Al-
Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.
Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang.
Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami
Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.
Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??
Kami sampai di lampu isyarat.
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.
S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless).
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P:
S.
Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.
Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. (SUMBER)
Mana kpn....respond arr...camner jg anak buah nii...!
ReplyDeletepegawai polis sakit mental...buat aduan rasmi kat bukit aman
ReplyDeletehehehe aku lama duduk bangkok , ternyata lebih baik dari malaysia - safer
ReplyDeleteRamai polis Melayu yang bagus2. .tapi ini jenis polis melayu makan daging babi...
ReplyDelete