Pada 19 Julai lalu, antara jam 10:15 pagi sehingga jam 10:50 pagi, penduduk Kampung Tebing Tinggi, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu telah mengadakan satu demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan projek pembinaan kondominium 19 tingkat oleh pemaju, SYARIKAT HALAMAN GROUP yang beralamat di Lot PT738, Jalan Sri Cemerlang 1/27, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
BUTIR2 PEMILIK/PEMAJU DAN KONTRAKTOR(.)
A). SKY VENTURE MANAGEMENT SDN BHD
ALAMAT: LOT PT738, JALAN SRI CEMERLANG 1/27,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN(.)
NO TEL : 097418811, 097418813 FAX NO: 097418816(.)
B). HALAMAN CONSTRUCTION SDN. BHD.
ALAMAT: LOT PT738, JALAN SRI CEMERLANG 1/27,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN(.)
NO TEL : 097418811, 097418813 FAX NO: 097418816(.)
C). KUEK WEE CHIEN ARCHITECT (ARKITEK)
NO: C-1-3 KUCHAI EXCHANGE, NO 43 JALAN KUCHAI MAJU 13,
58200 WILAYAH PPERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR(.)
Berdasarkan kepada siasatan, projek pembinaan kondominium 19 tingkat tersebut mula dijalankan pada Januari 2014 oleh kontraktor Halaman Construction Sdn. Bhd. Namun sepanjang projek tersebut dijalankan, kontraktor bukan sahaja mengabaikan aspek-aspek keselamatan, sebaliknya turut menutup sistem saliran dan perparitan Kampung Tebing Tinggi.
Pihak kontraktor pada masa yang sama, telah membuat satu lubang besar tetapi pam penyedut air tidak mampu membuang air dari lubang itu ketika hujan lebat. Ini menyebabkan air naik mendadak ketika hujan, dan banjir kilat kerap berlaku. Air yang bertakung juga mengundang kepada pelbagai jenis penyakit vektor seperti denggi.
Pihak penduduk kampung telah beberapa kali cuba berjumpa dan mengadu kepada pihak kontraktor, majlis perbandaran dan juga wakil rakyat, namun mereka dilayan seperti sampah. Bahkan ADUN kawasan berkenaan menuduh penduduk kampung mengada-ngada dan tidak bersyukur kerana pembangunan telah dilakukan di kawasan kampung mereka.
0 comments:
Post a Comment