Pendedahan terbaharu yang berasal daripada sikap menunjuk-nunjuk Adam Rosly menerusi Instagram, amat mengejutkan. Alasan yang diberikan oleh Zuraidah Kamaruddin yang cuba membela pegawai khasnya itu dengan berkata, Adam Rosly yang sebelum ini tinggal di kampung setinggan dan kemudian PPRT, adalah anak orang kaya.
Tetapi dengan pendedahan terbaharu yang dibuat daripada Instagramnya sendiri, ternyata bukan kekayaan bapanya yang digunakan untuk pemilikan harta-harta dan aset tersebut sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya. pemilikan tersebut menerusi 'USAHANYA SENDIRI'.
Zuraidah Kamaruddin sudah pasti banyak tahu tentang pemilikan harta ADAM ROSLY memandangkan selain menjadi Ketua AMK Ampang, Adam Rosly juga adalah Pegawai Khasnya, dan Ketua Penerangan AMK Selangor.
Justeru Rafizi Ramli yang 'bijaksana' mahu Adam Rosly menutup cerita dan mengurangkan bebanan kepada AMK dan PKR dengan menasihatkan agar Adam Rosly mengisytiharkan harta-hartanya. Katanya, itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan 'POLIS MEMBAZIR MASA MENYIASAT' kerana masih ada banyak benda lain yang boleh dibuat oleh polis. (RUJUK SINI)
0 comments:
Post a Comment