Kes Amuk Berkumpulan di Sabah, Seorang Ditebas Leher dan Seorang Ditebas Kepala

Thursday, 15 December 2016 | 0 comments


Suspek, Amiruddin Bacho, 26 tahun yang beralamat di Kampung Pasir Putih, Tawau.

Seorang remaja lelaki maut, manakala tiga lagi parah selepas dipercayai diserang dua orang lelaki tidak dikenali berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

Suspek 2

Suspek 3

Dalam kejadian pukul 4:15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yaacob Nasran, 17 ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan pada dahi dan lehernya di lokasi tersebut. Ketika kejadian mangsa bersama-sama tujuh orang rakannya yang berusia antara 18 sehingga 20 tahun dikatakan baru sahaja keluar dari pusat hiburan berkenaan.

Sebaik sahaja kumpulan remaja itu keluar, mereka terserempak seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima bangunan terbabit.

Siasatan awal kemudiannya mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu, bersama seorang sepupu lelakinya. Tidak cukup dengan itu, suspek juga dikatakan telah memanggil kawan-kawannya yang lain.

Suspek kemudiannya mencapai sebilah parang lalu menghayunnya ke arah kumpulan remaja berkenaan dan seorang mangsa kemudiannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher sehingga menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya yang parah kini dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



BERITA TERKINI:

Suspek bernama AMIRUDDIN BIN BACHO telah menyerah diri dan berjaya ditahan oleh pihak polis.

Polis sebelum itu telah melancarkan gerakan mencari dan mengesan 2 suspek utama yang terbabit dalam kes bunuh di sebuah pub di Asia City awal pagi tadi.

Lebih kurang jam 10:00 pagi, sebuah rumah di Batu Padang, Kota Kinabalu telah diserbu dan dua orang suspek telah ditangkap. Kedua-dua suspek yang berusia 26 tahun dan 24 tahun serta bekerja sebagai penarik kereta itu, telah berjaya diberkas.

Sebelum itu, sejam lebih awal, empat orang pekerja pub tersebut terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 23, 28, 30 dan 31 tahun, turut ditahan. Dua orang daripada mereka adalah bouncer pub tersebut, manakala suspek wanita yang berusia 30 tahun adalah pengurus pub. Manakala suspek wanita berusia 23 tahun pula adalah pelayan di pub tersebut.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan direman.

Polis yakin, penahanan keenam-enam suspek tersebut telah berjaya menyelesaikan kes bunuh tersebut dalam tempoh 6 jam.



Di Sebalik Jaminan Polis, Jenayah Terkawal, Pembunuhan 'Datuk M' Menunjukkan Gangster dan Kongsi Gelap Berleluasa

Monday, 5 December 2016 | 2 comments



Ada semacam misteri yang menyelubungi kes membabitkan Datuk Ong Teik Kwang yang mati ditembak oleh pengawal peribadinya pada Khamis lalu.

Misteri tersebut terletak bukan sahaja kepada pembunuhnya tetapi juga kepada gelaran Datuk yang diterima oleh Ong Teik Kwang dari Istana Pahang.

Ong Teik Kwang merupakan Ketua Geng 24 yang terlibat dalam pembunuhan, pemerasugutan dan pengedaran dadah. (RUJUK SINI)


Polis menyatakan, pergerakan Ong Teik Kwong, 32, telah dipantau malah polis juga telah mendapat maklumat bahawa anggota-anggota gangster yang diketuai oleh Ong Teik Kwong terlibat dalam memeras ugut wang perlindungan. Bagaimanapun, polis tidak pernah menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa sekaligus tidak membolehkan polis bertindak.

Kumpulan tersebut juga terlibat sebagai pemberi pinjaman wang haram.

Geng 24 menjadi terkenal apabila bergabung dengan Kumpulan Sio Sam Ong (Tiga Maharaja Kecil) yang menjadi dalang kepada pembunuhan enam orang di Taman Bersatu, Sungai Petani ketika majlis makan malam pra-perkahwinan pada September 1992.


Sio Sam Ong sendiri terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pembunuhan di Pulau Pinang, bermula dari penghujung 1980-an sehingga 1990-an. 

Lima rangka manusia yang dipercayai anggota kumpulan, telah ditemui dengan tangan terikat di belakang di dalam sebuah kubur tidak bertanda di Mount Erskine pada tahun 1992. Kesemua mereka dibunuh kerana dituduh membeloti kumpulan berkenaan.

Ong juga merupakan antara beberapa orang yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang penjual VCD dalam serangan berparang melibatkan beberapa orang lelaki pada tahun 2011.


Julai tahun lepas, polis merampas dadah bernilai RM1.5 juta dan lebih RM1 juta dalam bentuk wang tunai ekoran penangkapan lima orang lelaki termasuklah tiga orang anggota Sio Sam Ong dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang. 

Ong yang turut dikenali sebagai 'Datuk M' atau 'Datuk Muda', menjadi antara penerima paling muda anugerah yang membawa gelaran Datuk. Dilaporkan rakan-rakannya dan beberapa buah syarikat telah membeli 50 muka surat iklan yang bernilai lebih RM150,000 dalam akhbar berbahasa Cina untuk mengucapkan tahniah kepadanya. 


Sebuah blog tengkugoh.blogspot.com turut pada Oktober lalu turut mendedahkan tentang seorang lagi kepala gangster yang menguasai pelbagai jenayah, perjudian serta kegiatan maksiat di Johor, Melaka dan Pahang. 

Pendedahan tentang Goh Cheng Poh bagaimanapun, kurang diberikan perhatian walaupun penguasaan jenayahnya amat ketara.


Berbohong dan Kemudian Melakukan Hasutan, Pemegang Akaun Twitter Diburu Polis Kerana Tuduh UMNO Buat Penghapusan Kaum Pada 13 Mei 1969 dan Kampung Medan 2001

Sunday, 4 December 2016 | 0 comments



Besar Kepala dan Ambil Kesempatan!

Itulah yang boleh disifatkan kepada seorang pemegang akaun Twitter yang kini sedang menjadi buruan pihak polis apabila dia melabelkan UMNO sebagai 'Nazi' yang terlibat dalam 'penghapusan etnik'. 

Dalam jawapan balasnnya kepada tweet yang dibuat oleh Afif Bahardin dari PKR, bagaimana Barisan Nasional telah menolak usul di Parlimen untuk berdebat berhubung isu Rohingya, pengguna tersebut yang menggunakan akaun @bvadivel, kemudiannya menuduh, UMNO terlibat dalam 'penghapusan etnik' semasa 13 Mei 1969 dan kekecohan 2001 di Kampung Medan membabitkan pertembungan gangsterime, sedangkan fakta-fakta sedia ada dan tidak mampu dinafikan oleh DAP serta pembangkang adalah pembabitan mereka secara langsung dalam kedua-dua tragedi tersebut. 

Berbanding UMNO yang cuba 'menipu sejarah' dengan tidak memasukkan langsung cerita atau kisah 13 Mei 1969 mahupun tragedi di Kampung Medan 2001, pihak yang bertentangan pula cuba menimbulkan kedua-dua isu tersebut dengan fakta-fakta rekaan mereka sendiri bagi menyemarakkan semangat perkauman dan kekacauan.

@bvdaviel menulis: 

"@afifbahardin 1969 ethnic cleansing of Chinese in KL. 2001 ethnic cleansing of Indians in Kg Medan. Both by UMNO Nazis."

Tweet tersebut menarik perhatian Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang kemudiannya mengarahkan Pusat Respons Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menangani masalah tersebut. 

'PCIRC @PDRMsia kesan pemegang tweet ini dan ambil tindakan kerana hasutan dan menyalahguna media sosial."

Akaun Twitter @bvadivel kemudiannya dinyahaktifkan oleh pemilik. 


Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 | 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


Pasangan Suami Isteri Pembuli Penjawat Awam Mengaku Bersalah, Tapi Mereka 'Dibebaskan' Sementara Tunggu Rayuan

Friday, 25 November 2016 | 0 comments



Pasangan suami isteri yang menjadi tumpuan dalam viral video di media sosial, hari ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM3000 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka didapati bersalah menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa MBSA. 

Majistret P.Sarulatha menjatuhkan hukuman dan denda itu ke atas Lor Ka Fun dan isterinya Tan Sit Fun selepas kedua-duanya mengaku bersalah di bawah tuduhan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mengganggu seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa daripada menjalankan tugasnya. 

Pasangan suami isteri itu melakukan kesalahan di tempat parkir awam di jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh pada 24 November. 


Mereka bagaimanapun, berjaya memohon penangguhan hukuman apabila majistret membenarkannya bagi membolehkan mereka membuat rayuan ke atas hukuman. 

Kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM2000.

Klip video berkenaan yang berdurasi selama 2 minit lebih menunjukkan pasangan suami isteri itu sedang mengganggu penjawat awam tersebut, menjadi viral dan menimbulkan kemarahan Netizen. 


Pemanipulasian undang-undang memperlihatkan pasangan tersebut berjaya 'membebaskan' diri mereka walaupun secara dasarnya mereka telah dihukum. 

Alasannya, penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan. 

Mereka didapati bersalah kerana mengaku bersalah. Tetapi dalam proses rayuan, serba kemungkinan ada. Apatah lagi mereka juga sudah tentu akan menggunakan khidmat peguam yang akan menggunakan semua pemanipulasian undang-undang bagi menyelamatkan pasangan tersebut. 

Itulah yang mereka lakukan sekarang kalau kita perhatikan setiap gerakan yang dibuat terutama oleh Lim Guan Eng... memanipulasi undang-undang dan menggunakan sebarang kelemahan undang-undang dari segi teknikal untuk membuktikan mereka SUPERIOR.

Lelaki Cuba Cabul Penguatkuasa Wanita MBSA Di Tempat Awam di Sungai Buloh



Video di atas menjadi viral di Facebook malam tadi selepas dimuatnaik. 

Apa lagi yang boleh dilabelkan melainkan BIADAP!

Amat jelas di dalam klip video berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang lelaki Cina dan seorang wanita Cina yang bukan sahaja menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menarik baju dan mengepungnya, tetapi juga cubaan melakukan perbuatan cabul atau gangguan seksual dilakukan oleh lelaki Cina berkenaan ke atas pegawai tersebut. 


Dalam kejadian yang dirakamkan berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh, pasangan tersebut tidak berpuas hati kerana kereta mereka telah disaman oleh pegawai penguatkuasa berkenaan. 

Untuk menambahkan lagi kesan gertakan, wanita Cina yang dilihat menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut, berlagak seolah-olah dia telah dicederakan oleh pegawai tersebut setiap kali pegawai itu cuba melepaskan dirinya. Setiap kali wanita Cina itu mengadu kesakitan, lelaki Cina itu pula melakukan provokasi melampau dengan menyentuh tubuh pegawai tersebut sambil cuba merakamkan gambar bagi tujuan menggertak dan menakut-nakutkannya agar mengambil semula saman yang telah dikeluarkan.


Rakaman tersebut berakhir apabila seorang awam cuba meleraikan kejadian tersebut sambil diperhatikan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang lain.


Netizen yang telah menonton klip video tersebut telah memuatnaikkan butiran suspek dan nombor pendaftaran kereta selain alamatnya ke Facebook. Butiran tersebut telah dikongsi ramai.

Pada masa yang sama, difahamkan pegawai penguatkuasa tersebut telah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya.



DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 | 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


Khalid Samad Hampir Dibelasah di Parlimen Kalau Bukan Kerana Anggota Keselamatan Melayu Yang Melindunginya!



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.



Sekatan ke atas Myanmar, Halau Sekali Warga Bukan Islamnya Keluar!

Tuesday, 22 November 2016 | 1 comments



Pergerakan Pemuda UMNO sudah pun mengeluarkan kenyataan, mendesak kerajaan agar mengenakan sekatan ke atas Myanmar. Malah Kerajaan juga didesak agar menyatakan pendirian berhubung kekejaman dan cubaan penghapusan etnik melibatkan kaum Rohingya beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar pada petang Jumaat ini.



Myanmar yang baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar, tidak akan peduli atau ambil kisah dengan sebarang memorandum. Pemencilan negara itu selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa negara terbabit yang berfahaman sosialis demokrat berasakan, mereka boleh hidup tanpa dibantu oleh sesiapa pun.

PAS pula bakal menganjurkan Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara pada 26 November dan menjemput orang ramai untuk menyertai demonstrasi tersebut.



Kekejaman tentera-tentera Myanmar yang membunuh menjahanamkan perkampungan orang Islam di Myanmar sebenarnya sudah sampai ke tahap di mana bantuan perlu diberikan dengan apa cara sekalipun. Malahan Myanmar juga harus dihukum.

Warganya yang bukan beragama Islam di negara ini yang membawa keluar wang Malaysia ke negara mereka bagi membiayai pembunuhan dan pembantaian umat Islam di negara berkenaan, sewajarnya disekat dan dihalau.



Apatah lagi, sudah terdapat di kalangan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan-kawasan yang ditandingi dan kini dikuasai oleh DAP.

Pemuda UMNO dan PAS seharusnya berganding bahu mendesak Kerajaan untuk tidak sahaja mengenakan sekatan keras ke atas Myanmar tetapi juga mengambil tindakan ke atas warga Myanmar yang bukan beragama Islam yang menikmati pelbagai kemudahan dan pekerjaan, kemudian menghantar wang Malaysia ke negara mereka bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Myanmar dibunuh.



TERKANTOI Lebihkan KRONI Untuk Projek Mewah Tahun 2002, Mahathir Salahkan Menteri Kabinet



Zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan zaman-zaman sebelum itu, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibuka untuk tatapan awam. Apa-apa sahaja penyelewengan dan penyalahgunaan wang negara, hanya diketahui oleh segelintir Ahli Parlimen yang diberikan kesempatan membaca Laporan Ketua Audit. Orang ramai pula hanya dapat mengetahui menerusi kempen dan ceramah oleh Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

Kalau ada pun pada waktu itu bukti, hanyalah salinan-salinan dokumen yang diseludup untuk diberikan kepada masyarakat. Namun ianya dilakukan dalam keadaan paling sembunyi dan penuh kebimbangan.

Sekarang, Laporan Ketua Audit Negara sudah terbuka kepada awam. Sama ada rajin membaca atau tidak sahaja. Sama ada terfikir mengapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SPRM berlandaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara atau tidak sahaja. Sama ada berasa hairan atau tidak, mengapa JPA dan SPA tidak mengambil sebarang tindakan yang lebih tegas terhadap kakitangan terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Mahathir tahu, Laporan Ketua Audit Negara lambat-laun akan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi amalan pada sepanjang tahun-tahun pentabdirannya.

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.  (RUJUK SINI)

Ketika ditanya, Mahathir berkata, Laporan Ketua Audit Negara itu hanyalah satu tuduhan dan tidak disertakan dengan bukti.

Senangnya Mahathir membuat penafian. Sekadar nafi!

Pada tahun 2003, kata Ketua Audit Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan perjanjian konsesi, yang bakal menjadikannya satu projek penswastaan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Bagaimanapun, pada 25 Jun 2003, Kementerian Kewangan memaklumkan (kepada EPU) bahawa kontrak yang ditawarkan kepada MMDC itu adalah kontrak jangka panjang dan bukannya konsesi penswastaan. Oleh itu, satu perjanjian hak eksklusif perlu ditandatangani antara Kementerian Pengangkutan dan MMDC.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan pada 8 Julai 2003, memaklumkan kepada EPU bahawa ia tidak berhasrat untuk menyediakan kertas kerja mengenai perkara berkenaan dan mendapatkan kelulusan kabinet.

Pada 22 Ogos 2005, Kementerian Kewangan bersetuju bahawa MMDC akan diberikan kontrak jangka panjang, bagi tempoh 15 tahun, dengan syarat Kementerian Pengangkutan mendapatkan kelulusan daripada kabinet.

Siasatan mendedahkan bahawa tidak ada bukti bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan kelulusan Kabinet, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Kontrak itu ditandatangani antara MMDC dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada bulan Oktober 2005. Pada masa itu, Mahathir telah bersara dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri kewangan dan juga perdana menteri.

Semakin BESAR KEPALA, DAP Menuntut Mereka Dibebaskan Daripada Undang-Undang Malaysia

Monday, 21 November 2016 | 0 comments



DAP dan PKR sedang bertungkus lumus untuk mewujudkan persepsi bahawa para pemimpin politik, tidak pernah melakukan kesalahan dalam mengancam keselamatan negara terutama sekali di pihak mereka. Sebaliknya pada masa yang sama, amat mengalu-alukan penggunaan undang-undang yang mereka tentang ke atas seperti SOSMA, POCA dan POTA dikenakan ke atas para pemimpin kerajaan.

Sekarang ini, DAP sedang cuba membangkitkan isu yang sama di Dewan Rakyat apabila mempersoalkan penangkapan dan penahanan tiga orang Ahli Parlimen mereka di bawah Undang-Undang Hasutan dan SOSMA.

Kata mereka, penangkapan ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Pakatan itu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang ialah, walaupun mereka mendabik dada kononnya mereka menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, nampaknya dalam isu ini, mereka lebih berpihak kepada kelompok sendiri.



Mereka mahu kumpulan mereka dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mengimport orang asing, menggunakan dana asing, malahan undang-undang perlu dikecualikan ke atas mereka apabila mereka cuba mensabotaj ekonomi negara selain membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik menerusi pelbagai jenis hasutan.

Selama ini KELEMBIKAN dan TOLAK ANSUR BERLEBIHAN pihak berkuasa dan kerajaan, malahan KEPUTUSAN MAHKAMAH yang banyak berpihak kepada Pakatan, membuatkan mereka berasa besar kepala dan memandang hina apa-apa sahaja tindakan penguatkuasaan ke atas mereka.

Adakah sekali lagi Kerajaan akan berlembut dan mengikut kehendak para pemimpin DAP ini sepertimana yang berlaku dalam pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Atau ada pihak asing yang akan mengancam, mengugut dan menggertak kerajaan agar menurut kehendak para pemimpin DAP, sepertimana yang berlaku sebelum ini walaupun pada masa yang sama, keadaan di dalam negara semakin tidak stabil kesan daripada pematuhan tersebut?


Kenyataan KU NAN Semarakkan Kebencian dan Meluat Melayu Kepada UMNO

Sunday, 20 November 2016 | 2 comments



Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.

Tindakan UMNO dan pengumuman yang dibuat oleh Tengku Adnan itu sudah pasti akan menimbulkan satu lagi gelombang kemarahan terhadap kepimpinan UMNO yang dilihat terlalu tunduk dan takut kepada kecaman daripada kumpulan yang didalangi dan diketuai oleh DAP.

Kebanyakan pemimpin UMNO amat berhati-hati dalam membuat teguran terhadap sikap kaum Cina terhadap kerajaan sekarang, sehingga nak sebut Cina pun disebut dengan ca ya nun alif jer. Pemimpin UMNO bimbang dianggap perkauman, tetapi majoriti kaum Cina sekarang sangat jelas membenci kepimpinan UMNO. Mereka maki hamun, kurang ajar dan biadap bahkan ada yang pijak gambar pemimpin melayu dan macam-macam dibuatnya. 

Pemimpin UMNO takut untuk menegur dan mengkritik kaum Cina sedangkan Cina yang menyokong Barisan Nasional hanya sekitar 10% jer pada PRU-13 lalu.



Kebencian dan kebiadapan melampau apabila 'BABI' digandingkan dengan 'NABI'.

BERSIH 1.0 hingga 5.0 membuktikan betapa biadapnya mereka dan mereka menuduh Kerajaan pimpinan UMNO kejam dan anehnya, kebanyakan orang Melayu bahkan orang UMNO sendiri menuduh kerajaan dayus kerana membiarkan kebiadapan melampau itu. 

Mereka bukan sahaja membenci UMNO malah pada hari ini apabila PAS mengambil sikap berkecuali pun mereka sudah mula maki hamun PAS serta membuat pelbagai tuduhan biadap ke atas PAS. Mereka semakin jelas bersikap anti Melayu dan Islam.
Tindakan yang bakal diambil kalau benar seperti yang diumumkan oleh Tengku Adnan, hanya mengabsahkan persepsi terhadap kesongsangan pimpinan UMNO sekarang ini. 


Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


LAGI MYKAD PALSU! Nama Cina, Pengundi Gelang Patah Tapi Warganegara Myanmar



Ramai yang tidak begitu peduli dengan ISU BESAR ini walaupun sebahagiannya kuat memekak menuntut pembaharuan pilihanraya dan SPR.

Sebahagian yang memekak itulah juga yang begitu kuat menentang penggunaan sistem biometrik sebaliknya menuntut hanya penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian.

Dan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut. Sistem biometrik yang lebih selamat, akhirnya dilupuskan dan tidak jadi dikuatkuasakan.

Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa khususnya melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara semenjak kebelakangan ini, akhirnya mendedahkan apa yang selama ini diperkatakan iaitu penggunaan MyKad palsu untuk tujuan pilihanraya bagi memastikan parti politik tertentu menang.

Gambar-gambar kad pengenalan di bawah adalah kes melibatkan kad pengenalan palsu yang digunakan oleh warga asing dalam satu operasi pada dua bulan lepas.







Peningkatan pengundi Cina yang sangat drastik berbanding nisbah mereka, telah membuka mata banyak pihak tetapi pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang, termasuklah melakukan pemeriksaan kad pengenalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan kemasukan 'pelancong-pelancong dari China' yang kemudiannya hilang dan tidak keluar-keluar dari Malaysia. Sebaliknya, mereka dikesan memegang kad pengenalan rakyat Malaysia. Apabila diperiksa secara teliti, ternyata kad pengenalan rakyat Malaysia yang mereka pegang adalah kad pengenalan palsu. Gambar di hadapan gambar mereka tetapi gambar rekod adalah orang lain.

Jumlah kad pengenalan hilang yang dilaporkan dilaporkan meningkat secara mendadak semenjak beberapa tahun lepas.





Dalam satu kes melibatkan kad pengenalan palsu. Satu tangkapan ke atas warganegara Myanmar menggunakan kad pengenalan milik orang lain di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam telah dilakukan.

Dan seperti dalam beberapa kes sebelum ini, nama yang digunakan pada kad pengenalan tersebut adalah nama Cina... dan yang lebih menarik ialah merupakan pengundi di Gelang Patah!

Kesemua kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes Amuk Berkumpulan di Sabah, Seorang Ditebas Leher dan Seorang Ditebas Kepala

Thursday, 15 December 2016 · 0 comments


Suspek, Amiruddin Bacho, 26 tahun yang beralamat di Kampung Pasir Putih, Tawau.

Seorang remaja lelaki maut, manakala tiga lagi parah selepas dipercayai diserang dua orang lelaki tidak dikenali berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

Suspek 2

Suspek 3

Dalam kejadian pukul 4:15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yaacob Nasran, 17 ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan pada dahi dan lehernya di lokasi tersebut. Ketika kejadian mangsa bersama-sama tujuh orang rakannya yang berusia antara 18 sehingga 20 tahun dikatakan baru sahaja keluar dari pusat hiburan berkenaan.

Sebaik sahaja kumpulan remaja itu keluar, mereka terserempak seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima bangunan terbabit.

Siasatan awal kemudiannya mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu, bersama seorang sepupu lelakinya. Tidak cukup dengan itu, suspek juga dikatakan telah memanggil kawan-kawannya yang lain.

Suspek kemudiannya mencapai sebilah parang lalu menghayunnya ke arah kumpulan remaja berkenaan dan seorang mangsa kemudiannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher sehingga menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya yang parah kini dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



BERITA TERKINI:

Suspek bernama AMIRUDDIN BIN BACHO telah menyerah diri dan berjaya ditahan oleh pihak polis.

Polis sebelum itu telah melancarkan gerakan mencari dan mengesan 2 suspek utama yang terbabit dalam kes bunuh di sebuah pub di Asia City awal pagi tadi.

Lebih kurang jam 10:00 pagi, sebuah rumah di Batu Padang, Kota Kinabalu telah diserbu dan dua orang suspek telah ditangkap. Kedua-dua suspek yang berusia 26 tahun dan 24 tahun serta bekerja sebagai penarik kereta itu, telah berjaya diberkas.

Sebelum itu, sejam lebih awal, empat orang pekerja pub tersebut terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 23, 28, 30 dan 31 tahun, turut ditahan. Dua orang daripada mereka adalah bouncer pub tersebut, manakala suspek wanita yang berusia 30 tahun adalah pengurus pub. Manakala suspek wanita berusia 23 tahun pula adalah pelayan di pub tersebut.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan direman.

Polis yakin, penahanan keenam-enam suspek tersebut telah berjaya menyelesaikan kes bunuh tersebut dalam tempoh 6 jam.



Di Sebalik Jaminan Polis, Jenayah Terkawal, Pembunuhan 'Datuk M' Menunjukkan Gangster dan Kongsi Gelap Berleluasa

Monday, 5 December 2016 · 2 comments



Ada semacam misteri yang menyelubungi kes membabitkan Datuk Ong Teik Kwang yang mati ditembak oleh pengawal peribadinya pada Khamis lalu.

Misteri tersebut terletak bukan sahaja kepada pembunuhnya tetapi juga kepada gelaran Datuk yang diterima oleh Ong Teik Kwang dari Istana Pahang.

Ong Teik Kwang merupakan Ketua Geng 24 yang terlibat dalam pembunuhan, pemerasugutan dan pengedaran dadah. (RUJUK SINI)


Polis menyatakan, pergerakan Ong Teik Kwong, 32, telah dipantau malah polis juga telah mendapat maklumat bahawa anggota-anggota gangster yang diketuai oleh Ong Teik Kwong terlibat dalam memeras ugut wang perlindungan. Bagaimanapun, polis tidak pernah menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa sekaligus tidak membolehkan polis bertindak.

Kumpulan tersebut juga terlibat sebagai pemberi pinjaman wang haram.

Geng 24 menjadi terkenal apabila bergabung dengan Kumpulan Sio Sam Ong (Tiga Maharaja Kecil) yang menjadi dalang kepada pembunuhan enam orang di Taman Bersatu, Sungai Petani ketika majlis makan malam pra-perkahwinan pada September 1992.


Sio Sam Ong sendiri terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pembunuhan di Pulau Pinang, bermula dari penghujung 1980-an sehingga 1990-an. 

Lima rangka manusia yang dipercayai anggota kumpulan, telah ditemui dengan tangan terikat di belakang di dalam sebuah kubur tidak bertanda di Mount Erskine pada tahun 1992. Kesemua mereka dibunuh kerana dituduh membeloti kumpulan berkenaan.

Ong juga merupakan antara beberapa orang yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang penjual VCD dalam serangan berparang melibatkan beberapa orang lelaki pada tahun 2011.


Julai tahun lepas, polis merampas dadah bernilai RM1.5 juta dan lebih RM1 juta dalam bentuk wang tunai ekoran penangkapan lima orang lelaki termasuklah tiga orang anggota Sio Sam Ong dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang. 

Ong yang turut dikenali sebagai 'Datuk M' atau 'Datuk Muda', menjadi antara penerima paling muda anugerah yang membawa gelaran Datuk. Dilaporkan rakan-rakannya dan beberapa buah syarikat telah membeli 50 muka surat iklan yang bernilai lebih RM150,000 dalam akhbar berbahasa Cina untuk mengucapkan tahniah kepadanya. 


Sebuah blog tengkugoh.blogspot.com turut pada Oktober lalu turut mendedahkan tentang seorang lagi kepala gangster yang menguasai pelbagai jenayah, perjudian serta kegiatan maksiat di Johor, Melaka dan Pahang. 

Pendedahan tentang Goh Cheng Poh bagaimanapun, kurang diberikan perhatian walaupun penguasaan jenayahnya amat ketara.


Berbohong dan Kemudian Melakukan Hasutan, Pemegang Akaun Twitter Diburu Polis Kerana Tuduh UMNO Buat Penghapusan Kaum Pada 13 Mei 1969 dan Kampung Medan 2001

Sunday, 4 December 2016 · 0 comments



Besar Kepala dan Ambil Kesempatan!

Itulah yang boleh disifatkan kepada seorang pemegang akaun Twitter yang kini sedang menjadi buruan pihak polis apabila dia melabelkan UMNO sebagai 'Nazi' yang terlibat dalam 'penghapusan etnik'. 

Dalam jawapan balasnnya kepada tweet yang dibuat oleh Afif Bahardin dari PKR, bagaimana Barisan Nasional telah menolak usul di Parlimen untuk berdebat berhubung isu Rohingya, pengguna tersebut yang menggunakan akaun @bvadivel, kemudiannya menuduh, UMNO terlibat dalam 'penghapusan etnik' semasa 13 Mei 1969 dan kekecohan 2001 di Kampung Medan membabitkan pertembungan gangsterime, sedangkan fakta-fakta sedia ada dan tidak mampu dinafikan oleh DAP serta pembangkang adalah pembabitan mereka secara langsung dalam kedua-dua tragedi tersebut. 

Berbanding UMNO yang cuba 'menipu sejarah' dengan tidak memasukkan langsung cerita atau kisah 13 Mei 1969 mahupun tragedi di Kampung Medan 2001, pihak yang bertentangan pula cuba menimbulkan kedua-dua isu tersebut dengan fakta-fakta rekaan mereka sendiri bagi menyemarakkan semangat perkauman dan kekacauan.

@bvdaviel menulis: 

"@afifbahardin 1969 ethnic cleansing of Chinese in KL. 2001 ethnic cleansing of Indians in Kg Medan. Both by UMNO Nazis."

Tweet tersebut menarik perhatian Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang kemudiannya mengarahkan Pusat Respons Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menangani masalah tersebut. 

'PCIRC @PDRMsia kesan pemegang tweet ini dan ambil tindakan kerana hasutan dan menyalahguna media sosial."

Akaun Twitter @bvadivel kemudiannya dinyahaktifkan oleh pemilik. 


Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 · 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


Pasangan Suami Isteri Pembuli Penjawat Awam Mengaku Bersalah, Tapi Mereka 'Dibebaskan' Sementara Tunggu Rayuan

Friday, 25 November 2016 · 0 comments



Pasangan suami isteri yang menjadi tumpuan dalam viral video di media sosial, hari ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM3000 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka didapati bersalah menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa MBSA. 

Majistret P.Sarulatha menjatuhkan hukuman dan denda itu ke atas Lor Ka Fun dan isterinya Tan Sit Fun selepas kedua-duanya mengaku bersalah di bawah tuduhan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mengganggu seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa daripada menjalankan tugasnya. 

Pasangan suami isteri itu melakukan kesalahan di tempat parkir awam di jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh pada 24 November. 


Mereka bagaimanapun, berjaya memohon penangguhan hukuman apabila majistret membenarkannya bagi membolehkan mereka membuat rayuan ke atas hukuman. 

Kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM2000.

Klip video berkenaan yang berdurasi selama 2 minit lebih menunjukkan pasangan suami isteri itu sedang mengganggu penjawat awam tersebut, menjadi viral dan menimbulkan kemarahan Netizen. 


Pemanipulasian undang-undang memperlihatkan pasangan tersebut berjaya 'membebaskan' diri mereka walaupun secara dasarnya mereka telah dihukum. 

Alasannya, penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan. 

Mereka didapati bersalah kerana mengaku bersalah. Tetapi dalam proses rayuan, serba kemungkinan ada. Apatah lagi mereka juga sudah tentu akan menggunakan khidmat peguam yang akan menggunakan semua pemanipulasian undang-undang bagi menyelamatkan pasangan tersebut. 

Itulah yang mereka lakukan sekarang kalau kita perhatikan setiap gerakan yang dibuat terutama oleh Lim Guan Eng... memanipulasi undang-undang dan menggunakan sebarang kelemahan undang-undang dari segi teknikal untuk membuktikan mereka SUPERIOR.

Lelaki Cuba Cabul Penguatkuasa Wanita MBSA Di Tempat Awam di Sungai Buloh

· 2 comments



Video di atas menjadi viral di Facebook malam tadi selepas dimuatnaik. 

Apa lagi yang boleh dilabelkan melainkan BIADAP!

Amat jelas di dalam klip video berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang lelaki Cina dan seorang wanita Cina yang bukan sahaja menghalang tugas seorang pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menarik baju dan mengepungnya, tetapi juga cubaan melakukan perbuatan cabul atau gangguan seksual dilakukan oleh lelaki Cina berkenaan ke atas pegawai tersebut. 


Dalam kejadian yang dirakamkan berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh, pasangan tersebut tidak berpuas hati kerana kereta mereka telah disaman oleh pegawai penguatkuasa berkenaan. 

Untuk menambahkan lagi kesan gertakan, wanita Cina yang dilihat menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut, berlagak seolah-olah dia telah dicederakan oleh pegawai tersebut setiap kali pegawai itu cuba melepaskan dirinya. Setiap kali wanita Cina itu mengadu kesakitan, lelaki Cina itu pula melakukan provokasi melampau dengan menyentuh tubuh pegawai tersebut sambil cuba merakamkan gambar bagi tujuan menggertak dan menakut-nakutkannya agar mengambil semula saman yang telah dikeluarkan.


Rakaman tersebut berakhir apabila seorang awam cuba meleraikan kejadian tersebut sambil diperhatikan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang lain.


Netizen yang telah menonton klip video tersebut telah memuatnaikkan butiran suspek dan nombor pendaftaran kereta selain alamatnya ke Facebook. Butiran tersebut telah dikongsi ramai.

Pada masa yang sama, difahamkan pegawai penguatkuasa tersebut telah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya.



DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 · 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


Khalid Samad Hampir Dibelasah di Parlimen Kalau Bukan Kerana Anggota Keselamatan Melayu Yang Melindunginya!

· 2 comments



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.



Sekatan ke atas Myanmar, Halau Sekali Warga Bukan Islamnya Keluar!

Tuesday, 22 November 2016 · 1 comments



Pergerakan Pemuda UMNO sudah pun mengeluarkan kenyataan, mendesak kerajaan agar mengenakan sekatan ke atas Myanmar. Malah Kerajaan juga didesak agar menyatakan pendirian berhubung kekejaman dan cubaan penghapusan etnik melibatkan kaum Rohingya beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar pada petang Jumaat ini.



Myanmar yang baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar, tidak akan peduli atau ambil kisah dengan sebarang memorandum. Pemencilan negara itu selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa negara terbabit yang berfahaman sosialis demokrat berasakan, mereka boleh hidup tanpa dibantu oleh sesiapa pun.

PAS pula bakal menganjurkan Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara pada 26 November dan menjemput orang ramai untuk menyertai demonstrasi tersebut.



Kekejaman tentera-tentera Myanmar yang membunuh menjahanamkan perkampungan orang Islam di Myanmar sebenarnya sudah sampai ke tahap di mana bantuan perlu diberikan dengan apa cara sekalipun. Malahan Myanmar juga harus dihukum.

Warganya yang bukan beragama Islam di negara ini yang membawa keluar wang Malaysia ke negara mereka bagi membiayai pembunuhan dan pembantaian umat Islam di negara berkenaan, sewajarnya disekat dan dihalau.



Apatah lagi, sudah terdapat di kalangan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan-kawasan yang ditandingi dan kini dikuasai oleh DAP.

Pemuda UMNO dan PAS seharusnya berganding bahu mendesak Kerajaan untuk tidak sahaja mengenakan sekatan keras ke atas Myanmar tetapi juga mengambil tindakan ke atas warga Myanmar yang bukan beragama Islam yang menikmati pelbagai kemudahan dan pekerjaan, kemudian menghantar wang Malaysia ke negara mereka bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Myanmar dibunuh.



TERKANTOI Lebihkan KRONI Untuk Projek Mewah Tahun 2002, Mahathir Salahkan Menteri Kabinet

· 2 comments



Zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan zaman-zaman sebelum itu, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibuka untuk tatapan awam. Apa-apa sahaja penyelewengan dan penyalahgunaan wang negara, hanya diketahui oleh segelintir Ahli Parlimen yang diberikan kesempatan membaca Laporan Ketua Audit. Orang ramai pula hanya dapat mengetahui menerusi kempen dan ceramah oleh Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

Kalau ada pun pada waktu itu bukti, hanyalah salinan-salinan dokumen yang diseludup untuk diberikan kepada masyarakat. Namun ianya dilakukan dalam keadaan paling sembunyi dan penuh kebimbangan.

Sekarang, Laporan Ketua Audit Negara sudah terbuka kepada awam. Sama ada rajin membaca atau tidak sahaja. Sama ada terfikir mengapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SPRM berlandaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara atau tidak sahaja. Sama ada berasa hairan atau tidak, mengapa JPA dan SPA tidak mengambil sebarang tindakan yang lebih tegas terhadap kakitangan terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Mahathir tahu, Laporan Ketua Audit Negara lambat-laun akan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi amalan pada sepanjang tahun-tahun pentabdirannya.

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.  (RUJUK SINI)

Ketika ditanya, Mahathir berkata, Laporan Ketua Audit Negara itu hanyalah satu tuduhan dan tidak disertakan dengan bukti.

Senangnya Mahathir membuat penafian. Sekadar nafi!

Pada tahun 2003, kata Ketua Audit Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan perjanjian konsesi, yang bakal menjadikannya satu projek penswastaan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Bagaimanapun, pada 25 Jun 2003, Kementerian Kewangan memaklumkan (kepada EPU) bahawa kontrak yang ditawarkan kepada MMDC itu adalah kontrak jangka panjang dan bukannya konsesi penswastaan. Oleh itu, satu perjanjian hak eksklusif perlu ditandatangani antara Kementerian Pengangkutan dan MMDC.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan pada 8 Julai 2003, memaklumkan kepada EPU bahawa ia tidak berhasrat untuk menyediakan kertas kerja mengenai perkara berkenaan dan mendapatkan kelulusan kabinet.

Pada 22 Ogos 2005, Kementerian Kewangan bersetuju bahawa MMDC akan diberikan kontrak jangka panjang, bagi tempoh 15 tahun, dengan syarat Kementerian Pengangkutan mendapatkan kelulusan daripada kabinet.

Siasatan mendedahkan bahawa tidak ada bukti bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan kelulusan Kabinet, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Kontrak itu ditandatangani antara MMDC dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada bulan Oktober 2005. Pada masa itu, Mahathir telah bersara dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri kewangan dan juga perdana menteri.

Semakin BESAR KEPALA, DAP Menuntut Mereka Dibebaskan Daripada Undang-Undang Malaysia

Monday, 21 November 2016 · 0 comments



DAP dan PKR sedang bertungkus lumus untuk mewujudkan persepsi bahawa para pemimpin politik, tidak pernah melakukan kesalahan dalam mengancam keselamatan negara terutama sekali di pihak mereka. Sebaliknya pada masa yang sama, amat mengalu-alukan penggunaan undang-undang yang mereka tentang ke atas seperti SOSMA, POCA dan POTA dikenakan ke atas para pemimpin kerajaan.

Sekarang ini, DAP sedang cuba membangkitkan isu yang sama di Dewan Rakyat apabila mempersoalkan penangkapan dan penahanan tiga orang Ahli Parlimen mereka di bawah Undang-Undang Hasutan dan SOSMA.

Kata mereka, penangkapan ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Pakatan itu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang ialah, walaupun mereka mendabik dada kononnya mereka menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, nampaknya dalam isu ini, mereka lebih berpihak kepada kelompok sendiri.



Mereka mahu kumpulan mereka dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mengimport orang asing, menggunakan dana asing, malahan undang-undang perlu dikecualikan ke atas mereka apabila mereka cuba mensabotaj ekonomi negara selain membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik menerusi pelbagai jenis hasutan.

Selama ini KELEMBIKAN dan TOLAK ANSUR BERLEBIHAN pihak berkuasa dan kerajaan, malahan KEPUTUSAN MAHKAMAH yang banyak berpihak kepada Pakatan, membuatkan mereka berasa besar kepala dan memandang hina apa-apa sahaja tindakan penguatkuasaan ke atas mereka.

Adakah sekali lagi Kerajaan akan berlembut dan mengikut kehendak para pemimpin DAP ini sepertimana yang berlaku dalam pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Atau ada pihak asing yang akan mengancam, mengugut dan menggertak kerajaan agar menurut kehendak para pemimpin DAP, sepertimana yang berlaku sebelum ini walaupun pada masa yang sama, keadaan di dalam negara semakin tidak stabil kesan daripada pematuhan tersebut?


Kenyataan KU NAN Semarakkan Kebencian dan Meluat Melayu Kepada UMNO

Sunday, 20 November 2016 · 2 comments



Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.

Tindakan UMNO dan pengumuman yang dibuat oleh Tengku Adnan itu sudah pasti akan menimbulkan satu lagi gelombang kemarahan terhadap kepimpinan UMNO yang dilihat terlalu tunduk dan takut kepada kecaman daripada kumpulan yang didalangi dan diketuai oleh DAP.

Kebanyakan pemimpin UMNO amat berhati-hati dalam membuat teguran terhadap sikap kaum Cina terhadap kerajaan sekarang, sehingga nak sebut Cina pun disebut dengan ca ya nun alif jer. Pemimpin UMNO bimbang dianggap perkauman, tetapi majoriti kaum Cina sekarang sangat jelas membenci kepimpinan UMNO. Mereka maki hamun, kurang ajar dan biadap bahkan ada yang pijak gambar pemimpin melayu dan macam-macam dibuatnya. 

Pemimpin UMNO takut untuk menegur dan mengkritik kaum Cina sedangkan Cina yang menyokong Barisan Nasional hanya sekitar 10% jer pada PRU-13 lalu.



Kebencian dan kebiadapan melampau apabila 'BABI' digandingkan dengan 'NABI'.

BERSIH 1.0 hingga 5.0 membuktikan betapa biadapnya mereka dan mereka menuduh Kerajaan pimpinan UMNO kejam dan anehnya, kebanyakan orang Melayu bahkan orang UMNO sendiri menuduh kerajaan dayus kerana membiarkan kebiadapan melampau itu. 

Mereka bukan sahaja membenci UMNO malah pada hari ini apabila PAS mengambil sikap berkecuali pun mereka sudah mula maki hamun PAS serta membuat pelbagai tuduhan biadap ke atas PAS. Mereka semakin jelas bersikap anti Melayu dan Islam.
Tindakan yang bakal diambil kalau benar seperti yang diumumkan oleh Tengku Adnan, hanya mengabsahkan persepsi terhadap kesongsangan pimpinan UMNO sekarang ini. 


Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?

· 5 comments



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


LAGI MYKAD PALSU! Nama Cina, Pengundi Gelang Patah Tapi Warganegara Myanmar

· 3 comments



Ramai yang tidak begitu peduli dengan ISU BESAR ini walaupun sebahagiannya kuat memekak menuntut pembaharuan pilihanraya dan SPR.

Sebahagian yang memekak itulah juga yang begitu kuat menentang penggunaan sistem biometrik sebaliknya menuntut hanya penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian.

Dan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut. Sistem biometrik yang lebih selamat, akhirnya dilupuskan dan tidak jadi dikuatkuasakan.

Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa khususnya melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara semenjak kebelakangan ini, akhirnya mendedahkan apa yang selama ini diperkatakan iaitu penggunaan MyKad palsu untuk tujuan pilihanraya bagi memastikan parti politik tertentu menang.

Gambar-gambar kad pengenalan di bawah adalah kes melibatkan kad pengenalan palsu yang digunakan oleh warga asing dalam satu operasi pada dua bulan lepas.







Peningkatan pengundi Cina yang sangat drastik berbanding nisbah mereka, telah membuka mata banyak pihak tetapi pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang, termasuklah melakukan pemeriksaan kad pengenalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan kemasukan 'pelancong-pelancong dari China' yang kemudiannya hilang dan tidak keluar-keluar dari Malaysia. Sebaliknya, mereka dikesan memegang kad pengenalan rakyat Malaysia. Apabila diperiksa secara teliti, ternyata kad pengenalan rakyat Malaysia yang mereka pegang adalah kad pengenalan palsu. Gambar di hadapan gambar mereka tetapi gambar rekod adalah orang lain.

Jumlah kad pengenalan hilang yang dilaporkan dilaporkan meningkat secara mendadak semenjak beberapa tahun lepas.





Dalam satu kes melibatkan kad pengenalan palsu. Satu tangkapan ke atas warganegara Myanmar menggunakan kad pengenalan milik orang lain di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam telah dilakukan.

Dan seperti dalam beberapa kes sebelum ini, nama yang digunakan pada kad pengenalan tersebut adalah nama Cina... dan yang lebih menarik ialah merupakan pengundi di Gelang Patah!

Kesemua kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks