Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.
Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.
Hakim Mohd Arif Mohd Yusuf mempunyai kredibiliti yang agak kontroversi
Mohd Arif Mohd Yusof
Jawatan politik:
Bekas calon PAS PRU11 (2004) bagi DUN N.39 Kota Damansara
Keputusan PRU11:
Pertandingan 2 penjuru bagi kerusi DUN N.39 Kota Damansara, Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN, Mohd Mokhtar Dahlan dengan jumlah majoriti yang besar.
Keputusan tersebut telah menyebabkan Mohd. Arif mengumumkan persaraan dari politik dan kembali aktif dalam kerjaya perundangan. Dia dilantik sebagai salah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.
Banyak kes yang dikendalikannya yang melibatkan pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR.
Antara kes-kes kontroversi dan 'pelik' yang melibatkan hakim ini adalah kes seorang individu yang dituduh sebagai blogger RBF Online, kes saman TV3 dan kes memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dalam kes RBF Online, hakim ini telah diminta tarik diri oleh peguam serta defendan, namun dia melenting dan enggan berbuat begitu. Akhirnya keputusan berpihak kepada Husam Musa.
Pembetulan:
ReplyDeleteDlm kes RBF online Husam Musa kalah daaa.
Kesian tuan hakim, kena fitnah daaa
pembetulan:
ReplyDeleteDalam kes RBF Online di Mahkamah Tinggi, memang Husam Musa kalah tetapi di Mahkamah Rayuan, Husam Musa menang dan salah seorang hakimnya adalah Arif Yusof.
asas pegangan mat arif sepertinya begini : olehkerana tiada notis diminta bagi perhimpunan, maka dari segi teknikalnya perhimpunan tidak ujud. dari itu penganjur dan peserta dianggap tidak ada diperhimpunan walaupun batang hidung mereka tercongok kat situ. Teknikaliti vs Realiti. Peguam yang mahir boleh pusing balik teknikaliti seperti ini.
ReplyDeleteOooo!!!....aku baru faham...maknanya kalau nak melakukan kesalahan atau jenayah kita mesti buat permohonan rasmi terlebih dahulu kepada pihak berkuasa la?
Deleteatau
Kita sendiri kena isytihar bahawa kita akan melakukan jenayah/kesalahan?...