Pasangan Suami Isteri Pembuli Penjawat Awam Mengaku Bersalah, Tapi Mereka 'Dibebaskan' Sementara Tunggu Rayuan

Friday, 25 November 2016 | 0 comments



Pasangan suami isteri yang menjadi tumpuan dalam viral video di media sosial, hari ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM3000 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka didapati bersalah menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa MBSA. 

Majistret P.Sarulatha menjatuhkan hukuman dan denda itu ke atas Lor Ka Fun dan isterinya Tan Sit Fun selepas kedua-duanya mengaku bersalah di bawah tuduhan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mengganggu seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa daripada menjalankan tugasnya. 

Pasangan suami isteri itu melakukan kesalahan di tempat parkir awam di jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh pada 24 November. 


Mereka bagaimanapun, berjaya memohon penangguhan hukuman apabila majistret membenarkannya bagi membolehkan mereka membuat rayuan ke atas hukuman. 

Kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM2000.

Klip video berkenaan yang berdurasi selama 2 minit lebih menunjukkan pasangan suami isteri itu sedang mengganggu penjawat awam tersebut, menjadi viral dan menimbulkan kemarahan Netizen. 


Pemanipulasian undang-undang memperlihatkan pasangan tersebut berjaya 'membebaskan' diri mereka walaupun secara dasarnya mereka telah dihukum. 

Alasannya, penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan. 

Mereka didapati bersalah kerana mengaku bersalah. Tetapi dalam proses rayuan, serba kemungkinan ada. Apatah lagi mereka juga sudah tentu akan menggunakan khidmat peguam yang akan menggunakan semua pemanipulasian undang-undang bagi menyelamatkan pasangan tersebut. 

Itulah yang mereka lakukan sekarang kalau kita perhatikan setiap gerakan yang dibuat terutama oleh Lim Guan Eng... memanipulasi undang-undang dan menggunakan sebarang kelemahan undang-undang dari segi teknikal untuk membuktikan mereka SUPERIOR.

Lelaki Cuba Cabul Penguatkuasa Wanita MBSA Di Tempat Awam di Sungai Buloh



Video di atas menjadi viral di Facebook malam tadi selepas dimuatnaik. 

Apa lagi yang boleh dilabelkan melainkan BIADAP!

Amat jelas di dalam klip video berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang lelaki Cina dan seorang wanita Cina yang bukan sahaja menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menarik baju dan mengepungnya, tetapi juga cubaan melakukan perbuatan cabul atau gangguan seksual dilakukan oleh lelaki Cina berkenaan ke atas pegawai tersebut. 


Dalam kejadian yang dirakamkan berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh, pasangan tersebut tidak berpuas hati kerana kereta mereka telah disaman oleh pegawai penguatkuasa berkenaan. 

Untuk menambahkan lagi kesan gertakan, wanita Cina yang dilihat menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut, berlagak seolah-olah dia telah dicederakan oleh pegawai tersebut setiap kali pegawai itu cuba melepaskan dirinya. Setiap kali wanita Cina itu mengadu kesakitan, lelaki Cina itu pula melakukan provokasi melampau dengan menyentuh tubuh pegawai tersebut sambil cuba merakamkan gambar bagi tujuan menggertak dan menakut-nakutkannya agar mengambil semula saman yang telah dikeluarkan.


Rakaman tersebut berakhir apabila seorang awam cuba meleraikan kejadian tersebut sambil diperhatikan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang lain.


Netizen yang telah menonton klip video tersebut telah memuatnaikkan butiran suspek dan nombor pendaftaran kereta selain alamatnya ke Facebook. Butiran tersebut telah dikongsi ramai.

Pada masa yang sama, difahamkan pegawai penguatkuasa tersebut telah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya.



DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 | 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


Khalid Samad Hampir Dibelasah di Parlimen Kalau Bukan Kerana Anggota Keselamatan Melayu Yang Melindunginya!



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.



Sekatan ke atas Myanmar, Halau Sekali Warga Bukan Islamnya Keluar!

Tuesday, 22 November 2016 | 1 comments



Pergerakan Pemuda UMNO sudah pun mengeluarkan kenyataan, mendesak kerajaan agar mengenakan sekatan ke atas Myanmar. Malah Kerajaan juga didesak agar menyatakan pendirian berhubung kekejaman dan cubaan penghapusan etnik melibatkan kaum Rohingya beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar pada petang Jumaat ini.



Myanmar yang baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar, tidak akan peduli atau ambil kisah dengan sebarang memorandum. Pemencilan negara itu selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa negara terbabit yang berfahaman sosialis demokrat berasakan, mereka boleh hidup tanpa dibantu oleh sesiapa pun.

PAS pula bakal menganjurkan Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara pada 26 November dan menjemput orang ramai untuk menyertai demonstrasi tersebut.



Kekejaman tentera-tentera Myanmar yang membunuh menjahanamkan perkampungan orang Islam di Myanmar sebenarnya sudah sampai ke tahap di mana bantuan perlu diberikan dengan apa cara sekalipun. Malahan Myanmar juga harus dihukum.

Warganya yang bukan beragama Islam di negara ini yang membawa keluar wang Malaysia ke negara mereka bagi membiayai pembunuhan dan pembantaian umat Islam di negara berkenaan, sewajarnya disekat dan dihalau.



Apatah lagi, sudah terdapat di kalangan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan-kawasan yang ditandingi dan kini dikuasai oleh DAP.

Pemuda UMNO dan PAS seharusnya berganding bahu mendesak Kerajaan untuk tidak sahaja mengenakan sekatan keras ke atas Myanmar tetapi juga mengambil tindakan ke atas warga Myanmar yang bukan beragama Islam yang menikmati pelbagai kemudahan dan pekerjaan, kemudian menghantar wang Malaysia ke negara mereka bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Myanmar dibunuh.



TERKANTOI Lebihkan KRONI Untuk Projek Mewah Tahun 2002, Mahathir Salahkan Menteri Kabinet



Zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan zaman-zaman sebelum itu, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibuka untuk tatapan awam. Apa-apa sahaja penyelewengan dan penyalahgunaan wang negara, hanya diketahui oleh segelintir Ahli Parlimen yang diberikan kesempatan membaca Laporan Ketua Audit. Orang ramai pula hanya dapat mengetahui menerusi kempen dan ceramah oleh Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

Kalau ada pun pada waktu itu bukti, hanyalah salinan-salinan dokumen yang diseludup untuk diberikan kepada masyarakat. Namun ianya dilakukan dalam keadaan paling sembunyi dan penuh kebimbangan.

Sekarang, Laporan Ketua Audit Negara sudah terbuka kepada awam. Sama ada rajin membaca atau tidak sahaja. Sama ada terfikir mengapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SPRM berlandaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara atau tidak sahaja. Sama ada berasa hairan atau tidak, mengapa JPA dan SPA tidak mengambil sebarang tindakan yang lebih tegas terhadap kakitangan terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Mahathir tahu, Laporan Ketua Audit Negara lambat-laun akan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi amalan pada sepanjang tahun-tahun pentabdirannya.

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.  (RUJUK SINI)

Ketika ditanya, Mahathir berkata, Laporan Ketua Audit Negara itu hanyalah satu tuduhan dan tidak disertakan dengan bukti.

Senangnya Mahathir membuat penafian. Sekadar nafi!

Pada tahun 2003, kata Ketua Audit Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan perjanjian konsesi, yang bakal menjadikannya satu projek penswastaan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Bagaimanapun, pada 25 Jun 2003, Kementerian Kewangan memaklumkan (kepada EPU) bahawa kontrak yang ditawarkan kepada MMDC itu adalah kontrak jangka panjang dan bukannya konsesi penswastaan. Oleh itu, satu perjanjian hak eksklusif perlu ditandatangani antara Kementerian Pengangkutan dan MMDC.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan pada 8 Julai 2003, memaklumkan kepada EPU bahawa ia tidak berhasrat untuk menyediakan kertas kerja mengenai perkara berkenaan dan mendapatkan kelulusan kabinet.

Pada 22 Ogos 2005, Kementerian Kewangan bersetuju bahawa MMDC akan diberikan kontrak jangka panjang, bagi tempoh 15 tahun, dengan syarat Kementerian Pengangkutan mendapatkan kelulusan daripada kabinet.

Siasatan mendedahkan bahawa tidak ada bukti bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan kelulusan Kabinet, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Kontrak itu ditandatangani antara MMDC dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada bulan Oktober 2005. Pada masa itu, Mahathir telah bersara dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri kewangan dan juga perdana menteri.

Semakin BESAR KEPALA, DAP Menuntut Mereka Dibebaskan Daripada Undang-Undang Malaysia

Monday, 21 November 2016 | 0 comments



DAP dan PKR sedang bertungkus lumus untuk mewujudkan persepsi bahawa para pemimpin politik, tidak pernah melakukan kesalahan dalam mengancam keselamatan negara terutama sekali di pihak mereka. Sebaliknya pada masa yang sama, amat mengalu-alukan penggunaan undang-undang yang mereka tentang ke atas seperti SOSMA, POCA dan POTA dikenakan ke atas para pemimpin kerajaan.

Sekarang ini, DAP sedang cuba membangkitkan isu yang sama di Dewan Rakyat apabila mempersoalkan penangkapan dan penahanan tiga orang Ahli Parlimen mereka di bawah Undang-Undang Hasutan dan SOSMA.

Kata mereka, penangkapan ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Pakatan itu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang ialah, walaupun mereka mendabik dada kononnya mereka menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, nampaknya dalam isu ini, mereka lebih berpihak kepada kelompok sendiri.



Mereka mahu kumpulan mereka dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mengimport orang asing, menggunakan dana asing, malahan undang-undang perlu dikecualikan ke atas mereka apabila mereka cuba mensabotaj ekonomi negara selain membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik menerusi pelbagai jenis hasutan.

Selama ini KELEMBIKAN dan TOLAK ANSUR BERLEBIHAN pihak berkuasa dan kerajaan, malahan KEPUTUSAN MAHKAMAH yang banyak berpihak kepada Pakatan, membuatkan mereka berasa besar kepala dan memandang hina apa-apa sahaja tindakan penguatkuasaan ke atas mereka.

Adakah sekali lagi Kerajaan akan berlembut dan mengikut kehendak para pemimpin DAP ini sepertimana yang berlaku dalam pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Atau ada pihak asing yang akan mengancam, mengugut dan menggertak kerajaan agar menurut kehendak para pemimpin DAP, sepertimana yang berlaku sebelum ini walaupun pada masa yang sama, keadaan di dalam negara semakin tidak stabil kesan daripada pematuhan tersebut?


Kenyataan KU NAN Semarakkan Kebencian dan Meluat Melayu Kepada UMNO

Sunday, 20 November 2016 | 2 comments



Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.

Tindakan UMNO dan pengumuman yang dibuat oleh Tengku Adnan itu sudah pasti akan menimbulkan satu lagi gelombang kemarahan terhadap kepimpinan UMNO yang dilihat terlalu tunduk dan takut kepada kecaman daripada kumpulan yang didalangi dan diketuai oleh DAP.

Kebanyakan pemimpin UMNO amat berhati-hati dalam membuat teguran terhadap sikap kaum Cina terhadap kerajaan sekarang, sehingga nak sebut Cina pun disebut dengan ca ya nun alif jer. Pemimpin UMNO bimbang dianggap perkauman, tetapi majoriti kaum Cina sekarang sangat jelas membenci kepimpinan UMNO. Mereka maki hamun, kurang ajar dan biadap bahkan ada yang pijak gambar pemimpin melayu dan macam-macam dibuatnya. 

Pemimpin UMNO takut untuk menegur dan mengkritik kaum Cina sedangkan Cina yang menyokong Barisan Nasional hanya sekitar 10% jer pada PRU-13 lalu.



Kebencian dan kebiadapan melampau apabila 'BABI' digandingkan dengan 'NABI'.

BERSIH 1.0 hingga 5.0 membuktikan betapa biadapnya mereka dan mereka menuduh Kerajaan pimpinan UMNO kejam dan anehnya, kebanyakan orang Melayu bahkan orang UMNO sendiri menuduh kerajaan dayus kerana membiarkan kebiadapan melampau itu. 

Mereka bukan sahaja membenci UMNO malah pada hari ini apabila PAS mengambil sikap berkecuali pun mereka sudah mula maki hamun PAS serta membuat pelbagai tuduhan biadap ke atas PAS. Mereka semakin jelas bersikap anti Melayu dan Islam.
Tindakan yang bakal diambil kalau benar seperti yang diumumkan oleh Tengku Adnan, hanya mengabsahkan persepsi terhadap kesongsangan pimpinan UMNO sekarang ini. 


Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


LAGI MYKAD PALSU! Nama Cina, Pengundi Gelang Patah Tapi Warganegara Myanmar



Ramai yang tidak begitu peduli dengan ISU BESAR ini walaupun sebahagiannya kuat memekak menuntut pembaharuan pilihanraya dan SPR.

Sebahagian yang memekak itulah juga yang begitu kuat menentang penggunaan sistem biometrik sebaliknya menuntut hanya penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian.

Dan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut. Sistem biometrik yang lebih selamat, akhirnya dilupuskan dan tidak jadi dikuatkuasakan.

Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa khususnya melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara semenjak kebelakangan ini, akhirnya mendedahkan apa yang selama ini diperkatakan iaitu penggunaan MyKad palsu untuk tujuan pilihanraya bagi memastikan parti politik tertentu menang.

Gambar-gambar kad pengenalan di bawah adalah kes melibatkan kad pengenalan palsu yang digunakan oleh warga asing dalam satu operasi pada dua bulan lepas.







Peningkatan pengundi Cina yang sangat drastik berbanding nisbah mereka, telah membuka mata banyak pihak tetapi pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang, termasuklah melakukan pemeriksaan kad pengenalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan kemasukan 'pelancong-pelancong dari China' yang kemudiannya hilang dan tidak keluar-keluar dari Malaysia. Sebaliknya, mereka dikesan memegang kad pengenalan rakyat Malaysia. Apabila diperiksa secara teliti, ternyata kad pengenalan rakyat Malaysia yang mereka pegang adalah kad pengenalan palsu. Gambar di hadapan gambar mereka tetapi gambar rekod adalah orang lain.

Jumlah kad pengenalan hilang yang dilaporkan dilaporkan meningkat secara mendadak semenjak beberapa tahun lepas.





Dalam satu kes melibatkan kad pengenalan palsu. Satu tangkapan ke atas warganegara Myanmar menggunakan kad pengenalan milik orang lain di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam telah dilakukan.

Dan seperti dalam beberapa kes sebelum ini, nama yang digunakan pada kad pengenalan tersebut adalah nama Cina... dan yang lebih menarik ialah merupakan pengundi di Gelang Patah!

Kesemua kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berakhirlah Sudah BERSIH 5.0... Najib Masih PM Malaysia, dan PAS Semakin Jauh Dari DAP-PKR

Saturday, 19 November 2016 | 3 comments



Walau apa pun angka kehadiran yang didakwa oleh BERSIH 5.0 mahupun MERAH, yang pasti, perhimpunan kedua-dua pihak tahun ini adalah GAGAL.

Merah awal-awal lagi sudah cabut meninggalkan medan setelah ketua mereka ditangkap dan ditahan oleh polis.

Kuning BERSIH pula jadi tidak tentu arah apabila orang yang paling mereka musuhi, muncul pada sebelah petang dan menjadikan BERSIH 5.0 sebagai miliknya.

Najib Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan PAS pula menjadi mangsa belasahan kaum BERSIH yang tidak berpuas hati kerana enggan terlibat dan 'membantu' DAP menjatuhkan Najib menerusi demonstrasi jalanan.

Portal-portal pro DAP memberikan angka yang sangat besar ke atas peserta BERSIH 5.0 tetapi memberi angka yang lebih kecil untuk MERAH.



Hakikatnya, gabungan pelbagai parti dan NGO dalam BERSIH 5.0 gagal menghadirkan jumlah yang lebih besar berbanding tahun lepas. Malah terpaksa menipu dengan mengatakan, tahun ini, BERSIH 5.0 dihadiri lebih ramai Melayu sekaligus menunjukkan BERSIH telah diterima oleh orang Melayu, walaupun sebelum itu, DAP serta pelbagai pertubuhan berasaskan Cina telah mengeluarkan arahan lebih awal agar orang Cina tidak datang ke perhimpunan tersebut.

Begitu juga dengan MERAH yang beria-ia dan membuat pelbagai publisiti yang kadang-kadang dilihat tidak masuk akal, bahkan membantu BERSIH untuk dihadiri lebih ramai...

Kuning BERSIH tidak berjaya menggulingkan Najib. Manakala Merah pula, tidak berjaya menghalang BERSIH.

Yang berjaya dan tidak jemu-jemu melayan Kuning BERSIH mahupun Merah adalah PDRM yang diperkuatkan oleh 7,000 orang anggota dan pegawai!


Mahathir dan 'Panglima-Panglimanya' Turun di LRT Bangsar Untuk Sertai BERSIH 5.0



Hanya selepas memastikan tiada pertumpahan darah dan keselamatan terkawal, akhirnya Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz dengan ditemani oleh juak-juak dan para pengampunya turun menunjukkan diri di BERSIH 5.0 di Bangsar. 



Dengan lagak tidak ubah seperti seorang panglima, Mahathir melangkah tetapi dia agak kecewa kerana jumlah penyertaan demonstrasi tersebut tidak seperti yang dijangkakan walaupun Malaysiakini meletakkan angka Kuning sebagai 20,000 orang manakala Merah pula hanya 4,000 orang - suatu nisbah yang amat pembohong sifatnya memandangkan penyertaan Kuning jauh lebih kecil dari angka tersebut, manakala Merah pula walaupun bukan 300 ribu seperti yang dilaung-laungkan, tetapi jumlahnya hampir menyamai Kuning berdasarkan perhimpunan di Padang Merbok.

KEKACAUAN BERSIH!!! Hishamuddin Rais Ditangkap Dan Menangis Dalam Kereta Polis



Kredit gambar: Malaysiakini

Jam 10:30 pagi tadi, Hishamuddin Rais, si pengecut yang selalunya berjaya melarikan diri setiap kali polis membuat penguatkuasaan, tidak menjangkakan, dia akan tertangkap lebih awal. Jangkaannya bahawa polis hanya bertindak sebelah petang, ternyata meleset.

Ketika dia selesai berucap di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemuja, Bangsar, enam orang anggota polis berpakaian biasa telah merapatinya dan menahannya. Ketika itu, Hisham sedang cuba mengeluarkan garam dan sapu tangan dari sebuah kereta.

Sebelum diheret masuk ke kereta polis, sempat lagi Hisham sampaikan pesan agar 'para peminatnya' meneruskan 'perjuangan' sepeninggalannya. Berlagak berani sebab banyak mata yang memerhati dan kawan-kawan di sekelilingnya, merupakan sifat semulajadi Hishamuddin Rais.

Tetapi di dalam kereta polis, lain pula ceritanya.


Diapit oleh dua orang anggota polis, Hishamuddin Rais yang cukup terkenal dengan sifat mudah gelabah, menggeletar teruk. Malah, dia meminta izin daripada anggota-anggota polis yang menggiringnya supaya membenarkan dia buang air kecil.

Dan suaranya pula tidak ubah seperti pondan tua yang terlupa makan hormon... terketar-ketar dan hampir menangis.

Itulah orang yang melarikan diri ke negara asing pada tahun 1974 dahulu hanya kerana dia mendengar cerita, yang kononnya dia hendak ditangkap dan disumbat masuk ke Kamunting di bawah ISA sehinggakan pengajiannya di Universiti Malaya terkandas di tengah jalan, manakala ideologi Marxisme Sosialis yang dianutnya semakin lama semakin kabur dan dia sendiri keliru.


BERSIH Konon... Pemimpin Pakatan Seperti Zuraidah, Azmin Ali dan Guan Eng Pun Banyak Terpalit Skandal Penipuan dan Penyelewengan

Friday, 18 November 2016 | 2 comments



AMARAN: Artikel panjang, berkisar kupasan rawak tentang politik tempatan pra-BERSIH 5. Baca dengan tenang dan fikirkan. Artikel ini ditulis bersandarkan satu sisi pandang berbeza.

***

Sejak tahun 1998, saya sudah banyak menyertai perhimpunan awam termasuklah Reformasi 98', Gerakan Mansuh ISA, Gerakan Mansuh PPSMI, BERSIH 1, 2, 3, dan sebagainya.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang menyokong tegar parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi, saya memang sudah masak benar dengan aksi-aksi di jalanan ini.

Namun, setelah banyak gerakan yang saya sertai, daripada Pakatan yang langsung tidak memegang kerusi sehinggalah menang besar di beberapa negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan, kita boleh lihat satu persatu belang dan tanduk sebenar ahli politik Pakatan yang tidak jauh bezanya dengan apa yang UMNO-BN sendiri lakukan.

Ketika dahulu kita dimomokkan dengan isu penyelewengan duit oleh menteri-menteri UMNO, isu penipuan rakyat, isu kenaikan harga barang, dan pelbagai lagi isu. Namun kini, apa yang dulu dimomokkan kepada kita satu persatu terlihat pada pemimpin parti-parti Pakatan.

Kita boleh lihat skandal balak di Kelantan oleh ulamak Kelantan sendiri yang lebih teruk daripada skandal Bauksit di Pahang. Kita boleh lihat sendiri kini bekalan air paip di Kelantan, Selangor pun jauh lebih teruk dari negeri seperti N9 dan Pahang. Kita sendiri boleh lihat bagaimana Lim Guan Eng, Azmin Ali, Zuraidah, Adam Rosly (ini yang didedahkan) mereka semua mengumpul harta tak tumpah seperti apa yang Khir Toyo lakukan di Selangor dahulu.

Apa bezanya sebuah Disneyland di Ampang dengan Mahligai di pinggir Kuala Selangor?

Itu belum kita kira lagi permainan politik orang-orang China yang sangat mengimpikan kejatuhan pimpinan UMNO-BN dalam Malaysia. Dari satu sudut yang lain, kita akan lihat watak Dato Sri Najib Razak tetap dengan pendiriannya walaupun dikutuk, dihina dan dicerca dia tetap menjalankan kerjanya untuk memastikan negara Malaysia tetap kekal kukuh berdiri mandiri.

Satu masa dahulu kita nampak bahawa DAP ingin menguasai politik di negara Malaysia. Kita dapat lihat tindakan-tindakan drastik pemimpin mereka antara lain menghina laungan azan, menceroboh rumah ibadah orang Islam dalam pakaian tidak menutup aurat dan sebagainya lagi. Mereka turut berkempen secara halus bagi melemahkan institusi Islam di negara kita dengan menimbulkan isu seperti LGBT, penghinaan kepada JAKIM dalam isu Hot Dog, memperjuangkan perkahwinan bebas, memperjuangkan kebebasan beragama dan sebagainya. Kesemua ini bukan sekadar untuk melemahkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN, namun misi utama mereka adalah ingin merampas Malaysia dengan cara melemahkan institusi agama Islam bagi menyerang secara halus sistem Raja berperlembagaan dan institusi Kesultanan dinegara kita.

Kerana itulah kita dapat melihat sejak beberapa bulan yang lalu, DS Najib Razak telah dengan terbukanya membuka ikatan baru dengan negara China dan mengambil jalan lebih drastik dengan meletakkan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2017 akan datang. Ini bagi menafikan terus kuasa ekonomi oleh orang Cina tempatan yang dilihat lebih kiasu dan tertutup dalam sektor ekonomi. Kita tahu dan faham akan keinginan Jack Ma dalam menguasai sektor ekonomi dunia, kerana itulah DS Najib pada awalnya telah menandatangani Free Trade Agreement dengan negara bersekutu dalam rangka ekonomi baharu, TPPA. Jadi apa yang dilakukan antara DS Najib dan China dalam ikatan bisnes tadi adalah bagi meneutralkan pegangan ekonomi orang Cina tempatan dan juga TPPA.

Untuk menambahkan lagi kestabilan pegangan ekonomi di negara Malaysia, maka wujudlah cukai GST yang tidak lain akan sedikit sebanyak melemahkan pegangan ekonomi orang Cina dan meningkatkan kadar potensi boleh niaga peniaga Melayu. Kalau dulu peniaga Cina boleh lari dari cukai, maka dengan GST tiada ruang untuk mereka lari lagi. Sektor import dan eksport juga semakin bebas dengan kemasukan investor luar secara terbuka melalui FTA tadi. Oleh itu, bagi menyeimbangkan semula ekonomi yang dikuasai orang Cina tempatan, maka jalannya dengan membawa masuk gergasi besar dari Tanah Besar China, lalu ditandatanganilah satu perjanjian pembinaan lingkaran kereta api laju menghubungkan Kelantan dan Kedah. Maka, secara tidak langsung, ia akan berjaya mendedahkan kerja-kerja kotor pembalak haram di Kelantan dan juga menyaingi pegangan ekonomi Cina tempatan serta meningkatkan kebolehmampuan ekonomi setempat.

