Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Diugut Penggal Kepala Kerana Kata Pembunuhan Bill Kayong Bukan Berasaskan Kaum dan Politik

Thursday, 30 June 2016 | 0 comments



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak dimenangi oleh Barisan Nasional.


Ancaman memenggal kepala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak itu telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian. Pencarian juga menemui satu lagi akaun Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian Suffian Suffian dengan perubahan gambar profil pada jam 9:15 pagi semalam.

Ketiadaan tindakan berkesan pihak berkuasa terhadap golongan-golongan tidak bertanggungjawab yang mempergiatkan hasutan selepas kekalahan besar DAP dalam PRN Sarawak beberapa minggu lalu, bagaikan membolehkan golongan tersebut bermaharajalela melakukan hasutan tanpa sembunyi-sembunyi.


Selain ancaman untuk memenggal kepala Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, perubahan Kabinet Malaysia turut dijadikan sebagai modal untuk melakukan hasutan apabila golongan terbabit berusaha menaikkan sentimen kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan dengan menjadikan rakyat Sarawak sebagai alasan.

Tidak sahaja siasatan, tetapi juga tindakan segera perlu diambil untuk membendung jenayah daripada berleluasa. Apatah lagi, terlalu banyak khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang di seluruh Sarawak, menyatakan kematian Bill Kayong mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, serta NGO yang menjadikannya sebagai kambinghitam untuk mereka muncul sebagai juara.


Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday, 26 June 2016 | 4 comments



Mukhriz Mahathir telah selamat ditalkinkan dan ditahlilkan apabila dia dihalau keluar dari UMNO, walaupun bukan sehelai sepinggang atau harta-harta yang diperolehi ketika bersama-sama UMNO tidak dirampas atau disita. Bersama-samanya adalah bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang memilih untuk taat setia kepada Dr. Mahathir berbanding kepada ketua yang telah melantiknya.

Kedua-duanya telah dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari parti serta semua jawatan dalam UMNO yang disandang.

Bagi Muhyiddin Yassin, kerugian yang ditanggungnya dari segi kerjaya politik memang besar kerana setelah lama berada di dalam UMNO, mengharungi pelbagai gelombang dan badai, termasuklah ketika Dr. Mahathir berhadapan dengan bahaya penggulingan besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada tahun 1998.

Namun bagi Mukhriz Mahathir yang kerjaya politiknya hanya bermula setelah bapanya bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, kerugian yang ditanggung tidaklah sebesar mana. Namun walaupun tidak besar, tetapi banyak peluang yang telah dicipta menerusi para penyokong dan pengkagum bapanya.

Ketika Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan dari Menteri Besar Kedah, berlaku sedikit pertentangan di dalam 'kabinet' Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang Exco secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada Mukhriz dan menentang Ahmad Bashah Hanipah. Konflik berlangsung selama hampir dua minggu, sebelum akhirnya dilihat selesai apabila kesemua Exco yang dilantik oleh Mukhriz, dikekalkan jawatan masing-masing.

Kedah, walaupun kelihatan tenang di permukaan, tetapi konco-konco dan para penyokong Mukhriz serta Dr. Mahathir giat menjalankan tugas-tugas mengumpulkan penyokong. Sungai Petani dijadikan sebagai markas utama termasuklah oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah. Gelagat serta komen-komen menghasut bernada kebencian terhadap Ahmad Bashah dan UMNO-Kedah serta BN Malaysia secara keseluruhannya, boleh diperhatikan dan dikesan dengan mudah di Facebook terutamanya.

Biarpun secara lahiriahnya, gerakan ini tidaklah sehebat mana pun, malahan sambutan daripada rakyat Kedah cukup daif dan miskin, namun Kedah yang dirampas daripada PAS pada tahun 2013, boleh bertukar menjadi medan perang pada PRU akan datang.

Ini adalah kerana, Menteri Besar Kedah yang baru discaj Hospital Pulau Pinang, masih terus mengekalkan saki-baki konco serta pengikut Mukhriz di dalam Kerajaan Negeri sama ada sebagai Exco mahupun sebagai petugas.

Ironinya, di sebalik peluang yang diberikan oleh Ahmad Bashah untuk mereka menumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas, kesempatan itulah digunakan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah, Ahmad Bashah dan UMNO serta Najib Abdul Razak. Mereka melihat Ahmad Bashah sebagai sasaran mudah kerana sangkaan mereka, Ahmad Bashah lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Apatah lagi, Kedah dirampas oleh UMNO-BN dari PAS pada tahun 2013 dengan hanya 6 kerusi majoriti (BN 21, PAS 9, DAP 2, PKR 4)

Pada PRU-13, UMNO-BN Kedah berjaya merampas semula kerusi-kerusi DUN penting seperti, Bandar Baru, Kulim, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kupang dan Ayer Hitam, Kunci kepada kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lalu adalah kerusi-kerusi DUN Kedah Selatan.

Fakta ini diketahui secara lengkap oleh Mukhriz Mahathir dan konco-konconya. Itulah sebabnya, apabila Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah cuba menimbulkan gelombang di Sungai Petani yang terletak di Kedah Selatan. Gerakan yang disokong kuat oleh GKCM Kedah serta beberapa pemimpin PERKASA Kedah, turut berpusat di Sungai Petani.

Kini Mukhriz Mahathir telah dilucutkan keahliannya dari UMNO. Sekaligus menjadi pemangkin dan pencetus kepada semangat yang bukan sahaja untuk menggulingkan Ahmad Bashah tetapi juga memastikan UMNO-BN kalah di Kedah pada PRU akan datang.

Beberapa kerusi DUN di Kedah Selatan sememangnya amat rapuh. Terdapat banyak faktor termasuklah ADUN-ADUN UMNO di kerusi-kerusi tersebut yang masih mengekalkan tahap kerja cara lama walaupun di kalangan mereka, ada yang kalah teruk pada PRU-12 di kerusi tersebut, sebelum menang kembali dengan majoriti nipis pada PRU-13.

Ahmad Bashah bukan sahaja berhadapan dengan pengkhianatan daripada mereka yang bekerja dalam pentadbiran Kerajaan Negerinya, tetapi juga dari kalangan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang melihat ini peluang terbaik mereka untuk mencetuskan masalah dan menunjukkan kuasa selain menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz dan Dr. Mahathir.

Dengan tempoh tidak sampai 18 bulan, Ahmad Bashah perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik termasuklah mengenalpasti calon-calon anak tempatan selain menapis dan menyingkirkan konco-konco Mukhriz daripada pasukannya di Kedah. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga perlu mempergiatkan lagi jentera UMNO-BN Kedah yang sudah mula bergerak selepas Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar tetapi masih dilihat terlalu perlahan.

Ketika tohmahan, fitnah dan adu domba dijalankan oleh pasukan Mukhriz di seluruh Kedah, terutama sekali di kawasan Kedah Selatan, di dalam pentadbiran negeri juga, kerja-kerja jahat itu juga berjalan lancar terutama sepanjang Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital.

Kesemua mereka ini perlu dikenalpasti dengan seberapa segera yang mungkin. Ahmad Bashah mungkin telah pun mengetahui siapa mereka namun ketiadaan tindakan segera, akan menyebabkan mereka naik lemak kerana berasakan mereka boleh terus bersembunyi di dalam selimut munafik.


Setiap Kali Pilihanraya Kecil, Kelemahan Penyaluran Bantuan Kepada Golongan Miskin Seperti Disabotaj Penjawat Awam Terdedah

Monday, 20 June 2016 | 3 comments



Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah pun berakhir. Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sebelum ini dilihat menjadi daya tarikan untuk menggamit kedatangan manusia, termasuklah mereka yang tidak pernah datang ke daerah itu, kini kembali menjalani rutin hariannya yang normal. Orang luar yang meramaikan bandar Kuala Kangsar dan pekan Sungai Besar, telah pun pulang ke tempat masing-masing. Manakala penduduk dan penghuni kedua-dua kawasan tersebut ditinggalkan 'sampah-sarap' pesta demokrasi yang telah berlangsung selama dua minggu.

Keputusan telah pun diketahui. Banyak ulasan, banyak juga pujian, malahan mereka yang sebelum ini kurang yakin dengan kemenangan calon-calon tersebut, kini turut berjoget sambil mendabik-dabik dada kononnya  mereka juga mempunyai sumbangan kepada kemenangan besar calon-calon BN.


Namun di sebalik semua itu, terdapat banyak kisah yang meruntun jiwa yang selama ini dianggap sebagai kes-kes keciciran. Kalau tidak kerana Pilihanraya Kecil, kes-kes sebegini tidak akan keluar dan belang serta kerenah birokrasi penjawat-penjawat di jabatan-jabatan, agensi-agensi mahupun pusat pengagihan zakat baitulmal, akan terus tersorok buat selama-lamanya.

Itulah antara hikmahnya berlakunya pilihanraya kecil. Serbuan ramai ke daerah yang berlakunya Pilihanraya Kecil memudahkan penyaluran dan pendedahan kes-kes tercicir yang tersembunyi selama ini.

Itu jugalah yang berlaku di Kuala Kangsar.



Terdapat beberapa kes keciciran dan kemiskinan tegar yang nampaknya tidak mendapat perhatian daripada pihak-pihak berkenaan walaupun golongan tersebut mendapat sokongan daripada ADUN dan Ahli Parlimen, mahupun Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Masjid.

Salah satu contohnya berlaku di Pusat Daerah Mengundi Ulu Kenas, DUN Manong. Melihat keadaan rumah penduduk terbabit, membuatkan kita terfikir, bagaimana isu kemiskinan ini boleh tercicir sedangkan pada masa yang sama, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan untuk penyaluran bantuan kepada golongan terbabit.


Daripada maklumat yang diperolehi, golongan miskin ini telah cuba mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa. Dibantu dan disokong oleh ADUN Manong, mahupun Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, malah turut dibantu oleh Ketua-Ketua Kampung mahupun Pengerusi Masjid, tetapi nampaknya, kes-kes sebegini tetap tersadai di pejabat-pejabat agensi terbabit.

Isu-isu sebegini bukannya isu-isu baru. Setiap kali PRK atau PRU, setiap kali itulah kes-kes yang melibatkan kecuaian agensi-agensi, jabatan-jabatan mahupun Pusat Zakat akan terkeluar dengan sendirinya. Cerita-cerita tentang kes-kes sebegini tersadai dan melibatkan kerenah penjawat-penjawat awam, sepatutnya diselesaikan segera, bukannya sekadar diselesaikan oleh pihak lain.

Guna apa ramai-ramai pekerja dalam jabatan dan agensi serta pusat zakat kalau masalah sebegini pun tidak dapat diselesaikan?


Tepat Sepertimana Yang Dijangkakan RPK, Prosiding Perceraian Skandal Muhyiddin Ditangguhkan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding perceraian membabitkan bekas DPP dan isterinya selepas kedua-dua belah pihak dan peguam-peguam mereka tidak menunjukkan diri. 

The Star Online melaporkan, tiada tarikh baru ditetapkan untuk prosiding kes antara Stanley Clement Augustin dan Nika Gee Siew Yee.


Bekas DPP itu menfailkan permohonan cerai pada tahun lepas, dan menuduh isterinya, Gina Gee mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik terkenal yang berasal dari Johor.

Pada 7 Disember tahun lalu, Augustin dilaporkan telah membuat akaun bersumpah (SD) mendakwa isterinya telah berlaku curang dengan ahli politik tersebut dan turut menerima bantuan kewangan dan kepentingan-kepentingan lain sepanjang hubungan sulit itu terjalin.



Muhyiddin Yassin bagaimanapun pada minggu lepas, telah menafikan laporan tersebut, malah menolak laporan yang menamakannya sebagai orang ketiga yang menghancurkan rumahtangga Augustin dan Gee.

Berita ini sekaligus membenarkan kenyataan awal yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa prosiding hari ini akan 'dirundingi' agar ditangguhkan. (RUJUK SINI)


Menang Bergaya di Sungai Besar, NOH OMAR Kembali Berangan BN Dapat Tawan Selangor


Kemenangan besar Budiman Mohd Zohdi dalam PRK Sungai Besar, membuatkan sudah ada pihak yang mula bercakap besar tentang merampas Selangor dari tangan Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR.

Ia benar-benar mengembalikan ingatan kita kepada PRU-13 yang begitu hebat publisiti BN akan dapat merampas Selangor semula, tetapi akhirnya dengan calon-calon yang ditampilkan, BN Selangor bukan sahaja gagal menawan Selangor, bahkan kehilangan lebih banyak kerusi kepada pakatan DAP-PKR-PAS. Undi majoriti BN di kawasan-kawasan yang masih dikekalkan juga merosot teruk.

Pemilihan calon merupakan faktor utama di Selangor pada PRU-13 yang membuatkan BN hanya mampu mengekalkan 12 DUN berbanding 21 pada PRU sebelumnya.

Budiman Mohd Zohdi menjadi acuan dan 'buku panduan' baru tentang winnable candidate. Kemenangan besar BN di Sungai Besar adalah disebabkan sebahagian besarnya adalah kerana peribadi Budiman Mohd Zohdi sendiri yang hasil kerjanya di Sungai Panjang, DUN yang diwakilinya, diketahui oleh penduduk Sungai Besar. Malahan berbanding Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, ada penduduk yang diwakili oleh Ng Suee Lim datang ke pejabat khidmat Budiman di tengah-tengah pekan Sungai Besar untuk mendapatkan bantuan.

Tidak dinafikan, keberkesanan jentera pilihanraya BN yang merupakan gembelingan daripada pelbagai pihak, termasuklah sayap-sayap parti dan parti-parti komponen turut menjadi faktor kemenangan besar itu.

Namun, tanpa calon yang bagus dan dikenali kerana hasil dan bukti kerja, sudah pasti majoriti besar yang dinikmati oleh Budiman Zohdi, sukar dicapai. Malahan, ramalan awal pun menyatakan, Budiman mungkin hanya boleh menang dengan majoriti kurang 1000 memandangkan terdapat banyak masalah, termasuklah sabotaj selain daripada faktor Tun Dr. Mahathir dan 'kakitangannya' di dalam UMNO Sungai Besar yang cuba mengalihkan sokongan kepada PAN.

Kenyataan Noh Omar yang baru-baru ini mendapat gelaran Tan Sri bahawa UMNO Selangor sudah bersedia untuk menawan Selangor, dilihat hanyalah kenyataan berunsurkan retorik semata-mata. Setakat ini, selain Budiman Mohd Zohdi, hanya ada beberapa orang sahaja calon muda UMNO yang boleh ditampilkan kepada masyarakat pengundi di kawasan masing-masing. Selebihnya adalah dinosaur-dinosaur yang tidak sedar-sedar bahawa mereka semakin tidak mempunyai daya tarikan di kalangan pengundi, khususnya pengundi-pengundi baru.

Kalau benar UMNO-BN dan Noh Omar berhajatkan Selangor, calon-calon seperti Budiman Mohd. Zohdi perlu dicari dan dikumpulkan mulai sekarang. Kesilapan besar seperti tahun 2013 dalam PRU-13, perlu dihindari. Mencalonkan individu yang perasan mereka boleh menang dan menguasai undi di sesuatu kawasan, kemudian kalah tetapi masih lagi bercakap besar tentang kemenangan masa hadapan, telah pun menjadi bahan jenaka selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Masyarakat pengundi di Selangor, tidak seperti masyarakat pengundi di negeri-negeri lain. Berbanding negeri-negeri lain, Selangor serta Pulau Pinang telah dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan mendahului beberapa dekad berbanding negeri-negeri lain. Penduduk dan penghuni Selangor serta Pulau Pinang, terutama sekali generasi muda tidak peduli dan tidak mengambil kira lagi faktor-faktor tersebut, sebaliknya mereka melihat calon serta reputasi apatah lagi sensasinya. Dengan persekitaran perbandaran yang ada semua infrastruktur termasuklah kemudahan komunikasi dan Internet, calon-calon tangkap muat, berbadan boyak, yang datang melawat kawasan seperti makhluk dari Planet Marikh serta perlu disambut dikompang mahupun terpampang banner besar dengan mukanya pada banner tersebut, hanya mengundang kebencian dan rasa meluat teramat sangat.

Cakap-cakap seperti yang dibuat oleh Noh Omar itu, perlu dibuktikan dengan calon-calon seperti Budiman Zohdi untuk PRU-14 akan datang, atau pun untuk Pilihanraya Negeri Selangor yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.




MUHYIDDIN Perlu Saman NIKA GEE Kerana Mendakwa Ada Hubungan Asmara Dengannya

Friday, 17 June 2016 | 3 comments



Kenyataan penafian daripada Muhyiddin Yassin nampaknya tidak menutup isu skandal aib yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Malahan hari ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan satu Akuan Bersumpah (SD) dua muka surat di portalnya, Malaysia Today.

Akuan Bersumpah tersebut telah dibuat oleh suami kepada wanita yang dikaitkan dengan Muhyiddin. Akuan Bersumpah itu adalah membabitkan pengakuan wanita itu sendiri. Wanita itu turut mengakui mempunyai hubungan asmara dengan Muhyiddin untuk tempoh yang agak lama.

Justeru, tuduhan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan asmara dengan wanita yang dikenali oleh Nika Gee itu datangnya daripada wanita itu sendiri. Kalau Muhyiddin ingin menafikannya atau menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan yang dia mempunyai hubungan asmara dengan mana-mana isteri orang, dia perlu menyaman Nika Gee.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya adalah dengan menyaman. Tiada cara lain. Itu jugalah yang dicakapkan kepada Najib yang dikatakan perlu menyaman blogger United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, Najib tidak boleh berbuat begitu kerana undang-undang di United Kingdom tidak membenarkan warga asing yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan UK menyaman warganya. Berbeza pula dengan Muhyiddin kerana kesenya berlaku di Malaysia.

Lepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Azmin Bakal Berhadapan Dengan Masalah Lebih Besar!

Thursday, 16 June 2016 | 0 comments



Tempoh untuk PKR hancur lebur semakin hampir. Detik bermulanya adalah selepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Puncanya ialah, Azmin Ali dan Wan Azizah.

Umum mengetahui, PKR terbahagi kepada dua kem besar iaitu kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah. Kem Azmin Ali dikatakan lebih kaya dan lebih berkuasa, memandangkan mereka berada dalam Kerajaan Negeri Selangor manakala kem Wan Azizah pula, ditunjangi oleh Wan Azizah, Rafizi Ramli, Tian Chua dan Nurul Izzah.

Bukan rahsia lagi bilamana Rafizi Ramli bertindak sebagai pembuka mulut untuk kumpulan pro-Wan Azizah dalam usaha mengurangkan kuasa atau lebih tepat lagi menggulingkan Azmin Ali. Pendedahan oleh Rafizi Ramli tentang amalan rasuah melibatkan wang dan wanita dalam pentadbiran Azmin Ali, yang cuba dinafikan oleh Menteri Besar Selangor itu adalah tukul besar yang cuba menghapuskan anak angkat Tun Dr. Mahathir itu.


Walaupun pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu tidaklah sepertimana dia menfitnah Rosmah Mansor dan Kerajaan Malaysia, namun ianya sudah cukup untuk menggegarkan kerusi Menteri Besar Selangor, terutama sekali selepas penangkapan S.Manikavasagam, bekas Ahli Parlimen Kapar yang merupakan antara sekutu kuat Azmin Ali kerana mengambil rasuah RM30,000 bagi meluluskan kontrak bernilai RM1 juta kepada sebuah syarikat. Malah Manikavasagam juga dilaporkan berhadapan dengan beberapa tuduhan jenayah lain, termasuklah memperdayakan golongan OKU mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk diserahkan kepadanya.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar merupakan detik terbaik untuk melindungi gejolak yang berlaku dalam PKR. Bagaimanapun, kalau diperhatikan menerusi Twitter mahupun kenyataan-kenyataan peribadi melibatkan Rafizi Ramli dan Latheefa Koya - seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali - menunjukkan PKR sedang berhadapan dengan masalah yang akan meletup pada bila-bila masa.


Tanda-tandanya sudah jelas. Di mana ada Azmin Ali, Wan Azizah tidak akan sampai walaupun dalam majlis yang diuwar-uwarkan Wan Azizah akan ada sekali seperti yang berlaku hari ini di Kuala Kangsar.

Hari ini di Kuala Kangsar, sepatutnya Azmin Ali bersama-sama Wan Azizah dalam sebuah majlis ceramah membantu calon PAN. Bagaimanapun, Azmin Ali yang menyatakan sokongan kepada PAN walaupun sedar implikasi kedudukannya di Selangor kerana PAS sudah pasti akan menilai semula kedudukan serta peranan parti tersebut dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Tanpa PAS, secara automatik, Azmin Ali akan kehilangan jawatan.

Selepas S.Manikavasagam, dikatakan seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali akan ditahan oleh SPRM.

Gelagat yang ditunjukkan oleh Wan Azizah yang memulau mana-mana majlis yang disertai oleh Azmin Ali, sudah cukup untuk menjadi petunjuk bahawa PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan tarikh terakhir sebelum Azmin Ali berhadapan dengan masalah sebenar atau melompat masuk ke dalam DAP sepertimana yang dikatakan banyak pihak.


RAFIZI SI BACHOL Tak Mampu Tutup Sikap Pengecutnya Dengan Lagak Angkuh



Rafizi Ramli cuba mempertahankan dirinya setelah dia sendiri memalukan diri tengah hari semalam. Malam tadi, di lokasi yang sama, setelah memastikan pegawai khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor tiada dan tidak kelihatan, Rafizi Ramli bercakap berapi-api dan mula menunjukkan kehebatannya di hadapan mikrofon. 

Dengan penuh sombong dia berkata, Rizal Mansor hanyalah pencacai pengangkat beg Rosmah Mansor dan tidak layak bercakap dengannya. Sebaliknya yang layak dan setaraf untuk bercakap dengannya adalah Rosmah Mansor atau 'pembantu paling kanannya' iaitu Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak. 

Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari terbirit-birit apabila melihat Rizal Mansor sedang menunggu untuk bersalaman dengannya!

Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari bersembunyi di tingkat atas dan mengarahkan petugas menghalang Rizal Mansor masuk dengan apa cara sekalipun, termasuklah kalau perlu menumpahkan darah!

Habis tu, yang dia menyalak dan melalak tu, orang-orang yang mendengar, teruja dan menyokongnya, setaraflah dengan dia? Yang dia bersungguh-sungguh mahu meyakinkan orang ramai bahawa penipuannya adalah satu fakta, setaraflah?

Rafizi Ramli boleh bercakap atau bersikap angkuh tetapi apa yang berlaku semalam, jelas membuktikan sikap pengecutnya. Dia hanya berani apabila bercakap dengan mikrofon tetapi tidak berani bersoal jawab dengan orang yang difitnahnya. 

Rizal Mansor dikatakan tidak dijemput dan memang ada hak Rafizi Ramli untuk tidak menemui atau melayannya, kata para penyokong Rafizi. Tetapi Rafizi Ramli mengadakan sidang media yang dalam keadaan apa sekalipun dan diamalkan di mana-mana dunia sekalipun, bebas dihadiri oleh sesiapa pun. Menghalang orang untuk mendengar atau menjawab fitnahnya dalam sidang media itu, merupakan sikap penakut dan pengecut yang tidak boleh dimaafkan. 

Ada penyokong yang cuba menyamakan serbuan dua orang wartawan asing ke atas Perdana Menteri. Kata mereka, kalau wartawan-wartawan asing tersebut telah ditangkap dan dihalau kerana tidak dijemput, mengapa pula Rizal Mansor mahukan keistimewaan?

Sama ada mereka bodoh atau tidak cukup ilmu, tahap keselamatan Perdana Menteri dibandingkan dengan Rafizi Ramli, jauh lebih penting. Apatah lagi dalam isu tersebut, wartawan-wartawan itu yang menyerang Perdana Menteri dengan soalan, bukannya Perdana Menteri melakukan fitnah dan mereka menemui Perdana Menteri untuk menjawab sepertimana yang dilakukan oleh Rizal Mansor.

Tetapi sebenarnya, cakaplah apa-apa sahaja... bagilah alasan apa-apa sahaja, yang pastinya Rafizi Ramli memang telah terbukti seorang pengecut yang hanya tunjuk berani melalui sikap angkuh apabila dikelilingi penyokongnya sendiri dan di hadapan mikrofon semata-mata!


Berminat Sungguh KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT Dengan PRK Kuala Kangsar Melibatkan Calon PAN

Wednesday, 15 June 2016 | 0 comments



Lebih kurang antara jam 5:10 petang sehingga jam 6:40 petang, sebuah kereta Kedutaan Amerika Syarikat dikesan berlegar-legar di sekitar pekan Kuala Kangsar. Pemandu dan penumpang kereta tersebut dilihat memantau kempen PAN dari jauh.

Agak menarik juga apabila Kedutaan Amerika Syarikat amat berminat dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar. Mengapa agaknya?


Adakah kerana pembabitan aktif PKR di Kuala Kangsar?

Sumbangan apakah yang diberikan oleh agen-agen Amerika Syarikat dalam PRK Kuala Kangsar ini?

Dan mengapa Amerika Syarikat terlalu mahu menjaga PAN?



Adakah kerana ianya ada kaitan dengan 'BOM ATOM' yang mahu dilemparkan kepada Najib Abdul Razak memandangkan calon PAN dikatakan sebagai saintis bom atom?

Banyak persoalan yang timbul berhubung kewujudan kenderaan Kedutaan ini.


20 Ribu Tan Emas Milik Tun Dr. Mahathir Tersadai Di Itali? Biar Betul!!!

Tuesday, 14 June 2016 | 12 comments



Kenyataan Media Shafik Abdullah Berkaitan Emas 20 Ribu Tan Mahathir

Tajuk : Saya Mempunyai Bukti, Mahathir Gelapkan 20 Ribu Tan Emas Milik Negara Di Itali


Ketika Tun Dr Mahathir sedang ditekan dan ditempelak kerana menyokong pembangkang Pakatan Harapan, kini timbul pula satu dakwaan terbaru yang panas iaitu beliau ada menyembunyikan sejumlah besar jongkong emas di Itali.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna laman sosial dengan nama Shafik Abdullah melalui ruang komen di laman sosial Facebook Ramesh Rao hari ini.

"Jongkong emas di Itali apa jadi wahai Dr Mahathir bin Mohamad? Mengapa simpan di Itali, apa niat awak bawa keluar kekayaan negara?" kata Shafik.

Susulan komen itu, Shafik dikecam oleh para penyokong Dr Mahathir di laman Facebook Ramesh dengan kata-kata yang agak kesat serta mengutuknya.

Menurut beliau, nombor telefon beliau pada mulanya dimasukkan ke dalam satu Group Whatsapp tanpa persetujuannya.

"Komen saya jelas, pertanyaan saya jelas... komen di Facebook yang saya maksudkan.

"Setelah saya komen mengenai jongkong emas di Itali di FB DSRR (Ramesh Rao), saya dimaki oleh penyokong Tun yang mungkin tak pernah jejak kaki di Itali," katanya dalam mesej di aplikasi Whatsapp.

Shafik berkata nama group Whatsapp berkenaan ialah Melayu Rasis dan menggunakan gambar Dr Mahathir memakai pakaian seragam Gerak Khas.

Lebih menarik, beliau berkata semua dokumen berkaitan kewujudan jongkong emas itu akan diterima beliau tidak lama lagi.

"Semua dokumen berkaitan akan saya terima tak lama lagi.

"Waktu itu baru kita jelaskan," kata Shafiq.

Nampaknya, kemunculan cerita terbaru ini amat panas, sama-sama kita nantikan pendedahan dan penjelasan dari Shafik nanti.



Nik Abduh Selar Mahathir Kerana Melabelkan Pihak Lawan Sebagai Pemakan Dedak Sedangkan Budaya DEDAK Dimulakan Oleh Mahathir

Monday, 13 June 2016 | 0 comments



Dr. Mahathir mungkin tidak mahu mengaku yang dia sebenarnya banyak terhutang budi dengan PAS walaupun menjadikan PAS sebagai musuh abadinya, malah lebih dimusuhi berbanding Lim Kit Siang yang dia sendiri kutuk dan kecam kerana peranan Penasihat Agung DAP itu dalam tragedi 13 Mei 1969.

Kalau bukan kerana PAS, Mahathir tidak akan bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Di atas pentas PAS di Kaparlah, setelah dua tahun Mahathir kalah di tangan Yusuf Rawa, dia berucap untuk menarik perhatian atau lebih tepat lagi mengugut Tun Abdul Razak.

Akhirnya dia dibawa masuk ke dalam UMNO semula oleh Tun Abdul Razak meskipun ditentang keras oleh Tunku Abdul Rahman.


Permainan sebenar Mahathir dengan PAS bermula selepas dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir dikatakan antara salah satu faktor PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional meskipun PAS adalah pendiri bersama Barisan Nasional. Sepanjang pentadbiran Mahathir, PAS menjadi sangat agresif dan melakukan pelbagai serangan yang tidak pernah dilakukan dalam pentadbiran Tunku, Tun Razak mahupun Hussein Onn.

Bagi mengekang pengaruh PAS yang mula menjalar di kalangan anak-anak muda, Mahathir telah mengadakan banyak operasi membanteras PAS atas nama jenayah. Para pemimpin muda PAS ditangkap dan dikenakan tuduhan sebagai militan dan pengganas. Beberapa orang pemimpin utama pula, bekerjasama dengan Mahathir dan makan DEDAK MAHATHIR secara diam-diam. Salah seorang daripada mereka adalah Mat Sabu.

Ini bukan rahsia lagi di dalam PAS. Hampir kesemua kepimpinan tahu tentang hal itu. Mat Sabu hilang pengaruh dan taring setelah Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Apabila Mahathir menuduh PAS dan Presidennya telah termakan dedak Najib Abdul Razak bagi membolehkan PAS membantu UMNO, kenyataan dan tuduhan liarnya itu bukan sahaja ditempelak tetapi sekaligus mendedahkan perbuatannya pada masa lalu yang akan menggunakan pihak-pihak tertentu untuk mendedakkan para penentangnya sebelum dia menghadiahkan mereka dengan projek-projek kerajaan.

Apa yang Mahathir takutkan sangat kalau PAS berbaik-baik dengan UMNO? Bukankah itu yang sering diserunya dahulu sewaktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun?

Adakah kerana dia melabelkan UMNO sekarang sebagai UMNO Najib dan bukan UMNO sebenarnya, padahal sejarah telah tercatat, Mahathir sengaja membunuh UMNO Lama untuk menghidupkan UMNO Baru yang dikawal sepenuhnya oleh dia sendiri dan hanya untuk dirinya sahaja?


Seperti yang dikatakan oleh Nik Abduh, Mahathir sepatutnya berasa malu kerana BUDAYA DEDAK bermula pada zamannya. DEDAK merupakan ramuan mujarab Mahathir untuk menutup mulut malah membuatkan individu-individu tertentu menjadi penyokong mahupun pentaksubnya. KERANA DEDAKLAH, taukeh-taukeh kapitalis seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, Ananda Krishnan, Arumugam dan sebagainya bukan sahaja sanggup memberi pinjam jet peribadi mereka untuk digunakan oleh Mahathir, hatta untuk membeli beberapa biji popia di pasar ramadhan, tetapi juga selepas itu bertindak sebagai penyumbang kewangan untuk gerakan yang dicetuskan oleh Mahathir.

Dedak labur dedak demi mendapatkan lebih banyak dedak... itulah yang dibuat oleh mereka. Dek kerana itulah, kalau kita perhatikan pelbagai projek penswastaan mega di negara ini yang diwujudkan oleh Mahathir, nama-nama mereka pasti akan terselit, bahkan adakalanya sebagai pemain utama.

Tidak salahlah Nik Abduh memperlekehkan Tun Dr. Mahathir!


Harapan PAN Untuk Menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Begitu Memuncak, Malangnya....

Sunday, 12 June 2016 | 0 comments



Melihat kepada prestasi PAN di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar, membolehkan kita membuat kesimpulan mudah, kedua-dua calon PAN sedang berhadapan dengan masalah yang cukup besar, malah PAN sendiri sedang bergoncang hebat kerana satu-satunya penderma dan pendana parti tersebut akan mula menarik diri selepas kedua-dua PRK ini.

Walaupun didatangi dan dibantu oleh bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir dalam kempen untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3000 undi yang boleh memalukan Najib Abdul Razak, namun setakat ini, sambutan yang diberikan kepada mana-mana program PAN, sangat hambar. Mahathir hanya mampu menyerang Najib dan Rosmah menggunakan fakta palsu Rafizi Ramli. Negarawan unggul seperti Dr. Mahathir akhirnya menerima dengan mudah dan percaya dengan penipuan Rafizi Ramli.

Cerita-cerita sensasi yang 'didedahkan' oleh Rafizi Ramli juga kurang menarik perhatian walaupun Tun Dr Mahathir cuba menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk lebih mensensasikan lagi cerita tersebut, terutama apabila dia mencabar agar dia disaman di mahkamah bagi membolehkan dia bertanya Najib dan Rosmah tentang penggunaan jet kerajaan oleh Rosmah untuk acara negara di Istanbul.


Baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar, PAN sendiri sebenarnya lebih menumpukan serangan kepada PAS, bekas induk yang cuba dikhianatinya menerusi dana DAP yang disalur menerusi pemilihan kepimpinan yang menyaksikan muka-muka balaci DAP, hilang jawatan dan kedudukan mereka dalam PAS. Begitu juga dengan kempen-kempen bantuan daripada tuan besar mereka, DAP, juga hanya menyerang PAS dan sesekali mengusik BN.

Tun Dr. Mahathir dalam kempen dua harinya di Sekinchan dan Kuala Kangsar pula, hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pendengar walaupun ketika berkuasanya dahulu, melaut manusia sehinggakan Jalan Gurney di Kuala Lumpur pun, ditukarkan nama kepada Jalan Semarak, sempena himpunan rakyat yang menyatakan sokongan kepadanya selepas Dr. Mahathir malu besar kalah di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan parti 1987.

'PULANG DUA BULAN SEKALI KALAU DIPILIH', dan 'BERJAWABLAH DENGAN ALLAH KALAU TAK UNDI SAYA," merupakan antara kenyataan-kenyataan lawak dan terdesak calon-calon PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PAN merupakan himpunan orang-orang kecewa yang dibantu pula oleh orang kecewa seperti Tun Dr. Mahathir sendiri!


Mengapa Rafizi Suka Fitnah Rosmah Mansor? Sebab Peguam Yang Wakili Rosmah Hanya Mahu Penyelesaian Luar Mahkamah



Kununnya, Rafizi menentang rasuah. Kononnya juga, dia menentang pembaziran yang melibatkan wang rakyat. Dan konon-kononnya juga, dia mempunyai bukti serta hujah-hujahnya langsung tidak dapat dilawan.

Rafizi dan pembohongan bukannya sesuatu yang boleh dipisahkan. Di sebalik kesungguhannya untuk menukar fitnah sebagai FIRMAN, akhirnya apabila berada di mahkamah, Rafizi akan berdalih dan berkalih kononnya dia hanya bergurau dan menggunakan hujah, mengkritik kerajaan tidak salah dan dibenarkan oleh undang-undang, walaupun kes yang dihadapinya adalah kes menfitnah individu!

18 April 2015, Najib dan Rosmah menyaman fitnah Rafizi Ramli bersama-sama pemilik saluran Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tohmahan kononnya, Najib sengaja menaikkan harga minyak bagi membolehkan dan membiayai pembelian cincin untuk Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

5 Jun 2015, dalam saman fitnah oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor ke atasnya, Rafizi menyatakan, segala fitnah, tohmahan dan cerita karutnya tentang cincin RM24 juta hanyalah 'GURAUAN'.


28 Februari 2016, mengharapkan Tabung Haji akan menyaman fitnah ke atasnya, Rafizi Ramli berang apabila Tabung Haji membuat laporan polis, sekaligus menjadikan kesnya menfitnah Tabung Haji dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan, sebagai kes di bawah jenayah. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, Rafizi membuat fitnah dan menggalakkan para penyimpan di Tabung Haji mengeluarkan tabungan dan simpanan masing-masing kerana katanya kesemua duit tersebut akan 'hilang' kerana Tabung Haji melabur dalam projek 1MDB. Sedangkan Rafizi sendiri mendapat keuntungan besar kerana menyimpan di Tabung Haji dan dia tidak mengeluarkan walau sesen pun wang simpanannya.

5 April 2016, Rafizi Ramli ditahan dan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi di pagar Parlimen. Dia tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan walaupun sebelum itu, dia bercakap besar kononnya dia tidak takut mendedahkan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan wang rakyat. Sembang di luar berdegar-degar, tiba di mahkamah lain pula ceritanya sehingga terpaksa meminta bantuan guaman daripada Sivarasa Rasiah dan peguam-peguam DAP yang lain.

20 Mei 2016, dalam usaha untuk mengalihkan perhatian selain cuba memperlekehkan Azmin Ali yang enggan berwala' kepada Wan Azizah, Rafizi Ramli membuat pendedahan mengejutkan tentang rasuah perempuan dan wang ringgit serta penyelewengan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor. (BACA DI SINI). Rafizi bagaimanapun berbelit-belit menyatakan kononnya tuduhan tersebut bukannya melibatkan ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Harapan sedia ada.


Rafizi bagaimanapun dikatakan menyerahkan kesemua bukti serta dokumen penyelewengan serta rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM. Dan kes tersebut pun, TERPENDAM LANGSUNG TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.

Begitu juga dengan penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng. Walaupun pelbagai pendedahan, bukti serta dokumen-dokumen ditampilkan, tidak sepatah perkataan pun yang membabitkan anti rasuah atau anti penyelewengan wang rakyat yang muncul di bibir Rafizi Ramli. Begitu juga dengan Skandal DEIG yang berjumlah RM30 bilion, juga tidak berani disentuh, didedahkan atau diheboh-hebohkan oleh Rafizi Ramli yang mengaku dia anti rasuah, anti penyelewengan dan anti pembaziran wang rakyat.

Rafizi Ramli cuma berani dengan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kerana dia tahu, walaupun disaman fitnah, kesudahannya ialah peguam Najib dan Rosmah akan mencari jalan mendapatkan penyelesaian di luar mahkamah dengan permohonan maaf secara terbuka yang kemudian fitnah tersebut akan diulangi oleh Rafizi Ramli tanpa sebarang rasa bersalah!


Tun Dr. Mahathir Hina Diri Sendiri Apabila Gagal Bawa dan Dedahkan Bukti Tapi Gunakan Pembohongan Rafizi Dalam Ceramahnya Di Sekinchan

Saturday, 11 June 2016 | 2 comments



Hari ini, 11 Jun 2016, Tun Dr. Mahathir secara peribadi telah turun berceramah dan berkempen di Sekinchan bagi pihak calon Parti Amanah Negara (PAN) atau lebih tepat lagi untuk DAP. Risalah-risalah yang disebarkan tentang kedatangan Tun Dr. Mahathir ke Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir akan membuat pendedahan besar-besaran bersama-sama dengan bukti selain dokumen-dokumen berkaitan dengan dakwaannya terhadap Najib Abdul Razak.

Malangnya, selain hanya lebih kurang 600 orang sahaja yang hadir untuk mendengar dan menyaksikan sendiri bukti serta dokumen seperti yang dinyatakan dalam risalah tersebar berbanding reputasinya yang sangat gah, Tun Mahathir rupa-rupanya kembali dengan perangai lamanya ialah KUAT MENIPU!



Mana bukti-bukti daripada segala tuduhannya? Mana dokumen-dokumen yang didakwa akan didedahkan?


Rata-rata yang hadir di dewan restoran tersebut adalah orang Cina yang merupakan pengundi tegar DAP dan sebahagian besar daripada mereka tidak peduli dengan sebarang berita kecuali yang diberitahu oleh para pemimpin DAP semata-mata.

Tiada bukti dan tiada dokumen yang didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Sekinchan!


Sebaliknya bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu hanya sekadar mengulang-ulang tuduhan dan tohmahan yang telah pun dijawab sambil membuat sindiran tentang ROSMAH MANSOR, JET KERAJAAN dan majlis perkahwinan anak Najib. Namun Mahathir tidak pula menceritakan mengapa dan kenapa Vincent Tan menaja majlis harijadinya setiap tahun dengan nilai jutaan ringgit? Apakah balasan projek yang diperolehi oleh Vincent Tan dengan kebaikannya, sama ada sepanjang tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa atau semasa zaman Najib kerana pengaruh dan tekanan Mahathir?

Majlis harijadi gah Mahathir tak pakai duit rakyat? Majlis perkahwinan anak Rosmah Mansor pakai duit rakyat?

Orang bodoh sahaja yang akan percaya, Mahathir dan anak beranaknya kaya raya kerana menemui harta Qarun dari Sungai Tigris!

Dari isu 'berat' 1MDB sehinggalah isu remeh seperti peranan Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang sudah tentu turut diberikan tanggungjawab tertentu mewakili negara, Tun Mahathir benar-benar telah menjatuhkan dirinya ke tahap paling rendah dan hina. Mahathir hanya mampu mensensasikan pembohongan Rafizi Ramli sedangkan pada masa yang sama, tindakan-tindakannya yang merugikan rakyat negara ini selama 22 tahun, langsung tidak disentuhnya.

Barangkali kerana sedar tentang penipuan Rafizi Ramli yang terlalu bergantung kepada kalkulator untuk mengira dan kemudian cuba menimbulkan persepsi bahawa Rosmah Mansor berada di dalam pesawat sewaan ganti itu selama 2 bulan, Tun Mahathir sekadar mampu menyindir dan tidak berani membuat tuduhan sebagaimana yang sering dilakukannya.


Dalam majlis tohmahan tersebut, turut diadakan adalah Skype bersama-sama Claire Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report yang telah dijadikan kitab utama oleh golongan pro-Mahathir dan Tony Pua. Pendedahan yang dibuat oleh Xavier Justo tentang rancangan Claire Brown bersama-sama Tony Pua dengan menggunakan wang Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sebanyak RM2 juta untuk mewujudkan fitnah terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak, langsung tidak disebut oleh Tun Dr. Mahathir dalam ceramahnya.

Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sekarang ini telah menjadi saksi untuk agensi-agensi penyiasatan berhubung pendedahan Xavier Justo dalam transkrip WhatsApp.


Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang gah dan sangat masyhur, Tun Dr. Mahathir akhirnya memalukan dirinya dengan sekadar menggunakan tohmahan sebagai hujah. Mana pergi kehebatan Che Det? Mana perginya segala maklumat-maklumat yang kononnya telah sampai ke pengetahuannya daripada orang-orang tertentu? Sebagai seorang Dr. Mahathir, adakah akal dan pertimbangannya sudah cukup rendah sehingga terpaksa menggunakan pembohongan budak kanyir seperti Rafizi Ramli yang akhirnya di mahkamah akan menyatakan, "SAYA HANYA BERGURAU"?

Bukankah Rosmah Mansor sekadar mengulangi peranan isteri Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Siti Hasmah sewaktu 22 tahun Mahathir berkuasa dahulu? Bezanya, Rosmah Mansor menginisiatifkan PERMATA yang skop dan fokus programnya diterimapakai oleh banyak negara, berbanding Tun Dr. Siti Hasmah yang sekadar membawa imej kehebatan Mahathir?

Kalau Mahathir tidak mengurung Tun Siti Hasmah, malah memberikan kebebasan kepada anak perempuannya Marina Mahathir - yang pada zaman mudanya cukup masyhur kisahnya - untuk merosakkan minda masyarakat dengan idea liberalismenya, mengapa pula Najib perlu mengurung Rosmah di dalam rumah agar Rosmah tidak dapat menjalankan peranannya sebagai isteri Perdana Menteri yang turut diiringi tugas-tugas tertentu sebagai duta negara, malah mewakili tubuh badan suaminya hanya semata-mata kerana isteri Najib adalah Rosmah Mansor, yang semenjak dari awal lagi telah diberikan persepsi yang sangat negatif terutama ketika Anwar Ibrahim melihat Najib Abdul Razak adalah saingan utamanya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pertengahan 90-an?


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Diugut Penggal Kepala Kerana Kata Pembunuhan Bill Kayong Bukan Berasaskan Kaum dan Politik

Thursday, 30 June 2016 · 0 comments



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak dimenangi oleh Barisan Nasional.


Ancaman memenggal kepala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak itu telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian. Pencarian juga menemui satu lagi akaun Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian Suffian Suffian dengan perubahan gambar profil pada jam 9:15 pagi semalam.

Ketiadaan tindakan berkesan pihak berkuasa terhadap golongan-golongan tidak bertanggungjawab yang mempergiatkan hasutan selepas kekalahan besar DAP dalam PRN Sarawak beberapa minggu lalu, bagaikan membolehkan golongan tersebut bermaharajalela melakukan hasutan tanpa sembunyi-sembunyi.


Selain ancaman untuk memenggal kepala Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, perubahan Kabinet Malaysia turut dijadikan sebagai modal untuk melakukan hasutan apabila golongan terbabit berusaha menaikkan sentimen kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan dengan menjadikan rakyat Sarawak sebagai alasan.

Tidak sahaja siasatan, tetapi juga tindakan segera perlu diambil untuk membendung jenayah daripada berleluasa. Apatah lagi, terlalu banyak khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang di seluruh Sarawak, menyatakan kematian Bill Kayong mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, serta NGO yang menjadikannya sebagai kambinghitam untuk mereka muncul sebagai juara.


Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday, 26 June 2016 · 4 comments



Mukhriz Mahathir telah selamat ditalkinkan dan ditahlilkan apabila dia dihalau keluar dari UMNO, walaupun bukan sehelai sepinggang atau harta-harta yang diperolehi ketika bersama-sama UMNO tidak dirampas atau disita. Bersama-samanya adalah bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang memilih untuk taat setia kepada Dr. Mahathir berbanding kepada ketua yang telah melantiknya.

Kedua-duanya telah dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari parti serta semua jawatan dalam UMNO yang disandang.

Bagi Muhyiddin Yassin, kerugian yang ditanggungnya dari segi kerjaya politik memang besar kerana setelah lama berada di dalam UMNO, mengharungi pelbagai gelombang dan badai, termasuklah ketika Dr. Mahathir berhadapan dengan bahaya penggulingan besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada tahun 1998.

Namun bagi Mukhriz Mahathir yang kerjaya politiknya hanya bermula setelah bapanya bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, kerugian yang ditanggung tidaklah sebesar mana. Namun walaupun tidak besar, tetapi banyak peluang yang telah dicipta menerusi para penyokong dan pengkagum bapanya.

Ketika Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan dari Menteri Besar Kedah, berlaku sedikit pertentangan di dalam 'kabinet' Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang Exco secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada Mukhriz dan menentang Ahmad Bashah Hanipah. Konflik berlangsung selama hampir dua minggu, sebelum akhirnya dilihat selesai apabila kesemua Exco yang dilantik oleh Mukhriz, dikekalkan jawatan masing-masing.

Kedah, walaupun kelihatan tenang di permukaan, tetapi konco-konco dan para penyokong Mukhriz serta Dr. Mahathir giat menjalankan tugas-tugas mengumpulkan penyokong. Sungai Petani dijadikan sebagai markas utama termasuklah oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah. Gelagat serta komen-komen menghasut bernada kebencian terhadap Ahmad Bashah dan UMNO-Kedah serta BN Malaysia secara keseluruhannya, boleh diperhatikan dan dikesan dengan mudah di Facebook terutamanya.

Biarpun secara lahiriahnya, gerakan ini tidaklah sehebat mana pun, malahan sambutan daripada rakyat Kedah cukup daif dan miskin, namun Kedah yang dirampas daripada PAS pada tahun 2013, boleh bertukar menjadi medan perang pada PRU akan datang.

Ini adalah kerana, Menteri Besar Kedah yang baru discaj Hospital Pulau Pinang, masih terus mengekalkan saki-baki konco serta pengikut Mukhriz di dalam Kerajaan Negeri sama ada sebagai Exco mahupun sebagai petugas.

Ironinya, di sebalik peluang yang diberikan oleh Ahmad Bashah untuk mereka menumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas, kesempatan itulah digunakan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah, Ahmad Bashah dan UMNO serta Najib Abdul Razak. Mereka melihat Ahmad Bashah sebagai sasaran mudah kerana sangkaan mereka, Ahmad Bashah lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Apatah lagi, Kedah dirampas oleh UMNO-BN dari PAS pada tahun 2013 dengan hanya 6 kerusi majoriti (BN 21, PAS 9, DAP 2, PKR 4)

Pada PRU-13, UMNO-BN Kedah berjaya merampas semula kerusi-kerusi DUN penting seperti, Bandar Baru, Kulim, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kupang dan Ayer Hitam, Kunci kepada kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lalu adalah kerusi-kerusi DUN Kedah Selatan.

Fakta ini diketahui secara lengkap oleh Mukhriz Mahathir dan konco-konconya. Itulah sebabnya, apabila Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah cuba menimbulkan gelombang di Sungai Petani yang terletak di Kedah Selatan. Gerakan yang disokong kuat oleh GKCM Kedah serta beberapa pemimpin PERKASA Kedah, turut berpusat di Sungai Petani.

Kini Mukhriz Mahathir telah dilucutkan keahliannya dari UMNO. Sekaligus menjadi pemangkin dan pencetus kepada semangat yang bukan sahaja untuk menggulingkan Ahmad Bashah tetapi juga memastikan UMNO-BN kalah di Kedah pada PRU akan datang.

Beberapa kerusi DUN di Kedah Selatan sememangnya amat rapuh. Terdapat banyak faktor termasuklah ADUN-ADUN UMNO di kerusi-kerusi tersebut yang masih mengekalkan tahap kerja cara lama walaupun di kalangan mereka, ada yang kalah teruk pada PRU-12 di kerusi tersebut, sebelum menang kembali dengan majoriti nipis pada PRU-13.

Ahmad Bashah bukan sahaja berhadapan dengan pengkhianatan daripada mereka yang bekerja dalam pentadbiran Kerajaan Negerinya, tetapi juga dari kalangan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang melihat ini peluang terbaik mereka untuk mencetuskan masalah dan menunjukkan kuasa selain menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz dan Dr. Mahathir.

Dengan tempoh tidak sampai 18 bulan, Ahmad Bashah perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik termasuklah mengenalpasti calon-calon anak tempatan selain menapis dan menyingkirkan konco-konco Mukhriz daripada pasukannya di Kedah. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga perlu mempergiatkan lagi jentera UMNO-BN Kedah yang sudah mula bergerak selepas Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar tetapi masih dilihat terlalu perlahan.

Ketika tohmahan, fitnah dan adu domba dijalankan oleh pasukan Mukhriz di seluruh Kedah, terutama sekali di kawasan Kedah Selatan, di dalam pentadbiran negeri juga, kerja-kerja jahat itu juga berjalan lancar terutama sepanjang Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital.

Kesemua mereka ini perlu dikenalpasti dengan seberapa segera yang mungkin. Ahmad Bashah mungkin telah pun mengetahui siapa mereka namun ketiadaan tindakan segera, akan menyebabkan mereka naik lemak kerana berasakan mereka boleh terus bersembunyi di dalam selimut munafik.


Setiap Kali Pilihanraya Kecil, Kelemahan Penyaluran Bantuan Kepada Golongan Miskin Seperti Disabotaj Penjawat Awam Terdedah

Monday, 20 June 2016 · 3 comments



Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah pun berakhir. Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sebelum ini dilihat menjadi daya tarikan untuk menggamit kedatangan manusia, termasuklah mereka yang tidak pernah datang ke daerah itu, kini kembali menjalani rutin hariannya yang normal. Orang luar yang meramaikan bandar Kuala Kangsar dan pekan Sungai Besar, telah pun pulang ke tempat masing-masing. Manakala penduduk dan penghuni kedua-dua kawasan tersebut ditinggalkan 'sampah-sarap' pesta demokrasi yang telah berlangsung selama dua minggu.

Keputusan telah pun diketahui. Banyak ulasan, banyak juga pujian, malahan mereka yang sebelum ini kurang yakin dengan kemenangan calon-calon tersebut, kini turut berjoget sambil mendabik-dabik dada kononnya  mereka juga mempunyai sumbangan kepada kemenangan besar calon-calon BN.


Namun di sebalik semua itu, terdapat banyak kisah yang meruntun jiwa yang selama ini dianggap sebagai kes-kes keciciran. Kalau tidak kerana Pilihanraya Kecil, kes-kes sebegini tidak akan keluar dan belang serta kerenah birokrasi penjawat-penjawat di jabatan-jabatan, agensi-agensi mahupun pusat pengagihan zakat baitulmal, akan terus tersorok buat selama-lamanya.

Itulah antara hikmahnya berlakunya pilihanraya kecil. Serbuan ramai ke daerah yang berlakunya Pilihanraya Kecil memudahkan penyaluran dan pendedahan kes-kes tercicir yang tersembunyi selama ini.

Itu jugalah yang berlaku di Kuala Kangsar.



Terdapat beberapa kes keciciran dan kemiskinan tegar yang nampaknya tidak mendapat perhatian daripada pihak-pihak berkenaan walaupun golongan tersebut mendapat sokongan daripada ADUN dan Ahli Parlimen, mahupun Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Masjid.

Salah satu contohnya berlaku di Pusat Daerah Mengundi Ulu Kenas, DUN Manong. Melihat keadaan rumah penduduk terbabit, membuatkan kita terfikir, bagaimana isu kemiskinan ini boleh tercicir sedangkan pada masa yang sama, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan untuk penyaluran bantuan kepada golongan terbabit.


Daripada maklumat yang diperolehi, golongan miskin ini telah cuba mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa. Dibantu dan disokong oleh ADUN Manong, mahupun Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, malah turut dibantu oleh Ketua-Ketua Kampung mahupun Pengerusi Masjid, tetapi nampaknya, kes-kes sebegini tetap tersadai di pejabat-pejabat agensi terbabit.

Isu-isu sebegini bukannya isu-isu baru. Setiap kali PRK atau PRU, setiap kali itulah kes-kes yang melibatkan kecuaian agensi-agensi, jabatan-jabatan mahupun Pusat Zakat akan terkeluar dengan sendirinya. Cerita-cerita tentang kes-kes sebegini tersadai dan melibatkan kerenah penjawat-penjawat awam, sepatutnya diselesaikan segera, bukannya sekadar diselesaikan oleh pihak lain.

Guna apa ramai-ramai pekerja dalam jabatan dan agensi serta pusat zakat kalau masalah sebegini pun tidak dapat diselesaikan?


Tepat Sepertimana Yang Dijangkakan RPK, Prosiding Perceraian Skandal Muhyiddin Ditangguhkan

· 1 comments



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding perceraian membabitkan bekas DPP dan isterinya selepas kedua-dua belah pihak dan peguam-peguam mereka tidak menunjukkan diri. 

The Star Online melaporkan, tiada tarikh baru ditetapkan untuk prosiding kes antara Stanley Clement Augustin dan Nika Gee Siew Yee.


Bekas DPP itu menfailkan permohonan cerai pada tahun lepas, dan menuduh isterinya, Gina Gee mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik terkenal yang berasal dari Johor.

Pada 7 Disember tahun lalu, Augustin dilaporkan telah membuat akaun bersumpah (SD) mendakwa isterinya telah berlaku curang dengan ahli politik tersebut dan turut menerima bantuan kewangan dan kepentingan-kepentingan lain sepanjang hubungan sulit itu terjalin.



Muhyiddin Yassin bagaimanapun pada minggu lepas, telah menafikan laporan tersebut, malah menolak laporan yang menamakannya sebagai orang ketiga yang menghancurkan rumahtangga Augustin dan Gee.

Berita ini sekaligus membenarkan kenyataan awal yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa prosiding hari ini akan 'dirundingi' agar ditangguhkan. (RUJUK SINI)


Menang Bergaya di Sungai Besar, NOH OMAR Kembali Berangan BN Dapat Tawan Selangor

· 1 comments


Kemenangan besar Budiman Mohd Zohdi dalam PRK Sungai Besar, membuatkan sudah ada pihak yang mula bercakap besar tentang merampas Selangor dari tangan Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR.

Ia benar-benar mengembalikan ingatan kita kepada PRU-13 yang begitu hebat publisiti BN akan dapat merampas Selangor semula, tetapi akhirnya dengan calon-calon yang ditampilkan, BN Selangor bukan sahaja gagal menawan Selangor, bahkan kehilangan lebih banyak kerusi kepada pakatan DAP-PKR-PAS. Undi majoriti BN di kawasan-kawasan yang masih dikekalkan juga merosot teruk.

Pemilihan calon merupakan faktor utama di Selangor pada PRU-13 yang membuatkan BN hanya mampu mengekalkan 12 DUN berbanding 21 pada PRU sebelumnya.

Budiman Mohd Zohdi menjadi acuan dan 'buku panduan' baru tentang winnable candidate. Kemenangan besar BN di Sungai Besar adalah disebabkan sebahagian besarnya adalah kerana peribadi Budiman Mohd Zohdi sendiri yang hasil kerjanya di Sungai Panjang, DUN yang diwakilinya, diketahui oleh penduduk Sungai Besar. Malahan berbanding Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, ada penduduk yang diwakili oleh Ng Suee Lim datang ke pejabat khidmat Budiman di tengah-tengah pekan Sungai Besar untuk mendapatkan bantuan.

Tidak dinafikan, keberkesanan jentera pilihanraya BN yang merupakan gembelingan daripada pelbagai pihak, termasuklah sayap-sayap parti dan parti-parti komponen turut menjadi faktor kemenangan besar itu.

Namun, tanpa calon yang bagus dan dikenali kerana hasil dan bukti kerja, sudah pasti majoriti besar yang dinikmati oleh Budiman Zohdi, sukar dicapai. Malahan, ramalan awal pun menyatakan, Budiman mungkin hanya boleh menang dengan majoriti kurang 1000 memandangkan terdapat banyak masalah, termasuklah sabotaj selain daripada faktor Tun Dr. Mahathir dan 'kakitangannya' di dalam UMNO Sungai Besar yang cuba mengalihkan sokongan kepada PAN.

Kenyataan Noh Omar yang baru-baru ini mendapat gelaran Tan Sri bahawa UMNO Selangor sudah bersedia untuk menawan Selangor, dilihat hanyalah kenyataan berunsurkan retorik semata-mata. Setakat ini, selain Budiman Mohd Zohdi, hanya ada beberapa orang sahaja calon muda UMNO yang boleh ditampilkan kepada masyarakat pengundi di kawasan masing-masing. Selebihnya adalah dinosaur-dinosaur yang tidak sedar-sedar bahawa mereka semakin tidak mempunyai daya tarikan di kalangan pengundi, khususnya pengundi-pengundi baru.

Kalau benar UMNO-BN dan Noh Omar berhajatkan Selangor, calon-calon seperti Budiman Mohd. Zohdi perlu dicari dan dikumpulkan mulai sekarang. Kesilapan besar seperti tahun 2013 dalam PRU-13, perlu dihindari. Mencalonkan individu yang perasan mereka boleh menang dan menguasai undi di sesuatu kawasan, kemudian kalah tetapi masih lagi bercakap besar tentang kemenangan masa hadapan, telah pun menjadi bahan jenaka selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Masyarakat pengundi di Selangor, tidak seperti masyarakat pengundi di negeri-negeri lain. Berbanding negeri-negeri lain, Selangor serta Pulau Pinang telah dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan mendahului beberapa dekad berbanding negeri-negeri lain. Penduduk dan penghuni Selangor serta Pulau Pinang, terutama sekali generasi muda tidak peduli dan tidak mengambil kira lagi faktor-faktor tersebut, sebaliknya mereka melihat calon serta reputasi apatah lagi sensasinya. Dengan persekitaran perbandaran yang ada semua infrastruktur termasuklah kemudahan komunikasi dan Internet, calon-calon tangkap muat, berbadan boyak, yang datang melawat kawasan seperti makhluk dari Planet Marikh serta perlu disambut dikompang mahupun terpampang banner besar dengan mukanya pada banner tersebut, hanya mengundang kebencian dan rasa meluat teramat sangat.

Cakap-cakap seperti yang dibuat oleh Noh Omar itu, perlu dibuktikan dengan calon-calon seperti Budiman Zohdi untuk PRU-14 akan datang, atau pun untuk Pilihanraya Negeri Selangor yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.




MUHYIDDIN Perlu Saman NIKA GEE Kerana Mendakwa Ada Hubungan Asmara Dengannya

Friday, 17 June 2016 · 3 comments



Kenyataan penafian daripada Muhyiddin Yassin nampaknya tidak menutup isu skandal aib yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Malahan hari ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan satu Akuan Bersumpah (SD) dua muka surat di portalnya, Malaysia Today.

Akuan Bersumpah tersebut telah dibuat oleh suami kepada wanita yang dikaitkan dengan Muhyiddin. Akuan Bersumpah itu adalah membabitkan pengakuan wanita itu sendiri. Wanita itu turut mengakui mempunyai hubungan asmara dengan Muhyiddin untuk tempoh yang agak lama.

Justeru, tuduhan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan asmara dengan wanita yang dikenali oleh Nika Gee itu datangnya daripada wanita itu sendiri. Kalau Muhyiddin ingin menafikannya atau menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan yang dia mempunyai hubungan asmara dengan mana-mana isteri orang, dia perlu menyaman Nika Gee.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya adalah dengan menyaman. Tiada cara lain. Itu jugalah yang dicakapkan kepada Najib yang dikatakan perlu menyaman blogger United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, Najib tidak boleh berbuat begitu kerana undang-undang di United Kingdom tidak membenarkan warga asing yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan UK menyaman warganya. Berbeza pula dengan Muhyiddin kerana kesenya berlaku di Malaysia.

Lepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Azmin Bakal Berhadapan Dengan Masalah Lebih Besar!

Thursday, 16 June 2016 · 0 comments



Tempoh untuk PKR hancur lebur semakin hampir. Detik bermulanya adalah selepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Puncanya ialah, Azmin Ali dan Wan Azizah.

Umum mengetahui, PKR terbahagi kepada dua kem besar iaitu kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah. Kem Azmin Ali dikatakan lebih kaya dan lebih berkuasa, memandangkan mereka berada dalam Kerajaan Negeri Selangor manakala kem Wan Azizah pula, ditunjangi oleh Wan Azizah, Rafizi Ramli, Tian Chua dan Nurul Izzah.

Bukan rahsia lagi bilamana Rafizi Ramli bertindak sebagai pembuka mulut untuk kumpulan pro-Wan Azizah dalam usaha mengurangkan kuasa atau lebih tepat lagi menggulingkan Azmin Ali. Pendedahan oleh Rafizi Ramli tentang amalan rasuah melibatkan wang dan wanita dalam pentadbiran Azmin Ali, yang cuba dinafikan oleh Menteri Besar Selangor itu adalah tukul besar yang cuba menghapuskan anak angkat Tun Dr. Mahathir itu.


Walaupun pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu tidaklah sepertimana dia menfitnah Rosmah Mansor dan Kerajaan Malaysia, namun ianya sudah cukup untuk menggegarkan kerusi Menteri Besar Selangor, terutama sekali selepas penangkapan S.Manikavasagam, bekas Ahli Parlimen Kapar yang merupakan antara sekutu kuat Azmin Ali kerana mengambil rasuah RM30,000 bagi meluluskan kontrak bernilai RM1 juta kepada sebuah syarikat. Malah Manikavasagam juga dilaporkan berhadapan dengan beberapa tuduhan jenayah lain, termasuklah memperdayakan golongan OKU mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk diserahkan kepadanya.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar merupakan detik terbaik untuk melindungi gejolak yang berlaku dalam PKR. Bagaimanapun, kalau diperhatikan menerusi Twitter mahupun kenyataan-kenyataan peribadi melibatkan Rafizi Ramli dan Latheefa Koya - seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali - menunjukkan PKR sedang berhadapan dengan masalah yang akan meletup pada bila-bila masa.


Tanda-tandanya sudah jelas. Di mana ada Azmin Ali, Wan Azizah tidak akan sampai walaupun dalam majlis yang diuwar-uwarkan Wan Azizah akan ada sekali seperti yang berlaku hari ini di Kuala Kangsar.

Hari ini di Kuala Kangsar, sepatutnya Azmin Ali bersama-sama Wan Azizah dalam sebuah majlis ceramah membantu calon PAN. Bagaimanapun, Azmin Ali yang menyatakan sokongan kepada PAN walaupun sedar implikasi kedudukannya di Selangor kerana PAS sudah pasti akan menilai semula kedudukan serta peranan parti tersebut dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Tanpa PAS, secara automatik, Azmin Ali akan kehilangan jawatan.

Selepas S.Manikavasagam, dikatakan seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali akan ditahan oleh SPRM.

Gelagat yang ditunjukkan oleh Wan Azizah yang memulau mana-mana majlis yang disertai oleh Azmin Ali, sudah cukup untuk menjadi petunjuk bahawa PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan tarikh terakhir sebelum Azmin Ali berhadapan dengan masalah sebenar atau melompat masuk ke dalam DAP sepertimana yang dikatakan banyak pihak.


RAFIZI SI BACHOL Tak Mampu Tutup Sikap Pengecutnya Dengan Lagak Angkuh

· 2 comments



Rafizi Ramli cuba mempertahankan dirinya setelah dia sendiri memalukan diri tengah hari semalam. Malam tadi, di lokasi yang sama, setelah memastikan pegawai khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor tiada dan tidak kelihatan, Rafizi Ramli bercakap berapi-api dan mula menunjukkan kehebatannya di hadapan mikrofon. 

Dengan penuh sombong dia berkata, Rizal Mansor hanyalah pencacai pengangkat beg Rosmah Mansor dan tidak layak bercakap dengannya. Sebaliknya yang layak dan setaraf untuk bercakap dengannya adalah Rosmah Mansor atau 'pembantu paling kanannya' iaitu Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak. 

Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari terbirit-birit apabila melihat Rizal Mansor sedang menunggu untuk bersalaman dengannya!

Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari bersembunyi di tingkat atas dan mengarahkan petugas menghalang Rizal Mansor masuk dengan apa cara sekalipun, termasuklah kalau perlu menumpahkan darah!

Habis tu, yang dia menyalak dan melalak tu, orang-orang yang mendengar, teruja dan menyokongnya, setaraflah dengan dia? Yang dia bersungguh-sungguh mahu meyakinkan orang ramai bahawa penipuannya adalah satu fakta, setaraflah?

Rafizi Ramli boleh bercakap atau bersikap angkuh tetapi apa yang berlaku semalam, jelas membuktikan sikap pengecutnya. Dia hanya berani apabila bercakap dengan mikrofon tetapi tidak berani bersoal jawab dengan orang yang difitnahnya. 

Rizal Mansor dikatakan tidak dijemput dan memang ada hak Rafizi Ramli untuk tidak menemui atau melayannya, kata para penyokong Rafizi. Tetapi Rafizi Ramli mengadakan sidang media yang dalam keadaan apa sekalipun dan diamalkan di mana-mana dunia sekalipun, bebas dihadiri oleh sesiapa pun. Menghalang orang untuk mendengar atau menjawab fitnahnya dalam sidang media itu, merupakan sikap penakut dan pengecut yang tidak boleh dimaafkan. 

Ada penyokong yang cuba menyamakan serbuan dua orang wartawan asing ke atas Perdana Menteri. Kata mereka, kalau wartawan-wartawan asing tersebut telah ditangkap dan dihalau kerana tidak dijemput, mengapa pula Rizal Mansor mahukan keistimewaan?

Sama ada mereka bodoh atau tidak cukup ilmu, tahap keselamatan Perdana Menteri dibandingkan dengan Rafizi Ramli, jauh lebih penting. Apatah lagi dalam isu tersebut, wartawan-wartawan itu yang menyerang Perdana Menteri dengan soalan, bukannya Perdana Menteri melakukan fitnah dan mereka menemui Perdana Menteri untuk menjawab sepertimana yang dilakukan oleh Rizal Mansor.

Tetapi sebenarnya, cakaplah apa-apa sahaja... bagilah alasan apa-apa sahaja, yang pastinya Rafizi Ramli memang telah terbukti seorang pengecut yang hanya tunjuk berani melalui sikap angkuh apabila dikelilingi penyokongnya sendiri dan di hadapan mikrofon semata-mata!


Berminat Sungguh KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT Dengan PRK Kuala Kangsar Melibatkan Calon PAN

Wednesday, 15 June 2016 · 0 comments



Lebih kurang antara jam 5:10 petang sehingga jam 6:40 petang, sebuah kereta Kedutaan Amerika Syarikat dikesan berlegar-legar di sekitar pekan Kuala Kangsar. Pemandu dan penumpang kereta tersebut dilihat memantau kempen PAN dari jauh.

Agak menarik juga apabila Kedutaan Amerika Syarikat amat berminat dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar. Mengapa agaknya?


Adakah kerana pembabitan aktif PKR di Kuala Kangsar?

Sumbangan apakah yang diberikan oleh agen-agen Amerika Syarikat dalam PRK Kuala Kangsar ini?

Dan mengapa Amerika Syarikat terlalu mahu menjaga PAN?



Adakah kerana ianya ada kaitan dengan 'BOM ATOM' yang mahu dilemparkan kepada Najib Abdul Razak memandangkan calon PAN dikatakan sebagai saintis bom atom?

Banyak persoalan yang timbul berhubung kewujudan kenderaan Kedutaan ini.


20 Ribu Tan Emas Milik Tun Dr. Mahathir Tersadai Di Itali? Biar Betul!!!

Tuesday, 14 June 2016 · 12 comments



Kenyataan Media Shafik Abdullah Berkaitan Emas 20 Ribu Tan Mahathir

Tajuk : Saya Mempunyai Bukti, Mahathir Gelapkan 20 Ribu Tan Emas Milik Negara Di Itali


Ketika Tun Dr Mahathir sedang ditekan dan ditempelak kerana menyokong pembangkang Pakatan Harapan, kini timbul pula satu dakwaan terbaru yang panas iaitu beliau ada menyembunyikan sejumlah besar jongkong emas di Itali.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna laman sosial dengan nama Shafik Abdullah melalui ruang komen di laman sosial Facebook Ramesh Rao hari ini.

"Jongkong emas di Itali apa jadi wahai Dr Mahathir bin Mohamad? Mengapa simpan di Itali, apa niat awak bawa keluar kekayaan negara?" kata Shafik.

Susulan komen itu, Shafik dikecam oleh para penyokong Dr Mahathir di laman Facebook Ramesh dengan kata-kata yang agak kesat serta mengutuknya.

Menurut beliau, nombor telefon beliau pada mulanya dimasukkan ke dalam satu Group Whatsapp tanpa persetujuannya.

"Komen saya jelas, pertanyaan saya jelas... komen di Facebook yang saya maksudkan.

"Setelah saya komen mengenai jongkong emas di Itali di FB DSRR (Ramesh Rao), saya dimaki oleh penyokong Tun yang mungkin tak pernah jejak kaki di Itali," katanya dalam mesej di aplikasi Whatsapp.

Shafik berkata nama group Whatsapp berkenaan ialah Melayu Rasis dan menggunakan gambar Dr Mahathir memakai pakaian seragam Gerak Khas.

Lebih menarik, beliau berkata semua dokumen berkaitan kewujudan jongkong emas itu akan diterima beliau tidak lama lagi.

"Semua dokumen berkaitan akan saya terima tak lama lagi.

"Waktu itu baru kita jelaskan," kata Shafiq.

Nampaknya, kemunculan cerita terbaru ini amat panas, sama-sama kita nantikan pendedahan dan penjelasan dari Shafik nanti.



Nik Abduh Selar Mahathir Kerana Melabelkan Pihak Lawan Sebagai Pemakan Dedak Sedangkan Budaya DEDAK Dimulakan Oleh Mahathir

Monday, 13 June 2016 · 0 comments



Dr. Mahathir mungkin tidak mahu mengaku yang dia sebenarnya banyak terhutang budi dengan PAS walaupun menjadikan PAS sebagai musuh abadinya, malah lebih dimusuhi berbanding Lim Kit Siang yang dia sendiri kutuk dan kecam kerana peranan Penasihat Agung DAP itu dalam tragedi 13 Mei 1969.

Kalau bukan kerana PAS, Mahathir tidak akan bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Di atas pentas PAS di Kaparlah, setelah dua tahun Mahathir kalah di tangan Yusuf Rawa, dia berucap untuk menarik perhatian atau lebih tepat lagi mengugut Tun Abdul Razak.

Akhirnya dia dibawa masuk ke dalam UMNO semula oleh Tun Abdul Razak meskipun ditentang keras oleh Tunku Abdul Rahman.


Permainan sebenar Mahathir dengan PAS bermula selepas dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir dikatakan antara salah satu faktor PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional meskipun PAS adalah pendiri bersama Barisan Nasional. Sepanjang pentadbiran Mahathir, PAS menjadi sangat agresif dan melakukan pelbagai serangan yang tidak pernah dilakukan dalam pentadbiran Tunku, Tun Razak mahupun Hussein Onn.

Bagi mengekang pengaruh PAS yang mula menjalar di kalangan anak-anak muda, Mahathir telah mengadakan banyak operasi membanteras PAS atas nama jenayah. Para pemimpin muda PAS ditangkap dan dikenakan tuduhan sebagai militan dan pengganas. Beberapa orang pemimpin utama pula, bekerjasama dengan Mahathir dan makan DEDAK MAHATHIR secara diam-diam. Salah seorang daripada mereka adalah Mat Sabu.

Ini bukan rahsia lagi di dalam PAS. Hampir kesemua kepimpinan tahu tentang hal itu. Mat Sabu hilang pengaruh dan taring setelah Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Apabila Mahathir menuduh PAS dan Presidennya telah termakan dedak Najib Abdul Razak bagi membolehkan PAS membantu UMNO, kenyataan dan tuduhan liarnya itu bukan sahaja ditempelak tetapi sekaligus mendedahkan perbuatannya pada masa lalu yang akan menggunakan pihak-pihak tertentu untuk mendedakkan para penentangnya sebelum dia menghadiahkan mereka dengan projek-projek kerajaan.

Apa yang Mahathir takutkan sangat kalau PAS berbaik-baik dengan UMNO? Bukankah itu yang sering diserunya dahulu sewaktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun?

Adakah kerana dia melabelkan UMNO sekarang sebagai UMNO Najib dan bukan UMNO sebenarnya, padahal sejarah telah tercatat, Mahathir sengaja membunuh UMNO Lama untuk menghidupkan UMNO Baru yang dikawal sepenuhnya oleh dia sendiri dan hanya untuk dirinya sahaja?


Seperti yang dikatakan oleh Nik Abduh, Mahathir sepatutnya berasa malu kerana BUDAYA DEDAK bermula pada zamannya. DEDAK merupakan ramuan mujarab Mahathir untuk menutup mulut malah membuatkan individu-individu tertentu menjadi penyokong mahupun pentaksubnya. KERANA DEDAKLAH, taukeh-taukeh kapitalis seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, Ananda Krishnan, Arumugam dan sebagainya bukan sahaja sanggup memberi pinjam jet peribadi mereka untuk digunakan oleh Mahathir, hatta untuk membeli beberapa biji popia di pasar ramadhan, tetapi juga selepas itu bertindak sebagai penyumbang kewangan untuk gerakan yang dicetuskan oleh Mahathir.

Dedak labur dedak demi mendapatkan lebih banyak dedak... itulah yang dibuat oleh mereka. Dek kerana itulah, kalau kita perhatikan pelbagai projek penswastaan mega di negara ini yang diwujudkan oleh Mahathir, nama-nama mereka pasti akan terselit, bahkan adakalanya sebagai pemain utama.

Tidak salahlah Nik Abduh memperlekehkan Tun Dr. Mahathir!


Harapan PAN Untuk Menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Begitu Memuncak, Malangnya....

Sunday, 12 June 2016 · 0 comments



Melihat kepada prestasi PAN di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar, membolehkan kita membuat kesimpulan mudah, kedua-dua calon PAN sedang berhadapan dengan masalah yang cukup besar, malah PAN sendiri sedang bergoncang hebat kerana satu-satunya penderma dan pendana parti tersebut akan mula menarik diri selepas kedua-dua PRK ini.

Walaupun didatangi dan dibantu oleh bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir dalam kempen untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3000 undi yang boleh memalukan Najib Abdul Razak, namun setakat ini, sambutan yang diberikan kepada mana-mana program PAN, sangat hambar. Mahathir hanya mampu menyerang Najib dan Rosmah menggunakan fakta palsu Rafizi Ramli. Negarawan unggul seperti Dr. Mahathir akhirnya menerima dengan mudah dan percaya dengan penipuan Rafizi Ramli.

Cerita-cerita sensasi yang 'didedahkan' oleh Rafizi Ramli juga kurang menarik perhatian walaupun Tun Dr Mahathir cuba menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk lebih mensensasikan lagi cerita tersebut, terutama apabila dia mencabar agar dia disaman di mahkamah bagi membolehkan dia bertanya Najib dan Rosmah tentang penggunaan jet kerajaan oleh Rosmah untuk acara negara di Istanbul.


Baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar, PAN sendiri sebenarnya lebih menumpukan serangan kepada PAS, bekas induk yang cuba dikhianatinya menerusi dana DAP yang disalur menerusi pemilihan kepimpinan yang menyaksikan muka-muka balaci DAP, hilang jawatan dan kedudukan mereka dalam PAS. Begitu juga dengan kempen-kempen bantuan daripada tuan besar mereka, DAP, juga hanya menyerang PAS dan sesekali mengusik BN.

Tun Dr. Mahathir dalam kempen dua harinya di Sekinchan dan Kuala Kangsar pula, hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pendengar walaupun ketika berkuasanya dahulu, melaut manusia sehinggakan Jalan Gurney di Kuala Lumpur pun, ditukarkan nama kepada Jalan Semarak, sempena himpunan rakyat yang menyatakan sokongan kepadanya selepas Dr. Mahathir malu besar kalah di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan parti 1987.

'PULANG DUA BULAN SEKALI KALAU DIPILIH', dan 'BERJAWABLAH DENGAN ALLAH KALAU TAK UNDI SAYA," merupakan antara kenyataan-kenyataan lawak dan terdesak calon-calon PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PAN merupakan himpunan orang-orang kecewa yang dibantu pula oleh orang kecewa seperti Tun Dr. Mahathir sendiri!


Mengapa Rafizi Suka Fitnah Rosmah Mansor? Sebab Peguam Yang Wakili Rosmah Hanya Mahu Penyelesaian Luar Mahkamah

· 2 comments



Kununnya, Rafizi menentang rasuah. Kononnya juga, dia menentang pembaziran yang melibatkan wang rakyat. Dan konon-kononnya juga, dia mempunyai bukti serta hujah-hujahnya langsung tidak dapat dilawan.

Rafizi dan pembohongan bukannya sesuatu yang boleh dipisahkan. Di sebalik kesungguhannya untuk menukar fitnah sebagai FIRMAN, akhirnya apabila berada di mahkamah, Rafizi akan berdalih dan berkalih kononnya dia hanya bergurau dan menggunakan hujah, mengkritik kerajaan tidak salah dan dibenarkan oleh undang-undang, walaupun kes yang dihadapinya adalah kes menfitnah individu!

18 April 2015, Najib dan Rosmah menyaman fitnah Rafizi Ramli bersama-sama pemilik saluran Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tohmahan kononnya, Najib sengaja menaikkan harga minyak bagi membolehkan dan membiayai pembelian cincin untuk Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

5 Jun 2015, dalam saman fitnah oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor ke atasnya, Rafizi menyatakan, segala fitnah, tohmahan dan cerita karutnya tentang cincin RM24 juta hanyalah 'GURAUAN'.


28 Februari 2016, mengharapkan Tabung Haji akan menyaman fitnah ke atasnya, Rafizi Ramli berang apabila Tabung Haji membuat laporan polis, sekaligus menjadikan kesnya menfitnah Tabung Haji dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan, sebagai kes di bawah jenayah. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, Rafizi membuat fitnah dan menggalakkan para penyimpan di Tabung Haji mengeluarkan tabungan dan simpanan masing-masing kerana katanya kesemua duit tersebut akan 'hilang' kerana Tabung Haji melabur dalam projek 1MDB. Sedangkan Rafizi sendiri mendapat keuntungan besar kerana menyimpan di Tabung Haji dan dia tidak mengeluarkan walau sesen pun wang simpanannya.

5 April 2016, Rafizi Ramli ditahan dan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi di pagar Parlimen. Dia tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan walaupun sebelum itu, dia bercakap besar kononnya dia tidak takut mendedahkan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan wang rakyat. Sembang di luar berdegar-degar, tiba di mahkamah lain pula ceritanya sehingga terpaksa meminta bantuan guaman daripada Sivarasa Rasiah dan peguam-peguam DAP yang lain.

20 Mei 2016, dalam usaha untuk mengalihkan perhatian selain cuba memperlekehkan Azmin Ali yang enggan berwala' kepada Wan Azizah, Rafizi Ramli membuat pendedahan mengejutkan tentang rasuah perempuan dan wang ringgit serta penyelewengan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor. (BACA DI SINI). Rafizi bagaimanapun berbelit-belit menyatakan kononnya tuduhan tersebut bukannya melibatkan ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Harapan sedia ada.


Rafizi bagaimanapun dikatakan menyerahkan kesemua bukti serta dokumen penyelewengan serta rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM. Dan kes tersebut pun, TERPENDAM LANGSUNG TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.

Begitu juga dengan penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng. Walaupun pelbagai pendedahan, bukti serta dokumen-dokumen ditampilkan, tidak sepatah perkataan pun yang membabitkan anti rasuah atau anti penyelewengan wang rakyat yang muncul di bibir Rafizi Ramli. Begitu juga dengan Skandal DEIG yang berjumlah RM30 bilion, juga tidak berani disentuh, didedahkan atau diheboh-hebohkan oleh Rafizi Ramli yang mengaku dia anti rasuah, anti penyelewengan dan anti pembaziran wang rakyat.

Rafizi Ramli cuma berani dengan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kerana dia tahu, walaupun disaman fitnah, kesudahannya ialah peguam Najib dan Rosmah akan mencari jalan mendapatkan penyelesaian di luar mahkamah dengan permohonan maaf secara terbuka yang kemudian fitnah tersebut akan diulangi oleh Rafizi Ramli tanpa sebarang rasa bersalah!


Tun Dr. Mahathir Hina Diri Sendiri Apabila Gagal Bawa dan Dedahkan Bukti Tapi Gunakan Pembohongan Rafizi Dalam Ceramahnya Di Sekinchan

Saturday, 11 June 2016 · 2 comments



Hari ini, 11 Jun 2016, Tun Dr. Mahathir secara peribadi telah turun berceramah dan berkempen di Sekinchan bagi pihak calon Parti Amanah Negara (PAN) atau lebih tepat lagi untuk DAP. Risalah-risalah yang disebarkan tentang kedatangan Tun Dr. Mahathir ke Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir akan membuat pendedahan besar-besaran bersama-sama dengan bukti selain dokumen-dokumen berkaitan dengan dakwaannya terhadap Najib Abdul Razak.

Malangnya, selain hanya lebih kurang 600 orang sahaja yang hadir untuk mendengar dan menyaksikan sendiri bukti serta dokumen seperti yang dinyatakan dalam risalah tersebar berbanding reputasinya yang sangat gah, Tun Mahathir rupa-rupanya kembali dengan perangai lamanya ialah KUAT MENIPU!



Mana bukti-bukti daripada segala tuduhannya? Mana dokumen-dokumen yang didakwa akan didedahkan?


Rata-rata yang hadir di dewan restoran tersebut adalah orang Cina yang merupakan pengundi tegar DAP dan sebahagian besar daripada mereka tidak peduli dengan sebarang berita kecuali yang diberitahu oleh para pemimpin DAP semata-mata.

Tiada bukti dan tiada dokumen yang didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Sekinchan!


Sebaliknya bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu hanya sekadar mengulang-ulang tuduhan dan tohmahan yang telah pun dijawab sambil membuat sindiran tentang ROSMAH MANSOR, JET KERAJAAN dan majlis perkahwinan anak Najib. Namun Mahathir tidak pula menceritakan mengapa dan kenapa Vincent Tan menaja majlis harijadinya setiap tahun dengan nilai jutaan ringgit? Apakah balasan projek yang diperolehi oleh Vincent Tan dengan kebaikannya, sama ada sepanjang tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa atau semasa zaman Najib kerana pengaruh dan tekanan Mahathir?

Majlis harijadi gah Mahathir tak pakai duit rakyat? Majlis perkahwinan anak Rosmah Mansor pakai duit rakyat?

Orang bodoh sahaja yang akan percaya, Mahathir dan anak beranaknya kaya raya kerana menemui harta Qarun dari Sungai Tigris!

Dari isu 'berat' 1MDB sehinggalah isu remeh seperti peranan Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang sudah tentu turut diberikan tanggungjawab tertentu mewakili negara, Tun Mahathir benar-benar telah menjatuhkan dirinya ke tahap paling rendah dan hina. Mahathir hanya mampu mensensasikan pembohongan Rafizi Ramli sedangkan pada masa yang sama, tindakan-tindakannya yang merugikan rakyat negara ini selama 22 tahun, langsung tidak disentuhnya.

Barangkali kerana sedar tentang penipuan Rafizi Ramli yang terlalu bergantung kepada kalkulator untuk mengira dan kemudian cuba menimbulkan persepsi bahawa Rosmah Mansor berada di dalam pesawat sewaan ganti itu selama 2 bulan, Tun Mahathir sekadar mampu menyindir dan tidak berani membuat tuduhan sebagaimana yang sering dilakukannya.


Dalam majlis tohmahan tersebut, turut diadakan adalah Skype bersama-sama Claire Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report yang telah dijadikan kitab utama oleh golongan pro-Mahathir dan Tony Pua. Pendedahan yang dibuat oleh Xavier Justo tentang rancangan Claire Brown bersama-sama Tony Pua dengan menggunakan wang Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sebanyak RM2 juta untuk mewujudkan fitnah terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak, langsung tidak disebut oleh Tun Dr. Mahathir dalam ceramahnya.

Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sekarang ini telah menjadi saksi untuk agensi-agensi penyiasatan berhubung pendedahan Xavier Justo dalam transkrip WhatsApp.


Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang gah dan sangat masyhur, Tun Dr. Mahathir akhirnya memalukan dirinya dengan sekadar menggunakan tohmahan sebagai hujah. Mana pergi kehebatan Che Det? Mana perginya segala maklumat-maklumat yang kononnya telah sampai ke pengetahuannya daripada orang-orang tertentu? Sebagai seorang Dr. Mahathir, adakah akal dan pertimbangannya sudah cukup rendah sehingga terpaksa menggunakan pembohongan budak kanyir seperti Rafizi Ramli yang akhirnya di mahkamah akan menyatakan, "SAYA HANYA BERGURAU"?

Bukankah Rosmah Mansor sekadar mengulangi peranan isteri Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Siti Hasmah sewaktu 22 tahun Mahathir berkuasa dahulu? Bezanya, Rosmah Mansor menginisiatifkan PERMATA yang skop dan fokus programnya diterimapakai oleh banyak negara, berbanding Tun Dr. Siti Hasmah yang sekadar membawa imej kehebatan Mahathir?

Kalau Mahathir tidak mengurung Tun Siti Hasmah, malah memberikan kebebasan kepada anak perempuannya Marina Mahathir - yang pada zaman mudanya cukup masyhur kisahnya - untuk merosakkan minda masyarakat dengan idea liberalismenya, mengapa pula Najib perlu mengurung Rosmah di dalam rumah agar Rosmah tidak dapat menjalankan peranannya sebagai isteri Perdana Menteri yang turut diiringi tugas-tugas tertentu sebagai duta negara, malah mewakili tubuh badan suaminya hanya semata-mata kerana isteri Najib adalah Rosmah Mansor, yang semenjak dari awal lagi telah diberikan persepsi yang sangat negatif terutama ketika Anwar Ibrahim melihat Najib Abdul Razak adalah saingan utamanya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pertengahan 90-an?


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks