Kerana mengeluarkan kenyataan menghina sistem kehakiman dan keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini, Zunar telah ditangkap dan direman sehingga Jumaat di bawah Akta Hasutan.
Tidak banyak suara-suara pembelaan yang kedengaran dari kumpulan pro-Anwar Ibrahim, mahupun Malaysiakini yang merupakan rakan sekongkol Zunar. Mungkin disebabkan Zunar bukanlah figur besar walaupun kartun-kartun dan ilustrasinya seringkali digunakan untuk mengejek kepimpinan negara, khususnya Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, tetapi dalam keadaan sekarang, dengan segala tumpuan diberikan kepada keluarga Anwar Ibrahim, maka peranan Zunar dilihat tidak ubah seperti malukut tepian gantang.
Berbeza pula dengan Ismail Sabri yang telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang mendapat liputan meluas serta laporan polis dari MCA, GERAKAN dan sudah tentunya DAP, kenyataan rasis Nga Kor Ming tidak pula diberikan perhatian yang sama.
Ramai yang masih menunggu tindakan selanjutnya. Walaupun Zunar ditangkap, direman dan disoalsiasat, namun populariti sebenar hasutan datangnya daripada para pemimpin PKR dan DAP yang tidak hent-henti menghasut terutama sekali dengan menggunakan Bahasa Cina sebagai medium sepertimana yang dilakukan oleh Nga Kor Ming.
0 comments:
Post a Comment