Amat malang kerana inilah realiti yang sedang berlaku di negara ini.
Mentaliti makan gaji, bergaji besar dan senang sekelip mata sudah membarah di dalam minda sebahagian besar anak-anak muda Melayu-Bumiputera di negara ini.
Hakikatnya ialah, setiap kesenangan datang dalam bentuk usaha yang berterusan dan mengambil masa. Keluar dari universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi dengan pekerjaan yang sudah sedia menunggu, bergaji besar serta memiliki pelbagai keistimewaan lain, tidak wujud dalam dunia ini.
Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini yang merealisasikan sebagaimana yang diinginkan oleh wanita bernama 'ZAHRA' itu.
Budaya sentiasa memerlukan tongkat daripada kerajaan, dibantu, diprihatin serta dipapah oleh kerajaan, sudah membarah di kalangan generasi muda di negara ini. Ketiadaan inisiatif diri dan terlalu bergantung kepada kerajaan, menyebabkan mereka sentiasa mengeluh dan menyalahkan keadaan.
Menariknya, pendatang asing dan haram yang datang ke negara ini sehelai sepinggang, tidak mengambil masa yang lama untuk mengubah nasib mereka. Malah ada pula yang menjadi tuan dan majikan di negara ini.
Pergi sahajalah ke Jalan Silang, atau Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tengok sendiri bagaimana pendatang asing dari Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang seringkali menduduki hierarki terbawah di negara ini, mampu menyewa premis perniagaan yang harganya sangat tinggi untuk berniaga.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh wanita bernama 'ZAHRA' dan kawan-kawan sepemikirannya, hakikatnya sikap bermanja-manjaan dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba adalah punca segala masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.
Tonton sendiri klip video yang disediakan di bawah ini.
Belajar tinggi2 tp tidak mendapat keberkatan dari Allah sbb anda cuma nementingkan dunia..belajarlah dari Surah Mariam..anda pasti berjaya..Allah membenci umatnya yg Mengeluh dan Berputus Asa
ReplyDeleteJgn salahkn dia tp salahkn jg bngsa melayu yg mmg mentaliti mereka bl belajar tinggi maka sumber rezeki hnya mkn gaji , tu blm lg yg bl anak hbis je bljr hbis segala sedara mra yg bekerja dgn kerajaan mereka mnta tlong , jd apa yg d paparkn oleh zahra ni adalah reality yg dh d tanam dr dulu lg . Tp yg hairanya kerajaan jg yg d salahkn
ReplyDeleteNi sebenarnya masalah anak2 muda melayu keseluruhan bukan Zahra sahaja.... Malas berusaha,kerja sikit nak gaji banyak & berangan cepat kaya...
ReplyDeleteNajib tak control harga Rumah..
ReplyDeletemasa Mahathir semua pemaju tak boleh letak harga mahal2..Nuar nak naik harga 25K ke 35 K pun tak boleh..
Nak buat rumah mahal- 30% harga tu sebenrnya di tujukan ke rumah murah..
Zaman Najib, Azmin & LGE, rumah malaysia untuk wraga asing China & Singapore..
PKNS pun buat rumah mahal di Kampong.
Harga PR1MA sekarang ialah harga rumah standard Zaman Madey..
Cakap senang lahhhh.... tak perlu makan gaji kononnnn,kena berniaga.Berniagalah tengokkkk kalau nak tau langit tinggi rendah.....
ReplyDeleteBerniaga ni bukan kerja senang ,itulah sebabnya mejoriti Melayu tak berani nak cebur diri.lalu cari jalan mudah dgn makan gaji terutama dgn gomen.Makn gaji dgn swasta pun Melayu kurang menyerlah,kerana kena kerja kuat juga,mereka tak mampu bersaing dgn org bukan Melayu,tapi bukan semua.Ada juga yg ok.Tapi yg main mengadu hal atas pentas macam Minah ni jangan harap lah,sure tak boleh buat kerja punya.
ReplyDeleteSaya sokong Zahra ..orang POLITIK jangan jadi sombong terimalah keluhan dan pendapat...
ReplyDeleteAnak orang politik pun berapa ramai yg boleh berniaga? Selain dari kontrek dan pow projek kerajaan, tak ada apa lagi yg dibanggakan..
ReplyDeleteSetakat tau
Amek lrojek bagi cina & kompeni asing siapa2 pun boleh buat..bagi beruk jadi ceo pun boleh..
Yg penting berkerja dan perbaiki taraf hidup srndiri dan kutangkan ceramah politik ...ceramah goreng dalam masjid pun kurangkan....banyak membaca kurangkan ceramah.....hihihi
ReplyDelete