1) Bekas Timbalan Presiden hari ini berkata, dia telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara ketika kedua-duanya masih berjawatan tentang 'bukti' tuduhan jenayah ke atas Perdana Menteri.
(2) Ini merupakan satu usaha pihak dan golongan tertinggi yang sedang berkonspirasi untuk menggulinglan Perdana Menteri, dalam apa yang kita gelarkan sebagai rampasan kuasa ke atas proses demokrasi dan keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi pada PRU lepas.
(3) Pertama, fakta yang menyatakan dan diperakui sendiri bahawa Peguam Negara secara peribadi telah memberikan taklimat dan berkongsi kerahsiaan dengan Tan Sti Muhyiddin Yassin, ahli Kabinet dan juga ahli UMNO,yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini, adalah amat tidak beretika selain turut melanggar Akta Rahsia Rasmi.
(4) Kedua, bagaimana seorang Peguam Negara mempunyai 'bukti-bukti kukuh' untuk mendakwa Perdana Menteri sedangkan pada waktu itu siasatan pun belum bermula?
(5) Ketiga, ini merupakan 'bukti' sama yang dipersembahkan oleh Wall Street Jounal apabila media asing itu mendakwa telah melihat dokumen-dokumen rahsia dan menggunakannya sebagai asas bagi mencipta pelbagai sensasi tuduhan dan fitnah ke atas Perdana Menteri.
(6) Dalam mana-mana sistem perundangan, di mana-mana sahaja di seluruh dunia, terdapat prosess standard yang akan dipatuhi. Sekiranya terdapat tuduhan ke atas seseorang, pihak berkuasa akan mengadakan siasatan dan kemudian sekiranya mereka percaya bahawa terdapat jenayah yang telah dilakukan, barulah kertas pertuduhan dirangka.
(7) Namun dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan telah disiapkan pada Mei 2015 - jauh Sebelum apa yang digelarkan sebagai Special Task Force dibentuk, sebelum siasatan bermula pada Jun 2015 dan sebelum Perdana Menteri dirakambicara pada Disember 2015 oleh SPRM.
(8) Berdasarkan kenyataannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin secara tidak langsuang telah mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara masakini dan SPRM.
(9) Untuk rekod Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari 2016 telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang salahlaku berhubung wang derma. Di bawah Artikel 145 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah hak prerogatif Peguam Negara untuk memulakan, mengambilalih ataupun menghentikan sebarang prosiding membabitkan tuduhan. Kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Artikel 145 (3) adalah absolute dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana kuasa termasuklah kehakiman.
Jadi sekiranya mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan mereka tidak mempunyai sebarang asas untuk mencabarnya.
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa sebarang keputusan Peguam Negara telah dibuat selepas semua perincian daripada laporan pelbagai sudut oleh SPRM diterima. Jadi secara tidak langsung Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja telah melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga terbabit secara langsung dalam konspirasi bermotifkan politikal untuk memanipulasi dan mencabar perundangan negara dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri.
(10) Mengapa hanya sekarang Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan seperti itu iaitu hanya selepas dia digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apakah motif dan aganeda tersembunyi Tan Sri Muhyiddin? Bolehkah tindakannya yang terbaharu ini sebagai satu ancaman memandangkan dia mendakwa mempunyai maklumat tentang kegiatan jenayah tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa sehinggalah ke hari ini?
Dato' Sri Azalina Othman Said
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Sudah tentulah dia bebas bersuara sekarang kerana dia telah dipecat! Dia tidak ada obligation kepada Najib dan co. TSMY tidak menderhakan kepada parti UMNO/BN hanya menentang kemungkaran pemimpin tertentu UMNO.
ReplyDeleteDan kamu Azlina akan dihukum oleh anak bangsa Johor kerana mengkhianati saudara senegeri kamu. Anak Johor tidak memerlu manusia jenis ini. Dalam PRU 14 nanti pergilah bertanding di negeri presiden kamu! Insyaallah kalau di Johor, anak bangsa Johor akan MENOLAK kamu hingga terguling ke dalam longkang!
Kenapa TSMY dipecat jika isu 2.6 bil ke akaun Najib tidak benar?
ReplyDeleteKenapa berdiam jika 2.3 dari 2.6 bil telah dipulangkan?
Muhyidin sebenarnya memang ada hajat nak langgar Najib, dalam kurusu KERIS pun dia dah bagi hint, pemuda juga sebenarnya sokong muhyidin langgar Najib, tapi kem najib lagi cepat bertindak dgn mencantas muhyidin, isu 1.2 bilion itu hanyalah topeng muhyidin untuk menyembunyikan matlamatnya,
ReplyDeletememang adat manusia, masa berkuasa dan berjawatan dia senyap , sebab dia pun tumpang sekaki , dia pun dapat bahagian, bila dah kena kick ..bahagian dia pun orang kebas , mula lah dia mencarut dan menyalak itu ini,
muhyidin dan mahatir sama saja, dah ikut perangai anuar , ikut perangai saifudin nasution, ikut perang tian chua, perangai mereka sama sahaja, sebijik !