ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG

Thursday, 8 June 2017

Seorang anggota polis dari PGA telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di leher. Anggota polis berkenaan yang berpangkat koperal dilaporkan pada masa kejadian, sedang menjalankan tugas rondaan bermotosikal di Risikan Sempadan Kelantan. Kedua-dua mereka menunggang sebuah motosikal dan mangsa menjadi pembonceng.

Ketika mereka membuat rondaan di Pengkalan Haram Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan pada jam lebih kurang 12:30 tengah malam, mereka telah terserempak dengan dua orang lelaki Melayu yagn sedang berdiri di tepi lorong yang menuju ke Pengkalan Haram Ibrahim Pencen.

Melihat gelagat kedua-dua lelaki Melayu itu yang mencurigakan, kedua-dua anggota polis memperkenalkan diri kepada mereka. Kedua-dua lelaki Melayu tersebut bertindak melarikan diri ke kawasan semak samun di belakang semua rumah dalam keadaan gelap.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arah kedua-dua anggota polis itu. Tembakannya mengenai koperal yang menjadi pembonceng pada bahagian leher sebelah kanannya.

Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya melarikan diri.

Koperal berkenaan telah dibawa oleh rakannya ke Balai Polis Rantau Panjang untuk bantuan lanjut. Seterusnya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dan kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) 2.

X-ray yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati peluru masih berada di dalam leher sebelah kanan anggota polis itu.

Buat masa kini, anggota tersebut sedang diberi rawatan di wad kecemasan Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2, Kota Bharu Siasatan bagi kes ini telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan.

Berdasarkan maklumat, anggota polis yang berpangkat koperal tersebut berusia 34 tahun dan telah berkahwin selain mempunyai tiga orang anak - 1 lelaki dan 2 perempuan.

0 comments:

Post a Comment

ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG

Thursday, 8 June 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks