ENTRI TERBARU TUN MAHATHIR SEKADAR MEMBUKA PEKUNG DI DADA UMNO!

Monday, 20 April 2015

Entri terbaru Mahathir dalam blognya (BACA DI SINI), membuatkan sesiapa sahaja yang pernah hidup bukan dengan otak kanak-kanak pada penghujung 1980-an akan mengingati semula detik-detik bagaimana UMNO akhirnya diharamkan dan Mahathir mewujudkan sebuah parti baru bernama UMNO dengan menggunakan perlembagaan dan mengambilalih aset-aset UMNO pada ketika itu.

Cerita yang diberikan kepada ahli-ahli UMNO-Lama ialah, UMNO telah berjaya dipulihkan walaupun hakikatnya, UMNO pada zaman Mahathir adalah UMNO baru bukannya UMNO asal 1946 hasil pemikiran tokoh-tokoh Melayu.

Serangan bertali arus ke atas Mahathir bermula dari tahun 1986 sehingga menyaksikan UMNO diharamkan pada 1987 dan 'dipulihkan semula' pada 1988 banyak berkisar tentang dasar-dasar dan pentadbiran Mahathir sendiri. Bekas-bekas Perdana Menteri bersatu bersama-sama Kumpulan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah menelanjangkan apa-apa sahaja dasar Mahathir yang dilihat sebagai gaya mewah yang membazir walaupun pada masa yang sama, isu skandal kewangan terbesar negara, BMF-Carrian memberi kelebihan kepada Mahathir untuk menangkis serangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Menariknya pada waktu itu, nama-nama tokey-tokey besar yang sudah tentu bukannya Melayu, tidak pernah ditimbulkan kerana mereka dianggap sebagai penolong ekonomi negara. Pemonopolian mereka dalam pelbagai bidang termasuklah dalam pembekalan makanan sehingga menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai orang terkaya di Malaysia, tidak pernah dipersoalkan.

Dasar seperti 'cipta seorang jutawan Melayu untuk mewujudkan 10 jutawan Melayu yang lain' akhirnya menyaksikan kelompok pertama jutawan Melayu dari dasar Mahathir, tidak berkembang biak pun, sebaliknya keserakahan mereka yang bertambah-tambah. Golongan pemimpin UMNO berniaga dan menjadikan projek-projek dalam Kerajaan dan UMNO dengan kaedah Ali-Baba turut berkembang pada zaman Mahathir tanpa dirungut atau ditelanjangkan.

Itu yang didedahkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang pernah terpalit kerana 'I'm the happiest PM in the world' maka 13 Mei 1969 terjadi kesan daripada kekecewaan Melayu-Bumiputera yang terpinggir dalam arus pembangunan negara selepas merdeka.

Kini, Mahathir mengambilalih apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Pada mulanya kelihatan menegur tetapi teguran-tegurannya semakin lama semakin keras sehingga mula melarat kepada gaya hidup mewah Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak sebagai mewakili nada dalam 'surat terbukanya' kepada Tunku Abdul Rahman yang menyaksikan akhirnya dia dipecat dari UMNO pada penghujung 1960-an.

Najib Abdul Razak adalah ketua pemimpin negara masakini. Setiap pemimpin mempunyai cara dan corak pentadbirannya yang tersendiri. Setiap pemimpin mempunyai sosok kelemahannya yang tersendiri. Semua pemimpin bukan maksum dan sempurna. Menjadikan kegagalan silam sebagai pedoman, memang ada benarnya, tetapi mahu memaksa perjalanan negara mengikut acuan 1980-an dan 1990-an, rasa-rasanya hanya kepimpinan negara autokratik yang berfahaman sosialis sahaja yang mampu melakukannya. Apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara terbuka yang bergantung kepada pelaburan luar untuk membangunkan negara ini. Apatah lagi selepas Malaysia dirosakkan oleh pentadbiran tidak cekap sebelum Najib Abdul Razak.

Najib sama seperti Mahathir, tidak sempurna dan banyak dasar-dasar serta polisi pentadbirannya boleh dipersoalkan. Bukan semua orang menikmati apa yang terhasil daripada dasar serta polisi pentadbiran Najib walaupun pada masa yang sama, Najib melaung-laungkan 1Malaysia. Samalah seperti zaman Mahathir apabila slogan Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah serta Penerapan Nilai-Nilai Islam, sebenarnya lebih bersifat retorik berbanding realiti.

Barangkali Mahathir sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat legasi yang ditinggalkannya, kembali menjulang selepas direncatkan dan digendalakan oleh Abdullah Badawi yang tidak mampu menjadi pemerintah yang baik, berinovatif dan menggunakan dasar mengundur iaitu tidak berbelanja demi memastikan wang tidak susut.

Kerana itulah, Mahathir menekan Najib agar mengikut telunjuknya. Kemudian apabila Najib tersekat kerana kekangan luar biasa akibat masalah ekonomi dunia yang Mahathir sendiri hadapi sebanyak tiga kali iaitu pada dua tahun awal pentadbirannya 1981-1982, kemudian 1986-1988 dan 1996-1998, sebelum Mahathir dan pentadbirannya mampu memecut kembali ekonomi menerusi sokongan berterusan dan kurangnya gangguan, Mahathir kembali melakukan tekanan luar biasa termasuklah dengan menuding ke arah isteri Najib, Rosmah Mansor yang disifatkannya sebagai punca kepada segala permasalahan pentadbiran negara.

Mahathir dalam entry terbarunya itu, masih mempersoalkan tentang kehilangan wang negara. Mahathir menjadikan kehilangan wang negara sebagai punca UMNO-BN bakal kecundang pada PRU-14 nanti. Namun Mahathir terlupa satu perkara, faktor pengundi muda yang tidak lagi hidup di perkampungan setinggan, ketamakan para peniaga selain perubahan sikap rakyat Malaysia sendiri kesan daripada LANGIT TERBUKA yang merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri jauh lebih besar masalahnya berbanding kehilangan wang negara yang boleh diselesaikan menerusi beberapa dasar aktif termasuklah percukaian.

Dasar-dasar Najib dilihat cuba menyeimbangi tuntutan yang tidak pernah wujud pada sepanjang zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Tekanan luar biasa media sosial pada penghujung zaman pentadbiran Mahathir, terlalu kecil dan peratusannya hanyalah pada angka perpuluhan berbanding Najib yang berhadapan dengan reaksi negatif media sosial hampir seratus peratus yang sampai ke segala ceruk rantau dan secara lebih pantas.

Mungkin ramai tidak sedar, Najib menyeimbangi bajet defisit pada zaman Mahathir dan Abdullah Badawi. Mahathir mengambilalih pentadbiran negara daripada Allahyarham Hussein Onn dengan defisit -1.8% dan mengakhirinya dengan -5% berbanding KDNK. Abdullah Badawi pula memulakan perbelanjaan defisit kerajaan pada kadar -4.1% dan mengakhirinya pada tahun 2008 dengan -4.6%. Sedangkan Najib pula yang mengambilalih pentadbiran negara ketika kewangan negara dalam keadaan gawat kesan daripada pentadbiran tidak cekap Abdullah Badawi pada kadar -6.7% pada tahun 2009, sehingga 2014, kadar defisit perbelanjaan kerajaannya telah menurun kepada -3.5%.

Kalaulah defisit perbelanjaan mampu ditangani oleh Najib di sebalik pelbagai fitnah kononnya dia gagal membangunkan ekonomi negara, masakan Najib tidak mampu mengembungkan kocek perbendaharaan negara. Mahathir pernah terkenal kerana prinsip dan amalan ekonomi menyongsangnya pada tahun 1996-1998 dan dia berjaya walaupun dikecam oleh seluruh dunia, mengapa tidak dibiarkan dan melihat Najib melakukan ujikajinya sendiri sebagaimana peluang yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Mahathir dahulu?

Serangan Mahathir pada retorik slogan Najib iaitu 1Malaysia, samalah seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam. Benar, pada zaman pentadbiran Mahathir, Islam mula mendapat tempat luar biasa di kalangan masyarakat Melayu, daripada berselendang kepada bertudung, daripada minum arak secara terbuka tanpa segan silu, kepada dihukum mahkamah syariah jikalau didapati bersalah, daripada jamu arak dalam majlis rasmi kepada jamu air berkarbonat, tetapi Mahathir tetap tidak dapat menghapuskan elemen-elemen taksub termasuklah serangan ganas pentaksub dan ekstremis yang berlabelkan agama seperti yang berlaku di Sauk, mahupun Batu Pahat, malahan Al-Arqam dengan Aurad Muhammadiyah pun telah menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.

Menyalahkan Rosmah Mansor, ramai pula yang melihat Marina Mahathir yang seringkali bertelagah dan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran ayahnya sendiri. Isu Marina Mahathir sudah berkali-kali dibangkitkan dan Marina menjadi sosok kelemahan Mahathir yang sedap diserang oleh pembangkang tetapi didiamkan oleh para penyokong UMNO-BN kerana ianya merupakan masalah peribadi keluarga Mahathir. Begitu juga dengan gelagat kedua-dua orang anak angkatnya yang berasal dari Afghanistan.

Kalau hendak dituliskan, terlalu banyak ruang yang akan digunakan untuk menceritakan tentang kebobrokan zaman Mahathir. Rasa-rasanya ramai yang tidak mahu melihat atau mengenang kembali permasalahan yang wujud pada zaman Mahathir kerana jasa-jasanya yang telah ditaburkan oleh Mahathir terutama dalam usaha menukarkan negara ini daripada sebuah negara bijih timah dan getah kepada negara pembuat cip untuk peluru berpandu dan bom nuklear utama dunia. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk tujuan tersebut dan sudah tentulah walau sebaik mana pun pentadbiran Mahathir, yang pasti, rakyatlah sebenarnya yang lebih banyak berkorban, bukannya para pemimpin termasuklah Mahathir sendiri!

Kalau hendak diulangbalik kebaikan pentadbiran Najib yang banyak dicemari oleh tohmahan dan fitnah Pakatan Rakyat, juga terlalu banyak terutama dari segi polisi dan dasar-dasarnya yang bercanggah dengan zaman Mahathir.

Mahathir juga yang berkata, lebih baik diumpat keji kerana melakukan sesuatu daripada diumpat keji kerana langsung tidak berbuat apa-apa seperti Abdullah Badawi.

Mahathir mungkin popular dengan ketegarannya sekarang, tetapi bagaimana pula dengan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah Najib mampu mengendalikan UMNO dan Barisan Nasional kalau serangan bertali arus datang dari dalam bahtera sendiri?

59 comments:

  1. Cara pemikiran yang sama dengan puak Ahmad Maslan. Budget defisit tidak memberi apa-apa makna kepada ekonomi negara. Yang penting adalah apa yang dibuat dengan budget tersebut. Sekiranya pembelanjaan untuk pembangunan negara, ianya sesuatu yang positif. Kalau perbelanjaan yang bersifat expense off seperti BR1M, ianya satu pembaziran wang negara sebab ia gagal menjana apa-apa untuk masa depan negara. Zaman Tun Razak & Hussein Onn pun, budgetnya sikit saja sebab tak ada projek mega yang dibuat. Zaman Tun M, macam-macam projek mega, contohnya Plus Highway saja dengan perbelanjaan berbillion tapi selepas 30 tahun iaitu 2024, ianya menjadi milik negara. Kurang spending tak semestinya bagus, tapi kena spend kepada benda yang boleh menguntungkan dan menjadi assets negara untuk masadepan. Kena tengok ekonomi sebagai satu rantaian sistem, bukan one to one relationship. Contoh GST boleh memberi income tambahan pada negara, tapi kiranya ia menganggu kuasa membeli dan menjadikan ekonomi negara berada dalam kelembapan, income negara secara keseluruhan juga akan turut merosot. Jadi PM mesti bijak bukan setakat lepaskan kepada Ahmad Maslan yang menentukan nasib negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 19.55. saya tak bersetuju BR1M dikatakan tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Setiap ringgit BR1M sampai kepada gulungan sasaran dari Kuala Lumpur hingga ke Ulu Baram. Wang2 ni mengalir ke setiap pelusuk negara. Sudah tentu industri2 kecil dan perkhidmatan diseluruh pelusuk negara mendapat menafaatnya.
      Zaman Tun banyak projek2 mega yg kurang impaknya kepada rakyat. KLCC, KLIA, Putrajaya, Bakun Dam. Dimana impaknya. KLCC menguntungkan Kapitalis, KLIA hanya yang mampu merasainya. Putrajaya hanya Kakitangan Kerajaan yg mendapat menafaatnya. Bakun Dam yg sepatutnya memberi tarif yg murah kepada rakyat sekarang hanya dimenafaat oleh Industri Aluminum yg mendapat tarif yg murah.
      Projek IPP yg diperkenal oleh Tun M mengkayakan kroni dan memerah rakyat membayar tarif yg tinggi.
      Cuba bandingkan usaha Najib,
      1. Membina MRT, LRT dan BRT yang memberi keselesaan kepada rakyat.
      2. BR1M yang membantu rakyat menyelesaikan kenaikan kos.
      3. Bantuan rm100 kepada setiap murid sekolah diawal tahun
      4. Boucher buku rm200
      5. Kedai rakyat 1Malaysia bagi menurunkan kos perbelanjaan rakyat.
      6. Kelinik 1Malaysia yang memberi kos penjagaan kesihatan kepada yg kurang mampu.
      7. Perumahan rakyat 1Malaysia.
      8. Mengubah sistem percukaian dari SST kepada GST. Cara ini boleh membendung ketirisan dalam pungutan cukai. Najib lebih berani dari Tun Abdullah mahu pun Tun M.

      Dari huraian saya diatas dimana kelebihan Tun M jika dibandingkan dengan apa yang telah dan sedang dibuat oleh Najib. Cuba huraikan satu persatu biar semua tahu.

      Delete
    2. Inilah skrip Ahmad Maslan. pernah Esa Adam pergi tengok kat kampung-kampung. Harga kelapa sawit dan getah dah jatuh 50%, rakyat dah kurang punca pendapatan. Bagi BR1M dulu nampak lebih baik dari tak ada. Tapi bila bubuh GST semua hilang begitu saja. Subsidi minyak dan gula sudah tak ada, BR1M tu bagi sikit tapi kena sedut dgn GST lagi banyak. Tak payah sebut pasal SST, tu bodoh namanya, Berapa saja item yang kena SST? Dulu, bil unifi cuma RM149, ada sst tapi atas penggunaaan saja yang selalunya tak kena bayar. Sekarang 149 tu kena GST 8.94. Bodoh ke apa. Jangan setakat hafal skrip saja. Ahmad Maslan boleh tipu Esa Adam tapi tak mungkin seluruh rakyat Malaysia. Keadaan ekonomi rakyat lagi parah sekarang dari dulu. Bantuan sekolah RM100 tapi hari-hari cikgu sekolah minta duit.Hanya orang berfikiran macam Ahmad Maslan yang bodoh sombong saja boleh backup apa yang rakyat hadapi sekarang. Saya ni bukan orang PR pun sebab saya tahu PR memang lagi teruk daripada BN. Cuma jangan buat kerja bodoh sehingga orang BN pun malu dengan tindakan BN kebelakangan ni.

      Delete
    3. Anon 20:45. Kalau menulis tak da fakta itu menunjukkan kebodohan diri sendiri. Menyoal berapa saja item yg ada SST tu nampak sangat anda tak tahu langsung pasal Sales Tax Order 1988. Barang2 yg di process hampir keseluruhannya ada sales tax. Cuma kita aja yang tak nampak kerana ianya dikenakan ex-factory. Selepas itu barang2 dijual oleh pengedar sst inclusive. tak perlu juga dinyatakan dalam invoice. berbanding dengan gst dimana setiap pembeli akan tahu berapa cukai yang dibayar. Ianya lebih tranparent. Ianya juga menghalang ketirisan dipintu masuk dimana sebelum ini pengilang boleh mohon pengecualian impot duty.
      Sekarang ini setiap bahan mentah yg masuk dikenakan gst 6%. Jika nilai barang yg dibawa masuk melalui Port Klang misalnya rm200 juta sebulan maka Kastam mesti pungut gst rm12 juta. Sebelum ini banyak penipuan dilakukan oleh pengimpot (tentunya dengan bantuan pegawai kastam yg tak jujur) . Barang yg sepatutnya bercukai diistihar tak bercukai. Ini dilakukan dengan mengistiharkan barang dgn tarif code yang salah.
      Saya tak perlukan Ahmad Maslan untuk mematahkan hujah2 kamu tentang kebaikan gst berbanding sst. cuba fikir kenapa banyak barang2 seludup seperti spare parts, rokok dan minuman keras. ini semua penipuan yg berlaku diantara pengimpot dgn pertolongan pegawai yg tak jujur. dgn gst semua barang ini akan dikenakan cukai semasa transaksi. bar2 dan pusat karaoke akan terpaksa kenakan cukai pada pelanggan yg membeli rokok dan minuman keras. Tidakkah ini menguntungkan negara. kebodohan menyerlah pada yg tak tahu.

      Delete
  2. Mau muntah rasa baca penulisan saudara hari ini, tapi apa kan daya bila menjadi blogger upahan (hingga Najib terpaksa gelar sebagai bangang) penulisan sebeginilah yang terpaksa dihasilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik Pekung terbuka sekarang dari terbuka disaat menghampiri PRU 14 ... KKALAU diikutkan pada artikel diatas bermaksud jika MAHATHIR BUAT SALAH MAKA NAJIB PUN BOLEH IKUT BUAT SALAH ... patutlah banyak projek menyusahkan Rakyat Marhaen...

      Delete
  3. Tanya tak jawab, org kata sombong dan bongkak... bila jawab, tak kena dengan soalan, itu angkuh...soo najib??? admin tk berapa cerdik, penjilat najib...

    ReplyDelete
  4. Tanya tak jawab, org kata sombong dan bongkak... bila jawab, tak kena dengan soalan, itu angkuh...soo najib??? admin tk berapa cerdik, penjilat najib...

    ReplyDelete
  5. Kalau nak perbaiki defisit bajet kerajaan dengan kenaikan harga minyak, harga gula, harga tepung, harga tol lebih tinggi, pengenalan cukai GST, apa faedahnya kepada rakyat? Janganlah cakap macam orang bodoh. The function of the government is to take care of people in the main street, not the sharks in the Wall Street. Najib's apple polishers are really a bunch of stupid monkeys.

    ReplyDelete
  6. Patutnya jwb dgn fakta, bukan discredit Tun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat biasa seperti aku ni bukan nak tengok defisit ke budget ke.... kau pergilah ke kedai barang barang asas pun naik melambung, duit makin kecik... gaji macam tu aje... tak payahlah nak menangkan Najib tu,.. dia tu PM yang lahir dalam dulang emas, anak bekas PM, masa kecil pun dah duduk London, balik Malaysia pun lepas Tun Razak meninggal dunia, cakap melayu pun kena belajar balik, kau lihatlah penasihat ekonomi dia.... menjahanamkan lagi ada.. kita rakyat biasa cuma nak beli barang murah... renungkanlah wahai orang UMNOOOO, jangan menyokong membabi buta..

      Delete
    2. babi pon celik....hahaha, saw alls these coment to ur boss

      Delete
  7. saya tak nak komen banyak sekadar memohon pada Allah Yang Esa ,mudah mudahan Datuk Najib berjaya mengharungi asakan demi asakan ini dan diberi perlindungan olih Yang Maha Berkuasa....

    ReplyDelete
  8. Tahniah..contoh minda kelas pertama..susah nak jumpa bijak mcm ni..sekali lagi syabas!!

    ReplyDelete
  9. Tahniah..contoh minda kelas pertama..susah nak jumpa bijak mcm ni..sekali lagi syabas!!

    ReplyDelete
  10. Marina tu isteri Perdana Menteri ke? wakaka...Marina tu dah berkahwin.dah ada suami. tanggungan dia pada suami dia.

    anywya good job..lah.tak terkesan.

    anakJohor

    ReplyDelete
  11. tak apalah ,saya ikhlas mendoakan kemenangan buat Datuk Najib.Untuk anda pula terpulanglah....

    ReplyDelete
  12. Nasihat kepada tun M nikmatilah kehidupan diusia persaraan ini Dan kepada para macai2 jgn anggap orang yg myokong Najib sebagai para jamuan kerana sesiapapun bebas memberi pendapat.inilah kelebihan berada dizaman Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:27,

      Kalau begitu biarkan lah kesilapan demi kesilapan besar berterusan sampai Malaysia lingkup. Najib dan keluarga, jangan risaukan dia. Mereka boleh berhijrah ke New York ke Khazak ke, atau mana mana juga pun. Mereka ada wang. Tetapi bagaimana dengan kita dan kebanyakan rakyat lain yang tidak ada apa apa? Senang dan sukar di Malaysia lah.

      Jadi kita perlu bersuara untuk menyelamatkannya. Biarlah TDM bersuara dan kita fikirkan benar atau tidak ! Kalau benar disokong tanpa perlu dungkit ungkit ' dosa dosa ' lama!

      Mengungkit ungkit perkara itu tidak akan menjadikan kesilapan kesilapan besar Najib terhapus!

      Delete
  13. Apa yang dikatakan TUn itu ada benarnya. Tak payahlah nak cover sangat najib.. aku tengok saban hari kita makin susah dengan pelbagai kos kenaikan. Kadang-kadang pening juga kepala memikirkannya. Menteri GST kata harga barang turun bila GST di kuat kuasakan tapi yang berlaku sebaliknya. Hari itu aku beli catridge printer harga RM120.00 macam dulu juga tapi bila nak buat bayaran cas GST dikenakan 6% sudahnya harga jadi RM127.20 Mana turunya. Aku rasa macam ini lebih baik tak payah sokong BN lagi baik kalau dah menyusahkan rakyat. Kita mengharapkan pemimpin dan pemerintah yang bijak dan menyenangkan rakyat bukan pemerintah yang menyusahkan rakyat. Adalah lebih baik pemimpin-pemimpin yang dah kaya raya ini kononnya hendak membantu rakyat berundur sahaja daripada terus menyusahkan dan membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  14. Setuju. Blogger upahan najib ni nak tunjukkan segala bagus on paper. Tapi hakikatnya keadaan ekonomi rakyat makin hari makin teruk. Bil elekrik naik melambung tinggi. Dulu kata kos bahanapi meningkat. Bila kos bahanapi jatuh separuh, tarif letrik turun ciput saja. Kalau setakat nak tulis macam otak Ahmad Maslan tak payahlah. Kalau guna otak macam ni, taik pun boleh dicakap emas. Bodoh nak mampus.
    Rosmah tu queen control kepada Najib. Apa kena Marina pulak. Lantak dia lah nak buat kerja NGO atau tak sehaluan dgn bapa dia.
    Yang pasti, Najib tadbir ekonomi malaysia lagi parah. Tak nampak apa-apa kemajuan yang boleh dibanggakan, setakat menghabiskan duit negara dgn boros bolehlah.

    ReplyDelete
  15. apa-apapun insyaALLAH, Najib akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:50,

      Anda yakin Najib akan Berjaya.

      Whatever wait until PRU 14, so that we see Najib will survived or not!

      Takut takut dalam tahun 2015 ini juga, Najib telah jatuh terlingkup!

      Delete
  16. Kasihan tun,,,

    ReplyDelete
  17. GENG PENGAMPU LIBERAL-proUS takkan nak dengaq nasihat Ayahanda Tun kita! Cubalah hormat sikit pd. bekas PM TERCINTA kita, Ayahanda Tun - benci sgt. nasihat-nasihat BERGUNA beliau apasal?!! Puak LIBERAL ni jgnlah dok BERANGAN nak jadi PM/TPM satu hari nanti kerana depa akan MENGHANCURkan UMNO terlebih dulu!!

    Tahu nak cakap psl. 'perpaduan' - perpaduan palsu yg. geng LIBERAL dok asyik MENIPUlah yg. telah MENGGADAIkan hak/identiti/tanah pusaka BUMIPUTERA Islam/Melayu dan NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  18. YA ALLAH YA TUHANKU....PERMUDAHKAN URUSAN PEMIMPINKU YANG MENGHADAPI CABARAN DARI LUAR DAN DALAM. AMIN.......

    ReplyDelete
  19. kalau dah tahu selama ni ada pekung di dada, kenapa tak operate buang sendiri? nak sibuk salahkan orang bukak pekung pulak, sibuk pasal sakit orang yang lebih, sakit sendiri taknak berubat...

    ReplyDelete
  20. Cara menulis seperti tak kenal Tun dan terserlah menurut arahan demi menjaga periuk nasi.

    Tun M, seorang negarawan yang sangat berdedikasi dan sayangkan negaranya.

    Kalau nak pertahan sangat pun boss yang bagi makan tiap bulan, jangan sampai menghina dan memperlekehkan negarawan Tun M!

    Yang bertambah meluat nanti rakyat terutamanya penjawat awam yang dah sanggup lagi mendewakan bini Najib. Ada paham?

    ReplyDelete
  21. Pada Najib, kalau ada masalah pass saja kepada rakyat untuk menanggung bebanan tersebut. Kalau pada yang tak terdaya sangat, dia bagi BR1M untuk kurangkan.Yang pasti dia nak jadi PM, biar beban rakyat yang tanggung. Hutang semua boleh buat sukahati saja, kalau sesiapa yang mempersoalkan hutangnya, boleh buat bodoh saja.

    ReplyDelete
  22. Hanya mereka yg tdk taksub sahaja akn faham apa yg penulis cb smpaikn

    ReplyDelete
  23. Why don't we try to reverse the situation:

    "Rakyat sangat sayang pada RM, seorang wanita yang sukakan kemewahan dan suka mencampuri urusan pentadbiran negara. Kami sebagai rakyat kelas bawahan amat bangga dengan beg tangan serta jam tangan berjenamanya. Itulah buktinya beliau insaf akan keperitan rakyat kelas bawahan yang susah mencari sesuap nasi.

    Kami juga sangat sayang pada PM Najib yang sanggup menanggung hutang yang banyak kepada negara. 1MDB adalah bukti pengorbanannya tak berbelah bagi kepada negara, dan pengorbanan itu juga menuntut sokongan yang tidak berbelah bagi oleh UMNO.

    Kami juga sangat bangga dengan sikap merendah dirinya dengan Singapura. Beliau seorang pemimpin yang sangat berani.

    Jasa PM Najib yang terbesar adalah GST. Jasa yang akan dikenang oleh rakyat sehingga ke akhir hayat.

    Rakyat juga menumpang bangga kerana nilai RM jatuh merudum, menunjukkan betapa kukuhnya ekonomi Malaysia pada ketika ini."

    I love PM dan pendokongnya :-)

    ReplyDelete
  24. Sekira masih ada pembodek Najib yang nak mempertikai kemampuan dan kejayaan Tun M dalam mentadbir Malaysia selama 22 tahun, saya kira ianya satu perkara yang amat bodoh. Rasanya amat sukar untuk mencari PM yang boleh melakukan apa yang pernah Tun M lakukan untuk Malaysia. Kalau Najib, memang jauh panggang dari api.
    Jadi tak perlulah membuat perbandingan antara Najib dan Tun M seperti yang cuba dibuat oleh artikel ini. Samada anda masih kanak-kanak ketika era Tun M atau sememangnya anda sama terencat akal seperti Ahmad Maslan.
    Kalau tidak mahu isu ini berpanjangan, terima sajalah cadangan Tun M, hentikan BR1M dan hapuskan GST. Kalau dua perkara asas ni dapat dibuat, sekurang-kurangnya Tun M dan seluruh rakyat Malaysia akan kurang panasnya terhadap Najib.Hanya ini saja penyelesaian segera yang boleh diambil oleh Najib. Itupun kalau Najib masih sayangkan jawatan PMnya. Kalau tidak, selamat tinggal Najib, walau seluruh jentera kerajaan digerakkan untuk membenci Tun M, tidak mungkin akan berjaya terutamanya dengan menggunakan TV3 setiap hari cuba menyanjung Najib dan memperkecilkan Tun M.

    ReplyDelete
  25. Dalam al quran dah cakap wajib setia pada ulil amri, ok wajib......so apa maknanya ? Suka ke tak ke tak boleh tegur dan mengaibkan walau seseorang tu bekas PM pernah perintah walau 100 tahun.ni ayat quran yang cakap bukan saya . So sebagai rakyat dan manusia biasa ,saya hanya berdoa agar Allah beri rezeki yang lebih untuk meneruskan hidup di akhir zaman ni yang penuh dugaan dan kos sara hidup yang tinggi.untuk mencapai negara maju sememangnya kos hidup akan meningkat contoh Jepun .jadi tak kira lah siapa pun yang memegang folio PM terpaksa mendengar rintihan rakyat yang berbagai tetapi saya sebagai orang islam tak sanggup nak menghina apalagi PM yang masa nya berkorban untuk negara ,ada kita fikirkan?tentang Tun tu dia takmterkesan apa2 pun anak2 dia semuanya berjaya dan hebat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada isu Najib atau Tun pun. Tun dah tadbir negara dengan baik dan nampak hasilnya. Najib tadbir, makin hari makin parah rakyat dibuatnya. Asal beban sikit lepas kat rakyat. Mula-mula tarik subsidi lepas tu bagi BR1M sikit, lepas tu kenakan GST. Nilai matawang jatuh, komoditi jatuh. Kalau tak reti nak tadbir, bagilah peluang kat orang lain pula. PM ni bukan jawatan turun temurun. Dia bukan raja pun nak kita mesti taat setia. Jadi, tak perlulah keluarkan fatwa pulak. Kita ni demokrasi, kalau ada pemilihan umno nanti buatlah pemilihan jawatan presiden. Jangan dok jadi bebal macam Ahmad Maslan. Apa pula negara maju mesti kos sara hidup tinggi? Negara maju ada pendapatan tinggi barulah kos sara hidup jadi tinggi kerana persaingan, bukan sebaliknya.

      Delete
  26. Tun cakap betul. Melayu ramai dah meluat dgn cara najib ni.
    Maruah melayu dan Islam dipijak2 oleh bangsa lain sejak najib melancarkan polisi satu malaysia. Apa bezanya dgn malaysian malaysia dan sama rata sama rasa ?

    ReplyDelete
  27. Hoi machai2 yg benchi Najib. .merengek2 macam mak nenek pehal. .pi LA bertanding jadi chalon dan jadi PM. ..majukan lah Malaysia

    ReplyDelete
  28. Merengek2 jadi balachi Mahathir macham pondan maki Najib ape hal..pi la bertanding jadi chalon dan tros jadi PM majukan Malaysia ini....baru lah hero..jadi penjilat kira koman ler

    ReplyDelete
  29. Merengek2 jadi balachi Mahathir macham pondan maki Najib ape hal..pi la bertanding jadi chalon dan tros jadi PM majukan Malaysia ini....baru lah hero..jadi penjilat kira koman ler

    ReplyDelete
  30. "berbanding kehilangan wang negara yang boleh diselesaikan menerusi beberapa dasar aktif termasuklah percukaian."

    Haloo..kalau wang dah hilang takkan kita sebagai rakyat buat tak reti.Bongoks ke apa..diaorang yg hilangkan duit kita pula nak kena tanggung..bongoks betul..Time Najib defisit kurang berbanding yg lain..? Memang le kurang dah semua subsisdi kena tarik..Bongoks bongoks..kalau ada parti yg lebih bagus dari BN/UMNO dah lama saya sokong..masalahnye takde.

    ReplyDelete
  31. Esa Adam, perbelanjaan selepas GST average person sudah naik sekurang-kurangnya RM100, Tak perlulah nak jadi bodoh sombong macam Ahmad Maslan. Bil Unifi saja untuk pakel RM199 sudah ada extra tax RM11.94.Jadi tak perlulah nak mempertahankan menteri bodoh tu dengan fakta. Apakata kita tengok saja poket masing-masing. Kadang-kadang kita saja rasa kita terlebih pandai keluarkan fakta bagai. Kita kena tengok setiap isu dengan pandangan layman saja. Yang pasti, perbelanjaan kita sudah naik. Nak bertekak apa lagi.

    ReplyDelete
  32. Hebat Esa Adam ni yang boleh faham GST ni. Tun M pun tak faham. Mungkin CGPA dia pun 3.85 kot.

    ReplyDelete
  33. Esa Adam ni hebat juga, boleh cerita sama macam Ahmad Maslan juga. Kelentong nak bagi konfius orang pun sama macam Ahmad Maslan juga. Statement paling lawak "Barang2 yg di process hampir keseluruhannya ada sales tax", mana kau belajar??? SST tu Sales and Service Tax, claim direct dari customer lepas tu bayark kat kerajaan, tapi ramai yang collect tapi tak bayar pd kerajaan. Hanya sikit saja barang kena SST. Kau buat lah kajian sendiri ataupun pergi belajar lagi dari Ahmad Maslan. Cerita macam orang lain tak faham pula. Sebijik macam Ahmad Maslan kata kat Tun M dgn Dr Maza. Kalau nak backup BN pun biarlah bertempat.

    ReplyDelete
  34. Esa Adam, yang kau cerita pasal spare parts, rokok, minuman keras dan lain-lain barang yang diseludup tu bukan sales tax la, awat yang bengap sangat. Spare parts tu import duti. Rokok dan arak tu ada cukai masing-masing (sin tax) tak ada kaitan dengan SST. Kalau fakta kau ni benar, lepas GST harga rokok dah turunlah. Cukai rokok bukan setakat 10% tapi berkali-kali ganda. Cukai SST yang paling ketara adalah pada kereta yang diganti dgn GST adalah kurang sikit 4%. Tapi import duti dan eksais duti masih terlalu tinggi. Untuk kereta RM140 taxnya lebih kurang 45K, setakat turun 4% tak ada maknanya pun. Cerita macam tahu fakta, tapi bodoh macam Ahmad Maslan merangkap menteri terbodoh Malaysia. Kalau lu bangga dengan fakta, tolonglah bagitau, barangan apa yang turun selain dari kereta yang sememangnya kena cukai tinggi dah. Bila orang kata bodoh masih nak mengaku pandai siap guna skrip Ahmad Maslan orang yang komen tak tahu fakta dan tak faham langsung. Kalau nak tunjukkan pandai carilah isu yang subjektif bukan isu bab duit, rasanya bab keluarkan duit ni semua orang berkira. Bagilah contoh barangan yang turun harga, nak juga pi borong sekarang ni, sebelum menteri bodoh ni kena pecat. Janganlah pula kereta turun harga, sebab kereta tu memang kerajaan dah sapu cukai banyak.

    ReplyDelete
  35. Bukan orang PR saja yang sakit hati pasal GST, ramai yang dok sokong BN naik meluat dengan Najib dan Ahmad Maslan. Betul kata Tun M, kalau Najib tak nak sedar-sedar, BN akan terlungkup habis.

    ReplyDelete
  36. Kerajaan dah penuh dengan hutang sebab tu bebankan rakyat pula dgn GST. Lepas ni tak perlu merayu AK bayar ansuran 1MDB lagi. Bukan setakat tu, 1MDB "mencuri assets negara" pula apa cerita?
    Dulu bekas MB selangor beli bungalow sedikit dibawah harga pasaran dikira rasuah. Kenapa bila 1MDB membayar harga berbillion jauh lebih rendah dari harga pasaran tidak dianggap rasuah pula. Maksudnya PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB terlibat dalam aktiviti rasuah sebab memindahkan assets milik negara kepada 1MDB dengan harga yang dimanipulasi. Siapa yang tak nak tanah kat sungai besi airport tu dengan harga rendah macam tu.

    ReplyDelete
  37. Tahniah Bulletin 247 ... itulah hakikat sebenar yang susah untuk ditelan oleh Mahathir.. Petronas ditubuhkan pada tahun 1974, carigali mula membuahkan hasil pada tahun 1979, Mahathir jadi PM tahun 1980.. berpinor mata Mahathir tengok tetiba Malaysia banyak duit selepas kejatuhan harga getah tahun 1974.. itu belum Kelapa Sawit sudah mula boleh di tuai akhir tahun 70an.. tidak cukup dengan itu, cukai kenderaan naik 2-300%, Datsun 120y yang berharga RM8,500, jadi RM25,000.. Mercedes 123 yang harga RM30,000 jadi RM100,000.. Lepas itu Mahathir fikir macam mana nak kaut duit masuk poket, maka timbulah isu 'privatization'.. Rakyat Jelata di gula2 dengan cerita wawasan 2020, highway, proton, Dayabumi, Putrajaya, KLIA dan KLCC , ada rakyat dapat faedah? bayar tol pada kroni dia ada laa.., mana kroni dapat duit buat benda tu semua? ... Maka wujudlah kumpulan kroni di bawah kawalan dia, Dah tahu Hero jalanan ada kegemaran songsang, dibawa masuk kedalam, senang untuk dicantas bila naik kemata, tak gitu?... jika rekod peribadi kakitangan kerajaan pun ada kat dia, tak kan hero tu tak ada .. itu baru sikit cerita 1980.. fast foward 35 tahun kemudian... tetiba ada pulak 1MDB ambil alih IPP kroni dia, terutama 'cash cow' yang bakal surut dari TNB yang dipaksa beli dari IPP dia, itu belum cerita hak jual minyak lesen D2 & D4 ... tak cukup dengan luka 1MDB, ada pulak GST... satu sistem percukaian untuk tangkap para pelari cukai.. mau tak Mahathir menyinga... jika dulu, bukan susah sangat, sapa dedah.. sah masuk Kemunting... kalau aku jadi Mahathir, seperti Sahril cakap.. dia elok diam.. lagi pun dah maghrib.. belajar 'redho' dengan ketentuan illahi.. anggap sebagai 'kifarah'.. kita pun selama ini sokong dia bukan kerana dia bagus sangat, tapi demi Bangsa, Agama dan Negara.. kan setiap jumaat, kita sebagai rakyat diingatkan, 'ta'at kepada Allah, Rasul & dan para pemimpin dikalangan kita'.. demi kesinambungan ketuanan melayu... cuba tengok harta kroni atau mungkin boleh juga dikatakan cuma 'sebagai tukang jaga duit Mahathir'.. oleh itu kepada para pentaksub Mahathir .. elok lah muhasabah diri dan buat kajian menyeluroh sebelum sampai masa.. mana tau sempat bertaubat dan taubat diterima... kepada 'tentera kacang merah'.. lu jangan sibuk.. lu ingat kita tak tahu yang tuhan lu pun lu tipu dengan limau plastic... kepada penyokong PR & RAS.. awak pergi pastikan seluar dalam besar sudah dibasuh bersih sebelum nak komen... lihatlah guna aqal bukan guna nafsu hehehe...

    ReplyDelete
  38. Bodoh dan bengap, spesis sama dengan Ahmad Maslan punya otak. Macam pandai saja, tapi otak sempit. Kenapa walaupun selepas Tun M bersara lebih 12 tahun, kenapa tak dibuang duti import dan eksais kereta?? Kalau cukai tu utk kepentingan Tun M, boleh saja Pak Lah atau Najib. Kenapa bodoh sangat dua-dua PM pujaan puak pembodek tuli ni. Sejarah IPP pun tak tahu, tak pernah tahu ke krisis kekurangan tenaga letrik menyebabkan kerajaan ambil keputusan untuk memastikan negara sentiasa mempunyai lebihan 40%. Semua yang cerita bodoh ni, tak boleh lawan kebodohan Najib dalam isu 1MDB, GST dan kejatuhan nilai matawang. Pergilah belajar lagi dari professor Ahmad Maslan yang ada CGPA 3,85. Kesian tengok kebodohan puak BN yang dok taksub sangat dgn Najib.Dia sendiri buat lubang taik tapi cuba susun bunga-bunga di atasnya. Tapi busuknya tak akan dapat ditutup lagi setakat nak harapkan simpati penyokong tuli macam ni.

    ReplyDelete
  39. 1MDB mencuri asset negara secara terang-terangan. Kalau Khir Toyo beli bungalow hanya beberapa juta dianggap rasuah. Kenapa 1MDB beli asset kerajaan berbillion RM dibawah nilai pasaran tidak pula mahu dianggap rasuah? Adakah itu saja cara 1MDB nak buat keuntungan percuma?

    ReplyDelete
  40. Walaupun selepas majoriti rakyat mengecam tindakan mengenakan cukai GST, masih ada puak Najib yang cuba menegakkan benang yang basah. Kesianlah puak-puak ni yang cuba untuk memperbodohkan diri sendiri, dengan fakta-fakta bodoh seperti artikel dalam buletin 247 ni.

    ReplyDelete
  41. Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan PM menjual asset tanah airport sg besi yang amat strategik ditengah-tengah KL kepada 1MDB ??? Tanah milik kerajaan "dicuri" oleh 1MDB tanpa rasa bersalah langsung. Tak hairan satu hari nanti mungkin Putrajaya pun boleh dijual kepada 1MDB juga dengan harga lelong supaya nampak 1MDB satu pelaburan yang menguntungkan.

    ReplyDelete
  42. Ini adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara oleh PM Malaysia merangkap Menteri Kewangan dan pengerusi 1MDB. Pindahmilik asset negara kepada pihak lain dengan nilai yang tidak setimpal. Bila lagi SPRM nak serbu. Selama ni dok war-war SPRM ni tak kira pangkat kenapa tak rasa itu adalah satu bentuk salah guna kuasa dan boleh dikategori sebagai rasuah.

    ReplyDelete
  43. Ini bapa kepada segala rasuah dan salahguna kuasa.

    ReplyDelete
  44. Dahlah 1MDB "mencuri" asset negara dengan mengguna kuasa yang ada sebagai PM & Menteri kewangan, lepas tu ada hati nak jual kepada GLC dengan harga pasaran. Senangnya buat duit. Lepas tu bagi kat Jo Lo untuk menJoLi duit tu.

    ReplyDelete
  45. Ini namanya "Songlap" tanah kerajaan yang bernilai billion ringgit, memindah kepada pihak ketiga yang nampak macam sama tapi tak sama. Kalau SPRM masih boleh berdiam diri, memang patut tutup saja SPRM tu. Tg Aziz pun sudah panik, cuba nak kaitkan isu BMF pula. Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? Kedua-dua tanah sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  46. Mana pergi semua penjilat-penjilat Najib?? "Curi" tanah bernilai kerajaan dengan harga yang rendah dan jual pada Tabung Haji dengan harga pasaran. Beli RM320 juta untuk 70 Ekar, baru jual sikit kat Tabung Haji, selebihnya dah jadi free. Dimanakah ketelusan PM yang dibanggakan sangat. Undurlah sebelum makin banyak memalukan BN.

    ReplyDelete
  47. Kalau jenis blogger-blogger mangkuk inilah yang disuruh mempertahankan UMNO, nampaknya memang betullah UMNO akan memasuki gerbang mautnya tak lama lagi. Bodohnya bertali-tali.
    Esa Adam ni hantu mana? Budak JASA? Kau tau apa status JASA? Kalau meeting kat pejabat daerah tu dia orang letak hujung-hujung ranting aje...hahahahaha

    ReplyDelete
  48. Esa Adam tu rasanya dah lama menuntut dengan professor Ahmad Maslan. Itu pasal sama saja cara mereka menjawab soalan. Jawapannya selalu dimasukkan elemen untuk menconfiuskan orang. Kononnya, mereka menganggap semua orang lain macam orang kampung zaman dulu-dulu yang tak pergi sekolah dan tak tahu apa-apa. Semuanya nak mempertahankan UMNO walaupun dengan jawapan-jawapan bodoh. Zaman dah berubah, ramai lagi yang inginkan kebenaran tak kisah samada BN atau PR. Selama ni sememangnya PR jauh lagi teruk dari BN dengan agenda jahat mereka. Tapi, dalam kes 1MDB, GST, BR1M & rasionalisasi subsidi, BN sudah salah langkah. Kalau masih nak menyokong secara membabi buta, BN pasti terlungkup pada PRU akan datang. Berilah apa saja alasan pun, kehidupan rakyat makin parah selepas adanya BR1M ni.

    ReplyDelete
  49. Esa Adam,

    Kau tulis mcam tu puak nu bukan faham,dia hanya ikut apa yg Mahahtir cakap faham pun tidak juga sebab tu kau taengok soalan dia org berbalik-balik benda yg sama.Kau beri jawapan dia orang tak tahu pun itu jawapannya,kerana dia orang tak faham pun apa yg mereka soal.

    ReplyDelete
  50. klu dh membangkang tu apa2 yg kerajaan buat tu semua dia bangkang....tu la kerja mereka....apa nk heran.....klu kerajaan turunkan harga brng pun tetap diorang bangkang....salah seorang dp mereka adalah mahadey

    ReplyDelete

ENTRI TERBARU TUN MAHATHIR SEKADAR MEMBUKA PEKUNG DI DADA UMNO!

Monday, 20 April 2015 ·

Entri terbaru Mahathir dalam blognya (BACA DI SINI), membuatkan sesiapa sahaja yang pernah hidup bukan dengan otak kanak-kanak pada penghujung 1980-an akan mengingati semula detik-detik bagaimana UMNO akhirnya diharamkan dan Mahathir mewujudkan sebuah parti baru bernama UMNO dengan menggunakan perlembagaan dan mengambilalih aset-aset UMNO pada ketika itu.

Cerita yang diberikan kepada ahli-ahli UMNO-Lama ialah, UMNO telah berjaya dipulihkan walaupun hakikatnya, UMNO pada zaman Mahathir adalah UMNO baru bukannya UMNO asal 1946 hasil pemikiran tokoh-tokoh Melayu.

Serangan bertali arus ke atas Mahathir bermula dari tahun 1986 sehingga menyaksikan UMNO diharamkan pada 1987 dan 'dipulihkan semula' pada 1988 banyak berkisar tentang dasar-dasar dan pentadbiran Mahathir sendiri. Bekas-bekas Perdana Menteri bersatu bersama-sama Kumpulan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah menelanjangkan apa-apa sahaja dasar Mahathir yang dilihat sebagai gaya mewah yang membazir walaupun pada masa yang sama, isu skandal kewangan terbesar negara, BMF-Carrian memberi kelebihan kepada Mahathir untuk menangkis serangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Menariknya pada waktu itu, nama-nama tokey-tokey besar yang sudah tentu bukannya Melayu, tidak pernah ditimbulkan kerana mereka dianggap sebagai penolong ekonomi negara. Pemonopolian mereka dalam pelbagai bidang termasuklah dalam pembekalan makanan sehingga menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai orang terkaya di Malaysia, tidak pernah dipersoalkan.

Dasar seperti 'cipta seorang jutawan Melayu untuk mewujudkan 10 jutawan Melayu yang lain' akhirnya menyaksikan kelompok pertama jutawan Melayu dari dasar Mahathir, tidak berkembang biak pun, sebaliknya keserakahan mereka yang bertambah-tambah. Golongan pemimpin UMNO berniaga dan menjadikan projek-projek dalam Kerajaan dan UMNO dengan kaedah Ali-Baba turut berkembang pada zaman Mahathir tanpa dirungut atau ditelanjangkan.

Itu yang didedahkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang pernah terpalit kerana 'I'm the happiest PM in the world' maka 13 Mei 1969 terjadi kesan daripada kekecewaan Melayu-Bumiputera yang terpinggir dalam arus pembangunan negara selepas merdeka.

Kini, Mahathir mengambilalih apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Pada mulanya kelihatan menegur tetapi teguran-tegurannya semakin lama semakin keras sehingga mula melarat kepada gaya hidup mewah Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak sebagai mewakili nada dalam 'surat terbukanya' kepada Tunku Abdul Rahman yang menyaksikan akhirnya dia dipecat dari UMNO pada penghujung 1960-an.

Najib Abdul Razak adalah ketua pemimpin negara masakini. Setiap pemimpin mempunyai cara dan corak pentadbirannya yang tersendiri. Setiap pemimpin mempunyai sosok kelemahannya yang tersendiri. Semua pemimpin bukan maksum dan sempurna. Menjadikan kegagalan silam sebagai pedoman, memang ada benarnya, tetapi mahu memaksa perjalanan negara mengikut acuan 1980-an dan 1990-an, rasa-rasanya hanya kepimpinan negara autokratik yang berfahaman sosialis sahaja yang mampu melakukannya. Apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara terbuka yang bergantung kepada pelaburan luar untuk membangunkan negara ini. Apatah lagi selepas Malaysia dirosakkan oleh pentadbiran tidak cekap sebelum Najib Abdul Razak.

Najib sama seperti Mahathir, tidak sempurna dan banyak dasar-dasar serta polisi pentadbirannya boleh dipersoalkan. Bukan semua orang menikmati apa yang terhasil daripada dasar serta polisi pentadbiran Najib walaupun pada masa yang sama, Najib melaung-laungkan 1Malaysia. Samalah seperti zaman Mahathir apabila slogan Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah serta Penerapan Nilai-Nilai Islam, sebenarnya lebih bersifat retorik berbanding realiti.

Barangkali Mahathir sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat legasi yang ditinggalkannya, kembali menjulang selepas direncatkan dan digendalakan oleh Abdullah Badawi yang tidak mampu menjadi pemerintah yang baik, berinovatif dan menggunakan dasar mengundur iaitu tidak berbelanja demi memastikan wang tidak susut.

Kerana itulah, Mahathir menekan Najib agar mengikut telunjuknya. Kemudian apabila Najib tersekat kerana kekangan luar biasa akibat masalah ekonomi dunia yang Mahathir sendiri hadapi sebanyak tiga kali iaitu pada dua tahun awal pentadbirannya 1981-1982, kemudian 1986-1988 dan 1996-1998, sebelum Mahathir dan pentadbirannya mampu memecut kembali ekonomi menerusi sokongan berterusan dan kurangnya gangguan, Mahathir kembali melakukan tekanan luar biasa termasuklah dengan menuding ke arah isteri Najib, Rosmah Mansor yang disifatkannya sebagai punca kepada segala permasalahan pentadbiran negara.

Mahathir dalam entry terbarunya itu, masih mempersoalkan tentang kehilangan wang negara. Mahathir menjadikan kehilangan wang negara sebagai punca UMNO-BN bakal kecundang pada PRU-14 nanti. Namun Mahathir terlupa satu perkara, faktor pengundi muda yang tidak lagi hidup di perkampungan setinggan, ketamakan para peniaga selain perubahan sikap rakyat Malaysia sendiri kesan daripada LANGIT TERBUKA yang merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri jauh lebih besar masalahnya berbanding kehilangan wang negara yang boleh diselesaikan menerusi beberapa dasar aktif termasuklah percukaian.

Dasar-dasar Najib dilihat cuba menyeimbangi tuntutan yang tidak pernah wujud pada sepanjang zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Tekanan luar biasa media sosial pada penghujung zaman pentadbiran Mahathir, terlalu kecil dan peratusannya hanyalah pada angka perpuluhan berbanding Najib yang berhadapan dengan reaksi negatif media sosial hampir seratus peratus yang sampai ke segala ceruk rantau dan secara lebih pantas.

Mungkin ramai tidak sedar, Najib menyeimbangi bajet defisit pada zaman Mahathir dan Abdullah Badawi. Mahathir mengambilalih pentadbiran negara daripada Allahyarham Hussein Onn dengan defisit -1.8% dan mengakhirinya dengan -5% berbanding KDNK. Abdullah Badawi pula memulakan perbelanjaan defisit kerajaan pada kadar -4.1% dan mengakhirinya pada tahun 2008 dengan -4.6%. Sedangkan Najib pula yang mengambilalih pentadbiran negara ketika kewangan negara dalam keadaan gawat kesan daripada pentadbiran tidak cekap Abdullah Badawi pada kadar -6.7% pada tahun 2009, sehingga 2014, kadar defisit perbelanjaan kerajaannya telah menurun kepada -3.5%.

Kalaulah defisit perbelanjaan mampu ditangani oleh Najib di sebalik pelbagai fitnah kononnya dia gagal membangunkan ekonomi negara, masakan Najib tidak mampu mengembungkan kocek perbendaharaan negara. Mahathir pernah terkenal kerana prinsip dan amalan ekonomi menyongsangnya pada tahun 1996-1998 dan dia berjaya walaupun dikecam oleh seluruh dunia, mengapa tidak dibiarkan dan melihat Najib melakukan ujikajinya sendiri sebagaimana peluang yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Mahathir dahulu?

Serangan Mahathir pada retorik slogan Najib iaitu 1Malaysia, samalah seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam. Benar, pada zaman pentadbiran Mahathir, Islam mula mendapat tempat luar biasa di kalangan masyarakat Melayu, daripada berselendang kepada bertudung, daripada minum arak secara terbuka tanpa segan silu, kepada dihukum mahkamah syariah jikalau didapati bersalah, daripada jamu arak dalam majlis rasmi kepada jamu air berkarbonat, tetapi Mahathir tetap tidak dapat menghapuskan elemen-elemen taksub termasuklah serangan ganas pentaksub dan ekstremis yang berlabelkan agama seperti yang berlaku di Sauk, mahupun Batu Pahat, malahan Al-Arqam dengan Aurad Muhammadiyah pun telah menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.

Menyalahkan Rosmah Mansor, ramai pula yang melihat Marina Mahathir yang seringkali bertelagah dan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran ayahnya sendiri. Isu Marina Mahathir sudah berkali-kali dibangkitkan dan Marina menjadi sosok kelemahan Mahathir yang sedap diserang oleh pembangkang tetapi didiamkan oleh para penyokong UMNO-BN kerana ianya merupakan masalah peribadi keluarga Mahathir. Begitu juga dengan gelagat kedua-dua orang anak angkatnya yang berasal dari Afghanistan.

Kalau hendak dituliskan, terlalu banyak ruang yang akan digunakan untuk menceritakan tentang kebobrokan zaman Mahathir. Rasa-rasanya ramai yang tidak mahu melihat atau mengenang kembali permasalahan yang wujud pada zaman Mahathir kerana jasa-jasanya yang telah ditaburkan oleh Mahathir terutama dalam usaha menukarkan negara ini daripada sebuah negara bijih timah dan getah kepada negara pembuat cip untuk peluru berpandu dan bom nuklear utama dunia. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk tujuan tersebut dan sudah tentulah walau sebaik mana pun pentadbiran Mahathir, yang pasti, rakyatlah sebenarnya yang lebih banyak berkorban, bukannya para pemimpin termasuklah Mahathir sendiri!

Kalau hendak diulangbalik kebaikan pentadbiran Najib yang banyak dicemari oleh tohmahan dan fitnah Pakatan Rakyat, juga terlalu banyak terutama dari segi polisi dan dasar-dasarnya yang bercanggah dengan zaman Mahathir.

Mahathir juga yang berkata, lebih baik diumpat keji kerana melakukan sesuatu daripada diumpat keji kerana langsung tidak berbuat apa-apa seperti Abdullah Badawi.

Mahathir mungkin popular dengan ketegarannya sekarang, tetapi bagaimana pula dengan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah Najib mampu mengendalikan UMNO dan Barisan Nasional kalau serangan bertali arus datang dari dalam bahtera sendiri?

59 comments:

Anonymous said...
20 April 2015 at 19:55  

Cara pemikiran yang sama dengan puak Ahmad Maslan. Budget defisit tidak memberi apa-apa makna kepada ekonomi negara. Yang penting adalah apa yang dibuat dengan budget tersebut. Sekiranya pembelanjaan untuk pembangunan negara, ianya sesuatu yang positif. Kalau perbelanjaan yang bersifat expense off seperti BR1M, ianya satu pembaziran wang negara sebab ia gagal menjana apa-apa untuk masa depan negara. Zaman Tun Razak & Hussein Onn pun, budgetnya sikit saja sebab tak ada projek mega yang dibuat. Zaman Tun M, macam-macam projek mega, contohnya Plus Highway saja dengan perbelanjaan berbillion tapi selepas 30 tahun iaitu 2024, ianya menjadi milik negara. Kurang spending tak semestinya bagus, tapi kena spend kepada benda yang boleh menguntungkan dan menjadi assets negara untuk masadepan. Kena tengok ekonomi sebagai satu rantaian sistem, bukan one to one relationship. Contoh GST boleh memberi income tambahan pada negara, tapi kiranya ia menganggu kuasa membeli dan menjadikan ekonomi negara berada dalam kelembapan, income negara secara keseluruhan juga akan turut merosot. Jadi PM mesti bijak bukan setakat lepaskan kepada Ahmad Maslan yang menentukan nasib negara.

Labu8455 said...
20 April 2015 at 20:02  

Mau muntah rasa baca penulisan saudara hari ini, tapi apa kan daya bila menjadi blogger upahan (hingga Najib terpaksa gelar sebagai bangang) penulisan sebeginilah yang terpaksa dihasilkan.

baluk said...
20 April 2015 at 20:28  

Tanya tak jawab, org kata sombong dan bongkak... bila jawab, tak kena dengan soalan, itu angkuh...soo najib??? admin tk berapa cerdik, penjilat najib...

baluk said...
20 April 2015 at 20:29  

Tanya tak jawab, org kata sombong dan bongkak... bila jawab, tak kena dengan soalan, itu angkuh...soo najib??? admin tk berapa cerdik, penjilat najib...

Kamu Bodoh said...
20 April 2015 at 20:36  

Kalau nak perbaiki defisit bajet kerajaan dengan kenaikan harga minyak, harga gula, harga tepung, harga tol lebih tinggi, pengenalan cukai GST, apa faedahnya kepada rakyat? Janganlah cakap macam orang bodoh. The function of the government is to take care of people in the main street, not the sharks in the Wall Street. Najib's apple polishers are really a bunch of stupid monkeys.

Anonymous said...
20 April 2015 at 20:40  

Patutnya jwb dgn fakta, bukan discredit Tun

Anonymous said...
20 April 2015 at 20:44  

saya tak nak komen banyak sekadar memohon pada Allah Yang Esa ,mudah mudahan Datuk Najib berjaya mengharungi asakan demi asakan ini dan diberi perlindungan olih Yang Maha Berkuasa....

Anonymous said...
20 April 2015 at 20:55  

Rakyat biasa seperti aku ni bukan nak tengok defisit ke budget ke.... kau pergilah ke kedai barang barang asas pun naik melambung, duit makin kecik... gaji macam tu aje... tak payahlah nak menangkan Najib tu,.. dia tu PM yang lahir dalam dulang emas, anak bekas PM, masa kecil pun dah duduk London, balik Malaysia pun lepas Tun Razak meninggal dunia, cakap melayu pun kena belajar balik, kau lihatlah penasihat ekonomi dia.... menjahanamkan lagi ada.. kita rakyat biasa cuma nak beli barang murah... renungkanlah wahai orang UMNOOOO, jangan menyokong membabi buta..

jgn jadi bodoh!!! said...
20 April 2015 at 21:02  

Tahniah..contoh minda kelas pertama..susah nak jumpa bijak mcm ni..sekali lagi syabas!!

jgn jadi bodoh!!! said...
20 April 2015 at 21:03  

Tahniah..contoh minda kelas pertama..susah nak jumpa bijak mcm ni..sekali lagi syabas!!

Anonymous said...
20 April 2015 at 21:13  

Marina tu isteri Perdana Menteri ke? wakaka...Marina tu dah berkahwin.dah ada suami. tanggungan dia pada suami dia.

anywya good job..lah.tak terkesan.

anakJohor

Anonymous said...
20 April 2015 at 21:22  

tak apalah ,saya ikhlas mendoakan kemenangan buat Datuk Najib.Untuk anda pula terpulanglah....

Anonymous said...
20 April 2015 at 21:27  

Nasihat kepada tun M nikmatilah kehidupan diusia persaraan ini Dan kepada para macai2 jgn anggap orang yg myokong Najib sebagai para jamuan kerana sesiapapun bebas memberi pendapat.inilah kelebihan berada dizaman Najib.

Anonymous said...
20 April 2015 at 22:00  

Apa yang dikatakan TUn itu ada benarnya. Tak payahlah nak cover sangat najib.. aku tengok saban hari kita makin susah dengan pelbagai kos kenaikan. Kadang-kadang pening juga kepala memikirkannya. Menteri GST kata harga barang turun bila GST di kuat kuasakan tapi yang berlaku sebaliknya. Hari itu aku beli catridge printer harga RM120.00 macam dulu juga tapi bila nak buat bayaran cas GST dikenakan 6% sudahnya harga jadi RM127.20 Mana turunya. Aku rasa macam ini lebih baik tak payah sokong BN lagi baik kalau dah menyusahkan rakyat. Kita mengharapkan pemimpin dan pemerintah yang bijak dan menyenangkan rakyat bukan pemerintah yang menyusahkan rakyat. Adalah lebih baik pemimpin-pemimpin yang dah kaya raya ini kononnya hendak membantu rakyat berundur sahaja daripada terus menyusahkan dan membebankan rakyat.

Anonymous said...
20 April 2015 at 22:28  

Setuju. Blogger upahan najib ni nak tunjukkan segala bagus on paper. Tapi hakikatnya keadaan ekonomi rakyat makin hari makin teruk. Bil elekrik naik melambung tinggi. Dulu kata kos bahanapi meningkat. Bila kos bahanapi jatuh separuh, tarif letrik turun ciput saja. Kalau setakat nak tulis macam otak Ahmad Maslan tak payahlah. Kalau guna otak macam ni, taik pun boleh dicakap emas. Bodoh nak mampus.
Rosmah tu queen control kepada Najib. Apa kena Marina pulak. Lantak dia lah nak buat kerja NGO atau tak sehaluan dgn bapa dia.
Yang pasti, Najib tadbir ekonomi malaysia lagi parah. Tak nampak apa-apa kemajuan yang boleh dibanggakan, setakat menghabiskan duit negara dgn boros bolehlah.

Anonymous said...
20 April 2015 at 22:37  

babi pon celik....hahaha, saw alls these coment to ur boss

Anonymous said...
20 April 2015 at 22:50  

apa-apapun insyaALLAH, Najib akan berjaya.

Anonymous said...
20 April 2015 at 22:58  

Kasihan tun,,,

Anonymous said...
20 April 2015 at 23:55  

GENG PENGAMPU LIBERAL-proUS takkan nak dengaq nasihat Ayahanda Tun kita! Cubalah hormat sikit pd. bekas PM TERCINTA kita, Ayahanda Tun - benci sgt. nasihat-nasihat BERGUNA beliau apasal?!! Puak LIBERAL ni jgnlah dok BERANGAN nak jadi PM/TPM satu hari nanti kerana depa akan MENGHANCURkan UMNO terlebih dulu!!

Tahu nak cakap psl. 'perpaduan' - perpaduan palsu yg. geng LIBERAL dok asyik MENIPUlah yg. telah MENGGADAIkan hak/identiti/tanah pusaka BUMIPUTERA Islam/Melayu dan NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...
21 April 2015 at 07:56  

YA ALLAH YA TUHANKU....PERMUDAHKAN URUSAN PEMIMPINKU YANG MENGHADAPI CABARAN DARI LUAR DAN DALAM. AMIN.......

Anonymous said...
21 April 2015 at 08:19  

Lebih baik Pekung terbuka sekarang dari terbuka disaat menghampiri PRU 14 ... KKALAU diikutkan pada artikel diatas bermaksud jika MAHATHIR BUAT SALAH MAKA NAJIB PUN BOLEH IKUT BUAT SALAH ... patutlah banyak projek menyusahkan Rakyat Marhaen...

Anonymous said...
21 April 2015 at 08:22  

kalau dah tahu selama ni ada pekung di dada, kenapa tak operate buang sendiri? nak sibuk salahkan orang bukak pekung pulak, sibuk pasal sakit orang yang lebih, sakit sendiri taknak berubat...

Anonymous said...
21 April 2015 at 09:48  

Cara menulis seperti tak kenal Tun dan terserlah menurut arahan demi menjaga periuk nasi.

Tun M, seorang negarawan yang sangat berdedikasi dan sayangkan negaranya.

Kalau nak pertahan sangat pun boss yang bagi makan tiap bulan, jangan sampai menghina dan memperlekehkan negarawan Tun M!

Yang bertambah meluat nanti rakyat terutamanya penjawat awam yang dah sanggup lagi mendewakan bini Najib. Ada paham?

Anonymous said...
21 April 2015 at 12:00  

Pada Najib, kalau ada masalah pass saja kepada rakyat untuk menanggung bebanan tersebut. Kalau pada yang tak terdaya sangat, dia bagi BR1M untuk kurangkan.Yang pasti dia nak jadi PM, biar beban rakyat yang tanggung. Hutang semua boleh buat sukahati saja, kalau sesiapa yang mempersoalkan hutangnya, boleh buat bodoh saja.

Orang melayu said...
21 April 2015 at 12:37  

Hanya mereka yg tdk taksub sahaja akn faham apa yg penulis cb smpaikn

Anonymous said...
21 April 2015 at 13:26  

Why don't we try to reverse the situation:

"Rakyat sangat sayang pada RM, seorang wanita yang sukakan kemewahan dan suka mencampuri urusan pentadbiran negara. Kami sebagai rakyat kelas bawahan amat bangga dengan beg tangan serta jam tangan berjenamanya. Itulah buktinya beliau insaf akan keperitan rakyat kelas bawahan yang susah mencari sesuap nasi.

Kami juga sangat sayang pada PM Najib yang sanggup menanggung hutang yang banyak kepada negara. 1MDB adalah bukti pengorbanannya tak berbelah bagi kepada negara, dan pengorbanan itu juga menuntut sokongan yang tidak berbelah bagi oleh UMNO.

Kami juga sangat bangga dengan sikap merendah dirinya dengan Singapura. Beliau seorang pemimpin yang sangat berani.

Jasa PM Najib yang terbesar adalah GST. Jasa yang akan dikenang oleh rakyat sehingga ke akhir hayat.

Rakyat juga menumpang bangga kerana nilai RM jatuh merudum, menunjukkan betapa kukuhnya ekonomi Malaysia pada ketika ini."

I love PM dan pendokongnya :-)

Anonymous said...
21 April 2015 at 23:03  

Sekira masih ada pembodek Najib yang nak mempertikai kemampuan dan kejayaan Tun M dalam mentadbir Malaysia selama 22 tahun, saya kira ianya satu perkara yang amat bodoh. Rasanya amat sukar untuk mencari PM yang boleh melakukan apa yang pernah Tun M lakukan untuk Malaysia. Kalau Najib, memang jauh panggang dari api.
Jadi tak perlulah membuat perbandingan antara Najib dan Tun M seperti yang cuba dibuat oleh artikel ini. Samada anda masih kanak-kanak ketika era Tun M atau sememangnya anda sama terencat akal seperti Ahmad Maslan.
Kalau tidak mahu isu ini berpanjangan, terima sajalah cadangan Tun M, hentikan BR1M dan hapuskan GST. Kalau dua perkara asas ni dapat dibuat, sekurang-kurangnya Tun M dan seluruh rakyat Malaysia akan kurang panasnya terhadap Najib.Hanya ini saja penyelesaian segera yang boleh diambil oleh Najib. Itupun kalau Najib masih sayangkan jawatan PMnya. Kalau tidak, selamat tinggal Najib, walau seluruh jentera kerajaan digerakkan untuk membenci Tun M, tidak mungkin akan berjaya terutamanya dengan menggunakan TV3 setiap hari cuba menyanjung Najib dan memperkecilkan Tun M.

Anonymous said...
22 April 2015 at 12:52  

Dalam al quran dah cakap wajib setia pada ulil amri, ok wajib......so apa maknanya ? Suka ke tak ke tak boleh tegur dan mengaibkan walau seseorang tu bekas PM pernah perintah walau 100 tahun.ni ayat quran yang cakap bukan saya . So sebagai rakyat dan manusia biasa ,saya hanya berdoa agar Allah beri rezeki yang lebih untuk meneruskan hidup di akhir zaman ni yang penuh dugaan dan kos sara hidup yang tinggi.untuk mencapai negara maju sememangnya kos hidup akan meningkat contoh Jepun .jadi tak kira lah siapa pun yang memegang folio PM terpaksa mendengar rintihan rakyat yang berbagai tetapi saya sebagai orang islam tak sanggup nak menghina apalagi PM yang masa nya berkorban untuk negara ,ada kita fikirkan?tentang Tun tu dia takmterkesan apa2 pun anak2 dia semuanya berjaya dan hebat2.

Anonymous said...
22 April 2015 at 21:04  

Tun cakap betul. Melayu ramai dah meluat dgn cara najib ni.
Maruah melayu dan Islam dipijak2 oleh bangsa lain sejak najib melancarkan polisi satu malaysia. Apa bezanya dgn malaysian malaysia dan sama rata sama rasa ?

Anonymous said...
22 April 2015 at 23:13  

Tak ada isu Najib atau Tun pun. Tun dah tadbir negara dengan baik dan nampak hasilnya. Najib tadbir, makin hari makin parah rakyat dibuatnya. Asal beban sikit lepas kat rakyat. Mula-mula tarik subsidi lepas tu bagi BR1M sikit, lepas tu kenakan GST. Nilai matawang jatuh, komoditi jatuh. Kalau tak reti nak tadbir, bagilah peluang kat orang lain pula. PM ni bukan jawatan turun temurun. Dia bukan raja pun nak kita mesti taat setia. Jadi, tak perlulah keluarkan fatwa pulak. Kita ni demokrasi, kalau ada pemilihan umno nanti buatlah pemilihan jawatan presiden. Jangan dok jadi bebal macam Ahmad Maslan. Apa pula negara maju mesti kos sara hidup tinggi? Negara maju ada pendapatan tinggi barulah kos sara hidup jadi tinggi kerana persaingan, bukan sebaliknya.

Anonymous said...
23 April 2015 at 09:10  

Anon 21:27,

Kalau begitu biarkan lah kesilapan demi kesilapan besar berterusan sampai Malaysia lingkup. Najib dan keluarga, jangan risaukan dia. Mereka boleh berhijrah ke New York ke Khazak ke, atau mana mana juga pun. Mereka ada wang. Tetapi bagaimana dengan kita dan kebanyakan rakyat lain yang tidak ada apa apa? Senang dan sukar di Malaysia lah.

Jadi kita perlu bersuara untuk menyelamatkannya. Biarlah TDM bersuara dan kita fikirkan benar atau tidak ! Kalau benar disokong tanpa perlu dungkit ungkit ' dosa dosa ' lama!

Mengungkit ungkit perkara itu tidak akan menjadikan kesilapan kesilapan besar Najib terhapus!

Anonymous said...
23 April 2015 at 09:15  

Anon 22:50,

Anda yakin Najib akan Berjaya.

Whatever wait until PRU 14, so that we see Najib will survived or not!

Takut takut dalam tahun 2015 ini juga, Najib telah jatuh terlingkup!

Unknown said...
27 April 2015 at 15:31  

anon 19.55. saya tak bersetuju BR1M dikatakan tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Setiap ringgit BR1M sampai kepada gulungan sasaran dari Kuala Lumpur hingga ke Ulu Baram. Wang2 ni mengalir ke setiap pelusuk negara. Sudah tentu industri2 kecil dan perkhidmatan diseluruh pelusuk negara mendapat menafaatnya.
Zaman Tun banyak projek2 mega yg kurang impaknya kepada rakyat. KLCC, KLIA, Putrajaya, Bakun Dam. Dimana impaknya. KLCC menguntungkan Kapitalis, KLIA hanya yang mampu merasainya. Putrajaya hanya Kakitangan Kerajaan yg mendapat menafaatnya. Bakun Dam yg sepatutnya memberi tarif yg murah kepada rakyat sekarang hanya dimenafaat oleh Industri Aluminum yg mendapat tarif yg murah.
Projek IPP yg diperkenal oleh Tun M mengkayakan kroni dan memerah rakyat membayar tarif yg tinggi.
Cuba bandingkan usaha Najib,
1. Membina MRT, LRT dan BRT yang memberi keselesaan kepada rakyat.
2. BR1M yang membantu rakyat menyelesaikan kenaikan kos.
3. Bantuan rm100 kepada setiap murid sekolah diawal tahun
4. Boucher buku rm200
5. Kedai rakyat 1Malaysia bagi menurunkan kos perbelanjaan rakyat.
6. Kelinik 1Malaysia yang memberi kos penjagaan kesihatan kepada yg kurang mampu.
7. Perumahan rakyat 1Malaysia.
8. Mengubah sistem percukaian dari SST kepada GST. Cara ini boleh membendung ketirisan dalam pungutan cukai. Najib lebih berani dari Tun Abdullah mahu pun Tun M.

Dari huraian saya diatas dimana kelebihan Tun M jika dibandingkan dengan apa yang telah dan sedang dibuat oleh Najib. Cuba huraikan satu persatu biar semua tahu.

Ted Manoff said...
27 April 2015 at 18:52  

Hoi machai2 yg benchi Najib. .merengek2 macam mak nenek pehal. .pi LA bertanding jadi chalon dan jadi PM. ..majukan lah Malaysia

Ted Manoff said...
27 April 2015 at 18:57  

Merengek2 jadi balachi Mahathir macham pondan maki Najib ape hal..pi la bertanding jadi chalon dan tros jadi PM majukan Malaysia ini....baru lah hero..jadi penjilat kira koman ler

28 April 2015 at 20:45  

Inilah skrip Ahmad Maslan. pernah Esa Adam pergi tengok kat kampung-kampung. Harga kelapa sawit dan getah dah jatuh 50%, rakyat dah kurang punca pendapatan. Bagi BR1M dulu nampak lebih baik dari tak ada. Tapi bila bubuh GST semua hilang begitu saja. Subsidi minyak dan gula sudah tak ada, BR1M tu bagi sikit tapi kena sedut dgn GST lagi banyak. Tak payah sebut pasal SST, tu bodoh namanya, Berapa saja item yang kena SST? Dulu, bil unifi cuma RM149, ada sst tapi atas penggunaaan saja yang selalunya tak kena bayar. Sekarang 149 tu kena GST 8.94. Bodoh ke apa. Jangan setakat hafal skrip saja. Ahmad Maslan boleh tipu Esa Adam tapi tak mungkin seluruh rakyat Malaysia. Keadaan ekonomi rakyat lagi parah sekarang dari dulu. Bantuan sekolah RM100 tapi hari-hari cikgu sekolah minta duit.Hanya orang berfikiran macam Ahmad Maslan yang bodoh sombong saja boleh backup apa yang rakyat hadapi sekarang. Saya ni bukan orang PR pun sebab saya tahu PR memang lagi teruk daripada BN. Cuma jangan buat kerja bodoh sehingga orang BN pun malu dengan tindakan BN kebelakangan ni.

Anonymous said...
29 April 2015 at 10:37  

"berbanding kehilangan wang negara yang boleh diselesaikan menerusi beberapa dasar aktif termasuklah percukaian."

Haloo..kalau wang dah hilang takkan kita sebagai rakyat buat tak reti.Bongoks ke apa..diaorang yg hilangkan duit kita pula nak kena tanggung..bongoks betul..Time Najib defisit kurang berbanding yg lain..? Memang le kurang dah semua subsisdi kena tarik..Bongoks bongoks..kalau ada parti yg lebih bagus dari BN/UMNO dah lama saya sokong..masalahnye takde.

Unknown said...
30 April 2015 at 15:29  

Anon 20:45. Kalau menulis tak da fakta itu menunjukkan kebodohan diri sendiri. Menyoal berapa saja item yg ada SST tu nampak sangat anda tak tahu langsung pasal Sales Tax Order 1988. Barang2 yg di process hampir keseluruhannya ada sales tax. Cuma kita aja yang tak nampak kerana ianya dikenakan ex-factory. Selepas itu barang2 dijual oleh pengedar sst inclusive. tak perlu juga dinyatakan dalam invoice. berbanding dengan gst dimana setiap pembeli akan tahu berapa cukai yang dibayar. Ianya lebih tranparent. Ianya juga menghalang ketirisan dipintu masuk dimana sebelum ini pengilang boleh mohon pengecualian impot duty.
Sekarang ini setiap bahan mentah yg masuk dikenakan gst 6%. Jika nilai barang yg dibawa masuk melalui Port Klang misalnya rm200 juta sebulan maka Kastam mesti pungut gst rm12 juta. Sebelum ini banyak penipuan dilakukan oleh pengimpot (tentunya dengan bantuan pegawai kastam yg tak jujur) . Barang yg sepatutnya bercukai diistihar tak bercukai. Ini dilakukan dengan mengistiharkan barang dgn tarif code yang salah.
Saya tak perlukan Ahmad Maslan untuk mematahkan hujah2 kamu tentang kebaikan gst berbanding sst. cuba fikir kenapa banyak barang2 seludup seperti spare parts, rokok dan minuman keras. ini semua penipuan yg berlaku diantara pengimpot dgn pertolongan pegawai yg tak jujur. dgn gst semua barang ini akan dikenakan cukai semasa transaksi. bar2 dan pusat karaoke akan terpaksa kenakan cukai pada pelanggan yg membeli rokok dan minuman keras. Tidakkah ini menguntungkan negara. kebodohan menyerlah pada yg tak tahu.

Anonymous said...
1 May 2015 at 18:39  

Esa Adam, perbelanjaan selepas GST average person sudah naik sekurang-kurangnya RM100, Tak perlulah nak jadi bodoh sombong macam Ahmad Maslan. Bil Unifi saja untuk pakel RM199 sudah ada extra tax RM11.94.Jadi tak perlulah nak mempertahankan menteri bodoh tu dengan fakta. Apakata kita tengok saja poket masing-masing. Kadang-kadang kita saja rasa kita terlebih pandai keluarkan fakta bagai. Kita kena tengok setiap isu dengan pandangan layman saja. Yang pasti, perbelanjaan kita sudah naik. Nak bertekak apa lagi.

Anonymous said...
1 May 2015 at 18:49  

Hebat Esa Adam ni yang boleh faham GST ni. Tun M pun tak faham. Mungkin CGPA dia pun 3.85 kot.

Anonymous said...
1 May 2015 at 22:31  

Esa Adam ni hebat juga, boleh cerita sama macam Ahmad Maslan juga. Kelentong nak bagi konfius orang pun sama macam Ahmad Maslan juga. Statement paling lawak "Barang2 yg di process hampir keseluruhannya ada sales tax", mana kau belajar??? SST tu Sales and Service Tax, claim direct dari customer lepas tu bayark kat kerajaan, tapi ramai yang collect tapi tak bayar pd kerajaan. Hanya sikit saja barang kena SST. Kau buat lah kajian sendiri ataupun pergi belajar lagi dari Ahmad Maslan. Cerita macam orang lain tak faham pula. Sebijik macam Ahmad Maslan kata kat Tun M dgn Dr Maza. Kalau nak backup BN pun biarlah bertempat.

Anonymous said...
2 May 2015 at 00:30  

Esa Adam, yang kau cerita pasal spare parts, rokok, minuman keras dan lain-lain barang yang diseludup tu bukan sales tax la, awat yang bengap sangat. Spare parts tu import duti. Rokok dan arak tu ada cukai masing-masing (sin tax) tak ada kaitan dengan SST. Kalau fakta kau ni benar, lepas GST harga rokok dah turunlah. Cukai rokok bukan setakat 10% tapi berkali-kali ganda. Cukai SST yang paling ketara adalah pada kereta yang diganti dgn GST adalah kurang sikit 4%. Tapi import duti dan eksais duti masih terlalu tinggi. Untuk kereta RM140 taxnya lebih kurang 45K, setakat turun 4% tak ada maknanya pun. Cerita macam tahu fakta, tapi bodoh macam Ahmad Maslan merangkap menteri terbodoh Malaysia. Kalau lu bangga dengan fakta, tolonglah bagitau, barangan apa yang turun selain dari kereta yang sememangnya kena cukai tinggi dah. Bila orang kata bodoh masih nak mengaku pandai siap guna skrip Ahmad Maslan orang yang komen tak tahu fakta dan tak faham langsung. Kalau nak tunjukkan pandai carilah isu yang subjektif bukan isu bab duit, rasanya bab keluarkan duit ni semua orang berkira. Bagilah contoh barangan yang turun harga, nak juga pi borong sekarang ni, sebelum menteri bodoh ni kena pecat. Janganlah pula kereta turun harga, sebab kereta tu memang kerajaan dah sapu cukai banyak.

Anonymous said...
2 May 2015 at 00:34  

Bukan orang PR saja yang sakit hati pasal GST, ramai yang dok sokong BN naik meluat dengan Najib dan Ahmad Maslan. Betul kata Tun M, kalau Najib tak nak sedar-sedar, BN akan terlungkup habis.

Anonymous said...
2 May 2015 at 01:30  

Kerajaan dah penuh dengan hutang sebab tu bebankan rakyat pula dgn GST. Lepas ni tak perlu merayu AK bayar ansuran 1MDB lagi. Bukan setakat tu, 1MDB "mencuri assets negara" pula apa cerita?
Dulu bekas MB selangor beli bungalow sedikit dibawah harga pasaran dikira rasuah. Kenapa bila 1MDB membayar harga berbillion jauh lebih rendah dari harga pasaran tidak dianggap rasuah pula. Maksudnya PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB terlibat dalam aktiviti rasuah sebab memindahkan assets milik negara kepada 1MDB dengan harga yang dimanipulasi. Siapa yang tak nak tanah kat sungai besi airport tu dengan harga rendah macam tu.

Anonymous said...
2 May 2015 at 23:09  

Tahniah Bulletin 247 ... itulah hakikat sebenar yang susah untuk ditelan oleh Mahathir.. Petronas ditubuhkan pada tahun 1974, carigali mula membuahkan hasil pada tahun 1979, Mahathir jadi PM tahun 1980.. berpinor mata Mahathir tengok tetiba Malaysia banyak duit selepas kejatuhan harga getah tahun 1974.. itu belum Kelapa Sawit sudah mula boleh di tuai akhir tahun 70an.. tidak cukup dengan itu, cukai kenderaan naik 2-300%, Datsun 120y yang berharga RM8,500, jadi RM25,000.. Mercedes 123 yang harga RM30,000 jadi RM100,000.. Lepas itu Mahathir fikir macam mana nak kaut duit masuk poket, maka timbulah isu 'privatization'.. Rakyat Jelata di gula2 dengan cerita wawasan 2020, highway, proton, Dayabumi, Putrajaya, KLIA dan KLCC , ada rakyat dapat faedah? bayar tol pada kroni dia ada laa.., mana kroni dapat duit buat benda tu semua? ... Maka wujudlah kumpulan kroni di bawah kawalan dia, Dah tahu Hero jalanan ada kegemaran songsang, dibawa masuk kedalam, senang untuk dicantas bila naik kemata, tak gitu?... jika rekod peribadi kakitangan kerajaan pun ada kat dia, tak kan hero tu tak ada .. itu baru sikit cerita 1980.. fast foward 35 tahun kemudian... tetiba ada pulak 1MDB ambil alih IPP kroni dia, terutama 'cash cow' yang bakal surut dari TNB yang dipaksa beli dari IPP dia, itu belum cerita hak jual minyak lesen D2 & D4 ... tak cukup dengan luka 1MDB, ada pulak GST... satu sistem percukaian untuk tangkap para pelari cukai.. mau tak Mahathir menyinga... jika dulu, bukan susah sangat, sapa dedah.. sah masuk Kemunting... kalau aku jadi Mahathir, seperti Sahril cakap.. dia elok diam.. lagi pun dah maghrib.. belajar 'redho' dengan ketentuan illahi.. anggap sebagai 'kifarah'.. kita pun selama ini sokong dia bukan kerana dia bagus sangat, tapi demi Bangsa, Agama dan Negara.. kan setiap jumaat, kita sebagai rakyat diingatkan, 'ta'at kepada Allah, Rasul & dan para pemimpin dikalangan kita'.. demi kesinambungan ketuanan melayu... cuba tengok harta kroni atau mungkin boleh juga dikatakan cuma 'sebagai tukang jaga duit Mahathir'.. oleh itu kepada para pentaksub Mahathir .. elok lah muhasabah diri dan buat kajian menyeluroh sebelum sampai masa.. mana tau sempat bertaubat dan taubat diterima... kepada 'tentera kacang merah'.. lu jangan sibuk.. lu ingat kita tak tahu yang tuhan lu pun lu tipu dengan limau plastic... kepada penyokong PR & RAS.. awak pergi pastikan seluar dalam besar sudah dibasuh bersih sebelum nak komen... lihatlah guna aqal bukan guna nafsu hehehe...

Anonymous said...
4 May 2015 at 02:09  

Bodoh dan bengap, spesis sama dengan Ahmad Maslan punya otak. Macam pandai saja, tapi otak sempit. Kenapa walaupun selepas Tun M bersara lebih 12 tahun, kenapa tak dibuang duti import dan eksais kereta?? Kalau cukai tu utk kepentingan Tun M, boleh saja Pak Lah atau Najib. Kenapa bodoh sangat dua-dua PM pujaan puak pembodek tuli ni. Sejarah IPP pun tak tahu, tak pernah tahu ke krisis kekurangan tenaga letrik menyebabkan kerajaan ambil keputusan untuk memastikan negara sentiasa mempunyai lebihan 40%. Semua yang cerita bodoh ni, tak boleh lawan kebodohan Najib dalam isu 1MDB, GST dan kejatuhan nilai matawang. Pergilah belajar lagi dari professor Ahmad Maslan yang ada CGPA 3,85. Kesian tengok kebodohan puak BN yang dok taksub sangat dgn Najib.Dia sendiri buat lubang taik tapi cuba susun bunga-bunga di atasnya. Tapi busuknya tak akan dapat ditutup lagi setakat nak harapkan simpati penyokong tuli macam ni.

Anonymous said...
4 May 2015 at 02:13  

1MDB mencuri asset negara secara terang-terangan. Kalau Khir Toyo beli bungalow hanya beberapa juta dianggap rasuah. Kenapa 1MDB beli asset kerajaan berbillion RM dibawah nilai pasaran tidak pula mahu dianggap rasuah? Adakah itu saja cara 1MDB nak buat keuntungan percuma?

Anonymous said...
4 May 2015 at 02:17  

Walaupun selepas majoriti rakyat mengecam tindakan mengenakan cukai GST, masih ada puak Najib yang cuba menegakkan benang yang basah. Kesianlah puak-puak ni yang cuba untuk memperbodohkan diri sendiri, dengan fakta-fakta bodoh seperti artikel dalam buletin 247 ni.

Anonymous said...
5 May 2015 at 12:25  

Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan PM menjual asset tanah airport sg besi yang amat strategik ditengah-tengah KL kepada 1MDB ??? Tanah milik kerajaan "dicuri" oleh 1MDB tanpa rasa bersalah langsung. Tak hairan satu hari nanti mungkin Putrajaya pun boleh dijual kepada 1MDB juga dengan harga lelong supaya nampak 1MDB satu pelaburan yang menguntungkan.

Anonymous said...
5 May 2015 at 16:48  

Ini adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara oleh PM Malaysia merangkap Menteri Kewangan dan pengerusi 1MDB. Pindahmilik asset negara kepada pihak lain dengan nilai yang tidak setimpal. Bila lagi SPRM nak serbu. Selama ni dok war-war SPRM ni tak kira pangkat kenapa tak rasa itu adalah satu bentuk salah guna kuasa dan boleh dikategori sebagai rasuah.

Anonymous said...
5 May 2015 at 21:29  

Ini bapa kepada segala rasuah dan salahguna kuasa.

Anonymous said...
5 May 2015 at 22:44  

Dahlah 1MDB "mencuri" asset negara dengan mengguna kuasa yang ada sebagai PM & Menteri kewangan, lepas tu ada hati nak jual kepada GLC dengan harga pasaran. Senangnya buat duit. Lepas tu bagi kat Jo Lo untuk menJoLi duit tu.

Anonymous said...
7 May 2015 at 13:27  

Ini namanya "Songlap" tanah kerajaan yang bernilai billion ringgit, memindah kepada pihak ketiga yang nampak macam sama tapi tak sama. Kalau SPRM masih boleh berdiam diri, memang patut tutup saja SPRM tu. Tg Aziz pun sudah panik, cuba nak kaitkan isu BMF pula. Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? Kedua-dua tanah sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

Anonymous said...
7 May 2015 at 17:00  

Mana pergi semua penjilat-penjilat Najib?? "Curi" tanah bernilai kerajaan dengan harga yang rendah dan jual pada Tabung Haji dengan harga pasaran. Beli RM320 juta untuk 70 Ekar, baru jual sikit kat Tabung Haji, selebihnya dah jadi free. Dimanakah ketelusan PM yang dibanggakan sangat. Undurlah sebelum makin banyak memalukan BN.

Anonymous said...
8 May 2015 at 08:25  

Kalau jenis blogger-blogger mangkuk inilah yang disuruh mempertahankan UMNO, nampaknya memang betullah UMNO akan memasuki gerbang mautnya tak lama lagi. Bodohnya bertali-tali.
Esa Adam ni hantu mana? Budak JASA? Kau tau apa status JASA? Kalau meeting kat pejabat daerah tu dia orang letak hujung-hujung ranting aje...hahahahaha

Anonymous said...
8 May 2015 at 21:01  

Esa Adam tu rasanya dah lama menuntut dengan professor Ahmad Maslan. Itu pasal sama saja cara mereka menjawab soalan. Jawapannya selalu dimasukkan elemen untuk menconfiuskan orang. Kononnya, mereka menganggap semua orang lain macam orang kampung zaman dulu-dulu yang tak pergi sekolah dan tak tahu apa-apa. Semuanya nak mempertahankan UMNO walaupun dengan jawapan-jawapan bodoh. Zaman dah berubah, ramai lagi yang inginkan kebenaran tak kisah samada BN atau PR. Selama ni sememangnya PR jauh lagi teruk dari BN dengan agenda jahat mereka. Tapi, dalam kes 1MDB, GST, BR1M & rasionalisasi subsidi, BN sudah salah langkah. Kalau masih nak menyokong secara membabi buta, BN pasti terlungkup pada PRU akan datang. Berilah apa saja alasan pun, kehidupan rakyat makin parah selepas adanya BR1M ni.

Anonymous said...
12 May 2015 at 22:55  

Esa Adam,

Kau tulis mcam tu puak nu bukan faham,dia hanya ikut apa yg Mahahtir cakap faham pun tidak juga sebab tu kau taengok soalan dia org berbalik-balik benda yg sama.Kau beri jawapan dia orang tak tahu pun itu jawapannya,kerana dia orang tak faham pun apa yg mereka soal.

LukmanHussain said...
21 May 2015 at 07:42  

klu dh membangkang tu apa2 yg kerajaan buat tu semua dia bangkang....tu la kerja mereka....apa nk heran.....klu kerajaan turunkan harga brng pun tetap diorang bangkang....salah seorang dp mereka adalah mahadey

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks