Aduan tersebut dibuat berhubung salah guna kuasa serta mengesyaki wujudnya unsur-unsur rasuah dalam projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Minda Sosial Prihatin dan Kongres Melayu Pulau PInang serta wartawan-wartawan tempatan telah hadir. Antara mereka termasuklah Rahmad bin Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang serta Ramesh Rao Krishna Naidu yang merupakan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Antara aduan yang dibuat membabitkan Pencerobohan Bukit Relau (Bukit Botak) di mana KMPP dan PMSP membuat aduan bagi mendesak SPRM menyiasat kelulusan kedua projek berkenaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah dan salahguna kuasa serta ketirisan. Turut diadukan adalah membabitkan projek parkir kereta (kupon dan elektronik) yang dilihat dijalankan secara curiga dan penuh putar belit.
SPRM nak siasat ke, pada hal sebelum ini banyak lagi aduan aduan yang lebih terjungkit dari ini senyap begitu saje. LGE adalah anak cina yang paling berkuasa di pulau pinang. Tak ada siapa yang boleh berbuat apa apa.
ReplyDelete