***

Di satu sudut kita akan terlihat watak jahat dan sisi jahat DS Najib Razak. Namun, jika diamati, kita akan dapat melihat satu persatu hikmah daripada apa yang terjadi di negara kita.

Besar kefahaman saya mengatakan bahawa apa yang terjadi di negara kita tidak tumpah seperti apa yang terjadi di Syria. Ketika mana tahun 2008 - 2010 dahulu, mereka tidak kurang menyerang kepimpinan mereka sendiri iaitu Bashar Al-Assad dengan pelbagai tohmahan dan kejian antara lain mengatakan mereka dipaksa menyembah Bashar dan akan dibunuh jika tidak menyembahnya.

Namun, setelah masuknya campur tangan orang luar yang terdiri dari pelbagai pejuang yang berpaksikan ajaran Salafi Wahabi Jihadi, maka negara Syria telah bertambah kucar-kacir dan keamanan yang ada telahpun tergugat. Hidup rakyat Syria dibelenggu ketakutan perang antara kerajaan dan orang luar yang masuk menyerang. Maka ketika ini tiada lain orang-orang Syria sendiri terpanggil untuk kembali menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad yang satu masa dahulu telah mereka kutuk, keji dan cerca kerana tiada lain apa yang dijalankan oleh Bashar itu jauh lebih baik daripada belenggu ketakutan yang mereka sendiri undang.

Apakah kalian tidak berfikir, wahai rakyat Malaysia?

***

Lihatlah satu persatu paksi negara bersekutu cuba meninggalkan Amerika. Presiden Deurterte dari Filipina sebagai contoh telah berpusing 360 darjah daripada pro-Amerika menjadi pro-Russia dan China. Kita juga di Malaysia, secara perlahan-lahan sebenarnya telah melemahkan penguasan Amerika di rantau Asia Tenggara dengan mengikat jalinan ikatan perniagaan bebas dengan Iran, China, Filipina dan juga Russia.

Anda boleh lihat sendiri, semua ini berlaku setelah adanya Free Trade Agreement antara Malaysia dan US yang ditandatangani satu masa dahulu oleh DS Najib dan Presiden Obama sendiri. Maka, kita faham dan tahu bahawa ia boleh dikatakan sebagai senjata makan tuan bilamana Malaysia yang cuba dijadikan senjata oleh US di Asia Tenggara, telah dengan sendirinya mematuhi FTA tadi dengan menandatangani ikatan perniagaan dengan Iran, China, Filipina dan Russia. Maka terlaksanalah apa yang telah dikatakan sebagai "FREE TRADE" itu tadi. Maka bebaslah Malaysia berkerjasama dengan negara-negara yang terkena 'sanction' oleh Amerika tadi.

***

Kerana itulah, kita dapat melihat dengan tidak semena-mena, isu BERSIH ditimbulkan kembali pada tahun ini setelah Amerika melihat kegagalan mereka menguasai ekonomi dan politik dalam negara Malaysia. Maka bidak-bidak baru harus dinaikkan dan orang-orang lama mereka harus berkerja lebih keras bagi menggerakkan satu perhimpunan yang mereka kira boleh melemahkan kepimpinan DS Najib Razak. Ini semua digerakkan bagi memastikan kepimpinan yang naik di negara ini akan tetap tunduk kepada Amerika dan patuh kepada terma-terma New World Order. Maka, impian utama mereka bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak, namun dalam masa yang sama mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan juga institusi Kesultanan.

Kebetulan pula, ada antara Raja dan Sultan dalam negara kita yang sememangnya terpalit dengan isu dan skandal tertentu, maka ia dijadikan bahan untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja dan sekaligus, membenci kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Razak sendiri.

Tun Dr Mahatir pula, dari seorang yang sangat menentang perhimpunan di jalanan, dari tahun 98 sehingga 2013, beliaulah yang amat lantang menentang, melawan dan membenci perhimpunan jalanan atau lebih dikenali sebagai demonstrasi jalanan. Namun, hari ini kita dapat lihat beliau dengan tidak malu dan tidak segan, menyarungkan jersi BERSIH 5 dan kemungkinan besar akan turun bersama-sama para pemprotes pada esok hari (19 November 16). Inilah yang dapat kita katakan sebagai "menjilat ludah sendiri". Apa yang pernah di doakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor akan menjadi realiti tidak lama lagi apabila Tun M turun ke jalanan pada esok hari. Maka telah termakbul doa seorang pemimpin yang memperoleh Izzah daripada ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Esa.

Wawasan 2020 hanya tinggal bayangan. Kapsul masa yang ditanam Tun M tidak berjaya direalisasikan. BERSIH 5 telah dicabar keras oleh Gerakan Merah. Pertembungan tiga hala antara mereka - BERSIH - MERAH - PDRM, tidak lain akan mencerminkan perpecahan undi orang Melayu. Watak utaka yang ingin dikedepankan adalah watak orang Melayu. Kerana orang Melayu lah tuan di negara ini. BERSIH 5 juga kali ini dilihat lebih mengkehadapankan orang-orang Melayu berbeza dengan BERSIH 4 dahulu yang lebih dominan dengan peserta Cina.

Maka tidak lain BERSIH 5 telah menjadi pentas bagi individu-individu di dalamnya meraih impian mereka masing-masing. Sebahagian daripada mereka mahu menjatuhkan DS Najib Razak kerana marahkan hal-hal ekonomi, sebahagian daripada mereka mahu mengekalkan kuasa, sebahagian daripada mereka mahu menjalankan agenda sulit yang diarahkan oleh orang luar, sebahagian lagi hanya ikut serta dalam BESIH 5 bagi menjatuhkan DS Najib Razak kerana dilihat gagal melaksanakan wawasan 2020. Tiada lain apa yang terjadi ketika ini adalah 'matlamat menghalalkan cara'.

Pada saat dan ketika ini, sukar bagi kita untuk melihat apa sebenarnya perancangan musuh-musuh negara dan musuh agama Islam, namun akhir nanti maka besarlah kiranya agenda sebenar musuh dapat kita lihat setelah jatuhnya sebuah kepimpinan yang banyak diserang.

Besarlah kita mengambil pelajaran daripada apa yang pernah disabdakan oleh Sayyidina Ali KarramALLAHu Wajhahu sebagai berikut...

"Lihatlah ke mana arah jatuhnya anak panah musuh-musuh Allah, di sana kau akan menemukan yang haq..."

[ Sayyidina Ali RA ]

Maka fikir-fikirkanlah....

Sekian.

***

Artikel asal dipostkan di dalam group: The Untold Story

-bk

18 November 2016

KAMI LEBIH BERSEMANGAT Selepas Maria Chin, Anthony Loke Ditangkap Polis Bukit Aman



Berita penangkapan Maria Chin sedang tersebar dengan pantas menerusi media sosial. Begitu juga dengan penangkapan Anthony Loke, Mandeep Singh, Ronnie Liu serta beberapa individu lain. Kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan di Bandaraya.

Kesemua mereka disiasat di bawah Kanun 151 dan Kanun 147.

Bagaimanapun, penangkapan tersebut dikatakan tidak melemahkan semangat untuk Kuning berhimpun di Kuala Lumpur. Malahan penangkapan-penangkapan berkenaan yang diyakini akan dilepaskan seperti yang berlaku pada BERSIH-BERSIH sebelum ini, akan memeriahkan dan menarik kehadiran lebih ramai penyokong mereka. (RUJUK SINI)





Yang cukup sibuk sekarang adalah barisan peguam. Sivarasa Rasaiah merupakan antara yang terawal mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH akan tetap mengadakan demonstrasi esok walaupun polis telah menahan pemimpin-pemimpin BERSIH dan DAP. Majlis Peguam juga antara yang terawal mengambil sikap berpihak dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana demonstran BERSIH yang ditahan polis tetapi tidak menawarkan bantuan yang serupa kepada peserta MERAH atas alasan MERAH melawan BERSIH.



BERSIH dan demonstrasi esok akan memperlihatkan 'permainan' barisan peguam dan hakim-hakim yang mengendalikan kes BERSIH pada kali ini. Adakah keputusannya masih sama seperti yang berlaku dalam BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0 yang akhirnya menyaksikan kerajaan dan PDRM yang bersalah, malahan dipaksa membayar ganti rugi bernilai ratusan ribu kepada para pemimpin BERSIH, DAP dan PKR.

PDRM telah menggerakkan 7000 orang anggota dan pegawainya untuk mengawal demonstrasi dan ura-ura kekacauan esok.





Pasangan Suami Isteri Pembuli Penjawat Awam Mengaku Bersalah, Tapi Mereka 'Dibebaskan' Sementara Tunggu Rayuan

Friday, 25 November 2016 · 0 comments



Pasangan suami isteri yang menjadi tumpuan dalam viral video di media sosial, hari ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM3000 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka didapati bersalah menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa MBSA. 

Majistret P.Sarulatha menjatuhkan hukuman dan denda itu ke atas Lor Ka Fun dan isterinya Tan Sit Fun selepas kedua-duanya mengaku bersalah di bawah tuduhan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mengganggu seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa daripada menjalankan tugasnya. 

Pasangan suami isteri itu melakukan kesalahan di tempat parkir awam di jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh pada 24 November. 


Mereka bagaimanapun, berjaya memohon penangguhan hukuman apabila majistret membenarkannya bagi membolehkan mereka membuat rayuan ke atas hukuman. 

Kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM2000.

Klip video berkenaan yang berdurasi selama 2 minit lebih menunjukkan pasangan suami isteri itu sedang mengganggu penjawat awam tersebut, menjadi viral dan menimbulkan kemarahan Netizen. 


Pemanipulasian undang-undang memperlihatkan pasangan tersebut berjaya 'membebaskan' diri mereka walaupun secara dasarnya mereka telah dihukum. 

Alasannya, penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan. 

Mereka didapati bersalah kerana mengaku bersalah. Tetapi dalam proses rayuan, serba kemungkinan ada. Apatah lagi mereka juga sudah tentu akan menggunakan khidmat peguam yang akan menggunakan semua pemanipulasian undang-undang bagi menyelamatkan pasangan tersebut. 

Itulah yang mereka lakukan sekarang kalau kita perhatikan setiap gerakan yang dibuat terutama oleh Lim Guan Eng... memanipulasi undang-undang dan menggunakan sebarang kelemahan undang-undang dari segi teknikal untuk membuktikan mereka SUPERIOR.

Lelaki Cuba Cabul Penguatkuasa Wanita MBSA Di Tempat Awam di Sungai Buloh

· 2 comments



Video di atas menjadi viral di Facebook malam tadi selepas dimuatnaik. 

Apa lagi yang boleh dilabelkan melainkan BIADAP!

Amat jelas di dalam klip video berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang lelaki Cina dan seorang wanita Cina yang bukan sahaja menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menarik baju dan mengepungnya, tetapi juga cubaan melakukan perbuatan cabul atau gangguan seksual dilakukan oleh lelaki Cina berkenaan ke atas pegawai tersebut. 


Dalam kejadian yang dirakamkan berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh, pasangan tersebut tidak berpuas hati kerana kereta mereka telah disaman oleh pegawai penguatkuasa berkenaan. 

Untuk menambahkan lagi kesan gertakan, wanita Cina yang dilihat menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut, berlagak seolah-olah dia telah dicederakan oleh pegawai tersebut setiap kali pegawai itu cuba melepaskan dirinya. Setiap kali wanita Cina itu mengadu kesakitan, lelaki Cina itu pula melakukan provokasi melampau dengan menyentuh tubuh pegawai tersebut sambil cuba merakamkan gambar bagi tujuan menggertak dan menakut-nakutkannya agar mengambil semula saman yang telah dikeluarkan.


Rakaman tersebut berakhir apabila seorang awam cuba meleraikan kejadian tersebut sambil diperhatikan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang lain.


Netizen yang telah menonton klip video tersebut telah memuatnaikkan butiran suspek dan nombor pendaftaran kereta selain alamatnya ke Facebook. Butiran tersebut telah dikongsi ramai.

Pada masa yang sama, difahamkan pegawai penguatkuasa tersebut telah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya.



DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 · 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


Khalid Samad Hampir Dibelasah di Parlimen Kalau Bukan Kerana Anggota Keselamatan Melayu Yang Melindunginya!

· 2 comments



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.



Sekatan ke atas Myanmar, Halau Sekali Warga Bukan Islamnya Keluar!

Tuesday, 22 November 2016 · 1 comments



Pergerakan Pemuda UMNO sudah pun mengeluarkan kenyataan, mendesak kerajaan agar mengenakan sekatan ke atas Myanmar. Malah Kerajaan juga didesak agar menyatakan pendirian berhubung kekejaman dan cubaan penghapusan etnik melibatkan kaum Rohingya beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar pada petang Jumaat ini.



Myanmar yang baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar, tidak akan peduli atau ambil kisah dengan sebarang memorandum. Pemencilan negara itu selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa negara terbabit yang berfahaman sosialis demokrat berasakan, mereka boleh hidup tanpa dibantu oleh sesiapa pun.

PAS pula bakal menganjurkan Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara pada 26 November dan menjemput orang ramai untuk menyertai demonstrasi tersebut.



Kekejaman tentera-tentera Myanmar yang membunuh menjahanamkan perkampungan orang Islam di Myanmar sebenarnya sudah sampai ke tahap di mana bantuan perlu diberikan dengan apa cara sekalipun. Malahan Myanmar juga harus dihukum.

Warganya yang bukan beragama Islam di negara ini yang membawa keluar wang Malaysia ke negara mereka bagi membiayai pembunuhan dan pembantaian umat Islam di negara berkenaan, sewajarnya disekat dan dihalau.



Apatah lagi, sudah terdapat di kalangan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan-kawasan yang ditandingi dan kini dikuasai oleh DAP.

Pemuda UMNO dan PAS seharusnya berganding bahu mendesak Kerajaan untuk tidak sahaja mengenakan sekatan keras ke atas Myanmar tetapi juga mengambil tindakan ke atas warga Myanmar yang bukan beragama Islam yang menikmati pelbagai kemudahan dan pekerjaan, kemudian menghantar wang Malaysia ke negara mereka bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Myanmar dibunuh.



TERKANTOI Lebihkan KRONI Untuk Projek Mewah Tahun 2002, Mahathir Salahkan Menteri Kabinet

· 2 comments



Zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan zaman-zaman sebelum itu, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibuka untuk tatapan awam. Apa-apa sahaja penyelewengan dan penyalahgunaan wang negara, hanya diketahui oleh segelintir Ahli Parlimen yang diberikan kesempatan membaca Laporan Ketua Audit. Orang ramai pula hanya dapat mengetahui menerusi kempen dan ceramah oleh Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

Kalau ada pun pada waktu itu bukti, hanyalah salinan-salinan dokumen yang diseludup untuk diberikan kepada masyarakat. Namun ianya dilakukan dalam keadaan paling sembunyi dan penuh kebimbangan.

Sekarang, Laporan Ketua Audit Negara sudah terbuka kepada awam. Sama ada rajin membaca atau tidak sahaja. Sama ada terfikir mengapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SPRM berlandaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara atau tidak sahaja. Sama ada berasa hairan atau tidak, mengapa JPA dan SPA tidak mengambil sebarang tindakan yang lebih tegas terhadap kakitangan terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Mahathir tahu, Laporan Ketua Audit Negara lambat-laun akan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi amalan pada sepanjang tahun-tahun pentabdirannya.

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.  (RUJUK SINI)

Ketika ditanya, Mahathir berkata, Laporan Ketua Audit Negara itu hanyalah satu tuduhan dan tidak disertakan dengan bukti.

Senangnya Mahathir membuat penafian. Sekadar nafi!

Pada tahun 2003, kata Ketua Audit Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan perjanjian konsesi, yang bakal menjadikannya satu projek penswastaan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Bagaimanapun, pada 25 Jun 2003, Kementerian Kewangan memaklumkan (kepada EPU) bahawa kontrak yang ditawarkan kepada MMDC itu adalah kontrak jangka panjang dan bukannya konsesi penswastaan. Oleh itu, satu perjanjian hak eksklusif perlu ditandatangani antara Kementerian Pengangkutan dan MMDC.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan pada 8 Julai 2003, memaklumkan kepada EPU bahawa ia tidak berhasrat untuk menyediakan kertas kerja mengenai perkara berkenaan dan mendapatkan kelulusan kabinet.

Pada 22 Ogos 2005, Kementerian Kewangan bersetuju bahawa MMDC akan diberikan kontrak jangka panjang, bagi tempoh 15 tahun, dengan syarat Kementerian Pengangkutan mendapatkan kelulusan daripada kabinet.

Siasatan mendedahkan bahawa tidak ada bukti bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan kelulusan Kabinet, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Kontrak itu ditandatangani antara MMDC dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada bulan Oktober 2005. Pada masa itu, Mahathir telah bersara dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri kewangan dan juga perdana menteri.

Semakin BESAR KEPALA, DAP Menuntut Mereka Dibebaskan Daripada Undang-Undang Malaysia

Monday, 21 November 2016 · 0 comments



DAP dan PKR sedang bertungkus lumus untuk mewujudkan persepsi bahawa para pemimpin politik, tidak pernah melakukan kesalahan dalam mengancam keselamatan negara terutama sekali di pihak mereka. Sebaliknya pada masa yang sama, amat mengalu-alukan penggunaan undang-undang yang mereka tentang ke atas seperti SOSMA, POCA dan POTA dikenakan ke atas para pemimpin kerajaan.

Sekarang ini, DAP sedang cuba membangkitkan isu yang sama di Dewan Rakyat apabila mempersoalkan penangkapan dan penahanan tiga orang Ahli Parlimen mereka di bawah Undang-Undang Hasutan dan SOSMA.

Kata mereka, penangkapan ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Pakatan itu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang ialah, walaupun mereka mendabik dada kononnya mereka menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, nampaknya dalam isu ini, mereka lebih berpihak kepada kelompok sendiri.



Mereka mahu kumpulan mereka dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mengimport orang asing, menggunakan dana asing, malahan undang-undang perlu dikecualikan ke atas mereka apabila mereka cuba mensabotaj ekonomi negara selain membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik menerusi pelbagai jenis hasutan.

Selama ini KELEMBIKAN dan TOLAK ANSUR BERLEBIHAN pihak berkuasa dan kerajaan, malahan KEPUTUSAN MAHKAMAH yang banyak berpihak kepada Pakatan, membuatkan mereka berasa besar kepala dan memandang hina apa-apa sahaja tindakan penguatkuasaan ke atas mereka.

Adakah sekali lagi Kerajaan akan berlembut dan mengikut kehendak para pemimpin DAP ini sepertimana yang berlaku dalam pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Atau ada pihak asing yang akan mengancam, mengugut dan menggertak kerajaan agar menurut kehendak para pemimpin DAP, sepertimana yang berlaku sebelum ini walaupun pada masa yang sama, keadaan di dalam negara semakin tidak stabil kesan daripada pematuhan tersebut?


Kenyataan KU NAN Semarakkan Kebencian dan Meluat Melayu Kepada UMNO

Sunday, 20 November 2016 · 2 comments



Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.

Tindakan UMNO dan pengumuman yang dibuat oleh Tengku Adnan itu sudah pasti akan menimbulkan satu lagi gelombang kemarahan terhadap kepimpinan UMNO yang dilihat terlalu tunduk dan takut kepada kecaman daripada kumpulan yang didalangi dan diketuai oleh DAP.

Kebanyakan pemimpin UMNO amat berhati-hati dalam membuat teguran terhadap sikap kaum Cina terhadap kerajaan sekarang, sehingga nak sebut Cina pun disebut dengan ca ya nun alif jer. Pemimpin UMNO bimbang dianggap perkauman, tetapi majoriti kaum Cina sekarang sangat jelas membenci kepimpinan UMNO. Mereka maki hamun, kurang ajar dan biadap bahkan ada yang pijak gambar pemimpin melayu dan macam-macam dibuatnya. 

Pemimpin UMNO takut untuk menegur dan mengkritik kaum Cina sedangkan Cina yang menyokong Barisan Nasional hanya sekitar 10% jer pada PRU-13 lalu.



Kebencian dan kebiadapan melampau apabila 'BABI' digandingkan dengan 'NABI'.

BERSIH 1.0 hingga 5.0 membuktikan betapa biadapnya mereka dan mereka menuduh Kerajaan pimpinan UMNO kejam dan anehnya, kebanyakan orang Melayu bahkan orang UMNO sendiri menuduh kerajaan dayus kerana membiarkan kebiadapan melampau itu. 

Mereka bukan sahaja membenci UMNO malah pada hari ini apabila PAS mengambil sikap berkecuali pun mereka sudah mula maki hamun PAS serta membuat pelbagai tuduhan biadap ke atas PAS. Mereka semakin jelas bersikap anti Melayu dan Islam.
Tindakan yang bakal diambil kalau benar seperti yang diumumkan oleh Tengku Adnan, hanya mengabsahkan persepsi terhadap kesongsangan pimpinan UMNO sekarang ini. 


Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?

· 5 comments



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


LAGI MYKAD PALSU! Nama Cina, Pengundi Gelang Patah Tapi Warganegara Myanmar

· 3 comments



Ramai yang tidak begitu peduli dengan ISU BESAR ini walaupun sebahagiannya kuat memekak menuntut pembaharuan pilihanraya dan SPR.

Sebahagian yang memekak itulah juga yang begitu kuat menentang penggunaan sistem biometrik sebaliknya menuntut hanya penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian.

Dan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut. Sistem biometrik yang lebih selamat, akhirnya dilupuskan dan tidak jadi dikuatkuasakan.

Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa khususnya melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara semenjak kebelakangan ini, akhirnya mendedahkan apa yang selama ini diperkatakan iaitu penggunaan MyKad palsu untuk tujuan pilihanraya bagi memastikan parti politik tertentu menang.

Gambar-gambar kad pengenalan di bawah adalah kes melibatkan kad pengenalan palsu yang digunakan oleh warga asing dalam satu operasi pada dua bulan lepas.







Peningkatan pengundi Cina yang sangat drastik berbanding nisbah mereka, telah membuka mata banyak pihak tetapi pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang, termasuklah melakukan pemeriksaan kad pengenalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan kemasukan 'pelancong-pelancong dari China' yang kemudiannya hilang dan tidak keluar-keluar dari Malaysia. Sebaliknya, mereka dikesan memegang kad pengenalan rakyat Malaysia. Apabila diperiksa secara teliti, ternyata kad pengenalan rakyat Malaysia yang mereka pegang adalah kad pengenalan palsu. Gambar di hadapan gambar mereka tetapi gambar rekod adalah orang lain.

Jumlah kad pengenalan hilang yang dilaporkan dilaporkan meningkat secara mendadak semenjak beberapa tahun lepas.





Dalam satu kes melibatkan kad pengenalan palsu. Satu tangkapan ke atas warganegara Myanmar menggunakan kad pengenalan milik orang lain di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam telah dilakukan.

Dan seperti dalam beberapa kes sebelum ini, nama yang digunakan pada kad pengenalan tersebut adalah nama Cina... dan yang lebih menarik ialah merupakan pengundi di Gelang Patah!

Kesemua kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berakhirlah Sudah BERSIH 5.0... Najib Masih PM Malaysia, dan PAS Semakin Jauh Dari DAP-PKR

Saturday, 19 November 2016 · 3 comments



Walau apa pun angka kehadiran yang didakwa oleh BERSIH 5.0 mahupun MERAH, yang pasti, perhimpunan kedua-dua pihak tahun ini adalah GAGAL.

Merah awal-awal lagi sudah cabut meninggalkan medan setelah ketua mereka ditangkap dan ditahan oleh polis.

Kuning BERSIH pula jadi tidak tentu arah apabila orang yang paling mereka musuhi, muncul pada sebelah petang dan menjadikan BERSIH 5.0 sebagai miliknya.

Najib Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan PAS pula menjadi mangsa belasahan kaum BERSIH yang tidak berpuas hati kerana enggan terlibat dan 'membantu' DAP menjatuhkan Najib menerusi demonstrasi jalanan.

Portal-portal pro DAP memberikan angka yang sangat besar ke atas peserta BERSIH 5.0 tetapi memberi angka yang lebih kecil untuk MERAH.



Hakikatnya, gabungan pelbagai parti dan NGO dalam BERSIH 5.0 gagal menghadirkan jumlah yang lebih besar berbanding tahun lepas. Malah terpaksa menipu dengan mengatakan, tahun ini, BERSIH 5.0 dihadiri lebih ramai Melayu sekaligus menunjukkan BERSIH telah diterima oleh orang Melayu, walaupun sebelum itu, DAP serta pelbagai pertubuhan berasaskan Cina telah mengeluarkan arahan lebih awal agar orang Cina tidak datang ke perhimpunan tersebut.

Begitu juga dengan MERAH yang beria-ia dan membuat pelbagai publisiti yang kadang-kadang dilihat tidak masuk akal, bahkan membantu BERSIH untuk dihadiri lebih ramai...

Kuning BERSIH tidak berjaya menggulingkan Najib. Manakala Merah pula, tidak berjaya menghalang BERSIH.

Yang berjaya dan tidak jemu-jemu melayan Kuning BERSIH mahupun Merah adalah PDRM yang diperkuatkan oleh 7,000 orang anggota dan pegawai!


Mahathir dan 'Panglima-Panglimanya' Turun di LRT Bangsar Untuk Sertai BERSIH 5.0

· 1 comments



Hanya selepas memastikan tiada pertumpahan darah dan keselamatan terkawal, akhirnya Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz dengan ditemani oleh juak-juak dan para pengampunya turun menunjukkan diri di BERSIH 5.0 di Bangsar. 



Dengan lagak tidak ubah seperti seorang panglima, Mahathir melangkah tetapi dia agak kecewa kerana jumlah penyertaan demonstrasi tersebut tidak seperti yang dijangkakan walaupun Malaysiakini meletakkan angka Kuning sebagai 20,000 orang manakala Merah pula hanya 4,000 orang - suatu nisbah yang amat pembohong sifatnya memandangkan penyertaan Kuning jauh lebih kecil dari angka tersebut, manakala Merah pula walaupun bukan 300 ribu seperti yang dilaung-laungkan, tetapi jumlahnya hampir menyamai Kuning berdasarkan perhimpunan di Padang Merbok.

KEKACAUAN BERSIH!!! Hishamuddin Rais Ditangkap Dan Menangis Dalam Kereta Polis

· 4 comments



Kredit gambar: Malaysiakini

Jam 10:30 pagi tadi, Hishamuddin Rais, si pengecut yang selalunya berjaya melarikan diri setiap kali polis membuat penguatkuasaan, tidak menjangkakan, dia akan tertangkap lebih awal. Jangkaannya bahawa polis hanya bertindak sebelah petang, ternyata meleset.

Ketika dia selesai berucap di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemuja, Bangsar, enam orang anggota polis berpakaian biasa telah merapatinya dan menahannya. Ketika itu, Hisham sedang cuba mengeluarkan garam dan sapu tangan dari sebuah kereta.

Sebelum diheret masuk ke kereta polis, sempat lagi Hisham sampaikan pesan agar 'para peminatnya' meneruskan 'perjuangan' sepeninggalannya. Berlagak berani sebab banyak mata yang memerhati dan kawan-kawan di sekelilingnya, merupakan sifat semulajadi Hishamuddin Rais.

Tetapi di dalam kereta polis, lain pula ceritanya.


Diapit oleh dua orang anggota polis, Hishamuddin Rais yang cukup terkenal dengan sifat mudah gelabah, menggeletar teruk. Malah, dia meminta izin daripada anggota-anggota polis yang menggiringnya supaya membenarkan dia buang air kecil.

Dan suaranya pula tidak ubah seperti pondan tua yang terlupa makan hormon... terketar-ketar dan hampir menangis.

Itulah orang yang melarikan diri ke negara asing pada tahun 1974 dahulu hanya kerana dia mendengar cerita, yang kononnya dia hendak ditangkap dan disumbat masuk ke Kamunting di bawah ISA sehinggakan pengajiannya di Universiti Malaya terkandas di tengah jalan, manakala ideologi Marxisme Sosialis yang dianutnya semakin lama semakin kabur dan dia sendiri keliru.


BERSIH Konon... Pemimpin Pakatan Seperti Zuraidah, Azmin Ali dan Guan Eng Pun Banyak Terpalit Skandal Penipuan dan Penyelewengan

Friday, 18 November 2016 · 2 comments



AMARAN: Artikel panjang, berkisar kupasan rawak tentang politik tempatan pra-BERSIH 5. Baca dengan tenang dan fikirkan. Artikel ini ditulis bersandarkan satu sisi pandang berbeza.

***

Sejak tahun 1998, saya sudah banyak menyertai perhimpunan awam termasuklah Reformasi 98', Gerakan Mansuh ISA, Gerakan Mansuh PPSMI, BERSIH 1, 2, 3, dan sebagainya.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang menyokong tegar parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi, saya memang sudah masak benar dengan aksi-aksi di jalanan ini.

Namun, setelah banyak gerakan yang saya sertai, daripada Pakatan yang langsung tidak memegang kerusi sehinggalah menang besar di beberapa negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan, kita boleh lihat satu persatu belang dan tanduk sebenar ahli politik Pakatan yang tidak jauh bezanya dengan apa yang UMNO-BN sendiri lakukan.

Ketika dahulu kita dimomokkan dengan isu penyelewengan duit oleh menteri-menteri UMNO, isu penipuan rakyat, isu kenaikan harga barang, dan pelbagai lagi isu. Namun kini, apa yang dulu dimomokkan kepada kita satu persatu terlihat pada pemimpin parti-parti Pakatan.

Kita boleh lihat skandal balak di Kelantan oleh ulamak Kelantan sendiri yang lebih teruk daripada skandal Bauksit di Pahang. Kita boleh lihat sendiri kini bekalan air paip di Kelantan, Selangor pun jauh lebih teruk dari negeri seperti N9 dan Pahang. Kita sendiri boleh lihat bagaimana Lim Guan Eng, Azmin Ali, Zuraidah, Adam Rosly (ini yang didedahkan) mereka semua mengumpul harta tak tumpah seperti apa yang Khir Toyo lakukan di Selangor dahulu.

Apa bezanya sebuah Disneyland di Ampang dengan Mahligai di pinggir Kuala Selangor?

Itu belum kita kira lagi permainan politik orang-orang China yang sangat mengimpikan kejatuhan pimpinan UMNO-BN dalam Malaysia. Dari satu sudut yang lain, kita akan lihat watak Dato Sri Najib Razak tetap dengan pendiriannya walaupun dikutuk, dihina dan dicerca dia tetap menjalankan kerjanya untuk memastikan negara Malaysia tetap kekal kukuh berdiri mandiri.

Satu masa dahulu kita nampak bahawa DAP ingin menguasai politik di negara Malaysia. Kita dapat lihat tindakan-tindakan drastik pemimpin mereka antara lain menghina laungan azan, menceroboh rumah ibadah orang Islam dalam pakaian tidak menutup aurat dan sebagainya lagi. Mereka turut berkempen secara halus bagi melemahkan institusi Islam di negara kita dengan menimbulkan isu seperti LGBT, penghinaan kepada JAKIM dalam isu Hot Dog, memperjuangkan perkahwinan bebas, memperjuangkan kebebasan beragama dan sebagainya. Kesemua ini bukan sekadar untuk melemahkan kepimpinan kerajaan UMNO-BN, namun misi utama mereka adalah ingin merampas Malaysia dengan cara melemahkan institusi agama Islam bagi menyerang secara halus sistem Raja berperlembagaan dan institusi Kesultanan dinegara kita.

Kerana itulah kita dapat melihat sejak beberapa bulan yang lalu, DS Najib Razak telah dengan terbukanya membuka ikatan baru dengan negara China dan mengambil jalan lebih drastik dengan meletakkan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2017 akan datang. Ini bagi menafikan terus kuasa ekonomi oleh orang Cina tempatan yang dilihat lebih kiasu dan tertutup dalam sektor ekonomi. Kita tahu dan faham akan keinginan Jack Ma dalam menguasai sektor ekonomi dunia, kerana itulah DS Najib pada awalnya telah menandatangani Free Trade Agreement dengan negara bersekutu dalam rangka ekonomi baharu, TPPA. Jadi apa yang dilakukan antara DS Najib dan China dalam ikatan bisnes tadi adalah bagi meneutralkan pegangan ekonomi orang Cina tempatan dan juga TPPA.

Untuk menambahkan lagi kestabilan pegangan ekonomi di negara Malaysia, maka wujudlah cukai GST yang tidak lain akan sedikit sebanyak melemahkan pegangan ekonomi orang Cina dan meningkatkan kadar potensi boleh niaga peniaga Melayu. Kalau dulu peniaga Cina boleh lari dari cukai, maka dengan GST tiada ruang untuk mereka lari lagi. Sektor import dan eksport juga semakin bebas dengan kemasukan investor luar secara terbuka melalui FTA tadi. Oleh itu, bagi menyeimbangkan semula ekonomi yang dikuasai orang Cina tempatan, maka jalannya dengan membawa masuk gergasi besar dari Tanah Besar China, lalu ditandatanganilah satu perjanjian pembinaan lingkaran kereta api laju menghubungkan Kelantan dan Kedah. Maka, secara tidak langsung, ia akan berjaya mendedahkan kerja-kerja kotor pembalak haram di Kelantan dan juga menyaingi pegangan ekonomi Cina tempatan serta meningkatkan kebolehmampuan ekonomi setempat.

***

Di satu sudut kita akan terlihat watak jahat dan sisi jahat DS Najib Razak. Namun, jika diamati, kita akan dapat melihat satu persatu hikmah daripada apa yang terjadi di negara kita.

Besar kefahaman saya mengatakan bahawa apa yang terjadi di negara kita tidak tumpah seperti apa yang terjadi di Syria. Ketika mana tahun 2008 - 2010 dahulu, mereka tidak kurang menyerang kepimpinan mereka sendiri iaitu Bashar Al-Assad dengan pelbagai tohmahan dan kejian antara lain mengatakan mereka dipaksa menyembah Bashar dan akan dibunuh jika tidak menyembahnya.

Namun, setelah masuknya campur tangan orang luar yang terdiri dari pelbagai pejuang yang berpaksikan ajaran Salafi Wahabi Jihadi, maka negara Syria telah bertambah kucar-kacir dan keamanan yang ada telahpun tergugat. Hidup rakyat Syria dibelenggu ketakutan perang antara kerajaan dan orang luar yang masuk menyerang. Maka ketika ini tiada lain orang-orang Syria sendiri terpanggil untuk kembali menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad yang satu masa dahulu telah mereka kutuk, keji dan cerca kerana tiada lain apa yang dijalankan oleh Bashar itu jauh lebih baik daripada belenggu ketakutan yang mereka sendiri undang.

Apakah kalian tidak berfikir, wahai rakyat Malaysia?

***

Lihatlah satu persatu paksi negara bersekutu cuba meninggalkan Amerika. Presiden Deurterte dari Filipina sebagai contoh telah berpusing 360 darjah daripada pro-Amerika menjadi pro-Russia dan China. Kita juga di Malaysia, secara perlahan-lahan sebenarnya telah melemahkan penguasan Amerika di rantau Asia Tenggara dengan mengikat jalinan ikatan perniagaan bebas dengan Iran, China, Filipina dan juga Russia.

Anda boleh lihat sendiri, semua ini berlaku setelah adanya Free Trade Agreement antara Malaysia dan US yang ditandatangani satu masa dahulu oleh DS Najib dan Presiden Obama sendiri. Maka, kita faham dan tahu bahawa ia boleh dikatakan sebagai senjata makan tuan bilamana Malaysia yang cuba dijadikan senjata oleh US di Asia Tenggara, telah dengan sendirinya mematuhi FTA tadi dengan menandatangani ikatan perniagaan dengan Iran, China, Filipina dan Russia. Maka terlaksanalah apa yang telah dikatakan sebagai "FREE TRADE" itu tadi. Maka bebaslah Malaysia berkerjasama dengan negara-negara yang terkena 'sanction' oleh Amerika tadi.

***

Kerana itulah, kita dapat melihat dengan tidak semena-mena, isu BERSIH ditimbulkan kembali pada tahun ini setelah Amerika melihat kegagalan mereka menguasai ekonomi dan politik dalam negara Malaysia. Maka bidak-bidak baru harus dinaikkan dan orang-orang lama mereka harus berkerja lebih keras bagi menggerakkan satu perhimpunan yang mereka kira boleh melemahkan kepimpinan DS Najib Razak. Ini semua digerakkan bagi memastikan kepimpinan yang naik di negara ini akan tetap tunduk kepada Amerika dan patuh kepada terma-terma New World Order. Maka, impian utama mereka bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak, namun dalam masa yang sama mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan juga institusi Kesultanan.

Kebetulan pula, ada antara Raja dan Sultan dalam negara kita yang sememangnya terpalit dengan isu dan skandal tertentu, maka ia dijadikan bahan untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja dan sekaligus, membenci kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Razak sendiri.

Tun Dr Mahatir pula, dari seorang yang sangat menentang perhimpunan di jalanan, dari tahun 98 sehingga 2013, beliaulah yang amat lantang menentang, melawan dan membenci perhimpunan jalanan atau lebih dikenali sebagai demonstrasi jalanan. Namun, hari ini kita dapat lihat beliau dengan tidak malu dan tidak segan, menyarungkan jersi BERSIH 5 dan kemungkinan besar akan turun bersama-sama para pemprotes pada esok hari (19 November 16). Inilah yang dapat kita katakan sebagai "menjilat ludah sendiri". Apa yang pernah di doakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor akan menjadi realiti tidak lama lagi apabila Tun M turun ke jalanan pada esok hari. Maka telah termakbul doa seorang pemimpin yang memperoleh Izzah daripada ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Esa.

Wawasan 2020 hanya tinggal bayangan. Kapsul masa yang ditanam Tun M tidak berjaya direalisasikan. BERSIH 5 telah dicabar keras oleh Gerakan Merah. Pertembungan tiga hala antara mereka - BERSIH - MERAH - PDRM, tidak lain akan mencerminkan perpecahan undi orang Melayu. Watak utaka yang ingin dikedepankan adalah watak orang Melayu. Kerana orang Melayu lah tuan di negara ini. BERSIH 5 juga kali ini dilihat lebih mengkehadapankan orang-orang Melayu berbeza dengan BERSIH 4 dahulu yang lebih dominan dengan peserta Cina.

Maka tidak lain BERSIH 5 telah menjadi pentas bagi individu-individu di dalamnya meraih impian mereka masing-masing. Sebahagian daripada mereka mahu menjatuhkan DS Najib Razak kerana marahkan hal-hal ekonomi, sebahagian daripada mereka mahu mengekalkan kuasa, sebahagian daripada mereka mahu menjalankan agenda sulit yang diarahkan oleh orang luar, sebahagian lagi hanya ikut serta dalam BESIH 5 bagi menjatuhkan DS Najib Razak kerana dilihat gagal melaksanakan wawasan 2020. Tiada lain apa yang terjadi ketika ini adalah 'matlamat menghalalkan cara'.

Pada saat dan ketika ini, sukar bagi kita untuk melihat apa sebenarnya perancangan musuh-musuh negara dan musuh agama Islam, namun akhir nanti maka besarlah kiranya agenda sebenar musuh dapat kita lihat setelah jatuhnya sebuah kepimpinan yang banyak diserang.

Besarlah kita mengambil pelajaran daripada apa yang pernah disabdakan oleh Sayyidina Ali KarramALLAHu Wajhahu sebagai berikut...

"Lihatlah ke mana arah jatuhnya anak panah musuh-musuh Allah, di sana kau akan menemukan yang haq..."

[ Sayyidina Ali RA ]

Maka fikir-fikirkanlah....

Sekian.

***

Artikel asal dipostkan di dalam group: The Untold Story

-bk

18 November 2016

KAMI LEBIH BERSEMANGAT Selepas Maria Chin, Anthony Loke Ditangkap Polis Bukit Aman

· 0 comments



Berita penangkapan Maria Chin sedang tersebar dengan pantas menerusi media sosial. Begitu juga dengan penangkapan Anthony Loke, Mandeep Singh, Ronnie Liu serta beberapa individu lain. Kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan di Bandaraya.

Kesemua mereka disiasat di bawah Kanun 151 dan Kanun 147.

Bagaimanapun, penangkapan tersebut dikatakan tidak melemahkan semangat untuk Kuning berhimpun di Kuala Lumpur. Malahan penangkapan-penangkapan berkenaan yang diyakini akan dilepaskan seperti yang berlaku pada BERSIH-BERSIH sebelum ini, akan memeriahkan dan menarik kehadiran lebih ramai penyokong mereka. (RUJUK SINI)





Yang cukup sibuk sekarang adalah barisan peguam. Sivarasa Rasaiah merupakan antara yang terawal mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH akan tetap mengadakan demonstrasi esok walaupun polis telah menahan pemimpin-pemimpin BERSIH dan DAP. Majlis Peguam juga antara yang terawal mengambil sikap berpihak dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana demonstran BERSIH yang ditahan polis tetapi tidak menawarkan bantuan yang serupa kepada peserta MERAH atas alasan MERAH melawan BERSIH.



BERSIH dan demonstrasi esok akan memperlihatkan 'permainan' barisan peguam dan hakim-hakim yang mengendalikan kes BERSIH pada kali ini. Adakah keputusannya masih sama seperti yang berlaku dalam BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0 yang akhirnya menyaksikan kerajaan dan PDRM yang bersalah, malahan dipaksa membayar ganti rugi bernilai ratusan ribu kepada para pemimpin BERSIH, DAP dan PKR.

PDRM telah menggerakkan 7000 orang anggota dan pegawainya untuk mengawal demonstrasi dan ura-ura kekacauan esok.





 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks