Facebook tersebut, dia mempunyai kaitan dengan Persatuan Kongsi Gelap Melayu yang telah dibuka dan beroperasi semata-mata untuk menimbulkan kemarahan daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap orang Semenanjung. 

Akaun Ayahnda Raja Retorik pada masa yang sama, turut dilihat bermusuh dengan AYAHNDA RAZAK DAHAMAN yang seringkali dijadikan subjek untuk mengeluarkan sebarang kenyataan provokatif. 


Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Ayahnda Raja Provokasi, fungsi Persatuan Kongsi Gelap Melayu kelihatan terlalu jelas apabila cacian dan cercaan terhadap penganut Kristian yang akan menyambut perayaan keagamaan mereka, bertujuan untuk menimbulkan kebencian, permusuhan dari kalangan orang beragama Kristian kepada PERKASA, Ibrahim Ali dan orang Melayu-Islam secara keseluruhannya. 

Penyiaran gambar yang menunjukkan hanya kepala Ketua Polis Negara dengan badan yang sudah berkecai, dilihat benar-benar keterlaluan. Motif pemilik akaun tersebut boleh dijangka menerusi cabaran dan ejekannya kepada pihak polis agar menangkapnya.



Pastinya Ayahnda Raja Provokasi berasa, dia selamat kerana berselindung di sebalik Facebook. Apatah lagi, beberapa tangkapan ke atas suspek-suspek yang gambar mereka disiarkan oleh Persatuan Kongsi Gelap Melayu, telah gagal apabila suspek-suspek tersebut sebenarnya telah dijadikan mangsa menerusi pencurian gambar-gambar mereka.

HUDUD NYAWA PAS: HARON DIN MULA BERSUARA, BIDAS LIM GUAN ENG DALAM ISU HUDUD

Monday, 22 December 2014 | 0 comments


"Dia (Guan Eng) tidak pernah menimbulkan isu hudud sebelum Pakatan Rakyat dibentuk. Mengapa dibangkitkan sekarang? Apa motif dia?"

Itu pertanyaan Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba berlagak seperti Maharaja kepada PAS dalam Pakatan Rakyat.

DAP cukup kalut dan cuba campurtangan hal ehwal Islam di Kelantan. Selepas Lim Guan Eng dibidas oleh orang Cina sendiri kerana cuba menipu dalam hal 40 kalimah yang dilarang ke atas bukan Islam dalam enakmen syariah Pulau Pinang, kerja-kerja mengalih perhatian segera dilakukan dan 'mangsanya' adalah Hudud dan PAS di Kelantan.

Cubaan DAP dan Lim Guan Eng untuk mempolemikkan hudud terutama menjelang sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember ini, telah dipertingkatkan. Ini adalah kerana UMNO Kelantan yang merupakan bahagian kedua dalam Kerajaan Negeri Kelantan, telah menyatakan persetujuan dan menyokong usul PAS Kelantan untuk mewujudkan hukuman hudud di negeri itu. Tentangan yang diharapkan oleh DAP menerusi UMNO, tidak berlaku sekaligus merosakkan rancangan awal DAP.

Disebabkan itu, kata Haron Din kepada Guan Eng, sekiranya DAP tidak selesa dengan rancangan politik PAS, DAP perlu mencari haluan mereka sendiri serta tidak terus-menerus melakukan serangan demi serangan ke atas PAS dengan menjadi hudud sebagai isunya.

Hudud menurut Haron Din, merupakan nadi hidup PAS dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. "Kita tidak akan membatalkannya semata-mata kerana komen-komen negatif."

"Sekiranya DAP berterusan menyerang PAS dalam isu hudud ini, merekalah yang bertanggungjawab memusnahkan Pakatan Rakyat memandangkan Pakatan Rakyat telah menerima dokumen tahaluf siyasi pada tahun 2008," kata Haron Din sambil menegaskan bahawa sememangnya terdapat perjanjian 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang telah ditandatangani melibatkan PAS-DAP.

PAS menurutnya lagi tidak akan tunduk kepada komen-komen kawan dan lawan. Hudud adalah nadi kehidupan PAS, dan merupakan teras perjuangan parti itu. Menurutnya, tiada sebarang kompromi untuk perkaraan berkenaan. Hudud akan diteruskan di Kelantan.

Haron Din turut mengungkit yang PAS tidak pernah mempersoalkan DAP contohnya dalam hal komitmen DAP kepada sosialisme demokratik dan Malaysian Malaysia. Justeru, hak apa pula DAP untuk mempertikaikan PAS.

Pada Ahad lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyerang PAS dengan menyatakan hudud akan memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dibina atas dasar konsensus selain menegaskan bahawa hudud tidak terdapat langsung dalam prinsip asas Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Lim Guan Eng dalam Konvensyen Kebangsaan DAP 2014, mendesak PR untuk menolak hudud secara tegas dengan alasan ia adalah aspirasi pengundi majoriti. Ini merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat menerusi undi popular tahun lepas dengan mengutip 53% undi keseluruhan.

APA KESUDAHAN DRAMA PEMBATALAN PASPORT ALVIN TAN? BATAL KEMUDIAN MAAFKAN MACAM HISHAMUDDIN RAIS JUGA KE?

Monday, 8 December 2014 | 5 comments


Sepatutnya hari ini Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, blogger lucah yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana takut dengan tindakan undang-undang.

Selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat, Alvin Tan dengan penuh lagak mengecam, mengutuk dan memaki hamun sesiapa sahaja yang disukainya terutama sekali Ketua Polis Negara, pemimpin UMNO dan Sultan-Sultan Melayu.

Dari semasa ke semasa pelbagai ugutan yang dibuat ke atas Alvin Tan, namun tidak satu pun yang benar-benar menakutkannya. Bahkan Alvin Tan terus mengejek-ngejek dan mencabar pihak berkuasa di negara ini agar mengambil tindakan ke atasnya.

Siapa yang berada di belakang Alvin Tan sehingga dia jadi begitu berani?

Semalam, Menteri Dalam Negeri kata, setidak-tidaknya hari ini tindakan membatalkan pasport Alvin Tan kerana sikap biadapnya dan perlanggaran undang-undang yang dilakukannya.


Hari ini, ramai yang menanti-nantikan tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sendiri. Adakah kenyataan Zahid Hamidi sekadar satu kenyataan yang dibuat dalam keadaan marah atau KDN benar-benar mengambil keputusan membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, sekaligus menjadikan Alvin Tan terpaksa memohon suaka politik dari Amerika Syarikat atau berpindah ke negara lain dengan pasport terhad keluaran negara Uncle Sam itu atau terpaksa pulang ke Malaysia.

Dan selepas pembatalan pasport antarabangsa Alvin Tan, apa pula tindakan susulan daripada KDN memandangkan Alvin Tan sudah tentu akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak balik ke Malaysia bagi berhadapan dengan tindakan undang-undang?

Kita tunggu sahajalah kerana dalam bab ini pun, elemen-elemen drama dan teaternya pun agak kuat.

BERADA DI DALAM GEREJA, ANWAR NAIK SEMANGAT DAN SEGERA BERITAHU DIA HARI-HARI DAN SEPANJANG MASA BACA BIBLE MASA DALAM PENJARA

Anwar Ibrahim dan cakap bohong, memang sukar dibuang. Ia sudah menjadi darah daging.

Pada tahun 2005, ketika dibebaskan dari penjara, Anwar Ibrahim temberang para pengikutnya, konon-kononnya sepanjang 6 tahun berada dalam penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa, dia telah membaca al Quran, bahkan telah menghafaznya.

Maka berteriak dan menangislah para penyokongnya kerana terharu sangat. Kata mereka, penjara adalah hikmah untuk Anwar Ibrahim mendekatkan diri kepada Allah Taala walaupun hakikatnya, para saksi di dalam penjara menyatakan, Anwar Ibrahim semakin teruk ketagihan punggung jantan dan dia mempunyai jantan yang memberikan khidmat punggung kepadanya pada bila-bila malah sepanjang masa. Apatah lagi, Anwar tidak tinggal di sel biasa, sebaliknya di sel untuk orang sakit.

Semalam, di Gereja Holy Family, Kajang, Anwar Ibrahim temberang kaum Kristian yang bersesak-sesak untuk mendengar pembohongannya. Seronok kerana melihat ramai orang Kristian, Anwar cuba mengambil hati mereka dengan mencipta cerita yang akan membuatkan penganut Kristian di dalam gereja tersebut kekaguman.

Anwar Ibrahim membenarkan tindakan gereja menuntut Kementerian Dalam Negeri mengecop naskhah Bible yang dirampas yang ianya hanya digunakan dan diedarkan untuk bukan Islam semata-mata.

Kata Anwar dalam majlis tersebut, dia boleh membacakan petikan dari Bible, tetapi memandangkan terdapat Paderi George Harrison yang menurutnya lebih berautoriti, maka dia tidak boleh membacakan petikan berkenaan. Bagaimanapun, Anwar dengan bangganya memberitahu, setiap hari dan setiap masa dia membaca Bible.

Begitulah Anwar Ibrahim... dia boleh merupa atau menjelma dengan pelbagai wajah dengan latar belakang yang berbeza. Dia boleh berlakon menjadi pelbagai watak bersesuaian dengan sokongan yang bakal diterima.

DENGAN ANGKUHNYA, DYMM SULTAN SELANGOR DIMAKI DAN DICARUT-CARUT OLEH PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM INI!!!

Walaupun Kerajaan memutuskan untuk tidak memansuhkan AktaHasutan, bahkan akan menambahbaikkan akta berkenaan, tetapi oleh kerana kehebatan Pakatan Rakyat, selain kesediaan para peguam untuk membela mereka, semakin ramai yang menunjuk berani dengan mencabar undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, didedahkan seorang lelaki India yang memaki hamun DYMM Sultan Selangor dan sehingga kini belum dikenakan sebarang tindakan. Bahkan tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat ke atasnya. (RUJUK DI SINI)

Semalam, satu lagi pendedahan dibuat membabitkan seorang lelaki bernama IRFAN AFIFIE yang dipercayai merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan PKR berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi laman peribadi Facebooknya. (DI SINI)

Apakah kerana menyokong pembangkang maka seseorang itu bebas melaukan apa-apa sahaja yang melanggar peraturan dan norma-norma kehidupan di negara ini? Apakah jikalau bergelar penyokong Pakatan Rakyat dan penentang UMNO-BN maka, bebas dan tidak lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia?

Semakin hari semakin teruk. Dan nampaknya undang-undang yang tidak dikuatkuasakan atau dikuatkuasakan kepada pihak yang salah, telah menyebabkan golongan yang sepatutnya dikenakan tindakan, semakin menjadi-jadi kerana mereka tahu, mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

LIM GUAN ENG Terjubur Lagi... Bekas Pengganas Komunis Sendiri Dedahkan Kekaguman Guan Eng Kepada PKM!

Friday, 5 December 2014 | 8 comments


Gambar di atas dirakamkan di Bukit Gedung, Bayan Baru. 

Lim Guan Eng kelam-kabut cuba membela dirinya selain cuba menyembunyikan kecenderungannya kepada PKM dan Chin Peng apabila mengarahkan konco-konconya membuat laporan polis terhadap mana-mana pertanyaan untuk kepastian tentang keputusan Kerajan Negeri Pulau Pinang yang diketuainya menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng.

Sepanjang penafian Lim Guan Eng tentang hasrat Kerajaan Negeri untuk menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng, tidak pernah sekalipun Lim Guan Eng menyatakan kebencian atau penentangan terhadap fahaman komunis, sekalipun kalau diikutkan rekod sejarah, PAP dan Lee Kuan Yew amat membenci dan memusuhi komunis sehingga sanggup mengenepikan egonya dengan mencadangkan penubuhan Malaysia pada sekitar 1961 bagi menyelamatkan diri dan PAP daripada kehilangan kuasa di Singapura.

Sebaliknya Lim Guan Eng dan DAP pula bersungguh-sungguh mahukan kerajaan Malaysia membuat pengiktirafan ke atas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya terutama menerusi desakan agar abu mayat Chin Peng dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia dan disemadian di negara ini kononnya Chin Peng adalah pejuang negara walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat negara ini.

Dua minggu lepas, Parti Komunis Malaya dan bekas anggota-anggota serta penyokong dan ahli keluarga mereka telah mengadakan majlis makan malam, dalam cubaan untuk mengembangkan pengaruh dan mendapatkan sokongan terutama apabila melihat isyarat sokongan yang semakin besar dari kalangan generasi muda Melayu yang bukan sahaja malas membaca dan mengkaji sejarah tetapi lebih berminat dengan sejarah yang berpihak kepada komunis yang dikarang oleh komunis dan disebarluas oleh komunis.

Kenyataan yang diperakui sendiri oleh anggota PKM yang menyanjungi dan berterima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menulis sesuatu untuk majlis makan malam tersebut, menunjukkan sokongan dan kekaguman kepada Komunis dan Chin Peng.

Menulis ungkapan baik atau puji-pujian merupakan salah satu budaya Cina yang masih diamalkan sehingga sekarang.


Kerana Anwar Ibrahim, India Ini Memaki Hamun Sultan Selangor


Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.



Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.



Rancangan Bocor, DAP Pulau Pinang Terpaksa Buat Penafian Nak Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng

Tuesday, 2 December 2014 | 2 comments


Tepat sebagaimana maklumat yang diperolehi, Lim Guan Eng mengamuk sakan apabila rahsia untuk menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng bermula 1 Januari 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Penyaliran Banjir, Chow Kon Yeow terpaksa membuat penafian pantas.

Menurutnya laporan awal, Lim Guan Eng telah mengamuk dan segera mengarakan Setiausaha Politiknya untuk menyiasat bagaimana maklumat penukaran nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng boleh bocor. Sepatutnya maklumat tersebut tersimpan rapi sehingga 24 Disember sebelum Guan Eng mengumumkannya.

Bagaimanapun, dari pagi tadi, Whatsapp dan Facebook telah digunakan untuk mendedahkan maklumat tersebut, sekaligus memberi pukulan hebat kepada DAP.

Akhirnya Chow Kon Yeow terpaksa memberi ulasan setelah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung perkara berkenaan.

Menurut Rafizal, Pemuda UMNO Pulau Pinang telah mendapat tahu khabar angin tersebut dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri tetapi enggan mendedahkan sumber mereka.

"Kami tidak begitu pasti tentang khabar-khabar angin ini dan oleh itu, kami meminta penjelasan darida Kerajaan Negeri," katanya.

Demi Kasih Sayang Kepada Chin Peng Dan Parti Komunis Malaya, Guan Eng Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng


Ini merupakan salah satu daripada berita viral di Internet.

Selepas DAP menentang penukaran nama 8 batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur dan dinamakan sempena nama bekas DYMM Yang Di-Pertuan Agong, kini mereka mempamerkan apa sebenarnya yang mereka idam-idamkan dan siapa sebenarnya yang menjadi tunjangan parti tersebut.

DAP merupakan antara yang paling kuat dan tegar menyokong Parti Komunis Malaya dan Chin Peng. DAP jugalah yang mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng semasa hidupnya, masuk dan tinggal di Malaysia selain dilayan sebagai rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat Malaya, Persekutuan Tanah Melayu atau pun Malaysia sepanjang hidupnya.

Malah, fakta sejarah kononnya Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak juga agak kabur memandangkan kedua-dua ibu bapanya merupakan imigran dari negara China yang melarikan diri akibat serangan Jepun ke atas China dan tarikh lahir yang ditandakan adalah 21 Oktober 1924, sedangkan Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu kalau dikira berdasarkan tarikh kelahirannya, dia hanya berusia 6 tahun. Chin Peng aktif dalam PKM bermula dari tahun 1933 dan menjadi Setiausaha Agung PKM selepas rampasan kuasa daripada Lai Teck yang dibunuh oleh penyokong-penyokong Chin Peng pada tahun 1945.

Terbaru, DAP mendesak Kerajaan agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan pengiktirafan Chin Peng sebagai Pejuang Kemerdekaan Malaysia.

Parti Komunis Malaya telah menyerah kalah dan meletakkan senjata selain berikrar tidak akan menentang Kerajaan Malaysia lagi sebelum menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada tahun 1989.


Walaupun berita ini belum rasmi, tetapi tindakan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk menukar nama sebatang jalan paling popular di Pulau Pinang kepada nama Chin Peng, merupakan sesuatu yang amat mencabar kedaulatan negara ini. Walaupun DAP dan sekutu-sekutunya selain beberapa orang pemimpin Melayu yang telah diberi makan oleh DAP berusaha menjadikan dan menggambarkan PKM sebagai pejuang negara, hakikatnya sejarah kekejaman PKM dan cubaan PKM untuk menjadikan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebagai sebahagian koloni dan empayar Komunis, tidak dapat mereka hapuskan.

PENGURUS FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI Buat Perjumpaan Tertutup Dengan Peneroka Untuk Lawan Kerajaan

Itu laporan yang sedang viral di Internet. Para penyokong Pakatan Rakyat begitu gembira menyebarkan berita tersebut dalam kesemua jenis media sosial terutama sekali Whatsapp.

Kononnya, seorang pengurus Felda di Semenchu Kota Tinggi Johor Bahru telah mengadakan satu perjumpaan tertutup pad 30 November 2014 dengan kesemua peneroka untuk membincangkan masalah harga kelapa sawit dan saham FELDA. Kononnya juga, dalam pertemuan berkenaan, pengurus Felda itu brkata, jikalau UMNO@BN gagal mengatasi masalah berkenaan, maka 'KITA SEMUA AKAN BERTINDAK TIDAK MEMBERIKAN UNDI DAN SOKONGAN LAGI BUAT UMNO."

Bagaimanapun, sumber yang dipetik oleh penyokong Pakatan Rakyat tersebut adalah daripada 'seorang peneroka Felda terbabit yang enggan mendedahkan identitinya.

Bertitik tolak daripada berita tersebut, pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat semalam pada jam 10:15 malam.

Menurut pengurus Felda tersebut, dia telah mendengar khabar-khabar angin itu ketika berada di kawasan Felda Semenchu. Dia turut menafikan berita tersebut tetapi lebih ramai yang percaya kepada khabar-khabar angin berbanding penjelasannya.

Justeru, dia terpaksa mengambil tindakan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam satu pertemuan, pengurus FELDA itu telah menafikan mengadakan pertemuan tertutup sepertimana khabar-khabar angin yang dibuat. Sebaliknya pada tarikh yang dinyatakan, Pengurus FELDA itu berada di pejabatnya untuk menyelesaikan satu KES SUMBANG MAHRAM melibatkan peneroka FELDA SEMENCHU manakala pada sebelah petang pula, telah menziarahi seorang peneroka yang sakit di Felda Semenchu.

LIM GUAN ENG Hanya Berani Cabar Orang Lain Letak Jawatan, Dia Sendiri Kecut Telur


Semakin ramai yang mendesak Lim Guan Eng agar meletakkan jawatan selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya UMNO Pulau Pinang menerima cabaran Guan Eng untuk membuktikan wujudnya pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan haram di negeri itu.

Semuanya bermula daripada Lim Guan Eng sendiri!

Selepas 2008, pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di serata Pulau Pinang. DAP menerusi PBT dan Kerajaan Negeri langsung tidak mengamil sebarang langkah untuk menyekat serta menghalang pertumbuhan tersebut, sebaliknya DAP dan Lim Guan Eng menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diberikan peruntukan negeri untuk melindungi serta membantu pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan haram di serata Pulau Pinang daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa. Manakala PBT-PBT pula telah diarahkan untuk menutup mata, sebaliknya perlu lebih menfokuskan kepada penghancuran gerai-gerai serta perniagaan-perniagaan kecil orang Melayu-Islam dan India yang tiada kena-mengena dengan pelacuran, perjudian dan hiburan di negeri itu.

Dalam kenyataan rasminya, Lim Guan Eng menyatakan, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow wajib meltakkan jawatan sekiranya UMNO Pulau Pinang gagal membuktikan dakwaan wujudnya pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian haram di Pulau Pinang.

Menariknya, Lim Guan Eng hanya mahukan orang lain meletak jawatan sedangkan dia sendiri tidak perlu berbuat yang sama.

Sepatutnya jikalau Pengerusi Barisan Nasional Negeri perlu meletakkan jawatan kalau UMNO Pulau Pinang gagal memberikan pembuktian, dia selaku Ketua Menteri dan DAP perlu bersara sekiranya UMNO Pulau Pinang berjaya membuktikannya.

Sifir mudah, dia minta orang lain letak jawatan kalau gagal bagi bukti, dan dia perlu letak jawatan sekiranya pihak yang dicabar berjaya bagi bukti.

Ramai di kalangan orang Cina sendiri yang mendesak agar Lim Guan Eng menjadi jantan sejati dan bukannya sebagai BOH-HOOD (tidak bertelur). Ini kerana Lim Guan Eng kerap mencabar dan meminta orang lain meletakkan jawatan. Malangnya Lim Guan Eng apabila terkantoi dan dia dibuktikan salah, sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain.

PENGHINAAN! Inilah Yang Diajarkan Oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim

Monday, 1 December 2014 | 3 comments


Sebelum 2005, iaitu pada tahun Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas faktor kesalahan teknikal walaupun Anwar Ibrahim belum menghabiskan 6 tahun hukuman kerana rasuah salahguna kuasa dan langsung tidak menjalani 8 tahun hukuman penjara walau sesaat pun untuk kesalahan meliwat, masalah penghinaan seperti yang berleluasa sekarang sukar dilihat.


Kalau ada pun pada waktu itu hanyalah pemalsuan kepala surat dan isi kandungan surat yang lebih tertumpu kepada surat-surat Perdana Menteri terutama sekali surat-surat Tun Dr. Mahathir. Kerana kurangnya pihak yang berminat untuk menyanggah dan membela kerajaan pada waktu itu, persepsi negatif berkembang subur dan pembohongan dianggap sebagai satu kebenaran.

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, bermulalah episod dan trend baru dalam perbuatan fitnah dan pembohongan demi mendapat undi dan sokongan. Kali pertama Anwar lakukan ialah cubaan mengaitkan kematian dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak dan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis yang telah diluluskan pembeliannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tian Chua menggunakan perisian Photoshop untuk mengukuhkan pembohongan tersebut. Para pecacai Pakatan Rakyat pula menyebarluaskan pembohongan tersebut dan berjaya menimbulkan persepsi bahawa gambar-gambar itu adalah gambar-gambar tulen.

Selepas itu, semakin meriahlah fitnah dan hasutan yang dibuat demi kemenangan Pakatan Rakyat. Menariknya, mereka melakukannya secara bebas tetapi mereka mempromosikannya sebagai salah satu ciptaan dan kejahatan UMNO.


Perhatikan gambar-gambar yang sedang diviralkan di Internet khususnya di Facebook. Adakah ini bukan bermaksud hasutan untuk menimbulkan kebencian seterusnya menyuburkan fitnah yang akan mengucar-ngacirkan negara ini sebagaimana yang dilakukan oleh Tian Chua pada tahun 2005 sehingga 2008 yang kemudian dipanjangkan pula oleh para penyokong mereka sehingga sekarang?


SAMPAI BERKECAI BADAN KETUA POLIS NEGARA 'DIKERJAKAN' AYAHNDA RAJA PROVOKASI!!!

Wednesday, 24 December 2014 · 4 comments


Barangkali kerana tidak ada tindakan dan kesungguhan mempedulikan kewujudannya, seorang pengguna (atau lebih) Facebook, cuba bermain api. Seolah-olah mencabar pihak polis yang masih gagal memburu dan memberkasnya, AYAHNDA RAJA PROVOKASI mula menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai subjek caci makinya. 

Berdasarkan kepada m.o pemilik akaun Facebook tersebut, dia mempunyai kaitan dengan Persatuan Kongsi Gelap Melayu yang telah dibuka dan beroperasi semata-mata untuk menimbulkan kemarahan daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap orang Semenanjung. 

Akaun Ayahnda Raja Retorik pada masa yang sama, turut dilihat bermusuh dengan AYAHNDA RAZAK DAHAMAN yang seringkali dijadikan subjek untuk mengeluarkan sebarang kenyataan provokatif. 


Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Ayahnda Raja Provokasi, fungsi Persatuan Kongsi Gelap Melayu kelihatan terlalu jelas apabila cacian dan cercaan terhadap penganut Kristian yang akan menyambut perayaan keagamaan mereka, bertujuan untuk menimbulkan kebencian, permusuhan dari kalangan orang beragama Kristian kepada PERKASA, Ibrahim Ali dan orang Melayu-Islam secara keseluruhannya. 

Penyiaran gambar yang menunjukkan hanya kepala Ketua Polis Negara dengan badan yang sudah berkecai, dilihat benar-benar keterlaluan. Motif pemilik akaun tersebut boleh dijangka menerusi cabaran dan ejekannya kepada pihak polis agar menangkapnya.



Pastinya Ayahnda Raja Provokasi berasa, dia selamat kerana berselindung di sebalik Facebook. Apatah lagi, beberapa tangkapan ke atas suspek-suspek yang gambar mereka disiarkan oleh Persatuan Kongsi Gelap Melayu, telah gagal apabila suspek-suspek tersebut sebenarnya telah dijadikan mangsa menerusi pencurian gambar-gambar mereka.

HUDUD NYAWA PAS: HARON DIN MULA BERSUARA, BIDAS LIM GUAN ENG DALAM ISU HUDUD

Monday, 22 December 2014 · 0 comments


"Dia (Guan Eng) tidak pernah menimbulkan isu hudud sebelum Pakatan Rakyat dibentuk. Mengapa dibangkitkan sekarang? Apa motif dia?"

Itu pertanyaan Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba berlagak seperti Maharaja kepada PAS dalam Pakatan Rakyat.

DAP cukup kalut dan cuba campurtangan hal ehwal Islam di Kelantan. Selepas Lim Guan Eng dibidas oleh orang Cina sendiri kerana cuba menipu dalam hal 40 kalimah yang dilarang ke atas bukan Islam dalam enakmen syariah Pulau Pinang, kerja-kerja mengalih perhatian segera dilakukan dan 'mangsanya' adalah Hudud dan PAS di Kelantan.

Cubaan DAP dan Lim Guan Eng untuk mempolemikkan hudud terutama menjelang sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember ini, telah dipertingkatkan. Ini adalah kerana UMNO Kelantan yang merupakan bahagian kedua dalam Kerajaan Negeri Kelantan, telah menyatakan persetujuan dan menyokong usul PAS Kelantan untuk mewujudkan hukuman hudud di negeri itu. Tentangan yang diharapkan oleh DAP menerusi UMNO, tidak berlaku sekaligus merosakkan rancangan awal DAP.

Disebabkan itu, kata Haron Din kepada Guan Eng, sekiranya DAP tidak selesa dengan rancangan politik PAS, DAP perlu mencari haluan mereka sendiri serta tidak terus-menerus melakukan serangan demi serangan ke atas PAS dengan menjadi hudud sebagai isunya.

Hudud menurut Haron Din, merupakan nadi hidup PAS dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. "Kita tidak akan membatalkannya semata-mata kerana komen-komen negatif."

"Sekiranya DAP berterusan menyerang PAS dalam isu hudud ini, merekalah yang bertanggungjawab memusnahkan Pakatan Rakyat memandangkan Pakatan Rakyat telah menerima dokumen tahaluf siyasi pada tahun 2008," kata Haron Din sambil menegaskan bahawa sememangnya terdapat perjanjian 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang telah ditandatangani melibatkan PAS-DAP.

PAS menurutnya lagi tidak akan tunduk kepada komen-komen kawan dan lawan. Hudud adalah nadi kehidupan PAS, dan merupakan teras perjuangan parti itu. Menurutnya, tiada sebarang kompromi untuk perkaraan berkenaan. Hudud akan diteruskan di Kelantan.

Haron Din turut mengungkit yang PAS tidak pernah mempersoalkan DAP contohnya dalam hal komitmen DAP kepada sosialisme demokratik dan Malaysian Malaysia. Justeru, hak apa pula DAP untuk mempertikaikan PAS.

Pada Ahad lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyerang PAS dengan menyatakan hudud akan memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dibina atas dasar konsensus selain menegaskan bahawa hudud tidak terdapat langsung dalam prinsip asas Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Lim Guan Eng dalam Konvensyen Kebangsaan DAP 2014, mendesak PR untuk menolak hudud secara tegas dengan alasan ia adalah aspirasi pengundi majoriti. Ini merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat menerusi undi popular tahun lepas dengan mengutip 53% undi keseluruhan.

APA KESUDAHAN DRAMA PEMBATALAN PASPORT ALVIN TAN? BATAL KEMUDIAN MAAFKAN MACAM HISHAMUDDIN RAIS JUGA KE?

Monday, 8 December 2014 · 5 comments


Sepatutnya hari ini Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, blogger lucah yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana takut dengan tindakan undang-undang.

Selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat, Alvin Tan dengan penuh lagak mengecam, mengutuk dan memaki hamun sesiapa sahaja yang disukainya terutama sekali Ketua Polis Negara, pemimpin UMNO dan Sultan-Sultan Melayu.

Dari semasa ke semasa pelbagai ugutan yang dibuat ke atas Alvin Tan, namun tidak satu pun yang benar-benar menakutkannya. Bahkan Alvin Tan terus mengejek-ngejek dan mencabar pihak berkuasa di negara ini agar mengambil tindakan ke atasnya.

Siapa yang berada di belakang Alvin Tan sehingga dia jadi begitu berani?

Semalam, Menteri Dalam Negeri kata, setidak-tidaknya hari ini tindakan membatalkan pasport Alvin Tan kerana sikap biadapnya dan perlanggaran undang-undang yang dilakukannya.


Hari ini, ramai yang menanti-nantikan tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sendiri. Adakah kenyataan Zahid Hamidi sekadar satu kenyataan yang dibuat dalam keadaan marah atau KDN benar-benar mengambil keputusan membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, sekaligus menjadikan Alvin Tan terpaksa memohon suaka politik dari Amerika Syarikat atau berpindah ke negara lain dengan pasport terhad keluaran negara Uncle Sam itu atau terpaksa pulang ke Malaysia.

Dan selepas pembatalan pasport antarabangsa Alvin Tan, apa pula tindakan susulan daripada KDN memandangkan Alvin Tan sudah tentu akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak balik ke Malaysia bagi berhadapan dengan tindakan undang-undang?

Kita tunggu sahajalah kerana dalam bab ini pun, elemen-elemen drama dan teaternya pun agak kuat.

BERADA DI DALAM GEREJA, ANWAR NAIK SEMANGAT DAN SEGERA BERITAHU DIA HARI-HARI DAN SEPANJANG MASA BACA BIBLE MASA DALAM PENJARA

· 5 comments

Anwar Ibrahim dan cakap bohong, memang sukar dibuang. Ia sudah menjadi darah daging.

Pada tahun 2005, ketika dibebaskan dari penjara, Anwar Ibrahim temberang para pengikutnya, konon-kononnya sepanjang 6 tahun berada dalam penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa, dia telah membaca al Quran, bahkan telah menghafaznya.

Maka berteriak dan menangislah para penyokongnya kerana terharu sangat. Kata mereka, penjara adalah hikmah untuk Anwar Ibrahim mendekatkan diri kepada Allah Taala walaupun hakikatnya, para saksi di dalam penjara menyatakan, Anwar Ibrahim semakin teruk ketagihan punggung jantan dan dia mempunyai jantan yang memberikan khidmat punggung kepadanya pada bila-bila malah sepanjang masa. Apatah lagi, Anwar tidak tinggal di sel biasa, sebaliknya di sel untuk orang sakit.

Semalam, di Gereja Holy Family, Kajang, Anwar Ibrahim temberang kaum Kristian yang bersesak-sesak untuk mendengar pembohongannya. Seronok kerana melihat ramai orang Kristian, Anwar cuba mengambil hati mereka dengan mencipta cerita yang akan membuatkan penganut Kristian di dalam gereja tersebut kekaguman.

Anwar Ibrahim membenarkan tindakan gereja menuntut Kementerian Dalam Negeri mengecop naskhah Bible yang dirampas yang ianya hanya digunakan dan diedarkan untuk bukan Islam semata-mata.

Kata Anwar dalam majlis tersebut, dia boleh membacakan petikan dari Bible, tetapi memandangkan terdapat Paderi George Harrison yang menurutnya lebih berautoriti, maka dia tidak boleh membacakan petikan berkenaan. Bagaimanapun, Anwar dengan bangganya memberitahu, setiap hari dan setiap masa dia membaca Bible.

Begitulah Anwar Ibrahim... dia boleh merupa atau menjelma dengan pelbagai wajah dengan latar belakang yang berbeza. Dia boleh berlakon menjadi pelbagai watak bersesuaian dengan sokongan yang bakal diterima.

DENGAN ANGKUHNYA, DYMM SULTAN SELANGOR DIMAKI DAN DICARUT-CARUT OLEH PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM INI!!!

· 6 comments

Walaupun Kerajaan memutuskan untuk tidak memansuhkan AktaHasutan, bahkan akan menambahbaikkan akta berkenaan, tetapi oleh kerana kehebatan Pakatan Rakyat, selain kesediaan para peguam untuk membela mereka, semakin ramai yang menunjuk berani dengan mencabar undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, didedahkan seorang lelaki India yang memaki hamun DYMM Sultan Selangor dan sehingga kini belum dikenakan sebarang tindakan. Bahkan tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat ke atasnya. (RUJUK DI SINI)

Semalam, satu lagi pendedahan dibuat membabitkan seorang lelaki bernama IRFAN AFIFIE yang dipercayai merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan PKR berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi laman peribadi Facebooknya. (DI SINI)

Apakah kerana menyokong pembangkang maka seseorang itu bebas melaukan apa-apa sahaja yang melanggar peraturan dan norma-norma kehidupan di negara ini? Apakah jikalau bergelar penyokong Pakatan Rakyat dan penentang UMNO-BN maka, bebas dan tidak lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia?

Semakin hari semakin teruk. Dan nampaknya undang-undang yang tidak dikuatkuasakan atau dikuatkuasakan kepada pihak yang salah, telah menyebabkan golongan yang sepatutnya dikenakan tindakan, semakin menjadi-jadi kerana mereka tahu, mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

LIM GUAN ENG Terjubur Lagi... Bekas Pengganas Komunis Sendiri Dedahkan Kekaguman Guan Eng Kepada PKM!

Friday, 5 December 2014 · 8 comments


Gambar di atas dirakamkan di Bukit Gedung, Bayan Baru. 

Lim Guan Eng kelam-kabut cuba membela dirinya selain cuba menyembunyikan kecenderungannya kepada PKM dan Chin Peng apabila mengarahkan konco-konconya membuat laporan polis terhadap mana-mana pertanyaan untuk kepastian tentang keputusan Kerajan Negeri Pulau Pinang yang diketuainya menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng.

Sepanjang penafian Lim Guan Eng tentang hasrat Kerajaan Negeri untuk menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng, tidak pernah sekalipun Lim Guan Eng menyatakan kebencian atau penentangan terhadap fahaman komunis, sekalipun kalau diikutkan rekod sejarah, PAP dan Lee Kuan Yew amat membenci dan memusuhi komunis sehingga sanggup mengenepikan egonya dengan mencadangkan penubuhan Malaysia pada sekitar 1961 bagi menyelamatkan diri dan PAP daripada kehilangan kuasa di Singapura.

Sebaliknya Lim Guan Eng dan DAP pula bersungguh-sungguh mahukan kerajaan Malaysia membuat pengiktirafan ke atas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya terutama menerusi desakan agar abu mayat Chin Peng dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia dan disemadian di negara ini kononnya Chin Peng adalah pejuang negara walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat negara ini.

Dua minggu lepas, Parti Komunis Malaya dan bekas anggota-anggota serta penyokong dan ahli keluarga mereka telah mengadakan majlis makan malam, dalam cubaan untuk mengembangkan pengaruh dan mendapatkan sokongan terutama apabila melihat isyarat sokongan yang semakin besar dari kalangan generasi muda Melayu yang bukan sahaja malas membaca dan mengkaji sejarah tetapi lebih berminat dengan sejarah yang berpihak kepada komunis yang dikarang oleh komunis dan disebarluas oleh komunis.

Kenyataan yang diperakui sendiri oleh anggota PKM yang menyanjungi dan berterima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menulis sesuatu untuk majlis makan malam tersebut, menunjukkan sokongan dan kekaguman kepada Komunis dan Chin Peng.

Menulis ungkapan baik atau puji-pujian merupakan salah satu budaya Cina yang masih diamalkan sehingga sekarang.


Kerana Anwar Ibrahim, India Ini Memaki Hamun Sultan Selangor

· 11 comments


Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.



Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.



Rancangan Bocor, DAP Pulau Pinang Terpaksa Buat Penafian Nak Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng

Tuesday, 2 December 2014 · 2 comments


Tepat sebagaimana maklumat yang diperolehi, Lim Guan Eng mengamuk sakan apabila rahsia untuk menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng bermula 1 Januari 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Penyaliran Banjir, Chow Kon Yeow terpaksa membuat penafian pantas.

Menurutnya laporan awal, Lim Guan Eng telah mengamuk dan segera mengarakan Setiausaha Politiknya untuk menyiasat bagaimana maklumat penukaran nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng boleh bocor. Sepatutnya maklumat tersebut tersimpan rapi sehingga 24 Disember sebelum Guan Eng mengumumkannya.

Bagaimanapun, dari pagi tadi, Whatsapp dan Facebook telah digunakan untuk mendedahkan maklumat tersebut, sekaligus memberi pukulan hebat kepada DAP.

Akhirnya Chow Kon Yeow terpaksa memberi ulasan setelah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung perkara berkenaan.

Menurut Rafizal, Pemuda UMNO Pulau Pinang telah mendapat tahu khabar angin tersebut dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri tetapi enggan mendedahkan sumber mereka.

"Kami tidak begitu pasti tentang khabar-khabar angin ini dan oleh itu, kami meminta penjelasan darida Kerajaan Negeri," katanya.

Demi Kasih Sayang Kepada Chin Peng Dan Parti Komunis Malaya, Guan Eng Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng

· 8 comments


Ini merupakan salah satu daripada berita viral di Internet.

Selepas DAP menentang penukaran nama 8 batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur dan dinamakan sempena nama bekas DYMM Yang Di-Pertuan Agong, kini mereka mempamerkan apa sebenarnya yang mereka idam-idamkan dan siapa sebenarnya yang menjadi tunjangan parti tersebut.

DAP merupakan antara yang paling kuat dan tegar menyokong Parti Komunis Malaya dan Chin Peng. DAP jugalah yang mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng semasa hidupnya, masuk dan tinggal di Malaysia selain dilayan sebagai rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat Malaya, Persekutuan Tanah Melayu atau pun Malaysia sepanjang hidupnya.

Malah, fakta sejarah kononnya Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak juga agak kabur memandangkan kedua-dua ibu bapanya merupakan imigran dari negara China yang melarikan diri akibat serangan Jepun ke atas China dan tarikh lahir yang ditandakan adalah 21 Oktober 1924, sedangkan Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu kalau dikira berdasarkan tarikh kelahirannya, dia hanya berusia 6 tahun. Chin Peng aktif dalam PKM bermula dari tahun 1933 dan menjadi Setiausaha Agung PKM selepas rampasan kuasa daripada Lai Teck yang dibunuh oleh penyokong-penyokong Chin Peng pada tahun 1945.

Terbaru, DAP mendesak Kerajaan agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan pengiktirafan Chin Peng sebagai Pejuang Kemerdekaan Malaysia.

Parti Komunis Malaya telah menyerah kalah dan meletakkan senjata selain berikrar tidak akan menentang Kerajaan Malaysia lagi sebelum menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada tahun 1989.


Walaupun berita ini belum rasmi, tetapi tindakan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk menukar nama sebatang jalan paling popular di Pulau Pinang kepada nama Chin Peng, merupakan sesuatu yang amat mencabar kedaulatan negara ini. Walaupun DAP dan sekutu-sekutunya selain beberapa orang pemimpin Melayu yang telah diberi makan oleh DAP berusaha menjadikan dan menggambarkan PKM sebagai pejuang negara, hakikatnya sejarah kekejaman PKM dan cubaan PKM untuk menjadikan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebagai sebahagian koloni dan empayar Komunis, tidak dapat mereka hapuskan.

PENGURUS FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI Buat Perjumpaan Tertutup Dengan Peneroka Untuk Lawan Kerajaan

· 0 comments

Itu laporan yang sedang viral di Internet. Para penyokong Pakatan Rakyat begitu gembira menyebarkan berita tersebut dalam kesemua jenis media sosial terutama sekali Whatsapp.

Kononnya, seorang pengurus Felda di Semenchu Kota Tinggi Johor Bahru telah mengadakan satu perjumpaan tertutup pad 30 November 2014 dengan kesemua peneroka untuk membincangkan masalah harga kelapa sawit dan saham FELDA. Kononnya juga, dalam pertemuan berkenaan, pengurus Felda itu brkata, jikalau UMNO@BN gagal mengatasi masalah berkenaan, maka 'KITA SEMUA AKAN BERTINDAK TIDAK MEMBERIKAN UNDI DAN SOKONGAN LAGI BUAT UMNO."

Bagaimanapun, sumber yang dipetik oleh penyokong Pakatan Rakyat tersebut adalah daripada 'seorang peneroka Felda terbabit yang enggan mendedahkan identitinya.

Bertitik tolak daripada berita tersebut, pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat semalam pada jam 10:15 malam.

Menurut pengurus Felda tersebut, dia telah mendengar khabar-khabar angin itu ketika berada di kawasan Felda Semenchu. Dia turut menafikan berita tersebut tetapi lebih ramai yang percaya kepada khabar-khabar angin berbanding penjelasannya.

Justeru, dia terpaksa mengambil tindakan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam satu pertemuan, pengurus FELDA itu telah menafikan mengadakan pertemuan tertutup sepertimana khabar-khabar angin yang dibuat. Sebaliknya pada tarikh yang dinyatakan, Pengurus FELDA itu berada di pejabatnya untuk menyelesaikan satu KES SUMBANG MAHRAM melibatkan peneroka FELDA SEMENCHU manakala pada sebelah petang pula, telah menziarahi seorang peneroka yang sakit di Felda Semenchu.

LIM GUAN ENG Hanya Berani Cabar Orang Lain Letak Jawatan, Dia Sendiri Kecut Telur

· 2 comments


Semakin ramai yang mendesak Lim Guan Eng agar meletakkan jawatan selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya UMNO Pulau Pinang menerima cabaran Guan Eng untuk membuktikan wujudnya pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan haram di negeri itu.

Semuanya bermula daripada Lim Guan Eng sendiri!

Selepas 2008, pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di serata Pulau Pinang. DAP menerusi PBT dan Kerajaan Negeri langsung tidak mengamil sebarang langkah untuk menyekat serta menghalang pertumbuhan tersebut, sebaliknya DAP dan Lim Guan Eng menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diberikan peruntukan negeri untuk melindungi serta membantu pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan haram di serata Pulau Pinang daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa. Manakala PBT-PBT pula telah diarahkan untuk menutup mata, sebaliknya perlu lebih menfokuskan kepada penghancuran gerai-gerai serta perniagaan-perniagaan kecil orang Melayu-Islam dan India yang tiada kena-mengena dengan pelacuran, perjudian dan hiburan di negeri itu.

Dalam kenyataan rasminya, Lim Guan Eng menyatakan, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow wajib meltakkan jawatan sekiranya UMNO Pulau Pinang gagal membuktikan dakwaan wujudnya pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian haram di Pulau Pinang.

Menariknya, Lim Guan Eng hanya mahukan orang lain meletak jawatan sedangkan dia sendiri tidak perlu berbuat yang sama.

Sepatutnya jikalau Pengerusi Barisan Nasional Negeri perlu meletakkan jawatan kalau UMNO Pulau Pinang gagal memberikan pembuktian, dia selaku Ketua Menteri dan DAP perlu bersara sekiranya UMNO Pulau Pinang berjaya membuktikannya.

Sifir mudah, dia minta orang lain letak jawatan kalau gagal bagi bukti, dan dia perlu letak jawatan sekiranya pihak yang dicabar berjaya bagi bukti.

Ramai di kalangan orang Cina sendiri yang mendesak agar Lim Guan Eng menjadi jantan sejati dan bukannya sebagai BOH-HOOD (tidak bertelur). Ini kerana Lim Guan Eng kerap mencabar dan meminta orang lain meletakkan jawatan. Malangnya Lim Guan Eng apabila terkantoi dan dia dibuktikan salah, sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain.

PENGHINAAN! Inilah Yang Diajarkan Oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim

Monday, 1 December 2014 · 3 comments


Sebelum 2005, iaitu pada tahun Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas faktor kesalahan teknikal walaupun Anwar Ibrahim belum menghabiskan 6 tahun hukuman kerana rasuah salahguna kuasa dan langsung tidak menjalani 8 tahun hukuman penjara walau sesaat pun untuk kesalahan meliwat, masalah penghinaan seperti yang berleluasa sekarang sukar dilihat.


Kalau ada pun pada waktu itu hanyalah pemalsuan kepala surat dan isi kandungan surat yang lebih tertumpu kepada surat-surat Perdana Menteri terutama sekali surat-surat Tun Dr. Mahathir. Kerana kurangnya pihak yang berminat untuk menyanggah dan membela kerajaan pada waktu itu, persepsi negatif berkembang subur dan pembohongan dianggap sebagai satu kebenaran.

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, bermulalah episod dan trend baru dalam perbuatan fitnah dan pembohongan demi mendapat undi dan sokongan. Kali pertama Anwar lakukan ialah cubaan mengaitkan kematian dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak dan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis yang telah diluluskan pembeliannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tian Chua menggunakan perisian Photoshop untuk mengukuhkan pembohongan tersebut. Para pecacai Pakatan Rakyat pula menyebarluaskan pembohongan tersebut dan berjaya menimbulkan persepsi bahawa gambar-gambar itu adalah gambar-gambar tulen.

Selepas itu, semakin meriahlah fitnah dan hasutan yang dibuat demi kemenangan Pakatan Rakyat. Menariknya, mereka melakukannya secara bebas tetapi mereka mempromosikannya sebagai salah satu ciptaan dan kejahatan UMNO.


Perhatikan gambar-gambar yang sedang diviralkan di Internet khususnya di Facebook. Adakah ini bukan bermaksud hasutan untuk menimbulkan kebencian seterusnya menyuburkan fitnah yang akan mengucar-ngacirkan negara ini sebagaimana yang dilakukan oleh Tian Chua pada tahun 2005 sehingga 2008 yang kemudian dipanjangkan pula oleh para penyokong mereka sehingga sekarang?


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks