Lim Guan Eng Takut Nak Berdebat, Tapi Cuba Jadi Batu Api Desak Najib Berdebat Dengan Mahathir

Tuesday, 19 May 2015

Perkara yang paling ditakuti oleh Lim Guan Eng ialah apabila penyelewengan dan salahguna kuasanya diperkatakan. Dia tidak sahaja akan melihat dari sudut undang-undang untuk menyaman, tetapi acapkali juga memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan ia tidak akan disebut dan diulang-ulang.

Ketika bercakap dengan gah tentang Kabinet Bayangan DAP yang kononnya akan memberikan kebebasan bersuara sama ada di dalam atau di luar Parlimen, bahkan akan menyuburkan budaya perdebatan, apabila terkena ke batang hidungnya sendiri, Lim Guan Eng cepat-cepat menepis kepada orang lain.

Orang lain dalam kes ini adalah Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyatakan, Lim Guan Eng yang menyuburkan budaya antagonisme dan rasisme sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana pentadbirannya bukan sahaja menyekat pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang, bahkan berusaha menghalang pelaburan luar dari masuk ke Malaysia.

DAP bagaimanapun, membidas Tun Mahathir dengan menyatakan, Tun Mahathir enggan menerima hakikat yang Pulau Pinang sekarang jauh lebih bersih berbanding semasa di bawah pentadbiran GERAKAN walaupun hakikatnya, kekotoran Pulau Pinang dengan saliran yang tidak sempurna dan tersumbat boleh dilihat merata-rata, termasuklah menjadi salah satu punca banjir kilat di seluruh Pulau Pinang.

Sebelum ini, DAP bertepuk tangan kerana serangan yang dilancarkan oleh Tun Mahathir ke atas Najib Abdul Razak. Mereka terutama sekali menerusi Tony Pua cuba menjadi batu api untuk menggalakkan lebih konflik antara kedua-dua pemimpin UMNO tersebut. Sehinggalah Tun Mahathir mencabar Najib untuk berdebat, DAP bertambah seronok kerana melihat Najib akan semakin tersepit dan tertekan.

Namun, pada masa yang sama, Lim Guan Eng apabila diminta untuk berdebat dengan Tun Dr. Mahathir, segera menolak sebaliknya mencadangkan agar Najib menyambut cabaran tersebut. Lim Guan Eng membuat gesaan tersebut dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi, selain daripada menjawab semua soalan-soalan Tun Mahathir menerusi blog, Najib seharusnya menjawab cabaran debat itu dan menyelesaikan semua isu yang ditimbulkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya reaksinya berhubung kritikan Mahathir yang dia juga seperti Najib perlu berundur, Lim Guan Eng dengan segera memberitahu, dia tidak berminat untuk terlibat dalam kemelut Mahathir-Najib, sebaliknya menyarankan agar mereka terus bergaduh sesama sendiri.

Lim Guan Eng menafikan semua kritikan Mahathir ke atasnya, sebaliknya dia menyalahkan Najib dan menyatakan, Najib yang perlu berdebat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu, bukannya dia.

Menariknya dalam perseteruan antara Mahathir-Najib, dia sibuk nak tengok kedua-duanya terus bergasak, tetapi dalam hal PAS, lain pula cakapnya.

0 comments:

Post a Comment

Lim Guan Eng Takut Nak Berdebat, Tapi Cuba Jadi Batu Api Desak Najib Berdebat Dengan Mahathir

Tuesday, 19 May 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks