NGA KOR MING Sepatutnya Lebih BERTELUR Dengan Pertikaikan Peruntukan Untuk Umat Islam Malaysia Berbanding Pertikaikan Peruntukan Kepada JAKIM

Monday, 30 November 2015 | 0 comments



Perlembagaan Malaysia terutama dalam Artikel 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Dan sebagai agama rasmi persekutuan, bermakna Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan dan pentadbiran halehwal Islam dan umatnya di negara ini.

Umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkan bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, baik kepada sekolah-sekolah vernakular yang seharusnya dijalankan di bawah penyeliaan dan pengurusan pentadbir mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan, mahupun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tidak ada langsung peruntukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP seringkali mendabik dada, kononnya mereka tidak RASIS dan mereka juga amat kuat menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, setiap peruntukan Perlembagaan yang ada peruntukan untuk Islam, Melayu dan Bumiputera, bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka akan jungkirkan tanpa sedikit pun tindakan dikenakan ke atas mereka, walhal menentang dan mempersoalkan Perlembagaan merupakan pengisytiharan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Dalam hal JAKIM sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal umat Islam dan pentadbiran Islam di Malaysia, nampaknya telah menjadi bahan terbaik untuk DAP, khususnya Nga Kor Ming menzahirkan kebencian dan penentangannya.

Orang ini jugalah yang telah mempersoalkan peruntukan untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ketika DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak berproksikan Nizar Jamaluddin. Orang ini jugalah yang mempersoalkan peruntukan untuk masjid-masjid dan surau-surau, lantas mahu mewujudkan peruntukan yang sama untuk rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi bukan Islam lain. Malah orang inilah juga yang mempersoalkan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan yang tidak sekata dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah vernakular, khususnya SJKC. Dia bagaimanapun, bertaichi dan berselindung dengan pelbagai alasan walaupun maksud kenyataannya dirujuk sebagai mempersoalkan kewujudan masjid berbanding TOKONG BESAR (RUJUK SINI)


Penjelasan telah diberikan oleh pihak terbabit bagaimana peruntukan JAKIM telah digunakan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan dana lebih RM1 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan umat Islam dan memerangi mereka yang menafikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi "radikal" dan "pelampau".

Beliau memberi contoh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sebahagian daripada ideologi radikal.

"Selain menguruskan elaun guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain) yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, jumlah peruntukan Jakim dilihat relevan malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.

"Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini yang mana dapat membuka mata kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan Jakim pada tahun hadapan bagi menampung keperluan yang semakin kritikal khususnya dalam menangani golongan yang cuba menafikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini. (SUMBER)

APA Masalah KU NAN Ni? Kenapa Dia Jadi Kalut Sangat?


Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor menggemparkan media apabila menyatakan, persidangan kali ini akan dibuat secara tertutup dan tiada sebarang media dibenarkan membuat liputan. Layar besar di luar dewan juga tidak akan dipasang.

Maka bergegarlah kemarahan dan ketidakpuasan terutama para penggiat media dari kalangan pro-UMNO sendiri.

Beberapa hari kemudian, Ku Nan dalam kesimpulan 'U-Turn' memberitahu, ia hanyalah cadangan dan belum diputuskan lagi.

Belum reda cerita tentang media tidak dibenarkan membuat liputan persidangan UMNO, timbul pula satu berita yang lain. Ku Nan mengeluarkan kenyataan bahawa dalam persidangan kali ini, hanya Presiden sahaja yang akan berucap, manakala para perwakilan yang lain pula, sekadar mendengar.

Dalam tempoh tidak sampai seminggu persidangan UMNO akan dibuat, Setiausaha Agung UMNO pula kelihatan meracau seperti tersampuk hantu nenek kebayan.

Kenapa Ku Nan diserang penyakit flip-flop yang sangat teruk?

Perlu diingat, orang awam beranggapan jawatan Setiausaha Agung UMNO adalah lantikan oleh Presiden. Setiausaha Agung UMNO yang flip-flop bermakna Presiden gagal mengenalpasti para pembantunya untuk mengurus dan mentadbir parti mengikut keperluan ahli-ahli parti.

Persoalan besar, mengapa hanya dalam tempoh yang terlalu singkat ini, tiba-tiba sahaja pelbagai perubahan diumumkan?

Apa yang panik sangat?


Ramai Pesakit Jiwa Percaya CHARLES MORAIS Lari Kelam-Kabut Ke Luar Negara Kerana Takut Dibunuh Berbanding Malu Selepas Terkantoi!

Sunday, 29 November 2015 | 1 comments



Kumpulan yang pro dengan teori 'NAJIB BUNUH ORANG' sekarang ini dengan bebasnya memberikan alasan mengapa Charles Morais melarikan diri setelah membuat sidang akhbar dan melakukan pelbagai tuduhan keji.

Mereka tidak mampu menghadam cerita tentang Charles Morais yang mengalami masalah kewangan yang teruk dan sakit hati dengan saudara-saudara lelakinya yang lain apabila namanya tidak tersenarai langsung sebagai penerima wasiat mendiang abangnya, Kevin Morais.

Malah mereka juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa Charles Morais melarikan diri setelah saudara-saudaranya sendiri mendedahkan bahawa dia telah terputus hubungan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutama mendiang Kevin Morais selama bertahun-tahun selain pendedahan tentang isu bangkrapnya di Amerika Syarikat dan buruan pihak berkuasa pemungut cukai di negara tersebut ke atasnya.


Sebaliknya mereka memberi alasan dan hujah yang paling mudah iaitu Charles Morais melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh dan disimen di dalam tong berisi simen konkrit.

Manakala sebahagian pula, hanya kerana Richard Morais menerangkan maksudnya membuka 'pekung' keluarga sendiri sebagai mempertahankan Perdana Menteri dan Kerajaan daripada tuduhan liar saudara lelakinya yang telah muflis di Amerika Syarikat, telah menjadikan alasan tersebut untuk mereka menyimpulkan bahawa Charles telah melaksanakan kebenaran.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila ada pula yang mahu Charles menghantar butiran yang ada padanya kepada Sarawak Report untuk diterbitkan dan disiarkan, walaupun sebenarnya Sarawak Report sendiri telah terbukti melakukan fitnah dengan menyiarkan kertas pendakwaan ke atas Najib Abdul Razak yang kononnya telah disediakan oleh mendiang Kevin sedangkan siasatan belum pun dijalankan lagi pada waktu itu.


Dalam temubualnya, Richard Morais berkata, dia mencabar kesahihan Akuan Bersumpah Charles malah menegaskan bahawa Charles telah berbohong sewaktu membuat Akuan Bersumpah.

Charles dalam Akuan Bersumpahnya berkata, Kevin telah mengaku yang dia terlibat dalam kes membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor. Malah Kevin telah menyerahkan fail-fail di dalam pena pemacu kepadanya yang menurut Charles, disimpan dengan selamat di Amerika Syarikat.

Kevin juga didakwa telah membuat draf kertas pendakwaan ke atas Najib dalam siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB yang kemudian didakwa telah dihantar kepada Sarawak Report. Pihak berkuasa kemudiannya menyatakan kertas pendakwaan tersebut adalah palsu memandangkan Kevin tidak terlibat langsung dalam siasatan berkenaan, malah mana mungkin kertas siasatan disiapkan sebelum sebarang siasatan dijalankan dan dilengkapkan.


PERANG Telah Diisytiharkan Ke Atas Guan Eng, Adakah Chow Kon Yeow Akan Dikambinghitamkan Guan Eng dan Kit Siang?



Hari ini pemilihan DAP Pulau Pinang telah berlangsung. Seperti yang dijangka, Lim Guan Eng tidak bertelur untuk bertanding sebarang jawatan dalam DAP Pulau Pinang, sekalipun dia terus bertegas untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atas jawatannya, Setiausaha Agung DAP.

Tiada mana-mana Setiausaha Agung parti-parti politik di Malaysia yang menjadi Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Besar di mana-mana negeri sesuka hatinya seperti Lim Guan Eng. Hanya Lim Guan Eng seorang sahaja dan dia pula terus mendabik dada kononnya dia adalah seorang pengamal politik jujur yang tidak mencari kemewahan.



Tindakan ADUN DAP Tanjung Bungah bersama-sama 5 orang ADUN PKR enggan memberikan sokongan kepadanya dalam projek penambakan laut, telah membuatkan Lim Guan Eng separuh gila. Mengugut bahawa penentangan tersebut akan berakhir dengan penderitaan, malah dilabelkan sebagai bersekongkol dengan UMNO, Lim Guan Eng langsung tidak menjangkakan, tindakannya itu hanya akan membuatkan kemarahan dan rasa meluat yang membuak-buak di kalangan ahli-ahli DAP sendiri, dizahirkan.

Hari ini, Shamser Singh Thind, perwakilan DAP dari Chai Peng Park, berterus-terang bahawa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dikhususnya kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow, bukannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di Pulau Pinang.



Menurutnya, mandat selaku Ketua Menteri harus disandang oleh seseorang yang berasal dari Pulau Pinang, yang lebih mengetahui tentang permasalahan akar umbi, bukannya orang luar yang tiba-tiba sahaja merampas jawatan tersebut hanya kerana dia adalah seorang Setiausaha Agung.

"Lebih baik seseorang yang berasal dari Pulau Pinang, memimpin rakyat Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang memutuskan siapakah antara mereka yang lebih layak," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan di dewan Hotel Equatorial semasa sesi perdebatan dalam Konvensen DAP Negeri Pulau Pinang hari ini. (RUJUK SINI)



Shamser turut mencadangkan agar proses pemilihan anggota jawatankuasa diubah memandangkan tidak banyak kuasa diberikan kepada akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka seperti yang berlaku dalam pemilihan DAP baru-baru ini.

"Sebagai contoh, majoriti telah memilih Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) di Selangor tetapi Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) yang mendapat tempat kelapan pula dipilih sebagai Pengerusi. Perkara yang sama juga berlaku di Perak."



Ada sesuatu yang sangat menarik untuk diperhatikan hari ini melibatkan ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Pulau Pinang setelah Lim Guan Eng mengamuk setelah mendapat tahu, Teh Yee Cheu enggan menyokong rancangan penambakan lautnya. 

Sekiranya hari ini, Teh berjaya memperolehi Top 5 atau Top 3 dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, ia merupakan satu tamparan besar ke muka Lim Guan Eng. Pada pemilihan lalu, Teh hanya memperolehi kedudukan ke-6. Bagaimanapun, di kalangan akar umbi, Teh amat terkenal sebagai pejuang alam sekitar dan kuat menyokongnya dalam kempen anti penggondolan puncak bukit melibatkan Bukit Relau atau nama barunya, Bukit Botak. 


Selain Chow Kon Yeow yang dilihat mengancam kedudukannya, Teh Yee Cheu juga merupakan antara pengacau tegarnya. Malah kumpulan pro-Guan Eng melabelkan Teh sebagai proksi Chow Kon Yeow yang sudah tidak sabar-sabar untuk menghalau Lim Guan Eng daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Akar umbi juga nampaknya sudah tidak menyembunyikan lagi kebencian mereka Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai pemimpin angkuh dan sentiasa menyalahkan pihak lain apabila dia terkantoi. Yang terbaru ialah apabila melabelkan lima orang ADUN PKR sebagai rakan sekongkol UMNO, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PKR Pulau Pinang sendiri. 

Baru-baru ini, ADUN BN Pulau Betong, Muhammaf Faris Saad mengusulkan agar projek penambakan laut perlu diperdebatkan. Speaker DUN kemudiannya menolak usul tersebut selepas 23 orang ADUN menentang, 10 bersetuju dan 5 berkecuali.


Kelima-lima yang berkecuali itu adalah Cheah Kah Peng (PKR - Kebun Bunga), Ong Chin Wen (PKR - Bukit Tengah), Dr. Norlela Ariffin (PKR - Penanti), Lee Khai Loon (PKR - Machang Bubuk) dan Dr. T. Jayabalan (PKR - Batu Uban).  

Teh Yee Cheu (ADUN DAP Tanjung Bungah) meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Pulau Pinang berkuat kuasa Isnin selepas dia menyokong usul ADUN BN. 

Keadaan tersebut ditempelak oleh Shamser yang mempersoalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng kerana bersikap double-standard. 


"Daripada apa yang saya fahamkan, di Pulau Pinang, ADUN-ADUN dari Pakatan Harapan tidak boleh menyokong atau mengambil sikap berkecuali atas usul Pembangkang. Tetapi Pakatan Harapan masih berharap Ahli-Ahli Parlimen dari Barisan Nasional menyokong undi tidak percaya terhadap Najib Abdul Razak.

"Sekiranya tugas ADUN dari Pakatan Harapan untuk menolak semua usul Barisan Nasional, saya ingin bertanya, bagaimana tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Pakatan yang menolak peningkatan elaun bulanan Ahli-Ahli Parlimen?"


Kata LAJIM UKIN, Gambar Nurul Izzah-Jacel Bukan Isu, Tapi Dia Tak Terangkan Kenapa Dia Ponteng Sidang DUN Semasa Pengundian



Beria-ia sungguh Lajim Ukin mempertahankan Nurul Izzah. Marah sungguh dia kerana gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram terdedah, kemudian menjadi isu besar sehinggakan Nurul Izzah diharamkan terus daripada memasuki Sabah.

Kata Lajim dengan penuh emosi, gambar-gambar Nurul Izzah dengan Jacel Kiram bukanlah satu isu besar walaupun gambar-gambar pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram telah mencetuskan kemarahan besar di kalangan rakyat Sabah.

Menurut Lajim, isu tersebut telah dimomok-momokkan oleh Barisan Nasional sahaja. Barisan Nasional yang cuba menakut-nakutkan rakyat Sabah tentang ancaman militan Sulu Kiram sedangkan kata Lajim, gambar-gambar itu tidak memberikan sebarang erti kecuali 'kebebasan Anwar Ibrahim'.

Justeru, kata Lajim, para perwakilan dari Sabah di Kongres Kebangsaan PKR perlu bersatu menyokong para pemimpin mereka.

"Berkenaan gambar-gambar tersebut, di Sabah ianya bukan satu isu. Yang menjadi isu adalah disebabkan oleh UMNO dan BN," kata Pengerusi PKR Sabah itu dalam ucapannya dalam kongres parti di Shah Alam.

Menurutnya, perdebatan antara ADUN-ADUN UMNO dan PKR berhubung isu itu di DUN Sabah telah menyebabkan dia naik darah. Bagaimanapun, dia menggesa agar seluruh penyokong dan ahli PKR berdiri teguh di belakang kepimpinan PKR Pusat.

"Kita mesti berdiri teguh dengan parti kita dan mempertahankannya. Jangan sesekali fikir, kita dari Semenanjung, dari Sarawak," katanya. "Apa pun yang berlaku, pada akhirnya yang kita kehendaki adalah perpaduan. Cukup setakat itu."

Sama macam Christina Liew semalam, bijak Lajim Ukin mencari alasan untuk melepaskan diri. Tetapi dia langsung tidak menyentuh tentang dia yang PONTENG Sidang DUN dan juga tidak menerangkan mengapa TIADA SEORANG PUN ADUN PKR Sabah (termasuklah dirinya) mahupun dari DAP atau STAR yang berani mengundi menentang usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.


CHRISTINA LIEW Bagi Alasan PALING BANGANG Apabila Dipersoalkan, Kenapa Dia LARI KELUAR DEWAN DUN Sabah Dan Tidak Mengundi Menyokong Nurul Izzah-Tian Chua

Saturday, 28 November 2015 | 1 comments



ADUN-ADUN PKR Sabah sekarang ini sedang mencari-cari alasan terbaik untuk menyembunyikan sokongan mereka kepada pengharaman Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah. Mereka sedar, seandainya mereka bercakap benar dan menyatakan mereka sebenarnya tidak mahu para penyokong meninggalkan mereka, tindakan keras dan tatatertib akan diambil oleh PKR Pusat. Justeru, perlu ada alasan yang boleh dijustifikasikan.

Dalam undian belah bahagi yang menyaksikan 47 undi menyokong pengharaman Nurul Izzah dan Tian Chua masuk Sabah, 3 orang ADUN PKR telah keluar tanpa memberikan undi, sama ada menyokong atau menentang.

Salah seorang daripada mereka yang keluar Dewan itu adalah Christina Liew, ADUN Api-Api yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah.

Christina Liew telah didapati bersalah oleh mahkamah pada tahun lepas kerana menipu 819 orang pemilik tanah yang miskin dan telah diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM557 juta.

Alasan yang diberikan oleh Christina Liew adalah, mereka keluar dari Dewan kerana memprotes usul tersebut.

Sangat mudah dan sangat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!

Kata Christina Liew, usul mengharamkan Tian Chua dan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah telah dibuat tanpa sebarang notis walaupun Timbalan Speaker DUN, Datuk Johnson Tee telah menegaskan bahawa Dewan telah menerima usul khas pada 23 November dan pengundian dijalankan pada 26 November.

Menurut Christina Liew lagi, semua ADUN Pembangkang Sabah TERKEJUT apabila ADUN Tanjung Papat, Datuk Seri Raymond Tan telah membuat usul tersebut dan mereka langsung tidak bersedia.

Tiga hari dan kesemua ADUN pembangkang tidak bersedia? Apakah usul khas pada 23 November, langsung tidak diberitahu atau pun kesemua ADUN Pembangkang hilang dari Sidang DUN dan langsung tidak ambil tahu apa yang didebatkan walaupun mereka telah dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing?

Christina Liew kata, notis tidak diberikan, sedangkan hakikatnya notis tersebut telah diberikan, bahkan telah dilaporkan di akhbar-akhbar. Christina Liew buta huruf atau para pembantunya pula terlalu sibuk meneropong tanah-tanah orang miskin di seluruh Sabah sampai tak sempat membaca akhbar?

Timbalan Pengerusi PKR Sabah itu merungut yang kesemua ADUN BN sangat bersedia untuk memberikan undi menyokong serta berdebat tentang usul khas tersebut termasuklah mengharamkan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan militan-militan Sulu, malah desakan agar Tian Chua dan Nurul Izzah disiasat di bawah undang-undang yang sesuai.

Senang sungguh bagi alasan... menyalahkan pihak lain yang telah bersedia merupakan kaedah paling BANGANG yang boleh dilakukan oleh ADUN PKR itu.

"Kami berasakan, usul khas tersebut mengandungi elemen-elemen agenda politik memandangkan Nurul Izzah belum lagi terbukti telah melanggar sebarang undang-undang oleh mahkamah. Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah."

Alasan-alasan itu masih tidak dapat menjustifikasikan tindakan berjalan keluar Dewan dan tidak mengundi apatah lagi seorang ADUN DAP, seorang bekas ADUN PKR yang sekarang ini adalah BEBAS dan seorang ADUN STAR tidak menyertai 'protes' yang didakwa oleh Christina Liew, sebaliknya memilih untuk mengundi BERKECUALI?

Keputusan pengundian adalah 47-0. Dengan kata lain, tiada satu pun UNDI MENENTANG.

Sesungguhnya alasan-alasan Christina Liew itu sangat aneh dan kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang berlaku di kalangan 5 orang ADUN yang melarikan diri daripada memberikan sokongan kepada Tian Chua dan Nurul Izzah.

Kantoi Selepas Didedahkan Adiknya, Dia Seorang Penipu dan Diminta Bertemu Polis, Charles Morais Lari Ke Amerika Syarikat

Friday, 27 November 2015 | 0 comments



Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.

Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Sementara itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” kata Khalid.

Richard memberitahu The Malaysian Insider polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.

“Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu.”

Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard “penjahat”, yang sanggup buat apa saja demi wang.

Kenyataan itu dibuat selepas Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga, pada hari sama Charles memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.

Charles berkata, beliau amat terkejut apabila pihak berkuasa di Hospital Kuala Lumpur dan polis nampaknya bersubahat dalam membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard apabila kedua-dua pihak tahu beliau (Charles) mahukan bedah siasat kedua dijalankan.

Charles Morais yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya mempunyai kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan terhadap ‘seorang pegawai tertinggi kerajaan’.

Charles juga mendakwa Richard bersekongkol dengan penjenayah terbesar di Kuala Lumpur membabitkan pembunuhan Kevin dan mendiang sudah lama tidak berhubung dengan dua adiknya iaitu Richard dan David sejak 2004.

Menolak kandungan SD abangnya itu, Richard memberitahu The Malaysian Insider Charles tidak termasuk dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005, menambah beliau akan membuktikannya tidak lama lagi.

“Jika dia (Charles) rapat dengan Kevin dan bukan saya, mengapa namanya tidak ada dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005?

“Saya akan tunjukkan wasiat itu tidak lama lagi kepada media untuk mereka lihat sendiri,” kata Richard.

Bagaimanapun, Richard enggan mengulas ketika ditanya apa yang dilakukannya terhadap mayat Kevin yang dituntutnya dari rumah mayat pada Isnin. (RUJUK SINI)

RUPA-RUPANYA TIADA SEORANG PUN ADUN PKR-DAP YANG MENENTANG USUL HARAMKAN TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH MASUK SABAH!



Cerita tentang Nurul Izzah dan Tian Chua diharamkan masuk ke Sabah masih terus diperkatakan. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mengkritik langkah dan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai tidak munasabah.

Namun apa yang berlaku di DUN Sabah semalam, seharusnya menjadi penanda aras kepada PKR terutama kepada Azmin Ali, Wan Azizah, Rafizi dan Lim Guan Eng. Mereka seharusnya memberikan jawapan kepada apa yang berlaku di DUN Sabah.

Terdapat 60 orang ADUN di Sabah.

47 daripada mereka adalah dari BN. Kesemua mereka telah mengundi mengharamkan Tian Chua dan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah kerana kedua-duanya telah bertemu Jacel Kiram.

Tiada seorang pun yang mengundi menentang usul tersebut.

3 orang BERKECUALI iaitu Wilfred Bumburing (bekas PKR), Jeffrey Kitingan (STAR) dan Edwin Bosi (DAP).

5 orang berjalan keluar sebelum proses pengundian dijalankan dan mereka tidak mengundi. Mereka adalah:

3 dari PKR iaitu Christina Liew, Roland Chia dan Terence Siambun 
2 dari DAP iaitu Chan Foong Hin dan Junz Wong

5 orang pula PONTENG. Mereka adalah:

4 ADUN BN 
Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim.


Seharusnya para pemimpin tertinggi PKR menjelaskan mengapa kesemua ADUN-ADUN PKR itu melarikan diri daripada memberikan sokongan kepada Nurul Izzah dan Tian Chua.

DAP juga perlu menjelaskan mengapa, pengharaman Tian Chua dan Nurul Izzah tidak mendapat perhatian daripada ADUN-ADUN DAP. Sedangkan dari semasa ke semasa, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP menyalak mengatakan DAP sentiasa bekerjasama dengan PKR.

Apakah dalam isu Nurul Izzah-Jacel Kiram, DAP tidak menyokong?

Atau DAP takut kehilangan sokongan daripada rakyat Sabah kepada parti itu sekiranya mereka sebulat suara mengundi 'TIDAK' kepada usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua menjejakkan kaki ke Sabah?

Atau dengan kata lain, DAP lebih pentingkan undi berbanding memandang berat keselamatan negeri Sabah dan rakyatnya daripada ancaman musuh?

RAFIZI RAMLI Tiba-Tiba Pula Jadi TIDAK TAHU Tentang Rancangan MENGGULINGKAN Nik Nazmi Dari Jawatan Ketua AMK

Thursday, 26 November 2015 | 0 comments



Rafizi Ramli kata, dia tidak tahu menahu langsung tentang rancangan menyingkirkan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad walaupun dia telah mendengar khabar-khabar angin sebelum itu.

Kata Rafizi Ramli lagi, dia hanya mendengar 'khabar-khabar' tersebut menerusi Astro Awani yang katanya telah disensasikan. Rafizi menolak khabar-khabar tersebut dan menyatakan ia hanyalah dari sumber-sumber tidak dikenali, bukannya dari sumber rasmi parti. (BACA DI SINI)

Menurutnya lagi, PKR tidak akan campur tangan dalam urusan AMK dan hanya akan memberikan komen tentang perkara tersebut selepas laporan rasmi daripada AMK diperolehi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa AMK Kedah telah menghantar usul meminta agar Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK selepas kegagalannya mengotakan manifestonya dalam kempen parti sehingga membawa kepada kemenangannya.

AMK Kedah juga mendakwa kepimpinan Nik Nazmi sangat lemah walaupun pada tahun lepas, dia berjaya memperolehi jawatan Ketua AMK dengan mengalahkan Amiruddin Saari.



Terdapat juga laporan tentang permusuhan antara Nik Nazmi dengan timbalannya, Afif Baharuddin yang juga merupakan Exco Negeri Pulau Pinang walaupun kedua-duanya menafikannya.

Sumber dalaman PKR menyebut, usul tersebut telah direstui oleh Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR. Kedudukan Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR kini sangat terancam ekoran kemasukan Kamaruddin Jaafar dari PAS ke PKR beberapa bulan lepas.

Kamaruddin Jaafar adalah rakan sekongkol Anwar Ibrahim yang paling akrab semenjak Anwar belum menyertai UMNO, menyertai UMNO dan kemudian dilantik sebagai anggota kabinet, bahkan sangat akrab ketika Anwar Ibrahim bergelar Timbalan Perdana Menteri. Kamaruddin keluar dari UMNO sewaktu kemuncak permasalahan Anwar Ibrahim sehingga pemecatannya dengan menyertai PAS dan tidak lama selepas itu menjadi Setiausaha Agung PAS.

Peranannya sebagai Setiausaha Agung PAS telah menjadikan PAS lebih kuat dan memperolehi lebih banyak sokongan muda berbanding sebelumnya.

Kamaruddin Jaafar di dalam PKR selain Saifuddin Abdullah yang juga merupakan pengikut tegar Anwar Ibrahim yang lebih berpengalaman berbanding Rafizi Ramli, amat mengancam kedudukan Setiausaha Agung PKR itu. Justeru, Rafizi perlu mengukuhkan kedudukannya dengan memastikan kroni-kroninya memegang jawatan dan kedudukan penting di dalam parti bagi mengelakkan dia bukan sahaja kehilangan jawatan, bahkan kehilangan nama di dalam PKR.

Rafizi Ramli merupakan orang utama yang menggerakkan LANGKAH KAJANG yang terkangkang dalam usaha menjadikan Anwar Ibrahim dan selepas itu, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, sebelum berjaya 'dipintas' oleh Azmin Ali. LANGKAH KAJANG bagaimanapun, berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim bahkan menyingkirkan Khalid Ibrahim dari parti yang ditubuhkan untuk membela Anwar Ibrahim itu.

Alih Isu, Nurul Izzah Saman Ketua Polis Negara dan Menteri Ismail Sabri


Seperti mengulangi apa yang telah dilakukan oleh bapanya, Nurul Izzah bertindak menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri kononnya telah menuduhnya melakukan perbuatan khianat apabila pertemuannya dengan Jacel Kiram didedahkan.

Saman tersebut telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam kenyataannya, Nurul berkata, Khalid dan Ismail telah menuduhnya menjadi pengkhianat dan melakukan kesalahan jenayah serius.

Peguamnya, N.Surendran pula berkata, tuduhan yang Nurul Izzah melakukan perbuatan khianat adalah 'mengarut'.

Tiada tuntutan maaf dibuat oleh Nurul Izzah sebaliknya hanya saman fitnah. Kata peguamnya, tuntutan saman fitnah itu jauh lebih sesuai memandangkan tuduhan Nurul Izzah adalah seorang pengkhianat, amat berat dan tidak boleh diterima.

Bagaimana pula dengan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram? Bagaimana pula dengan perbincangan antara mereka? Bagaimana pula dengan alasan kononnya Nurul Izzah tidak kenal siapa Jacel Kiram dan langsung tidak tahu tentang pembabitan Jacel Kiram dalam serangan lanun-lanun Sulu Mindanao ke atas tanah Sabah? Bagaimana Nurul Izzah tidak tahu tentang tuntutan Jacel Kiram yang sedang mencari-cari kedudukan sebagai Senator di Filipina ke atas Sabah?

Untuk rekod, pada 22 November, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, Nurul Izzah akan dipanggil untuk diambil keterangannya sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu di negara ini yang bersekongkol dengan serangan ke atas Lahad Datu pada tahun 2013. Nurul Izzah besar kemungkinan akan disiasat di bawah SOSMA.

Hari yang sama, Ismail Sabri berkata di dalam sebuah majlis, Nurul Izzah mungkin telah melakukan kesalahan khianat apabila bertemu Jacel Kiram.

"Dia telah mengguris perasaan keluarga dan sanak saudara mereka yang terbunuh dalam serangan Lahad Datu," katanya.

Nurul Izzah telah memohon maaf berhubung penyiaran gambar-gambar tersebut yang telah dimuatnaik oleh Jacel Kiram di Facebook peribadinya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, DUN Sabah telah meluluskan usul menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Sabah.


Antara usul lain di DUN Sabah tadi adalah:

1. ESCOMM dipertingkatkan.
2. Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dengan musuh negara, Jacel Kiram di Manila.
3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang-undang.
4. Mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah, diharamkan masuk ke Sabah.

Hasil undi Belah Bahagi untuk meluluskan usul-usul di atas adalah seperti berikut:

MENYOKONG - 47
MENENTANG - 0
BERKECUALI - 3

Semoga RAHMAN DAHLAN Istiqamah Menyaman MALAYSIAKINI, Jangan Hanya Sekerat Jalan dan Berakhir dengan 'MAAF'



1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua)portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbincangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekanan seperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang memaparkan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenyataaan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya

.25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
November 24, 2015

Saari Sungip Dah Mula Kecut Perut dan Kata, PAN Hanya Akan Bertanding di Kerusi Milik PAS, Bukannya Cabar Azmin Ali di Parlimen Gombak

Wednesday, 25 November 2015 | 0 comments



Berita yang mendakwa Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Saari Sungip akan mencabar kerusi Ahli Parlimen Gombak pada PRU14 yang kini disandang Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hanya sekadar salah faham.

Saari yang juga Adun Hulu Klang menjelaskan maksud sebenar beliau ialah mengalu-alukan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli untuk bertanding di kerusi di sekitar kawasan kendaliannya bukan merampas Parlimen Gombak seperti dilaporkan.

"Dr Hatta sekarang ini Ahli Parlimen Kuala Krai tetapi sekarang sudah ada jawatan baharu selaku Ketua Amanah Wilayah Persekutuan jadi saya cadang beliau bertanding dekat-dekat sini lagipun kediamannya di Hulu Klang.

"Saya tak sebut pun akan cabar kerusi Parlimen Gombak. Maksud saya suruh Hatta cuba tanding kerusi Parlimen Titiwangsa tapi orang salah faham kata Gombak," katanya kepada Sinar Harian.

Saari memberitahu, Amanah hanya akan bertanding di kerusi milik Pas bukannya PKR.

Semalam, kecoh apabila dikhabarkan bahawa Saari membuat pengumuman mengejut bahawa Amanah akan bertanding di Parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar juga memaklumkan perkara sama iaitu Saari menafikan dakwaan berkenaan kerana konsensus Pakatan Harapan memutuskan satu lawan satu.

"Politik begitulah, memamg ada cubaan memecah belahkan Pakatan Harapan begitu juga dengan PR.

"Amanah baru masuk gelanggang dan telah setuju dengan konsensus gabungan jadi tidak harus wujud konflik begini," katanya. (SUMBER)


TUNJUK PERASAAN ANTI NURUL IZZAH-TIAN CHUA DI SABAH... Penunjuk Perasaan Ikrar Akan Halang Nurul dan Tian Chua Daripada Jejak Kaki ke Sabah!



Dengan lebih 200 laporan polis dibuat ke atas Nurul Izzah, sebahagian rakyat Sabah yang marah dengan dolak dalik Nurul Izzah serta Tian Chua, meluahkan kemarahan mereka menerusi demonstrasi aman pagi tadi.

Bertempat di pekarangan pagar pintu masuk DUN Likas, Kota Kinabalu, lebih 100 orang penunjuk perasaan berkumpul untuk meluahkan perasaan marah mereka kepada Nurul Izzah dan Tian Chua.

Antara yang turut hadir adalah Mohd Dzuliqyan yang merupakan Ketua NGO Pro-Barisan Nasional Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah, Elvin Ligaspi yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah dan Erwahandy Rani yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah.


Dalam sidang media selepas demonstrasi tersebut, dinyatakan bahawa seluruh rakyat Sabah termasuk Sarawak, amat terkesan dengan pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram, ketua lanun Sulu Mindanao yang telah menyerang Lahad Datu pada tahun 2013.

Walaupun serangan yang dibuat oleh lebih 200 orang lanun Kiram itu berjaya ditangkis, ancaman keselamatan rakyat Sabah daripada pihak musuh masih berterusan sehingga kini terutama membabitkan jenayah penculikan dan pembunuhan.

Saki baki lanun Sulu Mindanao yang melakukan serangan ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih dalam proses perbicaraan di Sabah pada ketika ini. Sedangkan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah serta beberapa orang pemimpin Pakatan untuk menghalalkan pertemuan dengan Jacel Kiram adalah, Nurul Izzah tidak mengenali siapa Jacel Kiram.


Para penunjuk perasaan itu juga mendesak Nurul Izzah menerangkan bagaimana dia boleh mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram sambil memegang poster bertulis, "Bebaskan Anwar" sepertimana gambar yang dimuatnaik ke laman sosial oleh Jacel Kiram.

Mereka turut mendesak PDRM menyiasat kaitan poster 'Bebaskan Anwar' dengan Jacel Kiram selain Tian Chua yang turut ke Filipina bertemu dengan anak perempuan Jacel Kiram yang menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai manifesto pilihanrayanya.

Selain itu, mereka turut menyatakan akan menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Sabah agar Nurul Izzah dan Tian Chua tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki ke Sabah. Bahkan mereka berikrar akan menghalang serta menghalau Nurul Izzah dan Tian Chua sekiranya kedua-duanya tidak dihalang oleh Kerajaan Negeri daripada memasuki Sabah.

"Kami meminta pihak polis mewujudkan pasukan khas menyiasat apa sebenarnya motif di sebalik pertemuan ini. Kami juga meminta seluruh rakyat Sabah membuka mata dan bertanya siapa di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu yang sanggup bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram yang telah mencemarkan kedaulatan Negara," kata ANDIE ZULKARNIN BAHARUDDIN bin MAHDAR yang mengetuai perhimpunan tersebut.

Perletakan Jawatan ADUN DAP Yang 'Sokong UMNO-BN' Gambarkan Kedudukan Kritikal Guan Eng di Pulau Pinang



Senyap sunyi DAP dan Lim Guan Eng hari ini...

Sebaliknya tentera-tentera siber DAP terutama sekali portal-portal atas taliannya, berusaha sedaya mungkin mengalihkan perhatian kepada UMNO dan kes NFCorp yang melibatkan pembebasan Pengerusi Eksekutifnya daripada semua tuduhan rasuah dan penyelewengan, tanpa sedikit pun menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Sudah terkeluar cerita ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, berkuatkuasa Isnin hadapan.

Surat perletakan jawatannya telah dihantar melalui e-mel kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha DAP Negeri, Lim Hui Ying.

Teh Yee Cheu mengambil tindakan meletak jawatan ekoran sokongannya terhadap usul ADUN-ADUN Barisan Nasional dalam sidang DUN minggu lepas.


Lim Guan Eng sebelum ini kelihatan kelam-kabut untuk mempertahankan jawatann dan kedudukanya apabila pergolakan dalaman parti tersebut mulai bocor dan terdedah kepada awam. Tindakan beberapa orang pemimpin utama DAP khususnya DAP Pulau Pinang memperlihatkan penentangan kepadanya, membuatkan Lim Guan Eng tenggelam punca dan mula melakukan ugutan serta ancaman.

1 November 2015, semasa Konvensyen DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menyelar PAS kerana tidak bersama-sama DAP dan PKR menolak Bajet 2016 sekaligus menggagalkan usaha Lim Kit Siang untuk menggulingkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Konvensyen DAP Kebangsaan baru lalu, jumlah kehadiran adalah kurang daripada separuh berbanding 1112 jumlah perwakilan yang berkelayakan. Sebaliknya hanya 309 perwakilan sahaja yang hadir. Sekaligus ini menunjukkan perwakilan-perwakilan daripada pelbagai Cabang dan Sayap hanyalah 27.78%. Perwakilan-perwakilan yang dilantik semula pada tahun lepas cuma hadir seramai 689 orang iaitu 61.46%. Malah Pemerhati juga hanya berjumlah 39 orang yang hadir tahun ini.


Barangkali melihat kepada jumlah tersebut, Lim Guan Eng yang diketahui tidak akan sama sekali menyalahkan diri, cuba mengalihkan tumpuan dengan menyalahkan semua pihak, termasuklah dan UMNO.

Semasa perbahasan DUN Jumaat lepas, Lim Guan Eng memberi amaran keras kepada semua ADUN-ADUN Pakatan Harapan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka berkongsi pendirian dengan UMNO.

Usul yang dibentangkan oleh UMNO-BN di DUN Pulau Pinang telah ditolak oleh 23 ADUN yang mengandungi 18 DAP, 4 PKR dan seorang PAS atau sebenarnya PAN berbanding 10 yang menyokong mengandungi 9 dari BN dan DAP (Teh Yee Chau).

Lima orang ADUN PKR membabitkan Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr. Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bungah) dan Dr. T. Jayabalan (Batu Uban) mengambil sikap berkecuali.

Dirasuk kemarahan, Lim Guan Eng terus menuduh kelima-lima ADUN PKR itu bersekongkol dan menjadi tali barut UMNO sekalipun PKR menolak dan menafikan tuduhan sembrononya, sambil menegaskan bahawa kelima-lima mereka bertindak di atas kesedaran mereka sendiri.

Wakil Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) memuji tindakan Teh dan kelima-lima ADUN PKR kerana bertindak berdasarkan kesedaran dan prinsip mereka berhubung usul berkenaan.


Dalam kenyataan yang disiarkan, Pengerusi TBRA, Renji Sathiah berkata, sokongan Teh dan kelima-lima ADUN PKR sengaja diputarbelitkan sebagai sokongan kepada BN dan menambah, "Tindakan ini melambangkan mesej tentang isu yang lebih besar berbanding parti politik."

Teh pernah membotakkan kepala sebagai respons tidak berpuas hati dengan 'Bukit Botak' yang merujuk kepada Bukit Relau di Gelugor. Bukit tersebut mendapat nama keduanya berdasarkan kepada keadaan puncak bukit yang telah digondolkan dan dapat dilihat dari Jambatan Pulau Pinang.

Teh juga telah mendesak Kerajaan Negeri untuk membatalkan projek tebusguna di Middle Bank yang melibatkan Terowong Pulau Pinang untuk mengekalkan kawasan habitan rumput laut sebagai kawasan pemuliharaan dan warisan.

Daripada sumber-sumber DAP sendiri, Lim Guan Eng sebenarnya amat peduli dengan Chow Kon Yeow yang dilihatnya mendapat sokongan lebih besar di Pulau Pinang. Lim Guan Eng diketahui 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Chow Kon Yeow apabila DAP berjaya merampas Pulau Pinang daripada GERAKAN-BN pada tahun 2008.

Teh Yee Cheu dilihat sebagai salah seorang panglima Chow Kon Yeow. Apabila Teh memilih untuk mementingkan alam sekitar berbanding Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow yang menjadi sasaran Lim Guan Eng.

Ugutan akan tindakan keras yang akan diambil sekiranya, dia ditentang sudah jelas menunjukkan Lim Guan Eng sudah mulai terasa bahang dan terpaksa melakukan kerja-kerja ugutan untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


Jawatannya selaku Setiausaha Agung DAP masih berkait rapat dengan pengaruh bapanya, Lim Kit Siang walaupun pada masa yang sama, gerakan Anti-Dinasti Lim sedang berkembang dengan pesat, terutama sekali di Pulau Pinang.

Sepanjang sejarah DAP, mana-mana pemimpin DAP yang menentang Lim Kit Siang, pasti akan menemui 'ajal politik' mereka secara sadis. Sekurang-kurangnya 28 orang telah 'dipancung' oleh Lim Kit Siang. Salah seorang daripada mereka adalah Tan Sri Lee Lam Thye, salah seorang Ahli Parlimen DAP (Bukit Bintang) yang paling berkarisma dan boleh diterima oleh blok Kerajaan apatah lagi Pembangkang.

Lee Lam Thye berjaya disingkirkan apabila popularitinya mengalahkan Lim Kit Siang pada tahun 1990. Lee Lam Thye meletak jawatan dan tidak lagi bergiat aktif dalam DAP.

Jadi, tidak menghairankan kalau tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng bertindak agresif. Dia sedang mengulangi sejarah bapanya yang amat lantang dalam serba-serbi dan sangat agresif dalam memastikan kedudukan dan jawatannya dalam parti.


Secara Tiba-Tiba, NURUL IZZAH DIKATAKAN BODOH TOLOL Apabila Tak Kenal Orang!

Tuesday, 24 November 2015 | 2 comments



Dah sememangnya terdesak sangat sehingga Ahli Parlimen Penampang yang cukup biadap, Darrel Leiking pula menyokong alasan Tian Chua kononnya Nurul Izzah tak kenal Jacel Kiram.

Apa punya belit nih?

Nurul Izzah sendiri keluarkan kenyataan, dia dijemput untuk menghadiri program anjuran pihak tertentu Filipina. Sudah tentu, jemputannya itu akan disusuli dengan nama para pemimpin yang turut dijemput sama.

Takkanlah Nurul Izzah tidak tahu bahawa Jacel Kiram adalah jurucakap militan Kiram yang menyerang Lahad Datu pada 2013 dahulu sedangkan gambarnya bersepah-sepah dan beritanya pula cukup banyak?

Adakah alasan bangang yang diberikan oleh Tian Chua dan Darrel Leiking itu cuba menjadikan 'kebodohan' Nurul Izzah suatu realiti demi memastikan Nurul Izzah bebas?

Takkanlah Tian Chua yang sangat tahu serangan militan Kiram ke atas Lahad Datu sebagai 'sandiwara UMNO' tiba-tiba jadi terlalu bodoh untuk tidak tahu siapa Jacel Kiram?

Amat mustahil orang seperti Tian Chua, Nurul Izzah dan Darrel Leiking tidak membaca dan mengikuti perkembangan semasa sedangkan dalam ceramah-ceramah mereka mahupun kenyataan-kenyataan yang diberikan, baik di luar, apatah lagi dalam Parlimen, memperlihatkan mereka sangat-sangat serba tahu! (RUJUK SINI)

Pembohongan apakah yang mahu dibuat oleh Nurul Izzah dan gerombolannya?

Atau sebenarnya PKR terutama sekali di Sabah cuba melindungi peranan mereka dengan ancaman keselamatan ke atas negeri itu? Barangkali kerana itulah juga, bersungguh-sungguh pula para pemimpin PKR, khususnya PKR Sabah, cuba menjustifikasikan alasan Nurul Izzah tidak kenal Jacel Kiram dan peranannya dalam serangan militan Kiram ke atas Lahad Datu yang telah membunuh 10 orang rakyat Malaysia?


DATUK HAMIDAH OSMAN, KETUA WANITA UMNO GOPENG DIPECAT KEAHLIANNYA DARI UMNO!



Salah seorang pemimpin dan ahli UMNO yang seringkali dilihat rapat dengan kumpulan yang menentang Presiden UMNO, selain merupakan antara karektor utama dalam peralihan Kerajaan Negeri Perak pada Januari 2009 dari Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan UMNO-BN, Datuk Hamidah Osman, telah dilucutkan keahliannya dari UMNO.

Panas lagilah suhu politik UMNO Malaysia, khususnya dari kalangan Pro-Tun yang mana Hamidah Osman adalah salah seorang tenaga penggeraknya.

Berita berkenaan telah disahkan sendiri oleh Hamidah Osman menerusi WhatsApp.



Difahamkan, Majlis Tertinggi UMNO telah dipecat kerana melanggar disiplin parti. Mesyuarat MT juga dibuat di bangunan Parlimen atas alasan bimbang sekiranya ada pengundian berlaku dalam sidang Parlimen.

Selain itu, MT juga membuat keputsan bahawa tiada perasmian serentak Sayap-Sayap parti, sebaliknya perasmian akan dibuat oleh Ketua-Ketua Sayap masing-masing pada persidangan mereka.

LIM GUAN ENG TAK BERANI DALAM PEMILIHAN PARTI DI PULAU PINANG RUPA-RUPANYA!



Parti Cinta Malaysia (PCM) telah mencabar Lim Guan Eng untuk bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang untuk membuktikan dia adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berwibawa dan sah.

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan berkata, adalah penting bagi Lim Guan Eng untuk bertanding dan memenangi jawatan penting dalam DAP Pulau Pinang untuk membuktikan bahawa dia adalah ahli DAP paling popular dan paling dikehendaki di Pulau Pinang, sekaligus sebagai tonggak utama DAP Pusat.

Huan juga berkta, Lim Guan Eng perlu membuktikan bahawa dia jauh lebih popular berbanding Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang dimusuhi oleh Guan Eng dan bapanya, Kit Siang.

DAP Pulau Pinang akan mengadakan pemilihan parti pada hari Ahad, 30 November nanti.

"Mengapa dia tidak berani bertanding dalam pemilihan partinya sendiri di Pulau Pinang? Adakah itu bermakna, dia sebenarnya perampas kuasa dan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?" tanya Huan Chen Guan dalam satu sidang media hari ini sambil menambah bahawa terdapat isyarat bahawa Lim Guan Eng tidak lagi popular di kalangan ahli-ahli DAP dan Pakatan Harapan sendiri, ekoran semenjak kebelakangan ini, Lim Guan Eng banyak bertindak gila mencari populariti dan cubaan mengukuhkan kedudukan dengan kaedah kuku besi dan ugutan.

Keputusan pemilihan DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) pada September 2013 dan kekecohan yang dicetuskan oleh para penyokong Pakatan Harapan ke atas usul yang dibentangkan oleh Barisan Nasional dalam sidang DUN Pulau Pinang pada minggu lepas, membuktikan populariti Lim Guan Eng di kalangan penyokong-penyokongnya sendiri mulai merosot.

Huan Chen Guan berkata, pada Disember 2012 ketika pemlihan CEC DAP, Lim Guan Eng hanya memperolehi undi 1,576 tetapi pada tahun berikutnya, undinya merosot kepada 1,304 sekaligus menunjukkan kemerosotan sebanyak 272 undi. Itu pun terdapat banyak kontroversi termasuklah perwakilan-perwakilan yang dihalang daripada membuang undi sehingga akhirnya kes CEC mendapat perhatian daripada Pendaftar Pertubuhan.

Minggu lepas, ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu menyokong penuh usul penentangan oleh Barisan Nasional dalam kontroversi penambakan laut, manakala lima ADUN PKR juga turut mengelak daripada mengundi menyokong Lim Guan Eng.

Kelima-lima ADUN PKR itu adalah Ong Chin Wen, Lee Khai Loon, T.Jayabalan, Cheah Kah Peng dan Norlela Ariffin.

Huan berkata, keenam-enam mereka telah memberikan undi menentang seperti ADUN-ADUN BN ada dasar kesedaran mereka sendiri dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik mereka.

"Ini menunjukkan wujudnya masalah serius di antara DAP dan Pakatan Harapan. Ini juga menunjukkan rakyat tidak menyukai kepimpinan Lim Guan Eng.

"Saya hormat keenam-enam ADUN itu yang melaksanakan tanggungjawab mereka demi rakyat," kata Huan sambil menambah bahawa Pakatan Harapan sedang menuju ke arah kehancuran sama seperti Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif yang mana puncanya adalah DAP sendiri.


TIAN CHUA DALANG! Kerana Peguam UMNO Gagal Teruskan Saman Fitnah Dalam Kes 'Sandiwara UMNO', Tian Chua Kini Cakap Besar



Kenyataan keras Zahid Hamidi kepada Tian Chua selain jawapan 'main-main' oleh Tian Chua dalam isu Nurul Izzah-Kiram semakin membongkar isu serangan lanun-lanun Sulu Mindanao ke atas Lahad Datu tahun 2013 lalu.

Dalang serangan tersebut sehingga ke hari ini, belum dihadapkan ke muka pengadilan. Tian Chua yang merupakan orang pertama yang memperolok-olokkan kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan dalam memastikan serangan lanun-lanun Sulu Mindanao di bawah Kiram itu, sehingga kini hanya memohon maaf kerana cuba mengaitkan UMNO dengan serangan tersebut apabila menyatakan bahawa serangan dan kematian tersebut adalah SANDIWARA UMNO SEMATA-MATA. (RUJUK SINI)


UMNO bagaimanapun, menarik kembali saman ke atas Tian Chua pada Januari 2014 apabila Tian Chua 'menarik kembali tuduhannya' walaupun tuduhan tersebut telah memberikan implikasi serta persepsi buruk ke atas UMNO. Tindakan peguam UMNO yang menarik kembali saman tersebut, dikritik keras. (RUJUK SINI)

Pada 23 November, Zahid Hamidi mengarahkan Tian Chua untuk mengakui pembabitannya dalam pertemuan antara Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada ketua gerombolan lanun yang menceroboh Lahad Datu bagi tujuan mencetuskan peperangan pada tahun 2013.


Tian Chua kemudian membuat kenyataan media, menafikan pembabitannya dan cuba menjadikan media sebagai mahkamah yang membelanya. Perkara tersebut disentuh Zahid dan Zahid meminta agar Tian Chua tidak menjadikan media sebagai medannya untuk membuat penafian, sebaliknya memberi keterangan kepada polis yang akan merakamkan percakapannya.

Tian Chua kemudiannya mengancam akan menyaman Zahid Hamidi kerana menfitnahnya. Zahid kemudian menjawab dalam satu sidang media ringkas, dia tidak akan menarik kembali tuduhannya bahawa Tian Chua adalah dalang di sebalik pertemuan tersebut bahkan mencabar Tian Chua agar membawa kes tersebut ke mahkamah dan menafikan tuduhannya di mahkamah.

Bermodalkan kegagalan UMNO meneruskan saman ke atas Tian Chua atas alasan kemanusiaan dan cuba BERLAGAK BAIK, Tian Chua bercakap besar bahawa pendakwaan ke atasnya berkenaan insiden Lahad Datu tidak berjalan lancar dan 'kemenangan' berpihak kepadanya.

"Kenyataan telah ditarik balik semasa perbicaraan dan saya akhirnya menang," kata Tian Chua. "Jangan sampai perkara yang sama berulang." (RUJUK SINI)


Tian Chua kemudiannya berkata, dia sudah bersedia untuk dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram.

Selain bercakap besar yang dia telah menang dalam saman UMNO ke atasnya berhubung kenyataannya yang UMNO adalah dalang serangan di Lahad Datu dan serangan tersebut adalah sandiwara, walaupun hakikatnya, UMNO BAJET BAIK DAN SUCI dengan menarik kembali saman setelah Tian Chua sendiri mengakui yang dia tersalah dan menarik kembali tuduhannya di mahkamah, Tian Chua juga menafikan dia adalah dalang utama pertemuan tersebut.


Tian Chua menegaskan bahawa dia dan Nurul Izzah berada di Filipina atas jemputan beberapa pihak di Filipian bagi tujuan isu-isu hak kemanusiaan, dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Kegagalan meneruskan saman fitnah ke atas Tian Chua, sekarang ini telah digunakan oleh Tian Chua untuk bermegah-megah kononnya dia betul dan UMNO atau Kerajaan takut untuk berhadapan dengannya.

Semoga dalam isu terbaru ini, pihak kerajaan benar-benar menggunakan undang-undang untuk memastikan dalang serta syaitan yang bersembunyi di sebalik batang tubuh manusia politik yang mahu menghancurkan negara ini menerusi persekongkolan dengan musuh negara, dihapuskan!

NGA KOR MING Sepatutnya Lebih BERTELUR Dengan Pertikaikan Peruntukan Untuk Umat Islam Malaysia Berbanding Pertikaikan Peruntukan Kepada JAKIM

Monday, 30 November 2015 · 0 comments



Perlembagaan Malaysia terutama dalam Artikel 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Dan sebagai agama rasmi persekutuan, bermakna Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan dan pentadbiran halehwal Islam dan umatnya di negara ini.

Umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkan bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, baik kepada sekolah-sekolah vernakular yang seharusnya dijalankan di bawah penyeliaan dan pengurusan pentadbir mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan, mahupun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tidak ada langsung peruntukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP seringkali mendabik dada, kononnya mereka tidak RASIS dan mereka juga amat kuat menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, setiap peruntukan Perlembagaan yang ada peruntukan untuk Islam, Melayu dan Bumiputera, bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka akan jungkirkan tanpa sedikit pun tindakan dikenakan ke atas mereka, walhal menentang dan mempersoalkan Perlembagaan merupakan pengisytiharan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Dalam hal JAKIM sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal umat Islam dan pentadbiran Islam di Malaysia, nampaknya telah menjadi bahan terbaik untuk DAP, khususnya Nga Kor Ming menzahirkan kebencian dan penentangannya.

Orang ini jugalah yang telah mempersoalkan peruntukan untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ketika DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak berproksikan Nizar Jamaluddin. Orang ini jugalah yang mempersoalkan peruntukan untuk masjid-masjid dan surau-surau, lantas mahu mewujudkan peruntukan yang sama untuk rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi bukan Islam lain. Malah orang inilah juga yang mempersoalkan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan yang tidak sekata dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah vernakular, khususnya SJKC. Dia bagaimanapun, bertaichi dan berselindung dengan pelbagai alasan walaupun maksud kenyataannya dirujuk sebagai mempersoalkan kewujudan masjid berbanding TOKONG BESAR (RUJUK SINI)


Penjelasan telah diberikan oleh pihak terbabit bagaimana peruntukan JAKIM telah digunakan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan dana lebih RM1 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan umat Islam dan memerangi mereka yang menafikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi "radikal" dan "pelampau".

Beliau memberi contoh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sebahagian daripada ideologi radikal.

"Selain menguruskan elaun guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain) yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, jumlah peruntukan Jakim dilihat relevan malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.

"Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini yang mana dapat membuka mata kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan Jakim pada tahun hadapan bagi menampung keperluan yang semakin kritikal khususnya dalam menangani golongan yang cuba menafikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini. (SUMBER)

APA Masalah KU NAN Ni? Kenapa Dia Jadi Kalut Sangat?

· 5 comments


Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor menggemparkan media apabila menyatakan, persidangan kali ini akan dibuat secara tertutup dan tiada sebarang media dibenarkan membuat liputan. Layar besar di luar dewan juga tidak akan dipasang.

Maka bergegarlah kemarahan dan ketidakpuasan terutama para penggiat media dari kalangan pro-UMNO sendiri.

Beberapa hari kemudian, Ku Nan dalam kesimpulan 'U-Turn' memberitahu, ia hanyalah cadangan dan belum diputuskan lagi.

Belum reda cerita tentang media tidak dibenarkan membuat liputan persidangan UMNO, timbul pula satu berita yang lain. Ku Nan mengeluarkan kenyataan bahawa dalam persidangan kali ini, hanya Presiden sahaja yang akan berucap, manakala para perwakilan yang lain pula, sekadar mendengar.

Dalam tempoh tidak sampai seminggu persidangan UMNO akan dibuat, Setiausaha Agung UMNO pula kelihatan meracau seperti tersampuk hantu nenek kebayan.

Kenapa Ku Nan diserang penyakit flip-flop yang sangat teruk?

Perlu diingat, orang awam beranggapan jawatan Setiausaha Agung UMNO adalah lantikan oleh Presiden. Setiausaha Agung UMNO yang flip-flop bermakna Presiden gagal mengenalpasti para pembantunya untuk mengurus dan mentadbir parti mengikut keperluan ahli-ahli parti.

Persoalan besar, mengapa hanya dalam tempoh yang terlalu singkat ini, tiba-tiba sahaja pelbagai perubahan diumumkan?

Apa yang panik sangat?


Ramai Pesakit Jiwa Percaya CHARLES MORAIS Lari Kelam-Kabut Ke Luar Negara Kerana Takut Dibunuh Berbanding Malu Selepas Terkantoi!

Sunday, 29 November 2015 · 1 comments



Kumpulan yang pro dengan teori 'NAJIB BUNUH ORANG' sekarang ini dengan bebasnya memberikan alasan mengapa Charles Morais melarikan diri setelah membuat sidang akhbar dan melakukan pelbagai tuduhan keji.

Mereka tidak mampu menghadam cerita tentang Charles Morais yang mengalami masalah kewangan yang teruk dan sakit hati dengan saudara-saudara lelakinya yang lain apabila namanya tidak tersenarai langsung sebagai penerima wasiat mendiang abangnya, Kevin Morais.

Malah mereka juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa Charles Morais melarikan diri setelah saudara-saudaranya sendiri mendedahkan bahawa dia telah terputus hubungan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutama mendiang Kevin Morais selama bertahun-tahun selain pendedahan tentang isu bangkrapnya di Amerika Syarikat dan buruan pihak berkuasa pemungut cukai di negara tersebut ke atasnya.


Sebaliknya mereka memberi alasan dan hujah yang paling mudah iaitu Charles Morais melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh dan disimen di dalam tong berisi simen konkrit.

Manakala sebahagian pula, hanya kerana Richard Morais menerangkan maksudnya membuka 'pekung' keluarga sendiri sebagai mempertahankan Perdana Menteri dan Kerajaan daripada tuduhan liar saudara lelakinya yang telah muflis di Amerika Syarikat, telah menjadikan alasan tersebut untuk mereka menyimpulkan bahawa Charles telah melaksanakan kebenaran.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila ada pula yang mahu Charles menghantar butiran yang ada padanya kepada Sarawak Report untuk diterbitkan dan disiarkan, walaupun sebenarnya Sarawak Report sendiri telah terbukti melakukan fitnah dengan menyiarkan kertas pendakwaan ke atas Najib Abdul Razak yang kononnya telah disediakan oleh mendiang Kevin sedangkan siasatan belum pun dijalankan lagi pada waktu itu.


Dalam temubualnya, Richard Morais berkata, dia mencabar kesahihan Akuan Bersumpah Charles malah menegaskan bahawa Charles telah berbohong sewaktu membuat Akuan Bersumpah.

Charles dalam Akuan Bersumpahnya berkata, Kevin telah mengaku yang dia terlibat dalam kes membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor. Malah Kevin telah menyerahkan fail-fail di dalam pena pemacu kepadanya yang menurut Charles, disimpan dengan selamat di Amerika Syarikat.

Kevin juga didakwa telah membuat draf kertas pendakwaan ke atas Najib dalam siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB yang kemudian didakwa telah dihantar kepada Sarawak Report. Pihak berkuasa kemudiannya menyatakan kertas pendakwaan tersebut adalah palsu memandangkan Kevin tidak terlibat langsung dalam siasatan berkenaan, malah mana mungkin kertas siasatan disiapkan sebelum sebarang siasatan dijalankan dan dilengkapkan.


PERANG Telah Diisytiharkan Ke Atas Guan Eng, Adakah Chow Kon Yeow Akan Dikambinghitamkan Guan Eng dan Kit Siang?

· 0 comments



Hari ini pemilihan DAP Pulau Pinang telah berlangsung. Seperti yang dijangka, Lim Guan Eng tidak bertelur untuk bertanding sebarang jawatan dalam DAP Pulau Pinang, sekalipun dia terus bertegas untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atas jawatannya, Setiausaha Agung DAP.

Tiada mana-mana Setiausaha Agung parti-parti politik di Malaysia yang menjadi Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Besar di mana-mana negeri sesuka hatinya seperti Lim Guan Eng. Hanya Lim Guan Eng seorang sahaja dan dia pula terus mendabik dada kononnya dia adalah seorang pengamal politik jujur yang tidak mencari kemewahan.



Tindakan ADUN DAP Tanjung Bungah bersama-sama 5 orang ADUN PKR enggan memberikan sokongan kepadanya dalam projek penambakan laut, telah membuatkan Lim Guan Eng separuh gila. Mengugut bahawa penentangan tersebut akan berakhir dengan penderitaan, malah dilabelkan sebagai bersekongkol dengan UMNO, Lim Guan Eng langsung tidak menjangkakan, tindakannya itu hanya akan membuatkan kemarahan dan rasa meluat yang membuak-buak di kalangan ahli-ahli DAP sendiri, dizahirkan.

Hari ini, Shamser Singh Thind, perwakilan DAP dari Chai Peng Park, berterus-terang bahawa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dikhususnya kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow, bukannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di Pulau Pinang.



Menurutnya, mandat selaku Ketua Menteri harus disandang oleh seseorang yang berasal dari Pulau Pinang, yang lebih mengetahui tentang permasalahan akar umbi, bukannya orang luar yang tiba-tiba sahaja merampas jawatan tersebut hanya kerana dia adalah seorang Setiausaha Agung.

"Lebih baik seseorang yang berasal dari Pulau Pinang, memimpin rakyat Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang memutuskan siapakah antara mereka yang lebih layak," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan di dewan Hotel Equatorial semasa sesi perdebatan dalam Konvensen DAP Negeri Pulau Pinang hari ini. (RUJUK SINI)



Shamser turut mencadangkan agar proses pemilihan anggota jawatankuasa diubah memandangkan tidak banyak kuasa diberikan kepada akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka seperti yang berlaku dalam pemilihan DAP baru-baru ini.

"Sebagai contoh, majoriti telah memilih Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) di Selangor tetapi Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) yang mendapat tempat kelapan pula dipilih sebagai Pengerusi. Perkara yang sama juga berlaku di Perak."



Ada sesuatu yang sangat menarik untuk diperhatikan hari ini melibatkan ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Pulau Pinang setelah Lim Guan Eng mengamuk setelah mendapat tahu, Teh Yee Cheu enggan menyokong rancangan penambakan lautnya. 

Sekiranya hari ini, Teh berjaya memperolehi Top 5 atau Top 3 dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, ia merupakan satu tamparan besar ke muka Lim Guan Eng. Pada pemilihan lalu, Teh hanya memperolehi kedudukan ke-6. Bagaimanapun, di kalangan akar umbi, Teh amat terkenal sebagai pejuang alam sekitar dan kuat menyokongnya dalam kempen anti penggondolan puncak bukit melibatkan Bukit Relau atau nama barunya, Bukit Botak. 


Selain Chow Kon Yeow yang dilihat mengancam kedudukannya, Teh Yee Cheu juga merupakan antara pengacau tegarnya. Malah kumpulan pro-Guan Eng melabelkan Teh sebagai proksi Chow Kon Yeow yang sudah tidak sabar-sabar untuk menghalau Lim Guan Eng daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Akar umbi juga nampaknya sudah tidak menyembunyikan lagi kebencian mereka Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai pemimpin angkuh dan sentiasa menyalahkan pihak lain apabila dia terkantoi. Yang terbaru ialah apabila melabelkan lima orang ADUN PKR sebagai rakan sekongkol UMNO, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PKR Pulau Pinang sendiri. 

Baru-baru ini, ADUN BN Pulau Betong, Muhammaf Faris Saad mengusulkan agar projek penambakan laut perlu diperdebatkan. Speaker DUN kemudiannya menolak usul tersebut selepas 23 orang ADUN menentang, 10 bersetuju dan 5 berkecuali.


Kelima-lima yang berkecuali itu adalah Cheah Kah Peng (PKR - Kebun Bunga), Ong Chin Wen (PKR - Bukit Tengah), Dr. Norlela Ariffin (PKR - Penanti), Lee Khai Loon (PKR - Machang Bubuk) dan Dr. T. Jayabalan (PKR - Batu Uban).  

Teh Yee Cheu (ADUN DAP Tanjung Bungah) meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Pulau Pinang berkuat kuasa Isnin selepas dia menyokong usul ADUN BN. 

Keadaan tersebut ditempelak oleh Shamser yang mempersoalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng kerana bersikap double-standard. 


"Daripada apa yang saya fahamkan, di Pulau Pinang, ADUN-ADUN dari Pakatan Harapan tidak boleh menyokong atau mengambil sikap berkecuali atas usul Pembangkang. Tetapi Pakatan Harapan masih berharap Ahli-Ahli Parlimen dari Barisan Nasional menyokong undi tidak percaya terhadap Najib Abdul Razak.

"Sekiranya tugas ADUN dari Pakatan Harapan untuk menolak semua usul Barisan Nasional, saya ingin bertanya, bagaimana tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Pakatan yang menolak peningkatan elaun bulanan Ahli-Ahli Parlimen?"


Kata LAJIM UKIN, Gambar Nurul Izzah-Jacel Bukan Isu, Tapi Dia Tak Terangkan Kenapa Dia Ponteng Sidang DUN Semasa Pengundian

· 0 comments



Beria-ia sungguh Lajim Ukin mempertahankan Nurul Izzah. Marah sungguh dia kerana gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram terdedah, kemudian menjadi isu besar sehinggakan Nurul Izzah diharamkan terus daripada memasuki Sabah.

Kata Lajim dengan penuh emosi, gambar-gambar Nurul Izzah dengan Jacel Kiram bukanlah satu isu besar walaupun gambar-gambar pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram telah mencetuskan kemarahan besar di kalangan rakyat Sabah.

Menurut Lajim, isu tersebut telah dimomok-momokkan oleh Barisan Nasional sahaja. Barisan Nasional yang cuba menakut-nakutkan rakyat Sabah tentang ancaman militan Sulu Kiram sedangkan kata Lajim, gambar-gambar itu tidak memberikan sebarang erti kecuali 'kebebasan Anwar Ibrahim'.

Justeru, kata Lajim, para perwakilan dari Sabah di Kongres Kebangsaan PKR perlu bersatu menyokong para pemimpin mereka.

"Berkenaan gambar-gambar tersebut, di Sabah ianya bukan satu isu. Yang menjadi isu adalah disebabkan oleh UMNO dan BN," kata Pengerusi PKR Sabah itu dalam ucapannya dalam kongres parti di Shah Alam.

Menurutnya, perdebatan antara ADUN-ADUN UMNO dan PKR berhubung isu itu di DUN Sabah telah menyebabkan dia naik darah. Bagaimanapun, dia menggesa agar seluruh penyokong dan ahli PKR berdiri teguh di belakang kepimpinan PKR Pusat.

"Kita mesti berdiri teguh dengan parti kita dan mempertahankannya. Jangan sesekali fikir, kita dari Semenanjung, dari Sarawak," katanya. "Apa pun yang berlaku, pada akhirnya yang kita kehendaki adalah perpaduan. Cukup setakat itu."

Sama macam Christina Liew semalam, bijak Lajim Ukin mencari alasan untuk melepaskan diri. Tetapi dia langsung tidak menyentuh tentang dia yang PONTENG Sidang DUN dan juga tidak menerangkan mengapa TIADA SEORANG PUN ADUN PKR Sabah (termasuklah dirinya) mahupun dari DAP atau STAR yang berani mengundi menentang usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.


CHRISTINA LIEW Bagi Alasan PALING BANGANG Apabila Dipersoalkan, Kenapa Dia LARI KELUAR DEWAN DUN Sabah Dan Tidak Mengundi Menyokong Nurul Izzah-Tian Chua

Saturday, 28 November 2015 · 1 comments



ADUN-ADUN PKR Sabah sekarang ini sedang mencari-cari alasan terbaik untuk menyembunyikan sokongan mereka kepada pengharaman Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah. Mereka sedar, seandainya mereka bercakap benar dan menyatakan mereka sebenarnya tidak mahu para penyokong meninggalkan mereka, tindakan keras dan tatatertib akan diambil oleh PKR Pusat. Justeru, perlu ada alasan yang boleh dijustifikasikan.

Dalam undian belah bahagi yang menyaksikan 47 undi menyokong pengharaman Nurul Izzah dan Tian Chua masuk Sabah, 3 orang ADUN PKR telah keluar tanpa memberikan undi, sama ada menyokong atau menentang.

Salah seorang daripada mereka yang keluar Dewan itu adalah Christina Liew, ADUN Api-Api yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah.

Christina Liew telah didapati bersalah oleh mahkamah pada tahun lepas kerana menipu 819 orang pemilik tanah yang miskin dan telah diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM557 juta.

Alasan yang diberikan oleh Christina Liew adalah, mereka keluar dari Dewan kerana memprotes usul tersebut.

Sangat mudah dan sangat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!

Kata Christina Liew, usul mengharamkan Tian Chua dan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah telah dibuat tanpa sebarang notis walaupun Timbalan Speaker DUN, Datuk Johnson Tee telah menegaskan bahawa Dewan telah menerima usul khas pada 23 November dan pengundian dijalankan pada 26 November.

Menurut Christina Liew lagi, semua ADUN Pembangkang Sabah TERKEJUT apabila ADUN Tanjung Papat, Datuk Seri Raymond Tan telah membuat usul tersebut dan mereka langsung tidak bersedia.

Tiga hari dan kesemua ADUN pembangkang tidak bersedia? Apakah usul khas pada 23 November, langsung tidak diberitahu atau pun kesemua ADUN Pembangkang hilang dari Sidang DUN dan langsung tidak ambil tahu apa yang didebatkan walaupun mereka telah dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing?

Christina Liew kata, notis tidak diberikan, sedangkan hakikatnya notis tersebut telah diberikan, bahkan telah dilaporkan di akhbar-akhbar. Christina Liew buta huruf atau para pembantunya pula terlalu sibuk meneropong tanah-tanah orang miskin di seluruh Sabah sampai tak sempat membaca akhbar?

Timbalan Pengerusi PKR Sabah itu merungut yang kesemua ADUN BN sangat bersedia untuk memberikan undi menyokong serta berdebat tentang usul khas tersebut termasuklah mengharamkan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan militan-militan Sulu, malah desakan agar Tian Chua dan Nurul Izzah disiasat di bawah undang-undang yang sesuai.

Senang sungguh bagi alasan... menyalahkan pihak lain yang telah bersedia merupakan kaedah paling BANGANG yang boleh dilakukan oleh ADUN PKR itu.

"Kami berasakan, usul khas tersebut mengandungi elemen-elemen agenda politik memandangkan Nurul Izzah belum lagi terbukti telah melanggar sebarang undang-undang oleh mahkamah. Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah."

Alasan-alasan itu masih tidak dapat menjustifikasikan tindakan berjalan keluar Dewan dan tidak mengundi apatah lagi seorang ADUN DAP, seorang bekas ADUN PKR yang sekarang ini adalah BEBAS dan seorang ADUN STAR tidak menyertai 'protes' yang didakwa oleh Christina Liew, sebaliknya memilih untuk mengundi BERKECUALI?

Keputusan pengundian adalah 47-0. Dengan kata lain, tiada satu pun UNDI MENENTANG.

Sesungguhnya alasan-alasan Christina Liew itu sangat aneh dan kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang berlaku di kalangan 5 orang ADUN yang melarikan diri daripada memberikan sokongan kepada Tian Chua dan Nurul Izzah.

Kantoi Selepas Didedahkan Adiknya, Dia Seorang Penipu dan Diminta Bertemu Polis, Charles Morais Lari Ke Amerika Syarikat

Friday, 27 November 2015 · 0 comments



Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.

Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Sementara itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” kata Khalid.

Richard memberitahu The Malaysian Insider polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.

“Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu.”

Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard “penjahat”, yang sanggup buat apa saja demi wang.

Kenyataan itu dibuat selepas Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga, pada hari sama Charles memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.

Charles berkata, beliau amat terkejut apabila pihak berkuasa di Hospital Kuala Lumpur dan polis nampaknya bersubahat dalam membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard apabila kedua-dua pihak tahu beliau (Charles) mahukan bedah siasat kedua dijalankan.

Charles Morais yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya mempunyai kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan terhadap ‘seorang pegawai tertinggi kerajaan’.

Charles juga mendakwa Richard bersekongkol dengan penjenayah terbesar di Kuala Lumpur membabitkan pembunuhan Kevin dan mendiang sudah lama tidak berhubung dengan dua adiknya iaitu Richard dan David sejak 2004.

Menolak kandungan SD abangnya itu, Richard memberitahu The Malaysian Insider Charles tidak termasuk dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005, menambah beliau akan membuktikannya tidak lama lagi.

“Jika dia (Charles) rapat dengan Kevin dan bukan saya, mengapa namanya tidak ada dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005?

“Saya akan tunjukkan wasiat itu tidak lama lagi kepada media untuk mereka lihat sendiri,” kata Richard.

Bagaimanapun, Richard enggan mengulas ketika ditanya apa yang dilakukannya terhadap mayat Kevin yang dituntutnya dari rumah mayat pada Isnin. (RUJUK SINI)

RUPA-RUPANYA TIADA SEORANG PUN ADUN PKR-DAP YANG MENENTANG USUL HARAMKAN TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH MASUK SABAH!

· 0 comments



Cerita tentang Nurul Izzah dan Tian Chua diharamkan masuk ke Sabah masih terus diperkatakan. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mengkritik langkah dan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai tidak munasabah.

Namun apa yang berlaku di DUN Sabah semalam, seharusnya menjadi penanda aras kepada PKR terutama kepada Azmin Ali, Wan Azizah, Rafizi dan Lim Guan Eng. Mereka seharusnya memberikan jawapan kepada apa yang berlaku di DUN Sabah.

Terdapat 60 orang ADUN di Sabah.

47 daripada mereka adalah dari BN. Kesemua mereka telah mengundi mengharamkan Tian Chua dan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah kerana kedua-duanya telah bertemu Jacel Kiram.

Tiada seorang pun yang mengundi menentang usul tersebut.

3 orang BERKECUALI iaitu Wilfred Bumburing (bekas PKR), Jeffrey Kitingan (STAR) dan Edwin Bosi (DAP).

5 orang berjalan keluar sebelum proses pengundian dijalankan dan mereka tidak mengundi. Mereka adalah:

3 dari PKR iaitu Christina Liew, Roland Chia dan Terence Siambun 
2 dari DAP iaitu Chan Foong Hin dan Junz Wong

5 orang pula PONTENG. Mereka adalah:

4 ADUN BN 
Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim.


Seharusnya para pemimpin tertinggi PKR menjelaskan mengapa kesemua ADUN-ADUN PKR itu melarikan diri daripada memberikan sokongan kepada Nurul Izzah dan Tian Chua.

DAP juga perlu menjelaskan mengapa, pengharaman Tian Chua dan Nurul Izzah tidak mendapat perhatian daripada ADUN-ADUN DAP. Sedangkan dari semasa ke semasa, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP menyalak mengatakan DAP sentiasa bekerjasama dengan PKR.

Apakah dalam isu Nurul Izzah-Jacel Kiram, DAP tidak menyokong?

Atau DAP takut kehilangan sokongan daripada rakyat Sabah kepada parti itu sekiranya mereka sebulat suara mengundi 'TIDAK' kepada usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua menjejakkan kaki ke Sabah?

Atau dengan kata lain, DAP lebih pentingkan undi berbanding memandang berat keselamatan negeri Sabah dan rakyatnya daripada ancaman musuh?

RAFIZI RAMLI Tiba-Tiba Pula Jadi TIDAK TAHU Tentang Rancangan MENGGULINGKAN Nik Nazmi Dari Jawatan Ketua AMK

Thursday, 26 November 2015 · 0 comments



Rafizi Ramli kata, dia tidak tahu menahu langsung tentang rancangan menyingkirkan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad walaupun dia telah mendengar khabar-khabar angin sebelum itu.

Kata Rafizi Ramli lagi, dia hanya mendengar 'khabar-khabar' tersebut menerusi Astro Awani yang katanya telah disensasikan. Rafizi menolak khabar-khabar tersebut dan menyatakan ia hanyalah dari sumber-sumber tidak dikenali, bukannya dari sumber rasmi parti. (BACA DI SINI)

Menurutnya lagi, PKR tidak akan campur tangan dalam urusan AMK dan hanya akan memberikan komen tentang perkara tersebut selepas laporan rasmi daripada AMK diperolehi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa AMK Kedah telah menghantar usul meminta agar Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK selepas kegagalannya mengotakan manifestonya dalam kempen parti sehingga membawa kepada kemenangannya.

AMK Kedah juga mendakwa kepimpinan Nik Nazmi sangat lemah walaupun pada tahun lepas, dia berjaya memperolehi jawatan Ketua AMK dengan mengalahkan Amiruddin Saari.



Terdapat juga laporan tentang permusuhan antara Nik Nazmi dengan timbalannya, Afif Baharuddin yang juga merupakan Exco Negeri Pulau Pinang walaupun kedua-duanya menafikannya.

Sumber dalaman PKR menyebut, usul tersebut telah direstui oleh Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR. Kedudukan Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR kini sangat terancam ekoran kemasukan Kamaruddin Jaafar dari PAS ke PKR beberapa bulan lepas.

Kamaruddin Jaafar adalah rakan sekongkol Anwar Ibrahim yang paling akrab semenjak Anwar belum menyertai UMNO, menyertai UMNO dan kemudian dilantik sebagai anggota kabinet, bahkan sangat akrab ketika Anwar Ibrahim bergelar Timbalan Perdana Menteri. Kamaruddin keluar dari UMNO sewaktu kemuncak permasalahan Anwar Ibrahim sehingga pemecatannya dengan menyertai PAS dan tidak lama selepas itu menjadi Setiausaha Agung PAS.

Peranannya sebagai Setiausaha Agung PAS telah menjadikan PAS lebih kuat dan memperolehi lebih banyak sokongan muda berbanding sebelumnya.

Kamaruddin Jaafar di dalam PKR selain Saifuddin Abdullah yang juga merupakan pengikut tegar Anwar Ibrahim yang lebih berpengalaman berbanding Rafizi Ramli, amat mengancam kedudukan Setiausaha Agung PKR itu. Justeru, Rafizi perlu mengukuhkan kedudukannya dengan memastikan kroni-kroninya memegang jawatan dan kedudukan penting di dalam parti bagi mengelakkan dia bukan sahaja kehilangan jawatan, bahkan kehilangan nama di dalam PKR.

Rafizi Ramli merupakan orang utama yang menggerakkan LANGKAH KAJANG yang terkangkang dalam usaha menjadikan Anwar Ibrahim dan selepas itu, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, sebelum berjaya 'dipintas' oleh Azmin Ali. LANGKAH KAJANG bagaimanapun, berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim bahkan menyingkirkan Khalid Ibrahim dari parti yang ditubuhkan untuk membela Anwar Ibrahim itu.

Alih Isu, Nurul Izzah Saman Ketua Polis Negara dan Menteri Ismail Sabri

· 0 comments


Seperti mengulangi apa yang telah dilakukan oleh bapanya, Nurul Izzah bertindak menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri kononnya telah menuduhnya melakukan perbuatan khianat apabila pertemuannya dengan Jacel Kiram didedahkan.

Saman tersebut telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam kenyataannya, Nurul berkata, Khalid dan Ismail telah menuduhnya menjadi pengkhianat dan melakukan kesalahan jenayah serius.

Peguamnya, N.Surendran pula berkata, tuduhan yang Nurul Izzah melakukan perbuatan khianat adalah 'mengarut'.

Tiada tuntutan maaf dibuat oleh Nurul Izzah sebaliknya hanya saman fitnah. Kata peguamnya, tuntutan saman fitnah itu jauh lebih sesuai memandangkan tuduhan Nurul Izzah adalah seorang pengkhianat, amat berat dan tidak boleh diterima.

Bagaimana pula dengan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram? Bagaimana pula dengan perbincangan antara mereka? Bagaimana pula dengan alasan kononnya Nurul Izzah tidak kenal siapa Jacel Kiram dan langsung tidak tahu tentang pembabitan Jacel Kiram dalam serangan lanun-lanun Sulu Mindanao ke atas tanah Sabah? Bagaimana Nurul Izzah tidak tahu tentang tuntutan Jacel Kiram yang sedang mencari-cari kedudukan sebagai Senator di Filipina ke atas Sabah?

Untuk rekod, pada 22 November, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, Nurul Izzah akan dipanggil untuk diambil keterangannya sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu di negara ini yang bersekongkol dengan serangan ke atas Lahad Datu pada tahun 2013. Nurul Izzah besar kemungkinan akan disiasat di bawah SOSMA.

Hari yang sama, Ismail Sabri berkata di dalam sebuah majlis, Nurul Izzah mungkin telah melakukan kesalahan khianat apabila bertemu Jacel Kiram.

"Dia telah mengguris perasaan keluarga dan sanak saudara mereka yang terbunuh dalam serangan Lahad Datu," katanya.

Nurul Izzah telah memohon maaf berhubung penyiaran gambar-gambar tersebut yang telah dimuatnaik oleh Jacel Kiram di Facebook peribadinya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, DUN Sabah telah meluluskan usul menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Sabah.


Antara usul lain di DUN Sabah tadi adalah:

1. ESCOMM dipertingkatkan.
2. Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dengan musuh negara, Jacel Kiram di Manila.
3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang-undang.
4. Mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah, diharamkan masuk ke Sabah.

Hasil undi Belah Bahagi untuk meluluskan usul-usul di atas adalah seperti berikut:

MENYOKONG - 47
MENENTANG - 0
BERKECUALI - 3

Semoga RAHMAN DAHLAN Istiqamah Menyaman MALAYSIAKINI, Jangan Hanya Sekerat Jalan dan Berakhir dengan 'MAAF'

· 0 comments



1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua)portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbincangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekanan seperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang memaparkan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenyataaan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya

.25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
November 24, 2015

Saari Sungip Dah Mula Kecut Perut dan Kata, PAN Hanya Akan Bertanding di Kerusi Milik PAS, Bukannya Cabar Azmin Ali di Parlimen Gombak

Wednesday, 25 November 2015 · 0 comments



Berita yang mendakwa Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Saari Sungip akan mencabar kerusi Ahli Parlimen Gombak pada PRU14 yang kini disandang Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hanya sekadar salah faham.

Saari yang juga Adun Hulu Klang menjelaskan maksud sebenar beliau ialah mengalu-alukan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli untuk bertanding di kerusi di sekitar kawasan kendaliannya bukan merampas Parlimen Gombak seperti dilaporkan.

"Dr Hatta sekarang ini Ahli Parlimen Kuala Krai tetapi sekarang sudah ada jawatan baharu selaku Ketua Amanah Wilayah Persekutuan jadi saya cadang beliau bertanding dekat-dekat sini lagipun kediamannya di Hulu Klang.

"Saya tak sebut pun akan cabar kerusi Parlimen Gombak. Maksud saya suruh Hatta cuba tanding kerusi Parlimen Titiwangsa tapi orang salah faham kata Gombak," katanya kepada Sinar Harian.

Saari memberitahu, Amanah hanya akan bertanding di kerusi milik Pas bukannya PKR.

Semalam, kecoh apabila dikhabarkan bahawa Saari membuat pengumuman mengejut bahawa Amanah akan bertanding di Parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar juga memaklumkan perkara sama iaitu Saari menafikan dakwaan berkenaan kerana konsensus Pakatan Harapan memutuskan satu lawan satu.

"Politik begitulah, memamg ada cubaan memecah belahkan Pakatan Harapan begitu juga dengan PR.

"Amanah baru masuk gelanggang dan telah setuju dengan konsensus gabungan jadi tidak harus wujud konflik begini," katanya. (SUMBER)


TUNJUK PERASAAN ANTI NURUL IZZAH-TIAN CHUA DI SABAH... Penunjuk Perasaan Ikrar Akan Halang Nurul dan Tian Chua Daripada Jejak Kaki ke Sabah!

· 0 comments



Dengan lebih 200 laporan polis dibuat ke atas Nurul Izzah, sebahagian rakyat Sabah yang marah dengan dolak dalik Nurul Izzah serta Tian Chua, meluahkan kemarahan mereka menerusi demonstrasi aman pagi tadi.

Bertempat di pekarangan pagar pintu masuk DUN Likas, Kota Kinabalu, lebih 100 orang penunjuk perasaan berkumpul untuk meluahkan perasaan marah mereka kepada Nurul Izzah dan Tian Chua.

Antara yang turut hadir adalah Mohd Dzuliqyan yang merupakan Ketua NGO Pro-Barisan Nasional Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah, Elvin Ligaspi yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah dan Erwahandy Rani yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah.


Dalam sidang media selepas demonstrasi tersebut, dinyatakan bahawa seluruh rakyat Sabah termasuk Sarawak, amat terkesan dengan pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram, ketua lanun Sulu Mindanao yang telah menyerang Lahad Datu pada tahun 2013.

Walaupun serangan yang dibuat oleh lebih 200 orang lanun Kiram itu berjaya ditangkis, ancaman keselamatan rakyat Sabah daripada pihak musuh masih berterusan sehingga kini terutama membabitkan jenayah penculikan dan pembunuhan.

Saki baki lanun Sulu Mindanao yang melakukan serangan ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih dalam proses perbicaraan di Sabah pada ketika ini. Sedangkan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah serta beberapa orang pemimpin Pakatan untuk menghalalkan pertemuan dengan Jacel Kiram adalah, Nurul Izzah tidak mengenali siapa Jacel Kiram.


Para penunjuk perasaan itu juga mendesak Nurul Izzah menerangkan bagaimana dia boleh mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram sambil memegang poster bertulis, "Bebaskan Anwar" sepertimana gambar yang dimuatnaik ke laman sosial oleh Jacel Kiram.

Mereka turut mendesak PDRM menyiasat kaitan poster 'Bebaskan Anwar' dengan Jacel Kiram selain Tian Chua yang turut ke Filipina bertemu dengan anak perempuan Jacel Kiram yang menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai manifesto pilihanrayanya.

Selain itu, mereka turut menyatakan akan menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Sabah agar Nurul Izzah dan Tian Chua tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki ke Sabah. Bahkan mereka berikrar akan menghalang serta menghalau Nurul Izzah dan Tian Chua sekiranya kedua-duanya tidak dihalang oleh Kerajaan Negeri daripada memasuki Sabah.

"Kami meminta pihak polis mewujudkan pasukan khas menyiasat apa sebenarnya motif di sebalik pertemuan ini. Kami juga meminta seluruh rakyat Sabah membuka mata dan bertanya siapa di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu yang sanggup bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram yang telah mencemarkan kedaulatan Negara," kata ANDIE ZULKARNIN BAHARUDDIN bin MAHDAR yang mengetuai perhimpunan tersebut.

Perletakan Jawatan ADUN DAP Yang 'Sokong UMNO-BN' Gambarkan Kedudukan Kritikal Guan Eng di Pulau Pinang

· 0 comments



Senyap sunyi DAP dan Lim Guan Eng hari ini...

Sebaliknya tentera-tentera siber DAP terutama sekali portal-portal atas taliannya, berusaha sedaya mungkin mengalihkan perhatian kepada UMNO dan kes NFCorp yang melibatkan pembebasan Pengerusi Eksekutifnya daripada semua tuduhan rasuah dan penyelewengan, tanpa sedikit pun menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Sudah terkeluar cerita ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, berkuatkuasa Isnin hadapan.

Surat perletakan jawatannya telah dihantar melalui e-mel kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha DAP Negeri, Lim Hui Ying.

Teh Yee Cheu mengambil tindakan meletak jawatan ekoran sokongannya terhadap usul ADUN-ADUN Barisan Nasional dalam sidang DUN minggu lepas.


Lim Guan Eng sebelum ini kelihatan kelam-kabut untuk mempertahankan jawatann dan kedudukanya apabila pergolakan dalaman parti tersebut mulai bocor dan terdedah kepada awam. Tindakan beberapa orang pemimpin utama DAP khususnya DAP Pulau Pinang memperlihatkan penentangan kepadanya, membuatkan Lim Guan Eng tenggelam punca dan mula melakukan ugutan serta ancaman.

1 November 2015, semasa Konvensyen DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menyelar PAS kerana tidak bersama-sama DAP dan PKR menolak Bajet 2016 sekaligus menggagalkan usaha Lim Kit Siang untuk menggulingkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Konvensyen DAP Kebangsaan baru lalu, jumlah kehadiran adalah kurang daripada separuh berbanding 1112 jumlah perwakilan yang berkelayakan. Sebaliknya hanya 309 perwakilan sahaja yang hadir. Sekaligus ini menunjukkan perwakilan-perwakilan daripada pelbagai Cabang dan Sayap hanyalah 27.78%. Perwakilan-perwakilan yang dilantik semula pada tahun lepas cuma hadir seramai 689 orang iaitu 61.46%. Malah Pemerhati juga hanya berjumlah 39 orang yang hadir tahun ini.


Barangkali melihat kepada jumlah tersebut, Lim Guan Eng yang diketahui tidak akan sama sekali menyalahkan diri, cuba mengalihkan tumpuan dengan menyalahkan semua pihak, termasuklah dan UMNO.

Semasa perbahasan DUN Jumaat lepas, Lim Guan Eng memberi amaran keras kepada semua ADUN-ADUN Pakatan Harapan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka berkongsi pendirian dengan UMNO.

Usul yang dibentangkan oleh UMNO-BN di DUN Pulau Pinang telah ditolak oleh 23 ADUN yang mengandungi 18 DAP, 4 PKR dan seorang PAS atau sebenarnya PAN berbanding 10 yang menyokong mengandungi 9 dari BN dan DAP (Teh Yee Chau).

Lima orang ADUN PKR membabitkan Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr. Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bungah) dan Dr. T. Jayabalan (Batu Uban) mengambil sikap berkecuali.

Dirasuk kemarahan, Lim Guan Eng terus menuduh kelima-lima ADUN PKR itu bersekongkol dan menjadi tali barut UMNO sekalipun PKR menolak dan menafikan tuduhan sembrononya, sambil menegaskan bahawa kelima-lima mereka bertindak di atas kesedaran mereka sendiri.

Wakil Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) memuji tindakan Teh dan kelima-lima ADUN PKR kerana bertindak berdasarkan kesedaran dan prinsip mereka berhubung usul berkenaan.


Dalam kenyataan yang disiarkan, Pengerusi TBRA, Renji Sathiah berkata, sokongan Teh dan kelima-lima ADUN PKR sengaja diputarbelitkan sebagai sokongan kepada BN dan menambah, "Tindakan ini melambangkan mesej tentang isu yang lebih besar berbanding parti politik."

Teh pernah membotakkan kepala sebagai respons tidak berpuas hati dengan 'Bukit Botak' yang merujuk kepada Bukit Relau di Gelugor. Bukit tersebut mendapat nama keduanya berdasarkan kepada keadaan puncak bukit yang telah digondolkan dan dapat dilihat dari Jambatan Pulau Pinang.

Teh juga telah mendesak Kerajaan Negeri untuk membatalkan projek tebusguna di Middle Bank yang melibatkan Terowong Pulau Pinang untuk mengekalkan kawasan habitan rumput laut sebagai kawasan pemuliharaan dan warisan.

Daripada sumber-sumber DAP sendiri, Lim Guan Eng sebenarnya amat peduli dengan Chow Kon Yeow yang dilihatnya mendapat sokongan lebih besar di Pulau Pinang. Lim Guan Eng diketahui 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Chow Kon Yeow apabila DAP berjaya merampas Pulau Pinang daripada GERAKAN-BN pada tahun 2008.

Teh Yee Cheu dilihat sebagai salah seorang panglima Chow Kon Yeow. Apabila Teh memilih untuk mementingkan alam sekitar berbanding Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow yang menjadi sasaran Lim Guan Eng.

Ugutan akan tindakan keras yang akan diambil sekiranya, dia ditentang sudah jelas menunjukkan Lim Guan Eng sudah mulai terasa bahang dan terpaksa melakukan kerja-kerja ugutan untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


Jawatannya selaku Setiausaha Agung DAP masih berkait rapat dengan pengaruh bapanya, Lim Kit Siang walaupun pada masa yang sama, gerakan Anti-Dinasti Lim sedang berkembang dengan pesat, terutama sekali di Pulau Pinang.

Sepanjang sejarah DAP, mana-mana pemimpin DAP yang menentang Lim Kit Siang, pasti akan menemui 'ajal politik' mereka secara sadis. Sekurang-kurangnya 28 orang telah 'dipancung' oleh Lim Kit Siang. Salah seorang daripada mereka adalah Tan Sri Lee Lam Thye, salah seorang Ahli Parlimen DAP (Bukit Bintang) yang paling berkarisma dan boleh diterima oleh blok Kerajaan apatah lagi Pembangkang.

Lee Lam Thye berjaya disingkirkan apabila popularitinya mengalahkan Lim Kit Siang pada tahun 1990. Lee Lam Thye meletak jawatan dan tidak lagi bergiat aktif dalam DAP.

Jadi, tidak menghairankan kalau tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng bertindak agresif. Dia sedang mengulangi sejarah bapanya yang amat lantang dalam serba-serbi dan sangat agresif dalam memastikan kedudukan dan jawatannya dalam parti.


Secara Tiba-Tiba, NURUL IZZAH DIKATAKAN BODOH TOLOL Apabila Tak Kenal Orang!

Tuesday, 24 November 2015 · 2 comments



Dah sememangnya terdesak sangat sehingga Ahli Parlimen Penampang yang cukup biadap, Darrel Leiking pula menyokong alasan Tian Chua kononnya Nurul Izzah tak kenal Jacel Kiram.

Apa punya belit nih?

Nurul Izzah sendiri keluarkan kenyataan, dia dijemput untuk menghadiri program anjuran pihak tertentu Filipina. Sudah tentu, jemputannya itu akan disusuli dengan nama para pemimpin yang turut dijemput sama.

Takkanlah Nurul Izzah tidak tahu bahawa Jacel Kiram adalah jurucakap militan Kiram yang menyerang Lahad Datu pada 2013 dahulu sedangkan gambarnya bersepah-sepah dan beritanya pula cukup banyak?

Adakah alasan bangang yang diberikan oleh Tian Chua dan Darrel Leiking itu cuba menjadikan 'kebodohan' Nurul Izzah suatu realiti demi memastikan Nurul Izzah bebas?

Takkanlah Tian Chua yang sangat tahu serangan militan Kiram ke atas Lahad Datu sebagai 'sandiwara UMNO' tiba-tiba jadi terlalu bodoh untuk tidak tahu siapa Jacel Kiram?

Amat mustahil orang seperti Tian Chua, Nurul Izzah dan Darrel Leiking tidak membaca dan mengikuti perkembangan semasa sedangkan dalam ceramah-ceramah mereka mahupun kenyataan-kenyataan yang diberikan, baik di luar, apatah lagi dalam Parlimen, memperlihatkan mereka sangat-sangat serba tahu! (RUJUK SINI)

Pembohongan apakah yang mahu dibuat oleh Nurul Izzah dan gerombolannya?

Atau sebenarnya PKR terutama sekali di Sabah cuba melindungi peranan mereka dengan ancaman keselamatan ke atas negeri itu? Barangkali kerana itulah juga, bersungguh-sungguh pula para pemimpin PKR, khususnya PKR Sabah, cuba menjustifikasikan alasan Nurul Izzah tidak kenal Jacel Kiram dan peranannya dalam serangan militan Kiram ke atas Lahad Datu yang telah membunuh 10 orang rakyat Malaysia?


DATUK HAMIDAH OSMAN, KETUA WANITA UMNO GOPENG DIPECAT KEAHLIANNYA DARI UMNO!

· 0 comments



Salah seorang pemimpin dan ahli UMNO yang seringkali dilihat rapat dengan kumpulan yang menentang Presiden UMNO, selain merupakan antara karektor utama dalam peralihan Kerajaan Negeri Perak pada Januari 2009 dari Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan UMNO-BN, Datuk Hamidah Osman, telah dilucutkan keahliannya dari UMNO.

Panas lagilah suhu politik UMNO Malaysia, khususnya dari kalangan Pro-Tun yang mana Hamidah Osman adalah salah seorang tenaga penggeraknya.

Berita berkenaan telah disahkan sendiri oleh Hamidah Osman menerusi WhatsApp.



Difahamkan, Majlis Tertinggi UMNO telah dipecat kerana melanggar disiplin parti. Mesyuarat MT juga dibuat di bangunan Parlimen atas alasan bimbang sekiranya ada pengundian berlaku dalam sidang Parlimen.

Selain itu, MT juga membuat keputsan bahawa tiada perasmian serentak Sayap-Sayap parti, sebaliknya perasmian akan dibuat oleh Ketua-Ketua Sayap masing-masing pada persidangan mereka.

LIM GUAN ENG TAK BERANI DALAM PEMILIHAN PARTI DI PULAU PINANG RUPA-RUPANYA!

· 1 comments



Parti Cinta Malaysia (PCM) telah mencabar Lim Guan Eng untuk bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang untuk membuktikan dia adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berwibawa dan sah.

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan berkata, adalah penting bagi Lim Guan Eng untuk bertanding dan memenangi jawatan penting dalam DAP Pulau Pinang untuk membuktikan bahawa dia adalah ahli DAP paling popular dan paling dikehendaki di Pulau Pinang, sekaligus sebagai tonggak utama DAP Pusat.

Huan juga berkta, Lim Guan Eng perlu membuktikan bahawa dia jauh lebih popular berbanding Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang dimusuhi oleh Guan Eng dan bapanya, Kit Siang.

DAP Pulau Pinang akan mengadakan pemilihan parti pada hari Ahad, 30 November nanti.

"Mengapa dia tidak berani bertanding dalam pemilihan partinya sendiri di Pulau Pinang? Adakah itu bermakna, dia sebenarnya perampas kuasa dan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?" tanya Huan Chen Guan dalam satu sidang media hari ini sambil menambah bahawa terdapat isyarat bahawa Lim Guan Eng tidak lagi popular di kalangan ahli-ahli DAP dan Pakatan Harapan sendiri, ekoran semenjak kebelakangan ini, Lim Guan Eng banyak bertindak gila mencari populariti dan cubaan mengukuhkan kedudukan dengan kaedah kuku besi dan ugutan.

Keputusan pemilihan DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) pada September 2013 dan kekecohan yang dicetuskan oleh para penyokong Pakatan Harapan ke atas usul yang dibentangkan oleh Barisan Nasional dalam sidang DUN Pulau Pinang pada minggu lepas, membuktikan populariti Lim Guan Eng di kalangan penyokong-penyokongnya sendiri mulai merosot.

Huan Chen Guan berkata, pada Disember 2012 ketika pemlihan CEC DAP, Lim Guan Eng hanya memperolehi undi 1,576 tetapi pada tahun berikutnya, undinya merosot kepada 1,304 sekaligus menunjukkan kemerosotan sebanyak 272 undi. Itu pun terdapat banyak kontroversi termasuklah perwakilan-perwakilan yang dihalang daripada membuang undi sehingga akhirnya kes CEC mendapat perhatian daripada Pendaftar Pertubuhan.

Minggu lepas, ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu menyokong penuh usul penentangan oleh Barisan Nasional dalam kontroversi penambakan laut, manakala lima ADUN PKR juga turut mengelak daripada mengundi menyokong Lim Guan Eng.

Kelima-lima ADUN PKR itu adalah Ong Chin Wen, Lee Khai Loon, T.Jayabalan, Cheah Kah Peng dan Norlela Ariffin.

Huan berkata, keenam-enam mereka telah memberikan undi menentang seperti ADUN-ADUN BN ada dasar kesedaran mereka sendiri dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik mereka.

"Ini menunjukkan wujudnya masalah serius di antara DAP dan Pakatan Harapan. Ini juga menunjukkan rakyat tidak menyukai kepimpinan Lim Guan Eng.

"Saya hormat keenam-enam ADUN itu yang melaksanakan tanggungjawab mereka demi rakyat," kata Huan sambil menambah bahawa Pakatan Harapan sedang menuju ke arah kehancuran sama seperti Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif yang mana puncanya adalah DAP sendiri.


TIAN CHUA DALANG! Kerana Peguam UMNO Gagal Teruskan Saman Fitnah Dalam Kes 'Sandiwara UMNO', Tian Chua Kini Cakap Besar

· 1 comments



Kenyataan keras Zahid Hamidi kepada Tian Chua selain jawapan 'main-main' oleh Tian Chua dalam isu Nurul Izzah-Kiram semakin membongkar isu serangan lanun-lanun Sulu Mindanao ke atas Lahad Datu tahun 2013 lalu.

Dalang serangan tersebut sehingga ke hari ini, belum dihadapkan ke muka pengadilan. Tian Chua yang merupakan orang pertama yang memperolok-olokkan kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan dalam memastikan serangan lanun-lanun Sulu Mindanao di bawah Kiram itu, sehingga kini hanya memohon maaf kerana cuba mengaitkan UMNO dengan serangan tersebut apabila menyatakan bahawa serangan dan kematian tersebut adalah SANDIWARA UMNO SEMATA-MATA. (RUJUK SINI)


UMNO bagaimanapun, menarik kembali saman ke atas Tian Chua pada Januari 2014 apabila Tian Chua 'menarik kembali tuduhannya' walaupun tuduhan tersebut telah memberikan implikasi serta persepsi buruk ke atas UMNO. Tindakan peguam UMNO yang menarik kembali saman tersebut, dikritik keras. (RUJUK SINI)

Pada 23 November, Zahid Hamidi mengarahkan Tian Chua untuk mengakui pembabitannya dalam pertemuan antara Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada ketua gerombolan lanun yang menceroboh Lahad Datu bagi tujuan mencetuskan peperangan pada tahun 2013.


Tian Chua kemudian membuat kenyataan media, menafikan pembabitannya dan cuba menjadikan media sebagai mahkamah yang membelanya. Perkara tersebut disentuh Zahid dan Zahid meminta agar Tian Chua tidak menjadikan media sebagai medannya untuk membuat penafian, sebaliknya memberi keterangan kepada polis yang akan merakamkan percakapannya.

Tian Chua kemudiannya mengancam akan menyaman Zahid Hamidi kerana menfitnahnya. Zahid kemudian menjawab dalam satu sidang media ringkas, dia tidak akan menarik kembali tuduhannya bahawa Tian Chua adalah dalang di sebalik pertemuan tersebut bahkan mencabar Tian Chua agar membawa kes tersebut ke mahkamah dan menafikan tuduhannya di mahkamah.

Bermodalkan kegagalan UMNO meneruskan saman ke atas Tian Chua atas alasan kemanusiaan dan cuba BERLAGAK BAIK, Tian Chua bercakap besar bahawa pendakwaan ke atasnya berkenaan insiden Lahad Datu tidak berjalan lancar dan 'kemenangan' berpihak kepadanya.

"Kenyataan telah ditarik balik semasa perbicaraan dan saya akhirnya menang," kata Tian Chua. "Jangan sampai perkara yang sama berulang." (RUJUK SINI)


Tian Chua kemudiannya berkata, dia sudah bersedia untuk dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram.

Selain bercakap besar yang dia telah menang dalam saman UMNO ke atasnya berhubung kenyataannya yang UMNO adalah dalang serangan di Lahad Datu dan serangan tersebut adalah sandiwara, walaupun hakikatnya, UMNO BAJET BAIK DAN SUCI dengan menarik kembali saman setelah Tian Chua sendiri mengakui yang dia tersalah dan menarik kembali tuduhannya di mahkamah, Tian Chua juga menafikan dia adalah dalang utama pertemuan tersebut.


Tian Chua menegaskan bahawa dia dan Nurul Izzah berada di Filipina atas jemputan beberapa pihak di Filipian bagi tujuan isu-isu hak kemanusiaan, dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Kegagalan meneruskan saman fitnah ke atas Tian Chua, sekarang ini telah digunakan oleh Tian Chua untuk bermegah-megah kononnya dia betul dan UMNO atau Kerajaan takut untuk berhadapan dengannya.

Semoga dalam isu terbaru ini, pihak kerajaan benar-benar menggunakan undang-undang untuk memastikan dalang serta syaitan yang bersembunyi di sebalik batang tubuh manusia politik yang mahu menghancurkan negara ini menerusi persekongkolan dengan musuh negara, dihapuskan!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks