Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.
Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.
Sebelum itu, surat tuntutan permohonan maaf dan bayaran gantirugi berhubung penyiaran artikel tersebut telah disiarkan pada 19 Februari lalu.
Artikel tersebut dengan tajuknya, 'Dana 1MDB Biayai Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)', didakwa fitnah. Surat tuntutan tersebut telah dihantar dengan tangan oleh Hafarizam Wan & Aishah Mubarak Peguambela & Peguamcara, mewakili Perdana Menteri kepada Pengarah Urusan Dr. Rosli Yaakob, penulis artikel tersebut, di pejabat Harakah pada jam 3:00 petang.
Peguam Mohd Hafarizam Harun berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat guamannya mewakili Najib ats kapasiti peribadi.
Menurut Hafarizam, artikel berkenaan secara tidak langsung telah menuduh anak guamnya seorang yang tidak bermoral dan telah menyalagunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan keluarganya.
"Artikel tersebut turut menuduh, anak guam kami telah menyalahgunakan kuasanya untuk memperolehi kekayaan dari sumber yang tidak betul dan telah menyalahgunakan dana 1MDB untuk mengumpul kekayaan dan memperolehi keuntungan," katanya.
Menurutnya lagi, artikel tersebut turut mempersoalkan kewajaran tindakan anak guamnya.
Harakah telah diberi masa selama 48 jam dari tarikh notis untuk menghentikan sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab, menarik kembali artikel berkenaan dan memohon maaf.
"Anak guam kami juga menuntut Akujanji yang perlakuan atau kenyataan seperti itu tidak akan berulang selain pembayaran kerugian kerana mencemarkan reputasi dan kos," katanya.
Najib dan pasukan peguamnya sudah mula mengambil tindakan menyaman fitnah ke atas portal-portal dan media-media pro-Pakatan yang kuat menfitnahnya selama ini. Tindakan Najib yang tidak melayan fitnah mereka selama ini, telah disalahanggap sebagai satu kebenaran bagi fitnah yang dibuat.
Ramai menyokong tindakan Najib menyaman media-media pro-Pakatan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana terlalu kuat bergantung kepada fitnah semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
Tindakan saman terhadap fitnah adalah baik untuk pencerahan. Naib juga patut mengambil tindakan undang2 terhadap pemfitnah beliau dalam kes Altantuya.
ReplyDeleteMungkin pemfitnah kes Altantuya akan diheretkan ke mahkamah dlm masa terdekat ini, cuma mungkin dlm proses mengenalpasti bukti. Tunggu!
ReplyDelete