ANWAR IBRAHIM PERTIKAIKAN SELUAR DALAM DAN TAK BERAK, KENAPA TAK PERTIKAIKAN 4CM DAN AIR MANI DALAM DUBUR SAIFUL?

Friday, 30 January 2015 | 6 comments


Para penyokong Anwar Ibrahim dan macai-macainya sudah semakin kepanasan apabila tarikh 10 Februari semakin mendekat. Masa sudah terlalu suntuk apatah lagi, kegemilangan tahun 1999 sehingga 2013 untuk Anwar Ibrahim sudah semakin pudar dan menjauh.

Apakan tidak, kalau dahulu apa-apa sahaja tohmahan dan fitnahnya akan ditelan bulat-bulat sehinggakan ramailah yang baru berjinak-jinak dan mengambil tahu tentang dunia politik, dengan mudah termakan hasutan serta fitnah Anwar Ibrahim, tetapi kini, bukan sahaja disanggah oleh para penentangnya, tetapi juga oleh kumpulan yang sebelum ini kuat menyokongnya.

Kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan akan sampai ke penghujung cerita pada 10 Februari ini. Sekalipun sudah ada desas-desus bahawa ada konsensi dan 'perjanjian ghaib' yang akan membolehkan dia bebas daripada hukuman penjara, namun melihat kepada kelam-kabut kemnya sendiri memainkan kembali fakta-fakta yang mereka sendiri terpaksa telan kerana sifatnya yang berdusta, sudah cukup untuk menggambarkan bahawa keresahan mereka dan Anwar Ibrahim sendiri tidak sepadan dengan cerita dia akan bebas.

Kalau diperhatikan kepada publisiti serta kempen di Facebook, beberapa perkara yang sebenarnya tidak dapat dijelaskan oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan peguambelanya, sekarang cuba digunakan untuk menimbulkan persepsi bahawa ia adalah fakta yang LUPA MAHKAMAH ambil perkirakan.

Antaranya ialah persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim yang mempertikaikan KEBERSIHAN DIRI Saiful Bukhari yang telah membuat aduan sehingga Anwar terheret ke mahkamah. Kononnya, kredibiliti Saiful boleh dipertikaikan kerana membasuh seluar dalam yang dipakainya tetapi tidak membasuh duburnya yang ada air mani Anwar Ibrahim selama tiga hari. 

Hujah Anwar Ibrahim, itu adalah fitnah. Dan kerana itulah, dia tidak bersalah.

Hanya kerana seluar dalam yang dipakai dibasuh tetapi air maninya di dalam dubur Saiful tidak dibersihkan, itu adalah fitnah, menurutnya.

Persoalan yang tidak pernah dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim, bagaimana air maninya boleh berada dalam dubur Saiful? Air mani bukanlah seperti peluh atau darah yang boleh dikutip begitu sahaja dari tubuh. Air mani tidak tersedia dalam kantung telur tetapi hanya selepas melalui proses rangsangan, barulah ia akan terhasil.

Laporan 4 sentimeter kedudukan air mani itu di dalam dubur Saiful juga, gagal dijawab oleh Anwar Ibrahim dan para peguambelanya. Walaupun ketua peguambelanya cuba menimbulkan teori kononnya, air mani tersebut telah dicucuk ke dalam dubur Saiful dengan menggunakan objek tumpul (plastik), tetapi persoalan utama, bagaimana air mani Anwar Ibrahim yang berada di situ?

Adakah Anwar Ibrahim memang menyimpan air maninya dalam bank sperma yang diketahui tidak wujud di Malaysia? Adakah air mani Anwar Ibrahim merayap melalui jaringan lebuhraya dari Bukit Segambut, membayar tol dengan menggunakan Touch & Go, kemudian menginap di Trivoli Villa, Bangsar sebelum meluru dengan kelajuan tertentu ke dalam dubur Saiful ketika Saiful sedang duduk di atas kerusi atau tilam?

Kesemua fakta-fakta yang ditimbulkan oleh kem Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan sekarang, telah pun dijawab dan disanggah di Mahkamah Rayuan yang kemudian mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Menariknya, keputusan Mahkamah Tinggi juga bukanlah kerana fakta-fakta yang dipertikaikan oleh kem Anwar Ibrahim sebaliknya kerana teknikaliti DNA dan tarikh!

LIM GUAN ENG TAK PUAS HATI, CARI POPULARITI DENGAN HERET KERAJAAN PERSEKUTUAN KE MAHKAMAH KERANA ISYTIHARKAN TENTERA REVOLUSI PPS HARAM!

Tuesday, 27 January 2015 | 8 comments

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang juga pengerusi PPS di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di George Town menerusi Tetuan
Sreenevasan.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri itu antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Menerusi permohonan itu, kerajaan negeri yang membawa permohonan bagi pihak PPS mendakwa perintah yang dibuat KDN adalah tidak berpelembagaan kerana melanggari Artikel 4, 5 (1),8, 10(1) atau 13 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon berkata bagi tempoh tiga tahun yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah menggunakan khidmat PPS dalam pelbagai mesyuarat dan aktiviti dalam usaha mereka memerangi jenayah dan menguruskan situasi-situasi kecemasan.

Menurutnya, PPS telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka pada tahun 2012 dan 2013 dan telah berbuat demikian tanpa sebarang kejadian tidak diingini sehinggga 2014.

Kerajaan negeri itu mendakwa responden pertama (Menteri Dalam Negeri) telah mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dalam membuat perintah itu dengan menyatakan bahawa PPS "sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan ketenteraman awam".

Pemohon mendakwa bahawa PPS merupakan satu mekanisme kerajaan negeri yang menjadi pelengkap kepada PDRM dan lain-lain agensi kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam memastikan dan memelihara ketenteraman awam dan keselamatan.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri Pulau Pinang diwakili beberapa barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga.

Hadir sama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

- Bernama

PAKATAN DAN PERGERAKAN LGBT TIDAK PUAS HATI, UMNO DIBENARKAN JADI PEMERHATI KES PONDAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN!

Mahkamah benarkan permohonan UMNO dilantik sebagai 'watching brief' kes transgender.

Mahkamah bersetuju kes ini melibatkan isu perlembagaan, meluluskan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya mengarahkan rayuan didengar dengan kadar segera.
**************

1. Umno melalui Sekretariat Perundangannya buat julung-julung kalinya hari ini dibenarkan Mahkamah Persekutuan sebagai peguam 'watching brief' bagi rayuan kes transgender.

2. Pasukan peguam Umno diwakili Ketua Sekretariat Perundangannya, Dato' Khairul Anwar Rahmat (yang juga Pengerusi SukaGuam), Shaharudin Dato' Ali, Adzly Ab Manas dan Mohamad Afiq Ammar Tulos.

3. Ini adalah keputusan tepat kerana Umno yang dianggotai lebih 3 juta ahli beragama Islam mempunyai kepentingan secara langsung terhadap apa-apa kes yang membabitkan kesucian dan kedudukan agama Islam.

4. Umno adalah parti tonggak pemerintahan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan adalah berkepentingan untuk menghalusi perjalanan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan.

5. Umno tidak berhasrat untuk menganiaya atau mendriskiminasi golongan transgender, namun ingin memberikan perspektif yang tepat berkenaan perbicaraan kes ini.

6. Sesungguhnya, ini adalah isu perlembagaan, hak asasi manusia dan kedudukan agama Islam- justeru, apa saja keputusan akan menentukan landskap perundangan dan rakyat Malaysia seterusnya.


Dato' Khairul Anwar Rahmat
Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia

KERANA DUIT, PARA PENYOKONG DAP PARLIMEN TANJONG LUPAKAN TENTANG MARUAH DAN HARGA DIRI MEREKA!

Monday, 26 January 2015 | 5 comments


Pada PRU-13 lalu, Parlimen Tanjong telah dimenangi oleh Ng Wei Aik, bekas ADUN Komtar yang cukup terkenal dengan sifat RASIS, anti umat Islam dan cubaan menghalau umat Islam daripada berniaga di Pulau Pinang.

Jumlah undi yang berjaya diperolehi oleh Ng Wei Aik adalah 35,510 undi manakala calon Barisan Nasional, Ng Song Kheng hanya memperolehi 6,865 undi sekaligus menjadikan majoriti kemenangan Ng Wei Aik adalah 28,645 undi.

Secara tidak langsung, Tanjong merupakan antara kubu kuat DAP.

Komposisi pengundi di Parlimen Tanjong adalah 5.78% Melayu, 85.26% Cina, 8.61% India dan 0.35% lain-lain kaum.

Jumlah yang keluar mengundi pada PRU lalu adalah 42,913 orang iaitu 83.34%.

Tak perlulah kita keluarkan atau dedahkan apa kempen serta janji-janji yang diberikan oleh Ng Wei Aik mahupun DAP. Mereka bersungguh-sungguh berkempen tetapi mereka jugalah yang bersungguh-sungguh menolak tanggungjawab sosial kepada Kerajaan Persekutuan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak perlu bertanggungjawab dalam urusan dan hal ehwal dalam negeri.

Kita dapat perhatikan bagaimana kerana duit, para penyokong DAP menjadi cheapskate yang tidak akan rasa malu, jijik atau meluat walaupun mereka terpaksa beratur untuk masuk ke bangunan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong. Kerana duit, mereka lupakan terus segala hina-dina, caci maki, sumpah seranah dan hamun ludah yang mereka hamburkan kepada UMNO-BN. Kerana duit, mereka lupa tentang label RASIS yang mereka berikan kepada UMNO-BN dan kezaliman yang kononnya telah menindas puak mereka.

Gambar ini menerangkan apa sebenarnya yang berlaku kepada golongan yang kuat menyokong DAP. Hidup mati mereka hanyalah duit dan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi duit yang kemudian mereka katakan, ITU ADALAH DUIT MEREKA!

PUNYALAH TAK MALU DAN TAK BERMARUAH!


HADI AWANG DIHINA DAN DISAMAKAN SEBAGAI ANJING KURAP OLEH PARA PENYOKONG DAP

Apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan Pilihanraya PBT yang mahu diadakan oleh DAP, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga akan melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini, Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.

Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.

Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.

Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.

13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis.

Kita dapat melihat bagaimana DAP dan pecacai-pecacai mereka memperkecil-kecilkan tragedi 13 Mei 1969 dan menyifatkan sesiapa sahaja yang mengungkit tentang tragedi berdarah itu sebagai orang kuno, jumud dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak dapat menafikan tentang layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada orang selain Cina dalam parti itu sendiri. Berapa kerat yang dibenarkan menjawat jawatan-jawatan penting dalam DAP berbanding Cina? Berapa kali dalam DAP, bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama berbanding bahasa Cina? Berapa kali dalam ceramah par pemimpin DAP berbangsa Cina kepada kelompok Cina setempat, mereka akan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin politik Cina di Indonesia, Thailand, Filipina, mahupun di Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain?

Siapakah yang paling banyak mempersoalkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu-Bumiputera, raja-raja Melayu dan agama Islam?

Justeru, mengapa pula mereka cuba nak menafikan bahawa Pilihanraya Perbandaran yang sudah tentu bersalahan dengan undang-undang tertinggi negara, akan mendatangkan keburukan lebih besar, terutama menerusi penguasaan bukan Melayu terutamanya Cina yang tidak akan membuka peluang sama sekali kepada orang lain seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur?

Maka tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat mereka menghentam Hadi Awang dan Lim Kit Siang pula menyatakan, dia terkejut apabila pemimpin Melayu Islam seperti Hadi Awang ENGGAN TUNDUK SUJUD DAN AKUR kepada kehendak DAP!

MENU 'RAHSIA' OLDTOWN WHITE COFFEE MENGANDUNGI BABI MULA VIRAL DI FACEBOOK



CADANGAN MENTERI WANITA HERET IBU BAPA ROTAN ANAK-ANAK KE PENJARA, DITENTANG KERAS SEMUA PIHAK!

Sunday, 25 January 2015 | 12 comments


Hari ini, Menteri Wanita, Rohani Karim menimbulkan perdebatan hangat di dunia media sosial apabila menekankan bahawa kementeriannya bercadang akan membentangkan rang undang-undang yang bakal menjadikan ibu bapa sebagai penjenayah kerana merotan anak-anak ke Parlimen pada Jun nanti bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Ternyata, ia bukan sahaja disindir dan diperlecehkan kerana kenyataan Rohani Karim itu semakin mengesahkan bahawa Kerajaan masakini seperti kehilangan arah dengan serangan bertali arus kaum LGBT dan mereka yang menyamar sebagai pejuang hak asasi, tetapi juga ditentang keras oleh pemimpin UMNO mahupun peguam-peguam pro-Kerajaan.

Ini adalah dua kenyataan iaitu daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil dan SukaGuam:

------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001:
JANGAN TERGESA-GESA JENAYAHKAN IBU BAPA


KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2015 – Saya merujuk kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan. Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan Negara pihak kepada CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan Negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada tahun 2014) boleh membawa kepada PEMISAHAN SEMENTARA antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya.

Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua stakeholders termasuk Wanita Barisan Nasional untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SukaGuam minta kementerian segera batalkan cadangan jadikan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Rujukan kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun ?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?
--------------------------------------

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

5. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

6. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

7. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah ?

8. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia.



'ANAK SIRUL AZHAR' DAH TUTUP AKAUN FACEBOOKNYA, KECEWALAH PENYOKONG PAKATAN

Friday, 23 January 2015 | 2 comments

Semalam, bukan main galak lagi para penyokong Pakatan Rakyat menyebarluaskan posting seseorang yang mengaku anak Koperal Sirul Azhar, anggota polis yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan ke atas seorang warga Mongolia. Kononnya, 'anak lelaki' Sirul Azhar yang mengaku sedang berada di Australia itu tahu serba-serbi tentang fakta-fakta kes pembunuhan tersebut dan hanya menunggu masa untuk membongkarkannya bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Malah, ada juga yang kelihatan pro-UMNO tetapi amat kuat menentang dan menuduh Najib Abdul Razak terlibat atau mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut, mengeluarkan pelbagai teori termasuklah konspirasi dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan TANDATANYA (?). Posting dan akaun Facebook 'Shuk SZ' telah dijadikan sebagai hujah kukuh mereka untuk menyatakan Najib terkait dan bersalah sebagai perancang.


Namun akaun berkenaan cuma bertahan sehingga semalam. Hari akaun Facebook atas nama 'Shuk Sz' telah ditiadakan dan dilupuskan. Barangkali troll dan keinginan untuk 'bergurau' telah menyebabkan si pemilik akaun tersebut terdedah kepada masalah perundangan menyebabkan dia perlu mengambil tindakan yang lebih pantas dengan memadamkannya terus walaupun sebelum ini mendakwa berada di Australia!

Siasatan juga mendapati, anak Sirul berada di Perak, berusia 16 tahun, dijaga oleh neneknya dan tidak terlibat langsung dengan akaun Facebook tersebut. Sekaligus menunjukkan ada puak penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan fitnah ke atas anak Sirul Azhar untuk mencapai matlamat mereka memperlekehkan selain mewujudkan persepsi negatif ke atas Najib Abdul Razak.

Mungkin memikirkan sudah selamat, tetapi individu berkenaan dipercayai akan mengulangi semula kesalahannya menerusi Facebook menggunakan akaun-akaun yang lain.

SENARAI PENGHINAAN DAP KE ATAS ISLAM DI PULAU PINANG, SELANGOR DAN MALAYSIA!

Pada 25 Oktober 2005 Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Pusat) mengatakan dalam parlimen bahawa AZAN SUBUH MENGGANGU MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAP HINA AZAN!

Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!

Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.

Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.

Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok. Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia. Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.

Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan. Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.

Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa. Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut. Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan. Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.

Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!

Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua. DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.

Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.

GUAN ENG LARANG AZAN SUBUH UNTUK ALIH SERANGAN KE ATAS ISTERINYA

Thursday, 22 January 2015 | 2 comments


Mungkin ramai tidak perasan, setiap kali Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan isu besar yang boleh menyebabkan keangkuhan mahupun kemegahan Lim Guan Eng dan DAP relai, setiap kali itulah juga mereka akan mula memainkan isu-isu yang terlibat secara langsung dengan Islam dan Melayu. Dan setiap kali itulah juga, mereka akan berjaya mengalihkan perhatian dengan serangan demi serangan yang dibuat ke atas keperibadian Lim Guan Eng dan keluarganya serta kegagalannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, akan beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Lim Guan Eng dan seluruh keluarga Lim tersentak apabila secara tiba-tiba isu kemewahan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng yang dengan rela enggan dicalonkan sebagai ADUN pada PRU lepas di Melaka bagi mengelakkan suaminya berskandal dengan seorang perempuan Cina yang dikenali sebagai Rainbow yang juga merupakan penyimpan wang penyonglapannya bersama-sama seorang lelaki lain di Singapura dan Brisbane, Australia, didedahkan kepada umum. Sesuatu yang selama ini tidak pernah didedahkan dan tidak pernah dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai sasaran kelemahannya, kini menyebabkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak senang duduk.



Semuanya bermula apabila pendedahan percutian mewahnya pada penghujung tahun lepas dibuat. Lim Guan Eng dan DAP yang cukup kuat mengutuk serta memperlekehkan Rosmah Mansor, isteri Najib Abdul Razak, malah sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk para tentera mereka meremeh-remehkan, menghina bahkan sampai ke tahap membangsat-bangsatkan isteri seorang bangsawan yang wang ringgit bukanlah perkara sukar baginya, berbanding Lim Guan Eng yang datangnya dari keluarga imigran yang berhijrah ke negara ini sehelai sepinggang dan diketahui bukanlah hartawan mahupun jutawan.

Sebelum ini, Lim Guan Eng mempopularkan kalimah ALLAH dengan kerjasama Gereja Roman Katholik di mana Lim Guan Eng dan sebahagian besar pemimpin Cina DAP adalah milik gereja berkenaan. Beberapa polemik sengaja ditimbulkan apabila beberapa pendedahan tentang skandal kewangan dan kegagalan Guan Eng memeterai memorandum serta meningkatkan pelaburan luar ke Pulau Pinang mahupun mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang, selain pengusiran beramai-ramai orang Melayu dan Islam... SAMBUNG BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE

BERLAGAK SEPERTI SAMSENG DAN ENGGAN PATUH PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN, AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT HAMPIR HILANG PEJABAT!


Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa pejabat Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng hampir disita selepas mengingkari arahan Mahkamah Rayuan.

Persidennya, Ramesh Rao berkata mahkamah Rayuan telah memberi kebenaran kepada bekas ahli DAP, Yap Kwan Meng untuk menyita pejabat Lip Eng kerana enggan membayar sebanyak RM27,000 selepas kalah dalam kes saman malu.

Sebelum ini Lip Eng telah menyaman bekas ahli DAP atas tuduhan memfitnah, namun mahkamah Rayuan telah memutuskan Kwan Meng tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. Mahkamah juga telah memerintahkan Lip Eng membayar RM500 atas ganti rugi kos mahkamah kepada Kwan Meng.

Namun isu ini jadi berpanjangan selama lapan bulan selepas Lip Eng enggan membayar arahan mahkamah itu.

Ramesh berkata, “Pada 16 Disember lepas kita telah datang sendiri ke pejabat Lip Eng untuk menuntut hak dan duit Kwan Meng, namun beliau angkuh dan mencabar untuk menyamannya.

“Kami tiada cara lain dan terpaksa mengupah peguam untuk membawa kes ini kembali. Dan menambah Kwan Meng terpaksa meminjam Ahlong untuk membayar duit peguam itu kerana tiada wang.

“Ini satu perkara yang menyusahkan rakyat biasa, sedangkan kita tahu beliau seorang pengamal undang-undang,” jelasnya.

Ramesh juga berkata ini merupakan kali pertama di dalam sejarah rakyat biasa dibenarkan menyita Ahli Parlimen DAP.

Beliau mendakwa, reaksi Lip Eng sangat terkejut dengan arahan mahkamah yang ditunjukkan oleh Kwan Meng dan beliau akur dan membayar wang tersebut pada jam 11.30 pagi di pejabatnya.

“Lip Eng membayar dalam bentuk cek dengan memberi syarat supaya Kwan Meng tidak menyerangnya lagi sama ada melalui media-media sosial.

“Isteri kepada Ahli Parlimen Segambut juga turut meminta tolong supaya tidak menyerang suaminya lagi,” tambah Ramesh.

Sementara itu, Kwan Meng menegaskan yang beliau tidak akan menyerang Lip Eng sekiranya perkara tersebut tidak dibawa ke mahkamah.

“Ini kerana saya tidak bersalah dan tuduhan Lip Eng sebelum ini yang mengatakan saya memfitnahnya adalah tidak berasas.

“Saya harap selepas ini Lip Eng dapat belajar daripada kesilapannya dan tidak mengingkari arahan mahkamah lagi,” katanya. (SUMBER)

MUSTAFA ALI ZAHIRKAN KEMARAHAN KEPADA SIKAP BOLAK-BALIK DAP


Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama. Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.

Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksnakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi Pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Pendirian yang diambil oleh pimpinan PR dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.

Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persolaannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperolehi kuasa majoriti. Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini.


Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.

ANAK SIRUL AZHAR PULA MENCELAH... MASALAHNYA, ANAKNYA MASIH BERUSIA 16 TAHUN DAN DIJAGA NENEKNYA DI PERAK, BUKAN DI AUSTRALIA!

Bagaikan mendapat satu 'kekuatan', para pecacai Pakatan Rakyat sedang menviralkan sesuatu yang secara jelas sebenarnya menunjukkan kecetekan akal fikiran mereka dan sikap terburu-buru mereka untuk melakukan penipuan.

Bermula dua hari sudah, satu akaun Facebook atas nama Shuk Sz mulai muncul dan diperkatakan apabila salah satu kenyataannya ialah, DIA ADALAH ANAK Koperal Sirul Azhar yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shiiribu.



Agak menarik juga kerana, daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, 'budak' berusia 16 tahun itu tahu serba-serbi tentang perjalanan kes, tetapi tidak ada satu pun kenyataan atau keterangan ketika proses perbicaraan pun melibatkannya mahupun dipanggil untuk menjadi saksi oleh pihak peguambela yang diupah oleh pesalah.

Malah dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga, kenyataan bahawa 'ada isu yang kalau dibongkarkan boleh menjahanamkan Malaysia', juga langsung tidak disebut.

Dan lebih menarik lagi ialah, anak Sirul yang berusia 16 tahun itu dijaga oleh neneknya!


RAFIZI RAMLI: PAKAR EKONOMI PKR YANG SEBENARNYA TERSANGATLAH BODOHNYA!

Wednesday, 21 January 2015 | 5 comments

Rafizi Ramli melihat intervensi Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam sebagai peluangnya untuk menonjolkan diri sebagai pakar ekonomi. Katanya, Perdana Menteri terlupa mengumumkan sesuatu yang akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.

Namun Rafizi Ramli barangkali tidak sedar bahawa dia sebenarnya sangat bodoh dan dia tidak seharusnya menonjolkan kebodohannya dengan mengkritik Perdana Menteri dan penambahbaikan polisi ekonomi Malaysia ekoran penurunan harga minyak dunia dan kejatuhan nilai Ringgit.

Tentu ramai yang masih ingat, bahkan ramai yang tunggu nak ketuk kepala Rafizi Ramli apabila dia memberikan analogi mudah, 'BILA HARGA MINYAK JATUH, HARGA BARANG-BARANG PUN AKAN JATUH'. Dia menyalahkan mekanisme harga kerajaan dengan tuduhan kononnya kerajaan mahu melindungi keuntungan stesen-stesen petrol. Tetapi apabila harga minyak benar-benar jatuh, dia kemudiannya menghentam kerajaan kerana membuatkan stesen-stesen minyak kurang mendapat untung besar sekalipun mekanisme harga adalah sama!

Dan selepas dihentam oleh orang ramai apabila harga barang-barang tidak jatuh sekalipun harga minyak turun, Rafizi menuduh sistem AP untuk pengimportan barang makanan pula sebagai puncanya.

Rafizi yang bangang!

Tahukah kau bahawa sistem AP import untuk makanan telah wujud semenjak lama dahulu. Ia wujud sebelum harga petrol meningkat dan ia wujud sekarang apabila harga minyak dikurangkan. Jadi bagaimana kebangangan kau membolehkan kau menuduh sistem AP sebagai punca harga barangan tidak turun?

Bagaimana pula dengan harga ayam tempatan, sayur tempatan, buah-buahan tempatan, sambal tempatan dan segalan-galanya yang bersifat tempatan lain? Adakah kesemua ini turut terkesan dengan sistem AP import? Adakah harga komoditi ini jatuh?

Berhentilah daripada duk alih ke sana ke mari semata-mata untuk menunjukkan kau pandai, wahai Rafizi Bangang. Teori kau, 'bila harga minyak jatuh, harga barang-barang akan jatuh', terbukti salah dan mengarut!

Sebenarnya sistem AP merupakan pengimbang kepada harga dan penawaran dalam pasaran tempatan. Ia juga memantau dan mengawal kualiti serta keselamatan makanan sepertimana yang dikehendaki oleh syarat-syarat 'halal'.

Dan lebih daripada itu, sistem AP yang mengawal kuota import turut menjadikan bahan import yang lebih murah, tidak berlambak di pasaran sekaligus mengganggu dan memusnahkan komoditi tempatan serta mengancam kelangsungan petani dan peladang negara ini.

Ancaman ke atas petani-petani tempatan bermakna keselamatan bekalan makanan negara juga akan menerima padah sekaligus mendedahkan negara ini kepada peperangan, krisis atau konflik.

Kebanyakan negara-negara utama di dunia ini turut melindungi komuniti pertanian mereka seperti Jepun, Amerika Syarikat, mahupun negara-negara Eropah. Mereka tidak sebodoh RAFIZI RAMLI untuk menghapuskan kuota makanan mereka.

Apa akan berlaku sekiranya 100% beras Malaysia diimport dan secara tiba-tiba kita berperang dengan Thailand atau matawang kita diserang seperti yang berlaku pada tahun 1998 dan harga makanan meningkat dengan pantas berkali-kali ganda dalam tempoh 2 atau 3 hari dan ianya berlangsung selama setahun?

Pandailah sangat Rafizi Ramli tu,ye?



KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN LIM GUAN ENG SEKELUARGA KINI JADI PERHATIAN SELURUH NEGARA



Selama ini, terutama semenjak 1996, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan zuhud, golongan marhein, golongan yang membenci kemewahan dan golongan sosialis tegar yang amat membenci kapitalis.

Walaupun telah didedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekeluarga sekadar pelakon wayang opera, tetapi tentera-tentera upahan mereka berjaya melindungi kejalangan tersebut menerusi pelbagai serangan ke atas para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka lebih aktif memperlekehkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan para tentera upahan sehingga akhirnya label yang mereka berikan itu, melekat kukuh serta dipercayai dan diterima ramai, termasuklah di kalangan orang Melayu-Bumiputera sendiri.



Hakikatnya, penyelewengan yang dibuat oleh Lim sekeluarga terutama selepas mereka berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor, tidak lagi dapat disorok-sorok sekalipun mereka cuba berlakon seolah-olah mereka adalah pemimpin rakyat.

Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.



Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang (BACA DI SINI) beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang 'tertutup' membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat 'serta-merta' dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga. Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar.

Menariknya, bapanya, Lim Kit Siang serta para pemimpin DAP yang lain cuba mengalihkan isu ini dengan mengungkit-ungkit cerita tahun 1999 yang membabitkan Tun Daim-Mahathir sebagai cara mengambil kesempatan daripada keributan yang sedang berlaku sekarang ini. Isu tahun 1999 yang telah terbukti, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sebagai penipu besar, kembali diulang-ulang bagi meyakinkan generasi muda yang malas membuat ulangkaji untuk mempercayai tohmahan bahawa DAP jujur, lurus, telus dan terpuji, manakala UMNO-BN pula sangat korup.

Barangkali kerana itulah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak mampu langsung untuk mempertahankan Betty Chew dan berharap isu-isu yang mendedahkan gaya hidup mewah Betty Chew tidak akan bertahan lama atau dilupakan menerusi ungkitan kisah Daim-Mahathir pada tahun 1999. 

CUBAAN TERAKHIR GEREJA KATHOLIK BERKENAAN KALIMAH 'ALLAH' DITOLAK PANEL 5 HAKIM!!!


BERITA AWAL: 

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan Gereja Katolik bagi semakan terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Herald boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Tinjauan Sinar Harian mendapati perkarangan Istana Kehakiman lengang tanpa kehadiran penyokong daripada pihak gereja mahupun kerajaan. (SUMBER

BERITA MUTAKHIR: 

Gereja Roman Katholik gagal lagi dalam usaha untuk berkongsi guna kalimah ALLAH di Semenanjung Malaysia untuk penyebaran agama itu. Panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan menolak cubaan terakhir Gereja Roman Katholik untuk semak keputusan larang guna kalimah ALLAH.

OPERASI JUDI KEMBALI MENGGANAS DI KOTA KINABALU

Di sebalik ikrar Ketua Polis Negara untuk membersihkan negara ini daripada sindiket perjudian dan mesin-mesin judi, ada pihak yang langsung tidak gentar malah tanpa takut-takut meneruskan operasi haram tersebut secara terbuka atau pun berselindung di sebalik label PUSAT HIBURAN KELUARGA.

Malah janji KPN bahawa mana-mana daerah yang masih ada mesin judi, tindakan akan diambil ke atas OCPD dengan ditukarkan ke bahagian lain, juga tidak cukup kukuh untuk memastikan daerah masing-masing bebas daripada pusat-pusat judi haram.

Di Kota Kinabalu semalam, polis Daerah Kota Kinabalu dari Cawangan D7, IPK Sabah dan D7 IPD Kota Kinabalu telah berjaya membuat rampasan dan tangkapan di sebuah kedai runcit yang beralamat di No.30, Tingkat Bawah, Jalan Tugu, Kampung Air Kota Kinabalu Sabah kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian haram.

Antara yang dirampas adalah 10 unit tablet berjenama ACER, 1 unit telefon bimbit jenama LENOVO, 1 unit WIFI jenama 'TM' dan wang tunai bernilai RM370.

Empat orang penjaga premis dan dua orang pelanggan turut ditangkap.

Beberapa nama turut menjadi perbualan termasuklah 'Poh Cai' yang bergerak bebas di Tawau dan mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian. Malah kenderaannya, NINJA KING berwarna maroon berharga ratusan ribu ringgit, juga banyak diperkatakan di Tawau.

Sehingga setakat ini, 'Poh Cai' yang dikatakan Kepala Judi Tawau, dilihat bebas tanpa sebarang tindakan. Beberapa operasi 'yang gagal' juga telah dilakukan dan tidak lagi diteruskan walaupun orang ramai di Tawau melaporkan tentang pusat-pusat judi haram di bandar berkenaan.

BANJIR DI SARAWAK SEMAKIN SERIUS, ADAKAH KERAJAAN NEGERI SARAWAK AKAN MENYALAK BANTUAN DAN MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT SEPERTI KERAJAAN NEGERI KELANTAN?

Sunday, 18 January 2015 | 3 comments


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di bahagian Limbang, Sarawak bertambah serius malam ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat manakala jumlah mangsa banjir di Perak dan Kelantan menunjukkan penurunan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di bahagian Limbang meningkat malam ini kepada 442 orang daripada 99 keluarga, berbanding 224 orang petang tadi.



Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Salihin Annuar yang dihubungi malam ini berkata di Kuching, keadaan hampir sama seperti petang tadi dengan 26 keluarga di beberapa daerah dalam bahagian Kuching masih berada di pusat pemindahan.

Beliau berkata di bahagian Mukah pula jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 28 keluarga, membabitkan 58 orang mangsa, yang kini berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kuala Balingian.

Sementara itu, tinjauan di kawasan seperti Batu Kintang, Batu Kawa, dan Rantau Panjang, dan Sungai Tengah di sini mendapati paras air masih sekitar satu meter, namun tiada pemindahan besar-besaran setakat ini. (SUMBER)



JOM KITA TENGOK, ADAKAH DAP YANG SIBUK MELUASKAN PENGARUH DI SARAWAK AKAN BERUSAHA SEDAYA MUNGKIN MENGHARUNG BANJIR DAN MEMBERIKAN KEMUDAHAN BANTUAN BERBANDING BARISAN NASIONAL SARAWAK ATAU MEREKA JUGA MENUNGGU SEHINGGA BANJIR SURUT DAN TANAH LEBIH KERING UNTUK MENCURI KREDIT KERJA KERAS ORANG LAIN SEPERTIMANA YANG BERLAKU DI SEMENANJUNG?


GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

KALAH BABI ENGGAN MATI DISEMBELIH, HUSAM MUSA SIBUK PUJUK DAN BODEK AZMIN ALI UNTUK JAWATAN PENTING DALAM GLC DI SELANGOR

Husam Musa adalah nama yang sudah cukup kotor, menjijikkan dan kalau status najis, dia telah pun menjadi mughallazah yang tidak cukup dicuci dengan air mutlak semata-mata. Dari zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar Selangor sehinggalah zaman Nik Aziz terlalu uzur untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, Husam Musa membuat pelbagai onar dengan menjadikan orang tua yang bermulut celupar itu sebagai bahan untuk dipijak dan disandarnya.

Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan telah digagalkan oleh DYMM Sultan Kelantan. Dan lebih malang lagi buat Husam Musa yang pernah diberikan gelaran oleh para pecacai dan pemuja wang ringgitnya sebagai Arkitek Kewangan dan Kemajuan Kelantan, dia hilang segala kemudahan sebagai anggota Exco, malah menjadi ADUN Salor pun, Husam Musa dilihat sangat gagal.

Banjir yang berlaku pada penghujung Disember 2014 di Kelantan, memberikan ruang kepada Husam Musa yang pernah gagal dalam cubaannya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-13 lalu, untuk kembali menonjolkan diri, sekaligus 'merampas' jawatan dan kedudukan Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan sekarang ini.

Bekerjasama dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Husam Musa juga cuba melindungi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang telah diberikan keistimewaan sehingga dibenarkan memiliki lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan digondolkan, Husam Musa yang juga cukup terkenal dengan kegagalan pelbagai projek gajah putih yang menelan wang rakyat Kelantan untuk koceknya sendiri seperti projek Kambing Jamnapari, projek Depu, projek Dinar dan Dirham dan sebagainya, Husam Musa dilihat sekarang ini mencuba nasib dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pula.

Dikhabarkan bahawa Husam Musa sedang memujuk dan mengampu Azmin Ali untuk mendapatkan jawatan utama dalam mana-mana GLC di Selangor. Sebab itulah, Husam Musa sanggup menyewa sebuah helikopter untuk kemudahan Azmin Ali melawat kawasan-kawasan banjir terutama sekali kawasan-kawasan pembalakan di Hulu Kelantan yang mana dia secara langsung terlibat dalam pemberian dan penganugerahan kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak itu.

Husam Musa sanggup mengeluarkan belanja menyewa helikopter semata-mata untuk menunjukkan kepada Azmin Ali --- atau sebenarnya untuk memujuk Azmin Ali selain mempromosikan dirinya tanpa sebarang gangguan sedangkan dia bukannya Menteri Besar, sekadar ADUN Salor. Malah tiada kepentingan pun untuk Azmin Ali membuat tinjauan dari udara memandangkan bantuan yang diberikan bukannya melibatkan seluruh kawasan Kelantan sebaliknya hanya satu atau dua kawasan bagi tujuan publisiti kebaikan Kerajan PKR Selangor.

Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Selangor hanya tahu mengimport orang luar yang sudah dikenalpasti tidak tahu apa-apa seperti Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sedangkan dia hanya tahu bagaimana hendak menghabiskan simpanan negara tanpa tahu bagaimana hendak menambah?

Apakah Husam Musa juga yang sekadar cukup kaya dengan angan-angan selain menyebat duit rakyat untuk dimasukkan ke koceknya sendiri, juga akan mengikut jejak Anwar Ibrahim dengan diletakkan di mana-mana GLC Selangor untuk dikerjakan dan dimufliskan? Atau sebenarnya Azmin Ali amat tertarik bagaimana Husam Musa berjaya menemui petrol RON95 di dalam telaga penduduk kampung dan sedia digunakan seperti yang dilakukannya di Kelantan bagi tujuan memacu ekonomi Selangor, juga seperti Kelantan.

Cuma satu sahajalah, jangan sampai selepas Kelantan, Selangor pula terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji Menteri Besar dan Exco, seperti Kelantan!

BIMBANG MAKIN BESAR TEMBELANGNYA PECAH, NGA KOR MING ANCAM NAK SAMAN

Saturday, 17 January 2015 | 6 comments

Seperti biasa, Nga Kor Ming apabila sudah tidak mampu menjawab, apabila sudah terkantoi besar, apabila dia tidak lagi dapat spin dan dia terdesak kerana tembelangnya sudah pecah, dia akan menggunakan unsur-unsur sabotaj undang-undang bagi tujuan menutup mulut.

Banjir besar di Kelantan menyebabkan Nga Kor Ming menyalak-nyalak menyalahkan semua pihak terutama UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat.

Namun apabila kayu-kayu balak hanyut dan gambar-gambar dari udara menunjukkan kawasan yang telah dikonsesikan kepadanya oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan selama 50 tahun terdedah, Nga Kor Ming cuba membuat penafian.

Bagaimanapun, dia langsung tidak dapat menafikan penglibatannya dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. syarikat yang merupakan pemegang konsesi di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Mukim Chiku Daerah Gua Musang. Malah langsung tidak dapat menafikan bahawa syarikatnya itu telah menerima pinjaman mudah daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM16.2 juta yang kemudian Nga Kor Ming serta Ngeh Kor Ham mendesak dan menjadi penjamin untuk pinjaman mudah bernilai RM30 juta daripada Kerajaan Pusat.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menerusi media sosial, akhirnya membuatkan Nga Kor Ming tidak ubah seperti tikus basah yang terperangkap di penjuru bilik. Dia tidak dapat menafikan, malah banyak pihak yang mempersoalkan, mengapa Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang berjaya mengutip ratusan juta ringgit keuntungan daripada kayu balak di Gua Musang, enggan mengeluarkan walau satu sen pun untuk mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Pusat.

Tidak lama dahulu, Nga Kor Ming yang tidak dapat menjawab tentang skandal penyelewengan kontrak runding terus membabitkan Kerajan Pakatan Rakyat 11 bulan yang memberikan kontrak kepada syarikat isterinya, memilih untuk menutup mulut orang yang membuat pendedahan dengan menyaman. Dia sendiri sehingga ke hari ini langsung tidak dapat menjawab mengapa Kerajaan Negeri Perak yang pada waktu itu dikuasai oleh dia dan sepupunya (Kerajaan Nga-Ngeh) memilih syarikat isteri Nga Kor Ming yang memberikan sebut harga berganda mahalnya daripada syarikat-syarikat yang lebih berpengalaman dalam menjahit sut-sut rasmi anggota Kerajaan Negeri.

Nga Kor Ming juga memilih untuk menyaman sebuah blog dan blogger terbabit yang mendedahkan tentang pembabitan Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dalam isu pembalakan di Kelantan. Dia cuba menafikan tetapi bukti-bukti dokumen pula jelas menunjukkan pembabitannya dan Ngeh Kor Ham dalam pembalakan dan penggondolan bukit bukau di Hulu Kelantan. Lebih dahsyat lagi, tanah seluas 10,526 ekar telah diserahkan kepada syarikat yang diambilalih oleh Ngeh-Nga sebagai tukaran kepada jawatan Menteri Besar Perak yang akhirnya diserahkan kepada Nizar Jamaluddin.

Pembalakan dan penggondolan bukit-bukau di Hulu Kelantan itulah yang menjadi salah satu faktor banjir besar berlumpur dan menghanyutkan kayu-kayu balak yang memusnahkan rumah-rumah kediaman serta prasarana awam di Kuala Krai dan Gua Musang.

Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham cuba membuat penafian yang mereka terbabit dalam pembalakan di Hulu Kelantan. Malahan Ngeh Koo Ham cuba menggertak dengan menggunakan kepala surat dari pejabat guamannya. Kononnya untuk menunjukkan, sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan pembabitan Ngeh dan Nga dalam pembalakan di Kelantan, mereka akan berhadapan dengan saman di mahkamah.

Selepas Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk SPRM mengadakan siasatan dan Jabatan Alam Sekitar membuat tinjauan di kawasan pembalakan tersebut, Nga Kor Ming terus jadi meroyan tak tentu arah.

Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Nga Kor Ming sehinggakan dia jadi pengecut dan cuba berselindung di belakang undang-undang? Mengapa dia begitu berani menggertak 'ikan-ikan kecil yang dirasakannya boleh makan' tetapi memilih untuk mendiamkan diri apabila SPRM dikatakan akan melakukan siasatan?

PATUTLAH GUAN ENG TAK MAHU ISTERINYA DISERANG, RUPA-RUPANYA BELI BEG TANGAN BERHARGA LEBIH RM20 RIBU


Dua hari sudah, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP 'merayu' di The Malaysian Insider agar isteri dan keluarganya tidak dijadikan bahan sesahan politik. Menurutnya, politik sesah ahli keluarga terutama sekali isterinya, merupakan sesuatu yang keji selain mengaitkannya dengan politik jijik UMNO.

Disember lepas, Lim Guan Eng dengan menggunakan wang rakyat Pulau Pinang dengan bercuti secara mewah di seluruh Eropah bersama-sama ahli keluarganya. Bapanya, Lim Kit Siang yang sudah tua terpaksa cover Lim Guan Eng yang seronok bermewah-mewah menggunakan wang pembayar cukai di seluruh Eropah selain acara membeli belah seolah-olah mereka adalah golongan super jutawan yang turut mendapat biaya daripada kroni-kroni yang memperolehi pelbagai projek di Pulau Pinang dan Selangor.

Gambar-gambar percutian mewah Lim Guan Eng tidak banyak disiarkan sebaliknya para pecacai DAP sibuk memainkan dan menviralkan gambar Najib sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat di Honolulu pada petang Krismas, yang sebenarnya turut membincangkan beberapa perkara membabitkan keselamatan negara ini. Sedangkan Guan Eng walaupun banyak bercuti ke luar negara, tetapi kesemuanya hanya cuti dan liburan semata-mata.

Isu isteri Lim Guan Eng telah dilantik sebagai salah seorang konsultan tanah yang menghubungkan antara sebuah badan yang ditubuhkan oleh seorang taikun hartanah untuk membolot kesemua tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang dengan mengorbankan Melayu dengan Pejabat Ketua Menteri yang diduduki oleh Lim Guan Eng, telah diperkatakan secara meluas, baik menerusi media sosial mahupun media cetak.


Lim Guan Eng cuba menafikan pembabitan isterinya tetapi maklumat yang diperolehi adalah sebaliknya. Walaupun Lim Guan Eng menyatakan, Betty Chew telah menolak tawaran yang membolehkan Dinasti Lim kaya raya menerusi penyelewengan dan skandal kewangan serta hartanah di Pulau Pinang, hakikatnya Betty Chew bahkan adik perempuannya turut diberikan peranan membolot dan menguasai tanah-tanah di Pulau Pinang, termasuklah tanah-tanah wakaf umat Islam.

Ada banyak isu yang melibatkan keluarga Lim Guan Eng. Justeru, tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng merayu agar isteri dan ahli keluarganya yang lain tidak diserang kerana dia sudah hilang akal untuk menjawab setiap serangan yang dilakukan ke atas kaum keluarganya.

Para pecacai dan RBA sudah mula kembali memperkatakan tentang beg tangan Rosmah Mansor yang bukanlah sesuatu yang rahsia apabila Rosmah Mansor merupakan antara pembeli beg-beg tangan 'mahal' di Korea Selatan yang sebenarnya kalau dibawa ke Paris, akan dicantas dan dipotong kerana kualitinya tidak sama seperti beg tangan yang dijual di negara-negara pengeluarnya.

Lagipun, membandingkan Betty Chew dengan Rosmah Mansor seperti membandingkan langit dengan bumi. Betty Chew adalah Cina Darat yang berkahwin dengan Cina Darat yang tidak ada apa-apa kecuali memperolehi harga menerusi kerja-kerja politik termasuklah memperolehi komisyen dari taukeh-taukeh besar yang mengejar projek menerusi permainan politik desak dan ugut. Sedangkan Rosmah Mansor pula merupakan Melayu dari keluarga bangsawan yang sudah tentu memiliki harta yang banyak turun-temurun termasuklah menerusi perkahwinannya dengan seorang anak bangsawan dari istana Pahang yang pastinya juga memiliki kekayaan yang jauh lebih besar berbanding ibu bapa Lim Kit Siang yang berhijrah sehelai sepinggang dari Negara China.

Mengapa kekayaan Melayu dipersoalkan tetapi kemewahan yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan ahli keluarganya termasuklah membeli barangan atau produk-produk mewah seperti yang dibuat oleh Betty Chew dalam percutian mewah mereka ke Eropah pada Disember lepas, langsung tidak menarik untuk diperkatakan?

Mengapa pecacai cepat-cepat bertaichi dan menghalakan serangan ke atas Rosmah Mansor terlebih dahulu, berbanding bertanya, dari mana Betty Chew dan Lim Guan Eng memperolehi kemewahan untuk berbelanja besar di Eropah dalam percutian kontroversi sehingga Lim Kit Siang yang sudah tua renta terpaksa meredah air banjir di Kelantan, untuk diviralkan oleh para pecacai mereka semata-mata untuk menutup kes pelarian anak dan menantunya ke luar negara?

Bayangkanlah, seorang Ketua Menteri yang bertugas selama dua penggal, boleh berbelanja besar di luar negara? Kalaulah Lim Guan Eng orang BN, pastinya dia akan diserang sampai akhirnya terpaksa berjalan tutup mata. Tetapi disebabkan dia Cina DAP, dia sebaliknya mengarahkan orang lain pula yang diserang semata-mata untuk menutup pekung dan taiknya sendiri!


8 ORANG BUDAK PEREMPUAN DAN LELAKI MELAYU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA BERPESTA SEKS DAN DADAH PADA 11 JANUARI LALU!


Lima orang wanita dan lapan orang lelaki telah didakwa atas beberapa dakwaan setiap seorang di Mahkamah Majistret kerana didakwa terlibat dalam parti seks dan dadah.

Sekiranya didapati bersalah, mereka akan menjalani hukuman penjara yang panjang atau dikenakan denda yang berat atau kedua-duanya sekali. Mereka merupakan antara 29 orang yang diberkas oleh polis pada 11 Januari di sebuah hotel di Kelang .

Mereka adalah Nurul Amyra Yemsi, 25; Nur Amaliena Shahrul, 20; Nur Amielda Ilyna Hanip, 20; Azlina Mat Hassan, 22; Zahrotul Jannah Victor, 20; Nur Mohammad Raihan Abdullah Sani, 25; Nor Ariffin Jailani, 31; Mohd Zularfi Ellias, 22; Abdul Halim Meor, 29; Muhammad Hanief Jaafar, 28; Muhammad Zhafran Abdul Malik, 24; Mohammad Khaibun Naim Zubair, 23; and Muhammad Fikree Kaharuddin, 23.
Kesemua mereka akan didakwa memiliki dan menyalahgunakan 0.68gm Ketamine, 0.75gm Eremine-5 tablets and 5.01gm pil-pil Ecstasy.


Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952, dibacarakan bersama-sama dengan Seksyen 134 Kanun Keseksaan dan kesalahan akan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta berkenaan.


Sekiranya didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan selama lima tahun dan didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya dengan setiap seorang daripada mereka dikenakan tiga tuduhan.

Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana menggunakan lima liter cecair yang dipercayai jus ketum.


Di bawah Seksyen 30 (5) Akta berkenaan, sekiranya didapati bersalah, mereka akan berhadapan dengan penjara lima tahu atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwaraya Rizal Azani Zainal Adzam telah meminta mahkamah menetapkan ikan jamin sebanyak RM8,000 setiap satu daripada tiga dakwaan awal dan RM4,000 bagi dakwaan keempat.

Majistret Maria Maran Abdullah @ Lucia Muda Maran kemudiannya menetapkan wang jaminan RM6,000 bagi setiap seorang untuk tiga dakwaan terawal dan RM2,000 sebagai jaminan untuk dakwaan eempat.

Tidak dapat dipastikan sekiranya kesemua tertuduh membayar jaminan.


Mahkamah kemudianya menetapkan 25 Februari sebagai hari pendengaran kes.(SUMBER)

ISU BAJU KURUNG: KAUM IMIGRAN CUBA PECAH BELAHKAN NEGARA INI SAMPAI SANGGUP GUNAKAN ANAK SENDIRI UNTUK PERLEKEHKAN MALAYSIA!


Beberapa hari lepas, berita tentang seorang pelajar bukan Melayu (dan juga bukan Bumiputera) kononnya telah dihalau dari sebuah sekolah di Cheras kerana tidak dibenarkan berbaju kurung oleh guru 'Melayu'. Pelajar berkenaan kemudiannya dikatakan berasal dari Lun Bawang walaupun bapanya adalah seorang India Kristian yang diketahui bukanlah Bumiputera Sarawak dan asal keturunan dalam perundangan di Sarawak adalah mengikut bangsa bapa (paternity) dan bukannya maternity (ikut ibu) atau kedua-duanya seperti di Sabah.

Si anak yang dihalau dari sekolah itu sebenarnya tidak bersalah. Tetapi dia mungkin tersalah faham dan telah melaporkan kepada bapanya, LAWRENCE JAYARAJ yang merupakan pembenci Malaysia dan mahukan Malaysia berpecah belah selain mahu mewujudkan sebuah Kerajaan Kristian Ekstrim di Sarawak dengan berkiblatkan Tel Aviv dan Washington.

Guru disiplin sekolah terbabit adalah SEORANG GURU CINA, bukan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Lawrence Jayaraj.

Menurut guru disiplin berkenaan, anak perempuan Lawrence Jayaraj bukannya dihalau dari sekolah tetapi disuruh menukar pakaian memandangkan baju kurung yang dipakainya sangat jarang sehingga menampakkan baju dalam dan sebahagian buah dadanya. Pelajar-pelajar perempuan yang berbaju kurung digalakkan memakai singlet atau baju lapis dalam untuk mengelakkan daripada bahagian dalam tubuh mereka dapat dilihat.

Jayaraj sengaja menggunakan isu ini untuk diputarbelit dan dijadikan bahan untuk mengutuk Melayu, sistem pendidikan dan sekolah Malaysia. Dia tidak bercakap benar bahkan dia juga sengaja menggunakan anak perempuannya untuk menonjolkan dirinya dalam arus politik subversif yang menghasut pertumpahan darah antara kaum.


LAWRENCE JAYARAJ merupakan antara kaum imigran yang melibatkan diri dalam persekongkolan bukan Bumiputera di negara ini bagi mewujudkan sebuah negara sendiri dengan menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai sasaran utama memandangkan komposisi kaum Bumiputera beragama Kristian ramai di kedua-dua negeri itu.

Merupakan antara penentang utama pembangunan di daerah Ba'kelalan untuk memastikan nyawa DAP dan idealisme perjuangannya mewujudkan negara ekstrimis Kristian di Sarawak menjadi realiti. Dia juga tela dikenalpasti sebagai dalang yang menghasut penduduk kampung serta ketua-ketua kampung untuk menentang pelbagai projek pembangunan termasuklah pembangunan jalan berturap tar.

Beberapa projek pembinaan jalan tar telah disabotaj kesan daripada hasutan Lawrence Jayaraj dengan meminta pelbagai jenis pampasan dan halangan sehingga kontraktor yang dilantik akhirnya cabut lari dan meninggalkan projek pembinaan jalan yang tidak dapat disiapkan.

Dalam projek terbaru melibatkan pembinaan jalan Ba'kelalan ke Bario yang dibina oleh tentera atas Projek Jiwa Murni juga telah tergendala akibat gangguan daripada pemilik-pemilik tanah yang telah termakan hasutan puak-puak yang disertai oleh Lawrence Jayaraj.

Lawrence Jayaraj bolehlah dikatakan sebagai penghalang utama mengapa jalan-jalan di kampung tidak boleh dibangunkan. Dia bukan sahaja mengipas, mencucuk serta mengapi-apikan penduduk kampung agar tidak memberi ruang dan bekerjasama untuk membangunkan dan membina jalan, bahkan menghasut penduduk kampung agar tidak membenarkan jalan dibina di atas tanah milik penduduk mahupun tanah adat dan anak negeri.

Lawrence Jayaraj adalah penyokong tegar BERSIH dan SKMM. Dia juga merupakan sekongkol utama Doris Jones yang kini telah pun melarikan diri ke luar negara setelah takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di negara ini.



ANWAR IBRAHIM PERTIKAIKAN SELUAR DALAM DAN TAK BERAK, KENAPA TAK PERTIKAIKAN 4CM DAN AIR MANI DALAM DUBUR SAIFUL?

Friday, 30 January 2015 · 6 comments


Para penyokong Anwar Ibrahim dan macai-macainya sudah semakin kepanasan apabila tarikh 10 Februari semakin mendekat. Masa sudah terlalu suntuk apatah lagi, kegemilangan tahun 1999 sehingga 2013 untuk Anwar Ibrahim sudah semakin pudar dan menjauh.

Apakan tidak, kalau dahulu apa-apa sahaja tohmahan dan fitnahnya akan ditelan bulat-bulat sehinggakan ramailah yang baru berjinak-jinak dan mengambil tahu tentang dunia politik, dengan mudah termakan hasutan serta fitnah Anwar Ibrahim, tetapi kini, bukan sahaja disanggah oleh para penentangnya, tetapi juga oleh kumpulan yang sebelum ini kuat menyokongnya.

Kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan akan sampai ke penghujung cerita pada 10 Februari ini. Sekalipun sudah ada desas-desus bahawa ada konsensi dan 'perjanjian ghaib' yang akan membolehkan dia bebas daripada hukuman penjara, namun melihat kepada kelam-kabut kemnya sendiri memainkan kembali fakta-fakta yang mereka sendiri terpaksa telan kerana sifatnya yang berdusta, sudah cukup untuk menggambarkan bahawa keresahan mereka dan Anwar Ibrahim sendiri tidak sepadan dengan cerita dia akan bebas.

Kalau diperhatikan kepada publisiti serta kempen di Facebook, beberapa perkara yang sebenarnya tidak dapat dijelaskan oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan peguambelanya, sekarang cuba digunakan untuk menimbulkan persepsi bahawa ia adalah fakta yang LUPA MAHKAMAH ambil perkirakan.

Antaranya ialah persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim yang mempertikaikan KEBERSIHAN DIRI Saiful Bukhari yang telah membuat aduan sehingga Anwar terheret ke mahkamah. Kononnya, kredibiliti Saiful boleh dipertikaikan kerana membasuh seluar dalam yang dipakainya tetapi tidak membasuh duburnya yang ada air mani Anwar Ibrahim selama tiga hari. 

Hujah Anwar Ibrahim, itu adalah fitnah. Dan kerana itulah, dia tidak bersalah.

Hanya kerana seluar dalam yang dipakai dibasuh tetapi air maninya di dalam dubur Saiful tidak dibersihkan, itu adalah fitnah, menurutnya.

Persoalan yang tidak pernah dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim, bagaimana air maninya boleh berada dalam dubur Saiful? Air mani bukanlah seperti peluh atau darah yang boleh dikutip begitu sahaja dari tubuh. Air mani tidak tersedia dalam kantung telur tetapi hanya selepas melalui proses rangsangan, barulah ia akan terhasil.

Laporan 4 sentimeter kedudukan air mani itu di dalam dubur Saiful juga, gagal dijawab oleh Anwar Ibrahim dan para peguambelanya. Walaupun ketua peguambelanya cuba menimbulkan teori kononnya, air mani tersebut telah dicucuk ke dalam dubur Saiful dengan menggunakan objek tumpul (plastik), tetapi persoalan utama, bagaimana air mani Anwar Ibrahim yang berada di situ?

Adakah Anwar Ibrahim memang menyimpan air maninya dalam bank sperma yang diketahui tidak wujud di Malaysia? Adakah air mani Anwar Ibrahim merayap melalui jaringan lebuhraya dari Bukit Segambut, membayar tol dengan menggunakan Touch & Go, kemudian menginap di Trivoli Villa, Bangsar sebelum meluru dengan kelajuan tertentu ke dalam dubur Saiful ketika Saiful sedang duduk di atas kerusi atau tilam?

Kesemua fakta-fakta yang ditimbulkan oleh kem Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan sekarang, telah pun dijawab dan disanggah di Mahkamah Rayuan yang kemudian mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Menariknya, keputusan Mahkamah Tinggi juga bukanlah kerana fakta-fakta yang dipertikaikan oleh kem Anwar Ibrahim sebaliknya kerana teknikaliti DNA dan tarikh!

LIM GUAN ENG TAK PUAS HATI, CARI POPULARITI DENGAN HERET KERAJAAN PERSEKUTUAN KE MAHKAMAH KERANA ISYTIHARKAN TENTERA REVOLUSI PPS HARAM!

Tuesday, 27 January 2015 · 8 comments

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang juga pengerusi PPS di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di George Town menerusi Tetuan
Sreenevasan.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri itu antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Menerusi permohonan itu, kerajaan negeri yang membawa permohonan bagi pihak PPS mendakwa perintah yang dibuat KDN adalah tidak berpelembagaan kerana melanggari Artikel 4, 5 (1),8, 10(1) atau 13 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon berkata bagi tempoh tiga tahun yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah menggunakan khidmat PPS dalam pelbagai mesyuarat dan aktiviti dalam usaha mereka memerangi jenayah dan menguruskan situasi-situasi kecemasan.

Menurutnya, PPS telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka pada tahun 2012 dan 2013 dan telah berbuat demikian tanpa sebarang kejadian tidak diingini sehinggga 2014.

Kerajaan negeri itu mendakwa responden pertama (Menteri Dalam Negeri) telah mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dalam membuat perintah itu dengan menyatakan bahawa PPS "sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan ketenteraman awam".

Pemohon mendakwa bahawa PPS merupakan satu mekanisme kerajaan negeri yang menjadi pelengkap kepada PDRM dan lain-lain agensi kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam memastikan dan memelihara ketenteraman awam dan keselamatan.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri Pulau Pinang diwakili beberapa barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga.

Hadir sama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

- Bernama

PAKATAN DAN PERGERAKAN LGBT TIDAK PUAS HATI, UMNO DIBENARKAN JADI PEMERHATI KES PONDAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN!

· 0 comments

Mahkamah benarkan permohonan UMNO dilantik sebagai 'watching brief' kes transgender.

Mahkamah bersetuju kes ini melibatkan isu perlembagaan, meluluskan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya mengarahkan rayuan didengar dengan kadar segera.
**************

1. Umno melalui Sekretariat Perundangannya buat julung-julung kalinya hari ini dibenarkan Mahkamah Persekutuan sebagai peguam 'watching brief' bagi rayuan kes transgender.

2. Pasukan peguam Umno diwakili Ketua Sekretariat Perundangannya, Dato' Khairul Anwar Rahmat (yang juga Pengerusi SukaGuam), Shaharudin Dato' Ali, Adzly Ab Manas dan Mohamad Afiq Ammar Tulos.

3. Ini adalah keputusan tepat kerana Umno yang dianggotai lebih 3 juta ahli beragama Islam mempunyai kepentingan secara langsung terhadap apa-apa kes yang membabitkan kesucian dan kedudukan agama Islam.

4. Umno adalah parti tonggak pemerintahan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan adalah berkepentingan untuk menghalusi perjalanan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan.

5. Umno tidak berhasrat untuk menganiaya atau mendriskiminasi golongan transgender, namun ingin memberikan perspektif yang tepat berkenaan perbicaraan kes ini.

6. Sesungguhnya, ini adalah isu perlembagaan, hak asasi manusia dan kedudukan agama Islam- justeru, apa saja keputusan akan menentukan landskap perundangan dan rakyat Malaysia seterusnya.


Dato' Khairul Anwar Rahmat
Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia

KERANA DUIT, PARA PENYOKONG DAP PARLIMEN TANJONG LUPAKAN TENTANG MARUAH DAN HARGA DIRI MEREKA!

Monday, 26 January 2015 · 5 comments


Pada PRU-13 lalu, Parlimen Tanjong telah dimenangi oleh Ng Wei Aik, bekas ADUN Komtar yang cukup terkenal dengan sifat RASIS, anti umat Islam dan cubaan menghalau umat Islam daripada berniaga di Pulau Pinang.

Jumlah undi yang berjaya diperolehi oleh Ng Wei Aik adalah 35,510 undi manakala calon Barisan Nasional, Ng Song Kheng hanya memperolehi 6,865 undi sekaligus menjadikan majoriti kemenangan Ng Wei Aik adalah 28,645 undi.

Secara tidak langsung, Tanjong merupakan antara kubu kuat DAP.

Komposisi pengundi di Parlimen Tanjong adalah 5.78% Melayu, 85.26% Cina, 8.61% India dan 0.35% lain-lain kaum.

Jumlah yang keluar mengundi pada PRU lalu adalah 42,913 orang iaitu 83.34%.

Tak perlulah kita keluarkan atau dedahkan apa kempen serta janji-janji yang diberikan oleh Ng Wei Aik mahupun DAP. Mereka bersungguh-sungguh berkempen tetapi mereka jugalah yang bersungguh-sungguh menolak tanggungjawab sosial kepada Kerajaan Persekutuan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak perlu bertanggungjawab dalam urusan dan hal ehwal dalam negeri.

Kita dapat perhatikan bagaimana kerana duit, para penyokong DAP menjadi cheapskate yang tidak akan rasa malu, jijik atau meluat walaupun mereka terpaksa beratur untuk masuk ke bangunan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong. Kerana duit, mereka lupakan terus segala hina-dina, caci maki, sumpah seranah dan hamun ludah yang mereka hamburkan kepada UMNO-BN. Kerana duit, mereka lupa tentang label RASIS yang mereka berikan kepada UMNO-BN dan kezaliman yang kononnya telah menindas puak mereka.

Gambar ini menerangkan apa sebenarnya yang berlaku kepada golongan yang kuat menyokong DAP. Hidup mati mereka hanyalah duit dan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi duit yang kemudian mereka katakan, ITU ADALAH DUIT MEREKA!

PUNYALAH TAK MALU DAN TAK BERMARUAH!


HADI AWANG DIHINA DAN DISAMAKAN SEBAGAI ANJING KURAP OLEH PARA PENYOKONG DAP

· 1 comments

Apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan Pilihanraya PBT yang mahu diadakan oleh DAP, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga akan melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini, Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.

Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.

Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.

Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.

13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis.

Kita dapat melihat bagaimana DAP dan pecacai-pecacai mereka memperkecil-kecilkan tragedi 13 Mei 1969 dan menyifatkan sesiapa sahaja yang mengungkit tentang tragedi berdarah itu sebagai orang kuno, jumud dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak dapat menafikan tentang layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada orang selain Cina dalam parti itu sendiri. Berapa kerat yang dibenarkan menjawat jawatan-jawatan penting dalam DAP berbanding Cina? Berapa kali dalam DAP, bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama berbanding bahasa Cina? Berapa kali dalam ceramah par pemimpin DAP berbangsa Cina kepada kelompok Cina setempat, mereka akan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin politik Cina di Indonesia, Thailand, Filipina, mahupun di Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain?

Siapakah yang paling banyak mempersoalkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu-Bumiputera, raja-raja Melayu dan agama Islam?

Justeru, mengapa pula mereka cuba nak menafikan bahawa Pilihanraya Perbandaran yang sudah tentu bersalahan dengan undang-undang tertinggi negara, akan mendatangkan keburukan lebih besar, terutama menerusi penguasaan bukan Melayu terutamanya Cina yang tidak akan membuka peluang sama sekali kepada orang lain seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur?

Maka tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat mereka menghentam Hadi Awang dan Lim Kit Siang pula menyatakan, dia terkejut apabila pemimpin Melayu Islam seperti Hadi Awang ENGGAN TUNDUK SUJUD DAN AKUR kepada kehendak DAP!

MENU 'RAHSIA' OLDTOWN WHITE COFFEE MENGANDUNGI BABI MULA VIRAL DI FACEBOOK

· 0 comments



CADANGAN MENTERI WANITA HERET IBU BAPA ROTAN ANAK-ANAK KE PENJARA, DITENTANG KERAS SEMUA PIHAK!

Sunday, 25 January 2015 · 12 comments


Hari ini, Menteri Wanita, Rohani Karim menimbulkan perdebatan hangat di dunia media sosial apabila menekankan bahawa kementeriannya bercadang akan membentangkan rang undang-undang yang bakal menjadikan ibu bapa sebagai penjenayah kerana merotan anak-anak ke Parlimen pada Jun nanti bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Ternyata, ia bukan sahaja disindir dan diperlecehkan kerana kenyataan Rohani Karim itu semakin mengesahkan bahawa Kerajaan masakini seperti kehilangan arah dengan serangan bertali arus kaum LGBT dan mereka yang menyamar sebagai pejuang hak asasi, tetapi juga ditentang keras oleh pemimpin UMNO mahupun peguam-peguam pro-Kerajaan.

Ini adalah dua kenyataan iaitu daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil dan SukaGuam:

------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001:
JANGAN TERGESA-GESA JENAYAHKAN IBU BAPA


KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2015 – Saya merujuk kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan. Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan Negara pihak kepada CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan Negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada tahun 2014) boleh membawa kepada PEMISAHAN SEMENTARA antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya.

Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua stakeholders termasuk Wanita Barisan Nasional untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SukaGuam minta kementerian segera batalkan cadangan jadikan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Rujukan kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun ?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?
--------------------------------------

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

5. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

6. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

7. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah ?

8. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia.



'ANAK SIRUL AZHAR' DAH TUTUP AKAUN FACEBOOKNYA, KECEWALAH PENYOKONG PAKATAN

Friday, 23 January 2015 · 2 comments

Semalam, bukan main galak lagi para penyokong Pakatan Rakyat menyebarluaskan posting seseorang yang mengaku anak Koperal Sirul Azhar, anggota polis yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan ke atas seorang warga Mongolia. Kononnya, 'anak lelaki' Sirul Azhar yang mengaku sedang berada di Australia itu tahu serba-serbi tentang fakta-fakta kes pembunuhan tersebut dan hanya menunggu masa untuk membongkarkannya bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Malah, ada juga yang kelihatan pro-UMNO tetapi amat kuat menentang dan menuduh Najib Abdul Razak terlibat atau mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut, mengeluarkan pelbagai teori termasuklah konspirasi dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan TANDATANYA (?). Posting dan akaun Facebook 'Shuk SZ' telah dijadikan sebagai hujah kukuh mereka untuk menyatakan Najib terkait dan bersalah sebagai perancang.


Namun akaun berkenaan cuma bertahan sehingga semalam. Hari akaun Facebook atas nama 'Shuk Sz' telah ditiadakan dan dilupuskan. Barangkali troll dan keinginan untuk 'bergurau' telah menyebabkan si pemilik akaun tersebut terdedah kepada masalah perundangan menyebabkan dia perlu mengambil tindakan yang lebih pantas dengan memadamkannya terus walaupun sebelum ini mendakwa berada di Australia!

Siasatan juga mendapati, anak Sirul berada di Perak, berusia 16 tahun, dijaga oleh neneknya dan tidak terlibat langsung dengan akaun Facebook tersebut. Sekaligus menunjukkan ada puak penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan fitnah ke atas anak Sirul Azhar untuk mencapai matlamat mereka memperlekehkan selain mewujudkan persepsi negatif ke atas Najib Abdul Razak.

Mungkin memikirkan sudah selamat, tetapi individu berkenaan dipercayai akan mengulangi semula kesalahannya menerusi Facebook menggunakan akaun-akaun yang lain.

SENARAI PENGHINAAN DAP KE ATAS ISLAM DI PULAU PINANG, SELANGOR DAN MALAYSIA!

· 0 comments

Pada 25 Oktober 2005 Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Pusat) mengatakan dalam parlimen bahawa AZAN SUBUH MENGGANGU MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAP HINA AZAN!

Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!

Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.

Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.

Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok. Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia. Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.

Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan. Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.

Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa. Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut. Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan. Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.

Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!

Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua. DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.

Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.

GUAN ENG LARANG AZAN SUBUH UNTUK ALIH SERANGAN KE ATAS ISTERINYA

Thursday, 22 January 2015 · 2 comments


Mungkin ramai tidak perasan, setiap kali Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan isu besar yang boleh menyebabkan keangkuhan mahupun kemegahan Lim Guan Eng dan DAP relai, setiap kali itulah juga mereka akan mula memainkan isu-isu yang terlibat secara langsung dengan Islam dan Melayu. Dan setiap kali itulah juga, mereka akan berjaya mengalihkan perhatian dengan serangan demi serangan yang dibuat ke atas keperibadian Lim Guan Eng dan keluarganya serta kegagalannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, akan beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Lim Guan Eng dan seluruh keluarga Lim tersentak apabila secara tiba-tiba isu kemewahan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng yang dengan rela enggan dicalonkan sebagai ADUN pada PRU lepas di Melaka bagi mengelakkan suaminya berskandal dengan seorang perempuan Cina yang dikenali sebagai Rainbow yang juga merupakan penyimpan wang penyonglapannya bersama-sama seorang lelaki lain di Singapura dan Brisbane, Australia, didedahkan kepada umum. Sesuatu yang selama ini tidak pernah didedahkan dan tidak pernah dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai sasaran kelemahannya, kini menyebabkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak senang duduk.



Semuanya bermula apabila pendedahan percutian mewahnya pada penghujung tahun lepas dibuat. Lim Guan Eng dan DAP yang cukup kuat mengutuk serta memperlekehkan Rosmah Mansor, isteri Najib Abdul Razak, malah sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk para tentera mereka meremeh-remehkan, menghina bahkan sampai ke tahap membangsat-bangsatkan isteri seorang bangsawan yang wang ringgit bukanlah perkara sukar baginya, berbanding Lim Guan Eng yang datangnya dari keluarga imigran yang berhijrah ke negara ini sehelai sepinggang dan diketahui bukanlah hartawan mahupun jutawan.

Sebelum ini, Lim Guan Eng mempopularkan kalimah ALLAH dengan kerjasama Gereja Roman Katholik di mana Lim Guan Eng dan sebahagian besar pemimpin Cina DAP adalah milik gereja berkenaan. Beberapa polemik sengaja ditimbulkan apabila beberapa pendedahan tentang skandal kewangan dan kegagalan Guan Eng memeterai memorandum serta meningkatkan pelaburan luar ke Pulau Pinang mahupun mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang, selain pengusiran beramai-ramai orang Melayu dan Islam... SAMBUNG BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE

BERLAGAK SEPERTI SAMSENG DAN ENGGAN PATUH PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN, AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT HAMPIR HILANG PEJABAT!

· 0 comments


Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa pejabat Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng hampir disita selepas mengingkari arahan Mahkamah Rayuan.

Persidennya, Ramesh Rao berkata mahkamah Rayuan telah memberi kebenaran kepada bekas ahli DAP, Yap Kwan Meng untuk menyita pejabat Lip Eng kerana enggan membayar sebanyak RM27,000 selepas kalah dalam kes saman malu.

Sebelum ini Lip Eng telah menyaman bekas ahli DAP atas tuduhan memfitnah, namun mahkamah Rayuan telah memutuskan Kwan Meng tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. Mahkamah juga telah memerintahkan Lip Eng membayar RM500 atas ganti rugi kos mahkamah kepada Kwan Meng.

Namun isu ini jadi berpanjangan selama lapan bulan selepas Lip Eng enggan membayar arahan mahkamah itu.

Ramesh berkata, “Pada 16 Disember lepas kita telah datang sendiri ke pejabat Lip Eng untuk menuntut hak dan duit Kwan Meng, namun beliau angkuh dan mencabar untuk menyamannya.

“Kami tiada cara lain dan terpaksa mengupah peguam untuk membawa kes ini kembali. Dan menambah Kwan Meng terpaksa meminjam Ahlong untuk membayar duit peguam itu kerana tiada wang.

“Ini satu perkara yang menyusahkan rakyat biasa, sedangkan kita tahu beliau seorang pengamal undang-undang,” jelasnya.

Ramesh juga berkata ini merupakan kali pertama di dalam sejarah rakyat biasa dibenarkan menyita Ahli Parlimen DAP.

Beliau mendakwa, reaksi Lip Eng sangat terkejut dengan arahan mahkamah yang ditunjukkan oleh Kwan Meng dan beliau akur dan membayar wang tersebut pada jam 11.30 pagi di pejabatnya.

“Lip Eng membayar dalam bentuk cek dengan memberi syarat supaya Kwan Meng tidak menyerangnya lagi sama ada melalui media-media sosial.

“Isteri kepada Ahli Parlimen Segambut juga turut meminta tolong supaya tidak menyerang suaminya lagi,” tambah Ramesh.

Sementara itu, Kwan Meng menegaskan yang beliau tidak akan menyerang Lip Eng sekiranya perkara tersebut tidak dibawa ke mahkamah.

“Ini kerana saya tidak bersalah dan tuduhan Lip Eng sebelum ini yang mengatakan saya memfitnahnya adalah tidak berasas.

“Saya harap selepas ini Lip Eng dapat belajar daripada kesilapannya dan tidak mengingkari arahan mahkamah lagi,” katanya. (SUMBER)

MUSTAFA ALI ZAHIRKAN KEMARAHAN KEPADA SIKAP BOLAK-BALIK DAP

· 3 comments


Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama. Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.

Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksnakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi Pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Pendirian yang diambil oleh pimpinan PR dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.

Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persolaannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperolehi kuasa majoriti. Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini.


Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.

ANAK SIRUL AZHAR PULA MENCELAH... MASALAHNYA, ANAKNYA MASIH BERUSIA 16 TAHUN DAN DIJAGA NENEKNYA DI PERAK, BUKAN DI AUSTRALIA!

· 6 comments

Bagaikan mendapat satu 'kekuatan', para pecacai Pakatan Rakyat sedang menviralkan sesuatu yang secara jelas sebenarnya menunjukkan kecetekan akal fikiran mereka dan sikap terburu-buru mereka untuk melakukan penipuan.

Bermula dua hari sudah, satu akaun Facebook atas nama Shuk Sz mulai muncul dan diperkatakan apabila salah satu kenyataannya ialah, DIA ADALAH ANAK Koperal Sirul Azhar yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shiiribu.



Agak menarik juga kerana, daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, 'budak' berusia 16 tahun itu tahu serba-serbi tentang perjalanan kes, tetapi tidak ada satu pun kenyataan atau keterangan ketika proses perbicaraan pun melibatkannya mahupun dipanggil untuk menjadi saksi oleh pihak peguambela yang diupah oleh pesalah.

Malah dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga, kenyataan bahawa 'ada isu yang kalau dibongkarkan boleh menjahanamkan Malaysia', juga langsung tidak disebut.

Dan lebih menarik lagi ialah, anak Sirul yang berusia 16 tahun itu dijaga oleh neneknya!


RAFIZI RAMLI: PAKAR EKONOMI PKR YANG SEBENARNYA TERSANGATLAH BODOHNYA!

Wednesday, 21 January 2015 · 5 comments

Rafizi Ramli melihat intervensi Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam sebagai peluangnya untuk menonjolkan diri sebagai pakar ekonomi. Katanya, Perdana Menteri terlupa mengumumkan sesuatu yang akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.

Namun Rafizi Ramli barangkali tidak sedar bahawa dia sebenarnya sangat bodoh dan dia tidak seharusnya menonjolkan kebodohannya dengan mengkritik Perdana Menteri dan penambahbaikan polisi ekonomi Malaysia ekoran penurunan harga minyak dunia dan kejatuhan nilai Ringgit.

Tentu ramai yang masih ingat, bahkan ramai yang tunggu nak ketuk kepala Rafizi Ramli apabila dia memberikan analogi mudah, 'BILA HARGA MINYAK JATUH, HARGA BARANG-BARANG PUN AKAN JATUH'. Dia menyalahkan mekanisme harga kerajaan dengan tuduhan kononnya kerajaan mahu melindungi keuntungan stesen-stesen petrol. Tetapi apabila harga minyak benar-benar jatuh, dia kemudiannya menghentam kerajaan kerana membuatkan stesen-stesen minyak kurang mendapat untung besar sekalipun mekanisme harga adalah sama!

Dan selepas dihentam oleh orang ramai apabila harga barang-barang tidak jatuh sekalipun harga minyak turun, Rafizi menuduh sistem AP untuk pengimportan barang makanan pula sebagai puncanya.

Rafizi yang bangang!

Tahukah kau bahawa sistem AP import untuk makanan telah wujud semenjak lama dahulu. Ia wujud sebelum harga petrol meningkat dan ia wujud sekarang apabila harga minyak dikurangkan. Jadi bagaimana kebangangan kau membolehkan kau menuduh sistem AP sebagai punca harga barangan tidak turun?

Bagaimana pula dengan harga ayam tempatan, sayur tempatan, buah-buahan tempatan, sambal tempatan dan segalan-galanya yang bersifat tempatan lain? Adakah kesemua ini turut terkesan dengan sistem AP import? Adakah harga komoditi ini jatuh?

Berhentilah daripada duk alih ke sana ke mari semata-mata untuk menunjukkan kau pandai, wahai Rafizi Bangang. Teori kau, 'bila harga minyak jatuh, harga barang-barang akan jatuh', terbukti salah dan mengarut!

Sebenarnya sistem AP merupakan pengimbang kepada harga dan penawaran dalam pasaran tempatan. Ia juga memantau dan mengawal kualiti serta keselamatan makanan sepertimana yang dikehendaki oleh syarat-syarat 'halal'.

Dan lebih daripada itu, sistem AP yang mengawal kuota import turut menjadikan bahan import yang lebih murah, tidak berlambak di pasaran sekaligus mengganggu dan memusnahkan komoditi tempatan serta mengancam kelangsungan petani dan peladang negara ini.

Ancaman ke atas petani-petani tempatan bermakna keselamatan bekalan makanan negara juga akan menerima padah sekaligus mendedahkan negara ini kepada peperangan, krisis atau konflik.

Kebanyakan negara-negara utama di dunia ini turut melindungi komuniti pertanian mereka seperti Jepun, Amerika Syarikat, mahupun negara-negara Eropah. Mereka tidak sebodoh RAFIZI RAMLI untuk menghapuskan kuota makanan mereka.

Apa akan berlaku sekiranya 100% beras Malaysia diimport dan secara tiba-tiba kita berperang dengan Thailand atau matawang kita diserang seperti yang berlaku pada tahun 1998 dan harga makanan meningkat dengan pantas berkali-kali ganda dalam tempoh 2 atau 3 hari dan ianya berlangsung selama setahun?

Pandailah sangat Rafizi Ramli tu,ye?



KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN LIM GUAN ENG SEKELUARGA KINI JADI PERHATIAN SELURUH NEGARA

· 0 comments



Selama ini, terutama semenjak 1996, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan zuhud, golongan marhein, golongan yang membenci kemewahan dan golongan sosialis tegar yang amat membenci kapitalis.

Walaupun telah didedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekeluarga sekadar pelakon wayang opera, tetapi tentera-tentera upahan mereka berjaya melindungi kejalangan tersebut menerusi pelbagai serangan ke atas para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka lebih aktif memperlekehkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan para tentera upahan sehingga akhirnya label yang mereka berikan itu, melekat kukuh serta dipercayai dan diterima ramai, termasuklah di kalangan orang Melayu-Bumiputera sendiri.



Hakikatnya, penyelewengan yang dibuat oleh Lim sekeluarga terutama selepas mereka berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor, tidak lagi dapat disorok-sorok sekalipun mereka cuba berlakon seolah-olah mereka adalah pemimpin rakyat.

Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.



Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang (BACA DI SINI) beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang 'tertutup' membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat 'serta-merta' dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga. Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar.

Menariknya, bapanya, Lim Kit Siang serta para pemimpin DAP yang lain cuba mengalihkan isu ini dengan mengungkit-ungkit cerita tahun 1999 yang membabitkan Tun Daim-Mahathir sebagai cara mengambil kesempatan daripada keributan yang sedang berlaku sekarang ini. Isu tahun 1999 yang telah terbukti, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sebagai penipu besar, kembali diulang-ulang bagi meyakinkan generasi muda yang malas membuat ulangkaji untuk mempercayai tohmahan bahawa DAP jujur, lurus, telus dan terpuji, manakala UMNO-BN pula sangat korup.

Barangkali kerana itulah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak mampu langsung untuk mempertahankan Betty Chew dan berharap isu-isu yang mendedahkan gaya hidup mewah Betty Chew tidak akan bertahan lama atau dilupakan menerusi ungkitan kisah Daim-Mahathir pada tahun 1999. 

CUBAAN TERAKHIR GEREJA KATHOLIK BERKENAAN KALIMAH 'ALLAH' DITOLAK PANEL 5 HAKIM!!!

· 3 comments


BERITA AWAL: 

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan Gereja Katolik bagi semakan terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Herald boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Tinjauan Sinar Harian mendapati perkarangan Istana Kehakiman lengang tanpa kehadiran penyokong daripada pihak gereja mahupun kerajaan. (SUMBER

BERITA MUTAKHIR: 

Gereja Roman Katholik gagal lagi dalam usaha untuk berkongsi guna kalimah ALLAH di Semenanjung Malaysia untuk penyebaran agama itu. Panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan menolak cubaan terakhir Gereja Roman Katholik untuk semak keputusan larang guna kalimah ALLAH.

OPERASI JUDI KEMBALI MENGGANAS DI KOTA KINABALU

· 2 comments

Di sebalik ikrar Ketua Polis Negara untuk membersihkan negara ini daripada sindiket perjudian dan mesin-mesin judi, ada pihak yang langsung tidak gentar malah tanpa takut-takut meneruskan operasi haram tersebut secara terbuka atau pun berselindung di sebalik label PUSAT HIBURAN KELUARGA.

Malah janji KPN bahawa mana-mana daerah yang masih ada mesin judi, tindakan akan diambil ke atas OCPD dengan ditukarkan ke bahagian lain, juga tidak cukup kukuh untuk memastikan daerah masing-masing bebas daripada pusat-pusat judi haram.

Di Kota Kinabalu semalam, polis Daerah Kota Kinabalu dari Cawangan D7, IPK Sabah dan D7 IPD Kota Kinabalu telah berjaya membuat rampasan dan tangkapan di sebuah kedai runcit yang beralamat di No.30, Tingkat Bawah, Jalan Tugu, Kampung Air Kota Kinabalu Sabah kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian haram.

Antara yang dirampas adalah 10 unit tablet berjenama ACER, 1 unit telefon bimbit jenama LENOVO, 1 unit WIFI jenama 'TM' dan wang tunai bernilai RM370.

Empat orang penjaga premis dan dua orang pelanggan turut ditangkap.

Beberapa nama turut menjadi perbualan termasuklah 'Poh Cai' yang bergerak bebas di Tawau dan mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian. Malah kenderaannya, NINJA KING berwarna maroon berharga ratusan ribu ringgit, juga banyak diperkatakan di Tawau.

Sehingga setakat ini, 'Poh Cai' yang dikatakan Kepala Judi Tawau, dilihat bebas tanpa sebarang tindakan. Beberapa operasi 'yang gagal' juga telah dilakukan dan tidak lagi diteruskan walaupun orang ramai di Tawau melaporkan tentang pusat-pusat judi haram di bandar berkenaan.

BANJIR DI SARAWAK SEMAKIN SERIUS, ADAKAH KERAJAAN NEGERI SARAWAK AKAN MENYALAK BANTUAN DAN MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT SEPERTI KERAJAAN NEGERI KELANTAN?

Sunday, 18 January 2015 · 3 comments


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di bahagian Limbang, Sarawak bertambah serius malam ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat manakala jumlah mangsa banjir di Perak dan Kelantan menunjukkan penurunan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di bahagian Limbang meningkat malam ini kepada 442 orang daripada 99 keluarga, berbanding 224 orang petang tadi.



Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Salihin Annuar yang dihubungi malam ini berkata di Kuching, keadaan hampir sama seperti petang tadi dengan 26 keluarga di beberapa daerah dalam bahagian Kuching masih berada di pusat pemindahan.

Beliau berkata di bahagian Mukah pula jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 28 keluarga, membabitkan 58 orang mangsa, yang kini berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kuala Balingian.

Sementara itu, tinjauan di kawasan seperti Batu Kintang, Batu Kawa, dan Rantau Panjang, dan Sungai Tengah di sini mendapati paras air masih sekitar satu meter, namun tiada pemindahan besar-besaran setakat ini. (SUMBER)



JOM KITA TENGOK, ADAKAH DAP YANG SIBUK MELUASKAN PENGARUH DI SARAWAK AKAN BERUSAHA SEDAYA MUNGKIN MENGHARUNG BANJIR DAN MEMBERIKAN KEMUDAHAN BANTUAN BERBANDING BARISAN NASIONAL SARAWAK ATAU MEREKA JUGA MENUNGGU SEHINGGA BANJIR SURUT DAN TANAH LEBIH KERING UNTUK MENCURI KREDIT KERJA KERAS ORANG LAIN SEPERTIMANA YANG BERLAKU DI SEMENANJUNG?


GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

· 3 comments

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

KALAH BABI ENGGAN MATI DISEMBELIH, HUSAM MUSA SIBUK PUJUK DAN BODEK AZMIN ALI UNTUK JAWATAN PENTING DALAM GLC DI SELANGOR

· 0 comments

Husam Musa adalah nama yang sudah cukup kotor, menjijikkan dan kalau status najis, dia telah pun menjadi mughallazah yang tidak cukup dicuci dengan air mutlak semata-mata. Dari zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar Selangor sehinggalah zaman Nik Aziz terlalu uzur untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, Husam Musa membuat pelbagai onar dengan menjadikan orang tua yang bermulut celupar itu sebagai bahan untuk dipijak dan disandarnya.

Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan telah digagalkan oleh DYMM Sultan Kelantan. Dan lebih malang lagi buat Husam Musa yang pernah diberikan gelaran oleh para pecacai dan pemuja wang ringgitnya sebagai Arkitek Kewangan dan Kemajuan Kelantan, dia hilang segala kemudahan sebagai anggota Exco, malah menjadi ADUN Salor pun, Husam Musa dilihat sangat gagal.

Banjir yang berlaku pada penghujung Disember 2014 di Kelantan, memberikan ruang kepada Husam Musa yang pernah gagal dalam cubaannya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-13 lalu, untuk kembali menonjolkan diri, sekaligus 'merampas' jawatan dan kedudukan Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan sekarang ini.

Bekerjasama dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Husam Musa juga cuba melindungi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang telah diberikan keistimewaan sehingga dibenarkan memiliki lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan digondolkan, Husam Musa yang juga cukup terkenal dengan kegagalan pelbagai projek gajah putih yang menelan wang rakyat Kelantan untuk koceknya sendiri seperti projek Kambing Jamnapari, projek Depu, projek Dinar dan Dirham dan sebagainya, Husam Musa dilihat sekarang ini mencuba nasib dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pula.

Dikhabarkan bahawa Husam Musa sedang memujuk dan mengampu Azmin Ali untuk mendapatkan jawatan utama dalam mana-mana GLC di Selangor. Sebab itulah, Husam Musa sanggup menyewa sebuah helikopter untuk kemudahan Azmin Ali melawat kawasan-kawasan banjir terutama sekali kawasan-kawasan pembalakan di Hulu Kelantan yang mana dia secara langsung terlibat dalam pemberian dan penganugerahan kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak itu.

Husam Musa sanggup mengeluarkan belanja menyewa helikopter semata-mata untuk menunjukkan kepada Azmin Ali --- atau sebenarnya untuk memujuk Azmin Ali selain mempromosikan dirinya tanpa sebarang gangguan sedangkan dia bukannya Menteri Besar, sekadar ADUN Salor. Malah tiada kepentingan pun untuk Azmin Ali membuat tinjauan dari udara memandangkan bantuan yang diberikan bukannya melibatkan seluruh kawasan Kelantan sebaliknya hanya satu atau dua kawasan bagi tujuan publisiti kebaikan Kerajan PKR Selangor.

Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Selangor hanya tahu mengimport orang luar yang sudah dikenalpasti tidak tahu apa-apa seperti Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sedangkan dia hanya tahu bagaimana hendak menghabiskan simpanan negara tanpa tahu bagaimana hendak menambah?

Apakah Husam Musa juga yang sekadar cukup kaya dengan angan-angan selain menyebat duit rakyat untuk dimasukkan ke koceknya sendiri, juga akan mengikut jejak Anwar Ibrahim dengan diletakkan di mana-mana GLC Selangor untuk dikerjakan dan dimufliskan? Atau sebenarnya Azmin Ali amat tertarik bagaimana Husam Musa berjaya menemui petrol RON95 di dalam telaga penduduk kampung dan sedia digunakan seperti yang dilakukannya di Kelantan bagi tujuan memacu ekonomi Selangor, juga seperti Kelantan.

Cuma satu sahajalah, jangan sampai selepas Kelantan, Selangor pula terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji Menteri Besar dan Exco, seperti Kelantan!

BIMBANG MAKIN BESAR TEMBELANGNYA PECAH, NGA KOR MING ANCAM NAK SAMAN

Saturday, 17 January 2015 · 6 comments

Seperti biasa, Nga Kor Ming apabila sudah tidak mampu menjawab, apabila sudah terkantoi besar, apabila dia tidak lagi dapat spin dan dia terdesak kerana tembelangnya sudah pecah, dia akan menggunakan unsur-unsur sabotaj undang-undang bagi tujuan menutup mulut.

Banjir besar di Kelantan menyebabkan Nga Kor Ming menyalak-nyalak menyalahkan semua pihak terutama UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat.

Namun apabila kayu-kayu balak hanyut dan gambar-gambar dari udara menunjukkan kawasan yang telah dikonsesikan kepadanya oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan selama 50 tahun terdedah, Nga Kor Ming cuba membuat penafian.

Bagaimanapun, dia langsung tidak dapat menafikan penglibatannya dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. syarikat yang merupakan pemegang konsesi di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Mukim Chiku Daerah Gua Musang. Malah langsung tidak dapat menafikan bahawa syarikatnya itu telah menerima pinjaman mudah daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM16.2 juta yang kemudian Nga Kor Ming serta Ngeh Kor Ham mendesak dan menjadi penjamin untuk pinjaman mudah bernilai RM30 juta daripada Kerajaan Pusat.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menerusi media sosial, akhirnya membuatkan Nga Kor Ming tidak ubah seperti tikus basah yang terperangkap di penjuru bilik. Dia tidak dapat menafikan, malah banyak pihak yang mempersoalkan, mengapa Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang berjaya mengutip ratusan juta ringgit keuntungan daripada kayu balak di Gua Musang, enggan mengeluarkan walau satu sen pun untuk mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Pusat.

Tidak lama dahulu, Nga Kor Ming yang tidak dapat menjawab tentang skandal penyelewengan kontrak runding terus membabitkan Kerajan Pakatan Rakyat 11 bulan yang memberikan kontrak kepada syarikat isterinya, memilih untuk menutup mulut orang yang membuat pendedahan dengan menyaman. Dia sendiri sehingga ke hari ini langsung tidak dapat menjawab mengapa Kerajaan Negeri Perak yang pada waktu itu dikuasai oleh dia dan sepupunya (Kerajaan Nga-Ngeh) memilih syarikat isteri Nga Kor Ming yang memberikan sebut harga berganda mahalnya daripada syarikat-syarikat yang lebih berpengalaman dalam menjahit sut-sut rasmi anggota Kerajaan Negeri.

Nga Kor Ming juga memilih untuk menyaman sebuah blog dan blogger terbabit yang mendedahkan tentang pembabitan Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dalam isu pembalakan di Kelantan. Dia cuba menafikan tetapi bukti-bukti dokumen pula jelas menunjukkan pembabitannya dan Ngeh Kor Ham dalam pembalakan dan penggondolan bukit bukau di Hulu Kelantan. Lebih dahsyat lagi, tanah seluas 10,526 ekar telah diserahkan kepada syarikat yang diambilalih oleh Ngeh-Nga sebagai tukaran kepada jawatan Menteri Besar Perak yang akhirnya diserahkan kepada Nizar Jamaluddin.

Pembalakan dan penggondolan bukit-bukau di Hulu Kelantan itulah yang menjadi salah satu faktor banjir besar berlumpur dan menghanyutkan kayu-kayu balak yang memusnahkan rumah-rumah kediaman serta prasarana awam di Kuala Krai dan Gua Musang.

Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham cuba membuat penafian yang mereka terbabit dalam pembalakan di Hulu Kelantan. Malahan Ngeh Koo Ham cuba menggertak dengan menggunakan kepala surat dari pejabat guamannya. Kononnya untuk menunjukkan, sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan pembabitan Ngeh dan Nga dalam pembalakan di Kelantan, mereka akan berhadapan dengan saman di mahkamah.

Selepas Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk SPRM mengadakan siasatan dan Jabatan Alam Sekitar membuat tinjauan di kawasan pembalakan tersebut, Nga Kor Ming terus jadi meroyan tak tentu arah.

Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Nga Kor Ming sehinggakan dia jadi pengecut dan cuba berselindung di belakang undang-undang? Mengapa dia begitu berani menggertak 'ikan-ikan kecil yang dirasakannya boleh makan' tetapi memilih untuk mendiamkan diri apabila SPRM dikatakan akan melakukan siasatan?

PATUTLAH GUAN ENG TAK MAHU ISTERINYA DISERANG, RUPA-RUPANYA BELI BEG TANGAN BERHARGA LEBIH RM20 RIBU

· 4 comments


Dua hari sudah, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP 'merayu' di The Malaysian Insider agar isteri dan keluarganya tidak dijadikan bahan sesahan politik. Menurutnya, politik sesah ahli keluarga terutama sekali isterinya, merupakan sesuatu yang keji selain mengaitkannya dengan politik jijik UMNO.

Disember lepas, Lim Guan Eng dengan menggunakan wang rakyat Pulau Pinang dengan bercuti secara mewah di seluruh Eropah bersama-sama ahli keluarganya. Bapanya, Lim Kit Siang yang sudah tua terpaksa cover Lim Guan Eng yang seronok bermewah-mewah menggunakan wang pembayar cukai di seluruh Eropah selain acara membeli belah seolah-olah mereka adalah golongan super jutawan yang turut mendapat biaya daripada kroni-kroni yang memperolehi pelbagai projek di Pulau Pinang dan Selangor.

Gambar-gambar percutian mewah Lim Guan Eng tidak banyak disiarkan sebaliknya para pecacai DAP sibuk memainkan dan menviralkan gambar Najib sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat di Honolulu pada petang Krismas, yang sebenarnya turut membincangkan beberapa perkara membabitkan keselamatan negara ini. Sedangkan Guan Eng walaupun banyak bercuti ke luar negara, tetapi kesemuanya hanya cuti dan liburan semata-mata.

Isu isteri Lim Guan Eng telah dilantik sebagai salah seorang konsultan tanah yang menghubungkan antara sebuah badan yang ditubuhkan oleh seorang taikun hartanah untuk membolot kesemua tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang dengan mengorbankan Melayu dengan Pejabat Ketua Menteri yang diduduki oleh Lim Guan Eng, telah diperkatakan secara meluas, baik menerusi media sosial mahupun media cetak.


Lim Guan Eng cuba menafikan pembabitan isterinya tetapi maklumat yang diperolehi adalah sebaliknya. Walaupun Lim Guan Eng menyatakan, Betty Chew telah menolak tawaran yang membolehkan Dinasti Lim kaya raya menerusi penyelewengan dan skandal kewangan serta hartanah di Pulau Pinang, hakikatnya Betty Chew bahkan adik perempuannya turut diberikan peranan membolot dan menguasai tanah-tanah di Pulau Pinang, termasuklah tanah-tanah wakaf umat Islam.

Ada banyak isu yang melibatkan keluarga Lim Guan Eng. Justeru, tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng merayu agar isteri dan ahli keluarganya yang lain tidak diserang kerana dia sudah hilang akal untuk menjawab setiap serangan yang dilakukan ke atas kaum keluarganya.

Para pecacai dan RBA sudah mula kembali memperkatakan tentang beg tangan Rosmah Mansor yang bukanlah sesuatu yang rahsia apabila Rosmah Mansor merupakan antara pembeli beg-beg tangan 'mahal' di Korea Selatan yang sebenarnya kalau dibawa ke Paris, akan dicantas dan dipotong kerana kualitinya tidak sama seperti beg tangan yang dijual di negara-negara pengeluarnya.

Lagipun, membandingkan Betty Chew dengan Rosmah Mansor seperti membandingkan langit dengan bumi. Betty Chew adalah Cina Darat yang berkahwin dengan Cina Darat yang tidak ada apa-apa kecuali memperolehi harga menerusi kerja-kerja politik termasuklah memperolehi komisyen dari taukeh-taukeh besar yang mengejar projek menerusi permainan politik desak dan ugut. Sedangkan Rosmah Mansor pula merupakan Melayu dari keluarga bangsawan yang sudah tentu memiliki harta yang banyak turun-temurun termasuklah menerusi perkahwinannya dengan seorang anak bangsawan dari istana Pahang yang pastinya juga memiliki kekayaan yang jauh lebih besar berbanding ibu bapa Lim Kit Siang yang berhijrah sehelai sepinggang dari Negara China.

Mengapa kekayaan Melayu dipersoalkan tetapi kemewahan yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan ahli keluarganya termasuklah membeli barangan atau produk-produk mewah seperti yang dibuat oleh Betty Chew dalam percutian mewah mereka ke Eropah pada Disember lepas, langsung tidak menarik untuk diperkatakan?

Mengapa pecacai cepat-cepat bertaichi dan menghalakan serangan ke atas Rosmah Mansor terlebih dahulu, berbanding bertanya, dari mana Betty Chew dan Lim Guan Eng memperolehi kemewahan untuk berbelanja besar di Eropah dalam percutian kontroversi sehingga Lim Kit Siang yang sudah tua renta terpaksa meredah air banjir di Kelantan, untuk diviralkan oleh para pecacai mereka semata-mata untuk menutup kes pelarian anak dan menantunya ke luar negara?

Bayangkanlah, seorang Ketua Menteri yang bertugas selama dua penggal, boleh berbelanja besar di luar negara? Kalaulah Lim Guan Eng orang BN, pastinya dia akan diserang sampai akhirnya terpaksa berjalan tutup mata. Tetapi disebabkan dia Cina DAP, dia sebaliknya mengarahkan orang lain pula yang diserang semata-mata untuk menutup pekung dan taiknya sendiri!


8 ORANG BUDAK PEREMPUAN DAN LELAKI MELAYU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA BERPESTA SEKS DAN DADAH PADA 11 JANUARI LALU!

· 1 comments


Lima orang wanita dan lapan orang lelaki telah didakwa atas beberapa dakwaan setiap seorang di Mahkamah Majistret kerana didakwa terlibat dalam parti seks dan dadah.

Sekiranya didapati bersalah, mereka akan menjalani hukuman penjara yang panjang atau dikenakan denda yang berat atau kedua-duanya sekali. Mereka merupakan antara 29 orang yang diberkas oleh polis pada 11 Januari di sebuah hotel di Kelang .

Mereka adalah Nurul Amyra Yemsi, 25; Nur Amaliena Shahrul, 20; Nur Amielda Ilyna Hanip, 20; Azlina Mat Hassan, 22; Zahrotul Jannah Victor, 20; Nur Mohammad Raihan Abdullah Sani, 25; Nor Ariffin Jailani, 31; Mohd Zularfi Ellias, 22; Abdul Halim Meor, 29; Muhammad Hanief Jaafar, 28; Muhammad Zhafran Abdul Malik, 24; Mohammad Khaibun Naim Zubair, 23; and Muhammad Fikree Kaharuddin, 23.
Kesemua mereka akan didakwa memiliki dan menyalahgunakan 0.68gm Ketamine, 0.75gm Eremine-5 tablets and 5.01gm pil-pil Ecstasy.


Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952, dibacarakan bersama-sama dengan Seksyen 134 Kanun Keseksaan dan kesalahan akan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta berkenaan.


Sekiranya didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan selama lima tahun dan didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya dengan setiap seorang daripada mereka dikenakan tiga tuduhan.

Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana menggunakan lima liter cecair yang dipercayai jus ketum.


Di bawah Seksyen 30 (5) Akta berkenaan, sekiranya didapati bersalah, mereka akan berhadapan dengan penjara lima tahu atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwaraya Rizal Azani Zainal Adzam telah meminta mahkamah menetapkan ikan jamin sebanyak RM8,000 setiap satu daripada tiga dakwaan awal dan RM4,000 bagi dakwaan keempat.

Majistret Maria Maran Abdullah @ Lucia Muda Maran kemudiannya menetapkan wang jaminan RM6,000 bagi setiap seorang untuk tiga dakwaan terawal dan RM2,000 sebagai jaminan untuk dakwaan eempat.

Tidak dapat dipastikan sekiranya kesemua tertuduh membayar jaminan.


Mahkamah kemudianya menetapkan 25 Februari sebagai hari pendengaran kes.(SUMBER)

ISU BAJU KURUNG: KAUM IMIGRAN CUBA PECAH BELAHKAN NEGARA INI SAMPAI SANGGUP GUNAKAN ANAK SENDIRI UNTUK PERLEKEHKAN MALAYSIA!

· 7 comments


Beberapa hari lepas, berita tentang seorang pelajar bukan Melayu (dan juga bukan Bumiputera) kononnya telah dihalau dari sebuah sekolah di Cheras kerana tidak dibenarkan berbaju kurung oleh guru 'Melayu'. Pelajar berkenaan kemudiannya dikatakan berasal dari Lun Bawang walaupun bapanya adalah seorang India Kristian yang diketahui bukanlah Bumiputera Sarawak dan asal keturunan dalam perundangan di Sarawak adalah mengikut bangsa bapa (paternity) dan bukannya maternity (ikut ibu) atau kedua-duanya seperti di Sabah.

Si anak yang dihalau dari sekolah itu sebenarnya tidak bersalah. Tetapi dia mungkin tersalah faham dan telah melaporkan kepada bapanya, LAWRENCE JAYARAJ yang merupakan pembenci Malaysia dan mahukan Malaysia berpecah belah selain mahu mewujudkan sebuah Kerajaan Kristian Ekstrim di Sarawak dengan berkiblatkan Tel Aviv dan Washington.

Guru disiplin sekolah terbabit adalah SEORANG GURU CINA, bukan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Lawrence Jayaraj.

Menurut guru disiplin berkenaan, anak perempuan Lawrence Jayaraj bukannya dihalau dari sekolah tetapi disuruh menukar pakaian memandangkan baju kurung yang dipakainya sangat jarang sehingga menampakkan baju dalam dan sebahagian buah dadanya. Pelajar-pelajar perempuan yang berbaju kurung digalakkan memakai singlet atau baju lapis dalam untuk mengelakkan daripada bahagian dalam tubuh mereka dapat dilihat.

Jayaraj sengaja menggunakan isu ini untuk diputarbelit dan dijadikan bahan untuk mengutuk Melayu, sistem pendidikan dan sekolah Malaysia. Dia tidak bercakap benar bahkan dia juga sengaja menggunakan anak perempuannya untuk menonjolkan dirinya dalam arus politik subversif yang menghasut pertumpahan darah antara kaum.


LAWRENCE JAYARAJ merupakan antara kaum imigran yang melibatkan diri dalam persekongkolan bukan Bumiputera di negara ini bagi mewujudkan sebuah negara sendiri dengan menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai sasaran utama memandangkan komposisi kaum Bumiputera beragama Kristian ramai di kedua-dua negeri itu.

Merupakan antara penentang utama pembangunan di daerah Ba'kelalan untuk memastikan nyawa DAP dan idealisme perjuangannya mewujudkan negara ekstrimis Kristian di Sarawak menjadi realiti. Dia juga tela dikenalpasti sebagai dalang yang menghasut penduduk kampung serta ketua-ketua kampung untuk menentang pelbagai projek pembangunan termasuklah pembangunan jalan berturap tar.

Beberapa projek pembinaan jalan tar telah disabotaj kesan daripada hasutan Lawrence Jayaraj dengan meminta pelbagai jenis pampasan dan halangan sehingga kontraktor yang dilantik akhirnya cabut lari dan meninggalkan projek pembinaan jalan yang tidak dapat disiapkan.

Dalam projek terbaru melibatkan pembinaan jalan Ba'kelalan ke Bario yang dibina oleh tentera atas Projek Jiwa Murni juga telah tergendala akibat gangguan daripada pemilik-pemilik tanah yang telah termakan hasutan puak-puak yang disertai oleh Lawrence Jayaraj.

Lawrence Jayaraj bolehlah dikatakan sebagai penghalang utama mengapa jalan-jalan di kampung tidak boleh dibangunkan. Dia bukan sahaja mengipas, mencucuk serta mengapi-apikan penduduk kampung agar tidak memberi ruang dan bekerjasama untuk membangunkan dan membina jalan, bahkan menghasut penduduk kampung agar tidak membenarkan jalan dibina di atas tanah milik penduduk mahupun tanah adat dan anak negeri.

Lawrence Jayaraj adalah penyokong tegar BERSIH dan SKMM. Dia juga merupakan sekongkol utama Doris Jones yang kini telah pun melarikan diri ke luar negara setelah takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di negara ini.



 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks